Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Monday, August 24, 2009


“Cantiknya….”kedengaran suara beberapa orang pelajar lelaki sedang memerhatikan sesuatu di papan tanda fakulti pendidikan kanak-kanak.”Macam manalah muka dia bila tengok depan-depan kan.”kata salah seorang pelajar lelaki itu.”Mestilah cantik macam ni jugak..”jawap rakannya pula sambil matanya masih tidak lekang dari memandang sesuatu di papan tanda itu.Balqis yang sedang kelam-kabut keluar dari kelasnya terserempak dengan Zati dan Ika yang kelihatan teruja melihat sesuatu di papan tanda di depan fakulti mereka itu.Balqis menghampiri Zati dan Ika dengan penuh senyuman,”Korang tengah tengok apa tu?Tak berkelip aku tengok!”tegur Balqis.”Takde..takde pape!”serentak Ika dan Zati menjawap.Balqis yang sedikit pelik hanya membiarkan sahaja rakan-rakannya berperangai begitu dan terus melangkah.Dia kemudiannya menoleh ke belakang,”Korang,jomlah sekali.”ajak Balqis.”Jom pergi mana?”soal Ika pelik.”Pergi tengok markah mid-term kita la.”kata Balqis penuh teruja.”Oh,ok..ok jom.”jawap Ika tergesa-gesa sambil membuat isyarat muka kepada Zati.

“Wei,aku rasa itu dia la.”bisik beberapa orang pelajar lelaki di situ sambil menudingkan jari mereka ke arah Balqis.Balqis yang semakin pelik kembali semula ke arah papan tanda itu.”Korang ni kenapa?”soal Balqis tidak faham.”Balqis Sofea!Sama sebijik dalam gambar ni!”jerit pelajar-pelajar lelaki itu akhirnya.”Sini,sini..cuba tengok, samalah..bentuk muka,bentuk badan..semuanya sama..!”kata pelajar-pelajar lelaki itu lagi sambil memandang Balqis ke atas ke bawah.Balqis yang tidak faham kemudiannya memandang ke arah papan tanda itu dan segera memeluk tubuhnya,segan!Gambar di papan tanda itu menunjukkan sebuah poster anime yang dilukiskan mengikut raut wajah Balqis!Dan yang membuatkan Balqis segan kerana anime itu berpakaian agak seksi iaitu skirt pendek dan baju yang agak mendedahkan di bahagian dada.Tiba-tiba,pengerusi kelab Anime/Manga,Kamal muncul di antara pelajar-pelajar lelaki itu,”Dengar sini semua,saya nak kenalkan watak utama untuk manga terbaru saya,Balqis Sofea!”terdengar sorakan pelajar-pelajar lelaki itu sambil bertepuk tangan.”Dalam cerita baru ni,saya gambarkan dia seorang yang jujur dan baik.Disebabkan dia sangat cantik dan kuat semangat,dia sangat sesuai dengan watak utama ni!”jerit Kamal disambut dengan sorakan pelajar-pelajar lelaki yang bagaikan histeria itu.


“Wah tak sangka betul,Balqis dah jadi popular..tengoklah ni,aku kumpul semua poster yang diorang tampal kat sekeliling universiti ni.Aku nak gantung sekeliling rumah aku.Padan muka Haiqal tak dapat satu pun!”kata Joe teruja.Rupa-rupanya dia sudah lama berada di celahan pelajar-pelajar lelaki yang ramai itu. Zati dan Ika hanya berpandangan seketika dan mencebikkan bibir melihat gelagat Joe yang tiga suku itu.”Haiqal pun tak nak poster tu aku rasa…”jawap Zati sambil tergelak-gelak.”Dahlah,jom kita ada kelas ni.”ajak Balqis rimas dengan riuh rendah suara mereka.”Balqis,jangan lupa datang ke kelab nanti lepas kelas ok!”jerit Kamal sambil melambai kepada Balqis yang semakin menjauh.
**************

“Wah tak sangkanya aku jadi wanita yang diminati ramai…tak payah gosip-gosip semua tu.”ujar Balqis seorang diri ketika berjalan pulang ke rumah dari universitinya.Tiba-tiba dia terasa sesuatu sedang menggesel-gesel di kakinya dan dia segera menunduk.”ARGHHHHHHH!!!”jerit Balqis sambil lari lintang pukang apabila melihat seekor anak kucing berwarna putih dan berbulu lebat sedang mengiau dan menjilat kakinya.Balqis yang sememangnya takut dengan kucing itu berlari dengan begitu laju sekali kerana takut anak kucing itu mengejarnya.
**************

“Balqis,tolong auntie sendukkan nasi letak dalam pinggan ye.”kata Puan Amiza sambil mencedok sup ayam ke dalam mangkuk.”Ok auntie.”jawap Balqis dan terus memenuhkan nasi itu ke dalam setiap pinggan.”Peliklah..Haziq ni tak balik-balik lagi.Apa yang dibuatnya..”ujar Puan Amiza melihat sekilas jam di dinding.Ting!Tong!Bunyi loceng di luar rumah kedengaran.”Mama tak cukup tangan ni,sape-sape boleh tolong bukakan pintu tak?”jerit Puan Amiza.”Takpe,takpe biar Qis pergi bukak ek.”jawap Balqis sambil berlari-lari anak menuju ke pintu hadapan.”Haziq!”jerit Balqis ceria sambil membuka pintu.Tiba-tiba,”Nah,tolong Haziq pegang.”hulur Haziq dan alangkah terkejutnya Balqis apabila melihat anak kucing yang menggesel di kakinya tengah hari tadi di pegangan Haziq.”Taknak!”jerit Balqis sambil berlari kembali masuk ke dalam.Haziq yang tidak puas hati mengejar Balqis dan terjadilah adegan kejar mengejar di antara mereka.Haiqal yang pelik dengan bunyi bising itu segera turun ke tingkat bawah dan melihat Haziq sedang menghulurkan seekor anak kucing kepada Balqis yang sedang ketakutan menyorok di belakang Puan Amiza yang tergelak-gelak melihat telatah Balqis.”Haziq,janganlah kenakan Kak Balqis..”larang Puan Amiza sambil tersengih.


“Haziq suruh dia pegang je…berat ni.”jawap Haziq sedikit merengek.Haiqal yang sejak dari tadi melihat segera mengambil anak kucing itu dari pegangan Haziq sambil memeluk dan mencium anak kucing itu.”Ala,comelnya…”ujar Haiqal sambil menggesel-gesel mukanya di badan kucing itu.”Takpe Qis,anak kucing je.”pujuk Puan Amiza sambil tersenyum.Sebenarnya Balqis sangat takut dengan kucing kerana sewaktu kecil dia pernah dicakar di bahagian muka oleh haiwan itu dan nasibnya baik kerana parut itu tidak kelihatan lagi.”Comel betullah.”ujar Puan Amiza pula sambil mengusap-usap bulu kucing itu.”Tula..comel betul..apa kata kita panggil dia Si Comel?”kata Haiqal memberi cadangan.Anak kucing itu dari tadi tidak henti-henti menggomol muka Haiqal dan menggesel-gesel badannya pada muka Haiqal.”Nampaknya Si Comel ni betul-betul suka kat abang ni.”kata Puan Amiza melihat penuh minat.”Tak pernah aku tengok muka Haiqal yang penuh kasih sayang tu selama ni..”ujar Balqis perlahan dari jauh kerana tidak berani menghampiri mereka.Dia kemudiannya berlalu ke dapur dan membasuh pinggan mangkuk yang bertimbun dalam sinki sambil mengelamun jauh.”Nah,Si Comel dah lapar.”tiba-tiba suara Haiqal yang begitu hampir di telinga Balqis mematikan lamunannya dan sebaik saja Balqis memusing,”Arghhhh taknak….!!”jerit Balqis ketakutan melihat Haiqal menyuakan Si Comel ke muka Balqis.


“Si Comel dah lapar ni..kau bagi dia makan.”ujar Haiqal sambil tersenyum nakal,rasa seronok melihat Balqis ketakutan.”Aku taknak…aku tak berani…”jawap Balqis tergagap.”Bukan ke kau kata kau ni manusia yang paling baik hati?”perli Haiqal.”Em….ok ok..letak dia kat sini.”ujar Balqis sambil mengangkat apron di badannya untuk memudahkan Haiqal meletakkan Si Comel di dalam apron yang di pakainya.Teragak-agak reaksi Balqis mengambil Si Comel dari pegangan Haiqal manakala Haiqal hanya diam menahan gelak.Dia kemudiannya terus berlalu ke hadapan dan menonton TV di ruang tamu.Balqis kemudiannya memanggil Si Comel,”Cit…cit…cit…”Balqis membawak Si Comel ke kawasan halaman rumah itu sambil membawa sepinggan nasi dan ikan rebus yang sudah siap digaulnya.Haiqal yang ternampak Balqis di tingkap kaca dari ruang tamu segera memerhati Balqis secara sembunyi,”Aku nak tengok macam mana kau handle Si Comel..”ujar Haiqal sambil memerhatikan Balqis penuh minat.Balqis yang tidak sedar dirinya diperhatikan Haiqal meletakkan pinggan makanan itu ke sebelah Si Comel dan segera berlari ke belakang menjauhi Si Comel.Dia kemudiannya memanggil Si Comel,”Cit..cit..cit..”dan akhirnya Si Comel menghampiri pinggan itu dan makan dengan begitu lahap sekali.Nampaknya aku tak boleh pandang rendah pada kau..”ujar Haiqal di dalam hati sambil tersenyum.
**************

Hujung minggu itu,Balqis menolong Puan Amiza membuat kek di dapur.Tetapi Balqis asyik memerhatikan pintu hadapan rumah itu hingga Puan Amiza ternampak keanehan sikapnya.”Kenapa Balqis?”soal Puan Amiza sambil turut melihat pintu hadapan.”Erm..takde pape auntie..posmen dah hantar surat ke hari ni auntie?”soal Balqis kelam-kabut.”Belum lagi.Qis tunggu surat ke?”soal Puan Amiza sambil menyapu dan meratakan krim di sekeliling kek.”Oh ye..hari ni surat keputusan ujian sampai kan?Jangan risau,nanti kalau dah sampai surat tu,auntie bagi kat Qis ok.”kata Puan Amiza lagi apabila melihat Balqis seperti cacing kepanasan.”Eh takpe auntie,Qis boleh ambik sendiri!”laju Balqis menjawab.Selang beberapa minit kemudian,Balqis terdengar bunyi seperti kenderaan di luar pagar rumah.Dengan seberapa pantas,Balqis berlari keluar menuju ke pintu hadapan rumah untuk mengambil surat itu sebelum dijumpai Haiqal.Sebaik sahaja Balqis membuka pintu rumah,terjengul wajah Tiara sambil memegang seekor kucing gebu.”Warrrgh!!!!!!!”jerit Balqis kerana terkejut melihat jaraknya yang sangat hampir dengan muka kucing gebu itu.Tiara yang tidak mempedulikan reaksi Balqis yang terkejut itu segera masuk ke dalam rumah tanpa dijemput.

”Haikal mana?”soal Tiara sambil mengusap-usap bulu kucing peliharaannya.Haiqal yang turun dari tingkat atas kerana terdengar jeritan Balqis terkejut seraya memandang Tiara yang tersenyum manis memandangnya.”Hai Haiqal!”ujar Tiara teruja manakala Haiqal hanya tersenyum tipis.”Aku dengar cerita kau baru bela kucing yang adik kau kutip kat tengah jalan,betul ke?”soal Tiara ceria.”Disebabkan kau suka kucing,so aku saje je datang sini bawak kucing aku..”jelas Tiara lagi.Pakcik Bakri dan Encik Hashim yang sejak dari tadi menghendap gelagat Tiara tiba-tiba menuju ke ruang tamu.”Mama,mana teh nya mana?”jerit Encik Hashim pura-pura sibuk.”Ha kejap-kejap dah siap ni..”jerit Puan Amiza sambil melenggang ke ruang tamu menatang secawan teh di dalam dulang kecil.”Minumlah..”ucap Puan Amiza tidak berapa mesra.”Auntie,apa khabar?Nama saya Tiara.”ujar Tiara tersenyum manis sambil bersalaman dengan Puan Amiza.”Oooo…auntie dah ingat.Tiara ada datang rumah auntie dulu kan?Hari ni datang ada apa-apa ke?”soal Puan Amiza berpura-pura ramah.Sebenarnya dia tidak suka kedatangan Tiara yang mengganggu rancangannya untuk menyatukan Haiqal dan Balqis.

“Papa…sinilah duduk kat sini.Kenal-kenal dengan Tiara!”jerit Puan Amiza memanggil Encik Hashim.Perlahan-lahan Encik Hashim menapak ke hadapan bersama-sama Pakcik Bakri.”Pakcik ayah Haiqal…”ujar Encik Hashim memperkenalkan diri sambil tersenyum.”Pakcik pulak ayah Haiqal…ehh Balqis..”ujar Pakcik Bakri pula tersasul.”Ooo..saya Tiara pakcik…”jawap Tiara sopan.Haiqal hanya memerhatikan gelagat ayahnya dan Pakcik Bakri sambil tersenyum.”Em…apa yang Tiara bawak dalam bakul tu?”tanya Puan Amiza.”Ohhh…yang ini..ni kek yang saya buat sendiri auntie..saya bawak saja nak bagi semua rasa..”ujar Tiara sambil mengeluarkan kek itu.”Eh terima kasih Tiara…buat susah-susah aje..tak sangka auntie Tiara pun pandai buat kek..”kata Puan Amiza dengan gaya memerli.”Cakap pasal kek,Tiara kena tanya auntie la…auntie memang pakar bab-bab buat kek ni.”ujar Puan Amiza bangga.”Ha kebetulan pulak auntie ajar Balqis buat kek hari ni.Balqis!Bawak kek yang baru kita buat tadi keluar,bagi semua rasa!”jerit Puan Amiza kepada Balqis yang sejak dari tadi diam sepi di dapur.Balqis yang sedang termenung kelam-kabut berdiri dan mengambil pisau untuk memotong kek itu malangnya….keknya tidak berbentuk seperti kek-kek biasa kerana senget di bahagian tepi dan tidak rata manakala krimya juga tidak disapu cantik.Pendek kata,jika Balqis membawa kek itu ke depan,dia pasti ditertawakan.”Cepatlah Qis,bawak ke depan!”kedengaran teriakan Puan Amiza lagi memanggilnya.

Akhirnya,dek kerana tiada pilihan,Balqis perlahan-lahan membawa kek itu ke ruang tamu.Sebaik sahaja Balqis meletakkan kek itu di atas meja,kesemua mata disitu terkejut memandang kek Balqis yang compang-camping itu.”Haziq nak makan kek yang ni!”jerit Haziq tiba-tiba sambil jari telunjuknya menunjuk ke kek strawberi Tiara.”Ok,meh kak Tiara potongkan untuk Haziq.”ujar Tiara senang hati lalu mengambil pisau untuk memotong keknya.”Abang pun nak rasa ke yang ni la..dengan Bakri sekali.”kata Encik Hashim sambil menunjukkan kek strawberry Tiara.Puan Amiza yang memandang hanya sekadar menjeling tajam ke arah suaminya tanda protes.Dia kemudiannya terfikir sesuatu,”Abang,abang amek kek yang ni ek,mama potongkan..”ujar Puan Amiza laju sambil mengambil pisau untuk memotong kek yang dibuat Balqis.”Takpelah ma,abang nak kek strawberi.”jawap Haiqal pendek sambil memuncungkan bibirnya ke kek yang dibawa Tiara.”Sedapnya kek yang Tiara buat ni..dah la cantik orangnya,pandai masak pulak tu..”puji Encik Encik Hashim bersungguh tanpa menyedari riak wajah mencuka Balqis.


“Terima kasih pakcik…”jawap Tiara malu-malu.”Hurm..tapi kadang-kadang kita tak boleh tengok luaran je,dalaman tu lagi penting..”ujar Puan Amiza tiba-tiba menyebelahi Balqis yang sudah tertunduk sedih.Balqis yang sedikit kecewa kerana Haiqal tidak menjamah sedikit pun kek yang dibuatnya berlalu dari ruang tamu itu dengan membawa kek coklatnya yang tidak bersentuh langsung.Pakcik Bakri yang tahu anak tunggalnya itu terasa berlalu ke dapur dan mencari kelibat Balqis,dilihatnya Balqis sedang duduk di meja makan sambil merenung kek buatannya.Perlahan-lahan Pakcik Bakri menghampiri Balqis dan merasa sepotong kek yang dibuat Balqis.”Emmm….sedapnya…Sofea mesti yakin dengan apa yang Sofea buat..kek ni sedap tau!”puji Pakcik Bakri untuk menaikkan kembali semangat Balqis.”Cuba rasa ni…sedap!”ujar Pakcik Bakri sambil menyuapkan kek ke mulut Balqis.”Hm….sedap…”ujar Balqis terkejut kerana kek yang dibuatnya betul-betul sedap.Sedang Balqis dan ayahnya rancak berborak,telinga Balqis menangkap bunyi motor lalu dia segera berlari ke luar pintu dan POSMEN!Segera Balqis berlari ke pagar hadapan.Haiqal yang sedang berborak bersama-sama ayahnya dan Tiara tercengang melihat Balqis berlari seperti orang hilang akal.

Sebaik sahaja surat bertukar tangan,Balqis segera membuka surat keputusan peperiksaannya dan seperti biasa hasilnya mengecewakan.Balqis yang tidak sedar Haiqal sudah berada di belakangnya berpusing untuk masuk ke dalam rumah dan sebaik sahaja dia berpusing,wajahnya terkejut kerana Haiqal sudah berdiri di belakangnya sambil tersenyum penuh makna.”Surat apa tu?”soal Haiqal.”Tak…takde pape..ni surat catalog mama..”jawap Balqis tergagap sambil menyorokkan suratnya di belakang badan.”Yeker?Bak sini aku nak tengok.”ujar Haiqal sambil menghulurkan tangannya.Dia tahu Balqis menyorokkan sesuatu daripadanya.Balqis yang cuba melarikan diri dari Haiqal segera berlalu masuk ke dalam rumah malangnya Haziq yang terserempak dengannya di tengah jalan segera merampas surat itu dari tangan Balqis.”Eeeee….teruknya markah!”jerit Haziq sambil melontar surat itu ke lantai dan berlari masuk ke dalam.”Woi!Berani kau tengok markah aku Haziq!”jerit Balqis memarahi Haziq yang sudah menghilang.Haiqal kemudiannya mengutip surat itu dari atas rumput kemudiannya bersuara,”38 markah?Tak sangka azam kau nak jadi perempuan yang hebat masa kita keluar hari tu bernilai 38 markah je?”soal Haiqal sinis sambil berlalu.Arghhhhh geramnya aku!!!bentak Balqis di dalam hatinya.

Saturday, August 8, 2009


Sebaik sahaja Haiqal mencapai tangan si gadis, mereka berdua berlari sekuat hati dari samseng-samseng yang mengejari mereka berempat.Haiqal dan pasangannya..begitu juga Zek dan pasangannya.Masing-masing berlari berlainan arah tetapi samseng-samseng itu hanya mengejar Zek dan pasangannya sahaja manakala Haiqal dan pasangannya terus berlari kerana tidak tahu yang samseng-samseng itu hanya mengejar Zek sahaja kerana mencari pasal dengan mereka sebentar tadi.Puas Haiqal dan pasangannya berlari merentasi bangunan-bangunan ditengah-tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur itu begitu juga Zek dan pasangannya yang memilih melarikan diri di dalam pusat membeli-belah untuk menyukarkan samseng itu menjejaki mereka.

Aku tak tahu adakah Haiqal tersilap tarik tangan aku disebabkan kekecohan tadi tu…tapi yang pasti saat ini..aku rasa sangat bahagia..aku harap kitorang berdua boleh lari macam ni selama-lamanya..desis hati si gadis sambil tersenyum kecil.Hati si gadis benar-benar tersentuh apabila melihat jari jemarinya di genggam erat oleh Haiqal dan sesekali Haiqal menoleh ke sebelah memastikan si gadis masih mampu berlari dan tidak penat.”Ok,jom kita menyorok kat sini dulu.”ajak Haiqal sambil masih lagi tidak melepaskan genggaman eratnya sambil menarik si gadis bersembunyi di sebalik gerai-gerai jualan di tepi jalan.
**************

Sementara itu Zek dan pasangannya yang sedang dikejar oleh samseng seramai 3 orang itu sudah termengah-mengah kepenatan dan menyembunyikan diri di tangga untuk laluan keluar di pusat membeli belah itu.Nasib mereka berdua baik kerana samseng itu tidak berjaya menangkap mereka,jika tidak Zek pun tidak tahu apa yang akan berlaku padanya.Zek memandang sekilas kepada gadis di sebelahnya sambil tersenyum manis dan turut dibalas si gadis itu dan akhirnya ketawa mereka berdua pecah mengenangkan kepayahan mereka berdua meloloskan diri dari samseng-samseng itu.Ketawa mereka bergema di segenap ruang di laluan keluar yang sunyi itu.
**************


Setelah memastikan yang mereka berdua tidak dikejar oleh samseng-samseng itu,Haiqal dan pasangannya akhirnya berhenti berlari apabila terlihat sebuah bangku kecil untuk melepaskan lelah mereka setelah penat berlari.Suasana hening menyelubungi mereka berdua,dan akhirnya si gadis membuka mulutnya,”Kenapa kau tarik tangan aku?”soal si gadis penuh musykil.”Kenapa?Kau nak Zek ke yang tarik tangan kau?”soal Haiqal laju sambil merenung tepat mata Balqis,penuh dengan api cemburu!”Mestilah tak!Cuma….”jawap Balqis teragak-agak.”Ken..kenapa kau tak tarik tangan Tiara?”soal Balqis pula.Haiqal kemudiannya tersenyum kecil sebelum menjawab,”Zek habiskan duit,tenaga dan masa dia untuk cari orang untuk berlakon..dah la buat samseng tadi tu marah..kalau aku tak bagi dia chance untuk habiskan masa dia dengan Tiara,kan tak patut tu?”sinis nada Haiqal sambil memandang Balqis.”Maknanya…kau dah tahu semuanya ke?”soal Balqis betul-betul terkejut kerana Haiqal tahu rancangannya dan Zek.”Sebenarnya…aku ingat kau dengan Zek saling suka sama suka sejak dari mula lagi hinggalah apa yang berlaku dalam cinema tadi..lepas aku tengok perangai korang berdua dan perkara-perkara pelik yang berlaku tadi,nampaknya anggapan aku salah.”luah Haiqal panjang lebar sambil melontar jauh pandangannya ke arah kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan,ada nada kelegaan dari suaranya yang tidak bisa difahami Balqis.

“Aku..aku mintak maaf..aku cuma..bila aku dengar kau dengan Tiara nak keluar sama-sama,aku jadi tak tentu arah..”jawap Balqis sedikit tergagap sambil menunduk merenung rumput.”Tapi..kalau kau betul-betul sukakan Tiara,aku sanggup-“belum habis Balqis berkata-kata,”Jom kita pergi jalan-jalan.”potong Haiqal laju.Balqis yang terkejut segera memandang wajah Haiqal mencari kejujuran dari wajahnya.Haiqal yang sudah terlepas cakap segera menambah,”Ye..yela..alang-alang kita dah kat luar ni kan.”jawap Haiqal sedikit kelam-kabut tanpa memandang Balqis.”Aku nak tahu orang macam kau ni suka pergi mana..”perlahan suara Haiqal menutur kata.”Apa dia?”soal Balqis tidak berapa jelas.”Erm takde pape.So kita nak pergi mana ni?”soal Haiqal segera untuk mengelak soalan Balqis.”Lagipun aku ni bukannya tahu sangat tempat-tempat menarik dekat KL ni.”kata Haiqal lagi walaupun tidak masuk akal kerana dia anak jati KL namun Balqis yang lurus bendul itu segera menjawab,”Eh banyaklah tempat-tempat menarik dekat KL..ada KLCC,Menara KL..ha pastu ada Tasik Titiwangsa dengan Zoo Negara..ha Sunway Lagoon!Lepas tu..Chow Kit,Petaling Street!”teruja sungguh Balqis menyenaraikan kesemua tempat yang pernah dikunjunginya.”Dah..dah..macamlah kita boleh pergi semua tempat tu dalam satu hari ni!”jawap Haiqal tertawa gembira melihat reaksi teruja Balqis.Haiqal kemudiannya bangun dan terus berlari-lari anak sambil dikejar oleh Balqis dari belakang,sungguh bahagia ekspresi wajah Haiqal lewat tengah hari itu.
***************

Setelah merancang,mereka berdua membuat keputusan untuk menaiki bas awam untuk pergi ke tempat-tempat yang telah disenaraikan Balqis sebentar tadi.Balqis yang sejak dari tadi masih tidak lekang dengan senyuman manis di bibir mungilnya melontar pandangan ke luar tingkap bas selepas melihat Haiqal di sebelahnya hanya termenung jauh.Dari dulu lagi aku impikan yang kitorang berdua ni macam pasangan bercinta yang lain,naik bas duduk sebelah-sebelah,makan sama-sama,ataupun jalan-jalan je tanpa tujuan.Kebahagiaan yang aku rasa sekarang ni nampak mudah je untuk aku dapat tapi sebenarnya..sangat-sangat susah untuk aku rasakan.Kan bagus kalau masa boleh berhenti berputar supaya aku dan Haiqal selama-lamanya akan kekal begini?detik hati Balqis.Setelah turun dari bas,mereka berjalan-jalan di sekitar gerai-gerai yang terdapat di situ.
*************

Destinasi pertama mereka berdua ialah Taman Tasik Titiwangsa,iaitu menyewa bot kayuh untuk dua orang untuk melihat pemandangan indah sekitar Kuala Lumpur.Selepas hampir 10 minit mengayuh bot,masing-masing mendiamkan diri sambil melihat pemandangan sekitar tasik.Balqis yang perasan riak wajah Haiqal sedikit bosan memulakan bicara,”Lepas ni,kita pergi makan nak?Laparlah!”kata Balqis penuh ceria untuk menghidupkan suasana yang agak hambar.”Aku ada suka satu restoran nasi ayam dekat-dekat sini,nanti kita boleh pergi makan dekat sana.Ha cuba kau tengok ramai kan orang naik basikal dengan jalan-jalan kat tepi tasik?Karang kita boleh sewa basikal pulak!”ucap Balqis lagi tetapi Haiqal masih lagi tidak memberikan sebarang reaksi.”Haiqal?Kau boring ke?”soal Balqis akhirnya kerana rasa bersalah mengajak Haiqal menaiki bot.”Erm?Takdelah…Cuma aku tengah fikir kenapa aku keluar dengan kau.”jawap Haiqal pendek dan serentak dengan itu serta-merta raut wajah Balqis berubah sedih.
**************


Setelah hampir setengah jam meronda mengelilingi tasik,mereka berdua akhirnya mengayuh ke tebing tasik untuk turun disitu.Sebaik sahaja bot menghampiri tebing,Balqis melangkah agak luas untuk memijak tebing malangnya kakinya tergelincir dan menyebabkan dia terhuyung-hayang dan hampir terjatuh ke belakang.Manakala Haiqal yang melihat keadaan itu segera menangkap tangan Balqis dan setelah bersusah-payah mereka berdua berusaha untuk berdiri stabil di atas bot itu,akhirnya mereka berdua terjatuh ke dalam tasik!Balqis yang panik terus menjerit,”Tolong!Tolong!”terjerit-jerit Balqis berkali-kali meminta pertolongan.”Hey dah la tu!Aku boleh sentuh tanah la!”kata Haiqal sambil berdiri tegak sambil menunjukkan air tasik itu separas pinggangnya.Balqis yang baru perasan yang dia juga boleh memijak tanah hanya mampu tersengih malu.”Sejuknya….”ujar Balqis sedikit menggigil memeluk tubuhnya.

Haiqal segera menuju ke tebing dan berusaha untuk memanjat malangnya dia terjatuh beberapa kali.”Peliklah..nampak je tinggi tapi tak boleh panjat!”usik Balqis.Haiqal yang agak bengang dengan kata-kata Balqis terfikir sesuatu.Dia menyuruh Balqis memanjat dahulu dan menolak tubuh Balqis ke atas tebing untuk memudahkannya naik.Setelah Balqis berjaya naik,dia segera menghulurkan tangannya untuk menolong Haiqal pula.Haiqal segera menyambut tangan Balqis dengan kuat sehingga menyebabkan Balqis terjatuh kembali ke dalam tasik.”Aku tahu kau saja kenakan aku kan?”soal Balqis tetapi hanya dibalas dengan senyuman nakal oleh Haiqal.Padan muka kau,kutuk aku lagi!detik hati Haiqal sambil tersenyum riang.Akhirnya setelah berjaya menolak Balqis naik ke atas tebing kembali,Balqis menarik tangan Haiqal sekuat hati dan akhirnya mereka berdua terbaring kepenatan di tepi tebing itu.
**************

Dalam kesejukan yang semakin mencengkam itu,Balqis dan Haiqal segera berlalu ke tandas awam untuk mengeringkan badan mereka setelah membeli tuala yang dijual di gerai-gerai yang terdapat di situ kerana kebetulan berlangsung pesta jualan di situ dan terdapat juga fun fair di sediakan.Sebelum berlalu ke dalam tandas,Balqis memanggil Haiqal.”Em…tadi masa jalan-jalan dekat sini,aku berkenan tengok baju ni..aku rasa kalau kau pakai mesti nampak segak,so aku pun beli la untuk kau.”hulur Balqis sehelai baju kemeja yang masih terlipat kemas di dalam plastik.”Ye ke?”soal Haiqal sambil membelek-belek baju itu dan segera matanya tertangkap tag harga baju itu yang menjangkau hampir RM50.”Bak sini jap aku buang tag harga tu.”ujar Balqis kelam-kabut mengambil baju itu untuk membuang tag harga.”Mahal sangat…kau pakailah.”kata Haiqal tiba-tiba.”Kau..kau tak suka ek?Sorry…aku tak tahu kau suka yang jenis macam mana.”jawap Balqis lemah.Haiqal yang perasan raut wajah Balqis berubah segera berkata,”Balik nanti kau bagi aku baju ni.Sekarang ni kau pakai dulu.”ujar Haiqal sambil berlalu masuk ke dalam tandas.Balqis hanya memerhati langkah Haiqal dengan sebuah senyuman terhias di wajahnya.
**************

Kenapa setiap kata-kata yang dia ucapkan,jantung aku ni akan berdegup kencang ek?Aku rasa selesa sangat dengan dia,tak macam selalu…desis hati Balqis sambil menyarung baju kemeja Haiqal yang baru dibelinya ke badan.Sebaik sahaja dia keluar dari tandas,dia terlihat Haiqal sudah terpacak menunggunya dan mereka berdua kemudiannya singgah di sebuah cafe di situ dan memesan dua cawan teh o panas.”Sejak kecil,aku tak pernah tahu maksud ‘Alamak,macam mana semua yang aku rancang tak jadi!’.Setiap orang,setiap benda di sekeliling aku akan berlaku ikut apa yang aku rancang,yang aku nak.Sehinggalah aku masuk sekolah menengah,masa kau bagi surat cinta kau kat aku..aku rasa hidup aku ni dah tak mampu aku nak kawal macam biasa.”ujar Haiqal memulakan bicara antara mereka.”Boleh dikatakan hampir setiap hari hidup aku ni penuh dengan kerisauan,panik…”jelas Haiqal lagi.Kerisauan?Panik?Jadi selama ni apa yang aku bagi dekat Haiqal hanyalah benda-benda teruk je.Aku tak boleh terus susahkan Haiqal…detik hati Balqis sayu.”Sebab dalam hidup aku yang dulu,tak pernah sekali pun aku hidup dalam keadaan keliru dan risau.Jadi sebab tulah aku risau,aku nak lari dari semua tu.”kata Haiqal dan menyambung kemudiannya,”Mungkin kerana kau..kau adalah orang yang Tuhan hantar untuk menguji aku.”katanya lagi sekaligus memandang tepat mata Balqis.”Uji?”soal Balqis tidak faham.

“Yela..dari hidup yang membosankan dan takde apa-apa kerisauan,terima ujian macam ni buatkan hidup aku lebih bermakna.”terang Haiqal sambil tersenyum.”Ujian yang kau maksudkan kat sini….AKU?”tunjuk Balqis kepada dirinya sendiri.”Yep.”ringkas jawapan Haiqal.”So kau kata kau sanggup terima segala ujian tu maknanya kau sanggup terima aku???”soal Balqis tidak percaya.”Yep.Lagipun hidup ni kan penuh dengan pahit manis dan suka duka.”jawap Haiqal tenang sambil menghirup teh panas.”Jadi maksud kau,terima aku tu maknanya kau takkan buli aku dan takkan tak pedulikan aku lagi la kan?”soal Balqis lagi.”Takpelah kalau kau tak faham maksud aku.”jawap Haiqal ringkas.”Sape kata aku tak faham?Aku faham la..boleh tak kau berhenti anggap aku ni bodoh?Aku faham maksud kau.Maksud kau mulai hari ni kau takkan lari dari aku lagi…dan mungkin juga kau akan pertimbangkan untuk kahwin dengan aku!”marah Balqis sambil mulutnya lancar menutur kata hingga tersasul ayat tidak sepatutnya.Merah muka Balqis menahan malu.”Maksud aku,aku dah tak kisah kalau kau tinggal satu rumah dengan aku.”terang Haiqal.”Maknanya kau dah tak bencikan aku ke?”soal Balqis inginkan kepastian.

“Aku rasa kau ni susah nak difahami tu je..aku tak pernah bencikan kau.”jawap Haiqal lagi.Balqis tiba-tiba mengalirkan air matanya sebaik sahaja Haiqal berkata begitu dan menundukkan wajahnya ke lantai.”Kau okay tak ni?”soal Haiqal terkejut.”Aku sukakan kau!Dari zaman sekolah lagi aku sukakan kau.Walaupun aku ni bodoh,tak pandai masak dan bentuk badan tak cantik macam perempuan lain tapi..aku akan berusaha keras!Termasuklah dalam pelajaran!”ujar Balqis tiba-tiba mengangkat wajahnya dan bersemangat.”Betul ni?”soal Haiqal.”Betullah!Aku janji!”jawap Balqis laju.”Aku happy sangat kau sanggup ubah diri kau demi aku.”ujar Haiqal tersengih,dia tahu tidak mungkin Balqis akan mendapat markah tinggi tetapi dia tidak mahu mematahkan semangat Balqis.”So keputusan mid term exam nanti aku harap kau ada improvement lah ek.”ujarnya lagi sambil tersenyum manis pada Balqis.”Errrr….”jawap Balqis teragak-agak.
**************

Setelah selesai minum,Balqis mengajak Haiqal menyewa sebuah basikal untuk dua orang mengayuh,satu di hadapan dan satu di belakang.Balqis mengambil tempat di hadapan manakala Haiqal di belakang.Malangnya setiap kali mula mengayuh pasti Balqis tidak dapat mengawal basikal itu hingga hampir terjatuh ke dalam tasik.”Kau tau ke tak sebenarnya kayuh basikal ni?”soal Haiqal sedikit geram.Setelah beberapa kali Balqis masih tidak tahu mengawal dan akhirnya,”Dahla…bagi aku bawak..kau kayuh kat belakang ikut aku nanti.”ujar Haiqal membuat keputusan.Setelah posisi mereka bertukar barulah mereka boleh mengelilingi tasik Titiwangsa itu dengan tenang sambil menghirup udara segar dan pemandangan yang mendamaikan.Kalaulah jarak perhubungan antara aku dan Haiqal ni boleh diukur…then kali pertama aku bagi dia surat cinta tu dulu 60 markah.Macam mana pulak dengan pengakuan dia tak bencikan aku tadi?70 markah la!Em..tapi kalau dikira hari ni..keyakinan aku 90 markah!Haiqal tak pernah seselesa ni bila dengan aku.detik hati Balqis gembira.
***************


Puas berbasikal mereka akhirnya berjalan-jalan di sekitar gerai jualan dan fun fair yang di sediakan di situ.Balqis dan Haiqal singgah di sebuah gerai yang menawarkan orang ramai untuk menangkap ikan-ikan kecil sebesar saiz ikan bilis sebanyak mana yang boleh untuk mendapat hadiah patung beruang yang di tawarkan.Sedang Haiqal sibuk mengumpul ikan-ikan kecil yang berjaya di tangkap di dalam kolam kecil di gerai itu menggunakan tapis yang disediakan ke dalam mangkuk kecil yang di pegang Balqis,tiba-tiba Balqis menonggengkan mangkuk itu ke dalam kolam dan ikan-ikan kecil itu kembali berenang-renang bebas di dalam kolam kecil itu.”Kenapa?”soal Haiqal.”Aku kesian…aku tengok ada yang dah mati pun..”jawap Balqis perlahan.”Boleh tak kita main game lain?”soal Balqis.Haiqal menggangguk dan tersenyum memandang Balqis.
***************

Sementara itu,Zek dan Tiara juga menghabiskan masa bersama-sama pada petang itu.Mereka berdua singgah di pasar malam dan Tiara menunjukkan kelebihannya yang tidak pernah ditunjukkan sebelum ini kepada orang lain,iaitu makan dalam jumlah yang banyak!Boleh dikatakan tangannya penuh dengan pelbagai jenis makanan dan kemudian dia terlihat pula gerai apam balik.”Pakcik,bagi saya apam balik ni dua ek.”minta Tiara kepada penjual itu.Setelah membayar duit,Tiara segera membuka plastik apam balik itu dan memakannya,”Nak?”soal Tiara kepada Zek sambil mulutnya penuh dengan makanan.Tak sangka aku orang secantik dia ni kuat makan!desis hati Zek sambil tertawa tetapi hanya di dalam hatinya sahaja.

Saturday, August 1, 2009


Dari jauh Tiara sudah melihat kelibat Haiqal yang sedang menantinya di depan pintu masuk panggung wayang dan serta-merta senyuman indahnya terukir sementara Haiqal hanya tersenyum tipis.”Hai Haiqal!Aku macam tak percaya je kau sudi datang tengok wayang dengan aku…”kata Tiara dengan lenggok manja yang dibuat-buat.”Aku bukan orang yang mungkir janji.”jawap Haiqal acuh tidak acuh sambil memandang sekilas Tiara yang memakai skirt pendek berwarna pink dan blaus putih,”Cantik baju kau.”puji Haiqal sekadar mengambil hati.”Betul ke?Puas aku fikir kat rumah tadi nak pakai baju apa untuk nampak cantik di mata kau.”kata Tiara sambil berpusing-pusing menayangkan tubuhnya.”Dahla…jom masuk,dah nak mula ni.”kata Haiqal laju sambil terus mengatur langkah diikuti Tiara yang terkejar-kejar di belakang dengan kasut tumit tingginya.”Haiqal!Haiqal!Tunggu aku!”jerit Tiara.

Sementara itu Balqis dan Zek yang terhendap-hendap sejak dari tadi melihat drama sebabak Haiqal dan Tiara pula segera bergegas masuk ke dalam panggung wayang mengikut jejak mereka.Mereka berdua telah membuat rancangan sejak dari semalam untuk mengintip apa yang dibuat Haiqal dan Tiara untuk mengelak mereka berdua berbicara tentang soal hati dan perasaan.Dan apa yang mereka tidak tahu juga,Joe yang sudah salah faham Balqis mempunyai hubungan dengan Zek telah mengajak kawan baiknya semasa zaman sekolah iaitu Ahmad dan Rizal untuk menemaninya melihat apa yang dibuat Balqis dan Zek.Puas Joe terjengah-jengah mencari kawan baiknya dan akhirnya..”JOE!!”jerit satu suara dari arah belakang Joe dan segera dia menoleh.”Ahmad!Rizal!”jerit Joe pula sambil mereka bertiga berpelukan kegembiraan kerana sejak tamat sekolah,inilah kali pertama mereka berjumpa semula.”Korang ni memang sahabat sejati aku!Lepas tamat sekolah korang jela yang selalu ingat kat aku.”luah Joe sedikit sebak.”Joe,kau jangan risau..kalau kau mintak tolong je,mesti kitorang datang dengan segera!”luah Ahmad bersemangat sambil Rizal menggangguk setuju.
*************

Sementara itu,Balqis dan Zek yang juga sudah mempunyai dua keping tiket wayang segera beratur di pintu masuk yang sama dengan Haiqal dan Tiara yang sudah jauh di hadapan.Sampai sahaja giliran mereka,Zek yang menunjukkan tiketnya segera meluru masuk ke dalam panggung wayang meninggalkan Balqis di belakang.Kelam-kabut Balqis mengikuti langkah Zek yang laju itu.Balqis risau dia tidak nampak kerana cahaya yang agak kelam di dalam panggung wayang selalu menyukarkan pandangannya yang dilahirkan dengan penyakit rabun malam yang diwarisi dari penyakit ibunya.Balqis yang seperti orang buta itu meraba-raba kerusi-kerusi yang tersusun di dalam panggung wayang itu sambil memanggil-manggil Zek perlahan.”Zek!Zek kau kat mana ha?”panggil Balqis berkali-kali tetapi tidak bersahut.Zek yang sudah selesa di tempat duduknya tiba-tiba tersedar yang dia sudah meninggalkan Balqis di belakang lalu dia segera menoleh dan terjengah-jengah mencari kelibat Balqis dalam cahaya yang malap itu.Zek yang ternampak Balqis sedang meraba-raba kerusi di belakangnya segera memanggil,”Balqis!Apa kau buat tu?Sinilah!”panggil Zek.Balqis yang mendengar suara Zek dihadapan segera tersenyum dan menuju ke arah suara Zek dan mengambil tempat di sebelah Zek,mujur Zek bijak mengambil tempat duduk di hujung sekali untuk memudahkan mereka keluar.
*************

“Dik,dik sinilah tengok movie Jepun baru ni!”jerit seorang lelaki di kaunter tiket memanggil Joe,Ahmad dan Rizal yang kelihatan sibuk memandang sekeliling seperti mencari sesuatu.”Movie Jepun?”ujar Ahmad dan Rizal teruja sambil memandang poster yang menunjukkan seorang perempuan yang berpakaian seksi sebagai penghias poster.”Korang ni dah umur 18 belum?”tanya lelaki itu.”Saya?Saya nampak je muda tapi sebenarnya dah umur lebih 18!”jawap Rizal sambil diikuti anggukan oleh Ahmad.”Oi,korang buat apa tu?”jerit Joe sambil menghampiri mereka berdua.”Kitorang nak tengok….movie!”jawap Ahmad sedikit gagap.”Korang kena ingat tujuan kita datang sini sebab kita ada misi nak diselesaikan!”ujar Joe mengingatkan mereka.”Ha betul-betul misi kita!”jawap Rizal pula.”Joe!Ntah-ntah lelaki berjambang tu bawak Balqis pergi tengok movie ni kan!”kata Ahmad memancing Joe.”Tapi mesti Balqis tak tahu dan ikut je..ni mesti kerja lelaki berjambang tu supaya boleh menggatal!”ujar Rizal pula.”Aku tak boleh biarkan ni!Aku mesti selamatkan Balqis!Ok..ok…jom kita beli tiket ni.”ujar Joe yang lurus bendul itu, tidak tahu rancangan mereka berdua yang mahu menonton cerita itu.
**************

“Berapa lama ambik masa untuk mata kau sesuaikan dengan keadaan gelap macam ni?”tanya Zek yang baru tahu tentang penyakit rabun malam dihidapi Balqis.”Emmmm bergantunglah..mengikut pengalaman-pengalaman yang lalu,selalunya lebih kurang 15 minitlah.”jawap Balqis sambil mengunyah pop corn yang dibelinya sebelum memasuki panggung wayang tadi.”15 minit??Tak dapatlah kau tengok apa yang diorang tengah buat sekarang…..”ujar Zek membuat suara yang penuh tanda tanya sambil memuncungkan mulutnya ke hadapan kerana Haiqal dan Tiara duduk betul-betul dihadapan mereka berdua.”Hah?Apa yang diorang tengah buat?Diorang buat apa?”kelam-kabut Balqis menyoal sambil menjengah kepalanya ke hadapan.”Syhhhh…diamlah..diorang tak buat apa-apalah.”jawap Zek sambil tersengih.Akhirnya selepas selesai menayangkan gazette,filem pun bermula…


Selang sejam kemudian,Tiara yang sudah mula mengalirkan air mata kerana sedih dengan jalan cerita itu mula melentokkan kepalanya perlahan-lahan ke bahu Haiqal.Balqis yang ternampak keadaan itu segera bertindak dengan menumpahkan popcornnya ke hadapan sekaligus terkena kepala Tiara.”Eh sorry cik,sorry…movie ni touching sangatlah,tu yang tak sengaja tertumpah popcorn ni..”jawap Balqis membuat suara lain supaya tidak dikenali Tiara yang sedang marah mengutip popcorn yang bertabur di atas kepala dan melekat di rambutnya.Haiqal hanya memandang sekilas dan tersenyum penuh makna seperti tahu sesuatu sambil meneruskan perhatian menonton cerita itu.”Bagus Balqis…teruskan!”ujar Zek menaikkan ibu jarinya.Namun tidak lama kemudian,Tiara cuba pula perlahan-lahan untuk memegang tangan Haiqal dan Balqis yang tiada pilihan lain tanpa disedari menumpahkan pula air coke yang sedang dipegangnya dan terkena sedikit lengan baju Tiara.”Ahhhh!Apa kau buat ni?”jerit Tiara yang sudah bengang memandang ke belakang tetapi sempat Balqis menyorok ke bawah sedikit.

“Sorry cik..sorry..saya betul-betul tak sengaja.”jawap Balqis membuat suara lain.”Tak hormat orang langsung!”jerit Tiara sambil berdiri memandang belakang.”Takpe cik..saya tolong lapkan untuk cik..”jawap Balqis sambil menghulurkan tisu dan segera disambut kasar oleh Tiara.” Syhhhhh…diamlah!” jerit satu suara kerana perhatian mereka yang sedang menonton terganggu.Haiqal yang memandang sejak dari tadi segera bersuara,”Duduklah dulu…kau halang orang nak tengok tu.”kata Haiqal.Tiara yang masih geram terus duduk tanpa bersuara sambil mengelap-ngelap lengan bajunya yang basah.Zek dan Balqis segera bangun dari tempat persembunyian mereka dan kembali duduk di kerusi mereka.”Kau tak rasa kita melampau sangat ke?”soal Zek tidak sampai hati melihat gadis pujaannya dibuli begitu.”Kita terpaksa!Kau tak nampak ke yang diorang hampir berpegangan tangan?”soal Balqis pula.”Betul gak tu..”jawap Zek sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.”Sekarang ni sape yang rabun malam,aku ke kau?”perli Balqis sambil tersengih.
*************

“Berani lelaki berjambang tu bawak Balqis tengok movie ni!”luah Joe bengang tetapi matanya sedikit pun tidak dilarikan dari skrin yang memaparkan adegan-adegan tidak sepatutnya itu.
*************
Selepas keluar dari panggung wayang,Tiara mengajak Haiqal makan di sebuah restoran berhampiran.Balqis dan Zek juga sibuk mengekori dari belakang tetapi dengan berhati-hati supaya tidak dikesan mereka dan Balqis dan Zek mengambil tempat duduk yang agak jauh dari mereka tetapi boleh melihat mereka dengan jelas.Seorang pelayan datang ke meja mereka untuk mengambil pesanan tetapi Balqis sibuk memerhatikan Haiqal dan Tiara sehingga pelayan itu bertanya,”Cik,boleh saya ambik pesanan?”soal pelayan itu sedikit tinggi.Zek yang memerhati keadaan itu segera menjawap bagi pihak Balqis,”Boleh bagi kitorang masa jap tak?”soal Zek.”Boleh..kejap lagi saya datang balik.”ujar pelayan itu sambil berlalu.Sementara itu Balqis yang sibuk memerhati Haiqal dan Tiara dari kejauhan tidak tahu apa yang mereka bualkan.”Movie tadi tu sedih kan…kalaulah semua orang yang single dalam dunia ni boleh dapat cinta sejati diorang,kan bagus…”ujar Tiara memulakan perbualan.Haiqal yang terdiam sejenak kemudian bersuara,”Aku rasa cinta sejati tak wujud dalam dunia ni.”jawapnya pendek sambil menghirup secawan kopi yang dipesannya tadi.

“Semua orang yang bercinta,ada tujuan masing-masing.Aku percaya takde sorang pun yang rasa rupa paras tu tak penting dan jatuh cinta seikhlas hati pada seseorang tanpa pentingkan itu semua.”sinis nada Haiqal,begitu negatif sekali pandangannya tentang cinta.”Kalau cinta semudah itu,takdelah orang yang kesunyian atas muka bumi ni.”tambahnya lagi.Tiara agak terkejut mendengar persepsi Haiqal tentang cinta lalu,”Haiqal..kau tau tau ramai orang sukakan kau dalam dunia ni,takkan la kau sunyi lagi?”soal Tiara sambil menjamah spaghetti yang dipesannya sebentar tadi.”Bagi aku,kaulah orang yang paling tak sunyi sekali dalam dunia ni tau.”kata Tiara lagi.

“Eh diorang cakap pasal apa ar?”soal Zek yang turut menghendap sekali.”Aku pun tak dengar…”jawap Balqis sedikit hampa.

“Sejak aku sekolah rendah lagi,aku selalu dengar orang cerita pasal kau,semua orang kata kau ni genius.Lepas tu bila masuk sekolah menengah pulak aku banyak dengar khabar angin pasal kau.Jadi aku rasa teringin sangat nak kenal siapa kau.”puji Tiara.”Jadi aku bertekad yang aku akan masuk universiti yang sama dengan kau.”ujarnya lagi sambil tersenyum membayangkan semua susah payah yang dilaluinya untuk memasuki universiti yang sama dengan Haiqal.”Kenapa kau nak masuk universiti yang sama dengan aku?”soal Haiqal sedikit pelik.”Sebab…sebab aku suka orang yang pandai..dan kau orang yang paling pandai yang pernah aku kenal.”jawap Tiara selamba.”Kau tau tak,kalau aku terpaksa pilih antara jawap panggilan-panggilan bodoh orang yang nak berkenalan,aku lebih rela single je dalam dunia ni.”ujar Tiara sedikit bangga.”Em jadi apa future plan kau lepas ni?”soal Tiara.”Plan?Plan apa?”soal Haiqal tidak mengerti.”Plan la..contohnya nak sambung belajar lagi ke atau terus nak kerja ke..”terang Tiara.”Aku dengar ayah kau ada company besar kan?So kau nak kerja dengan ayah kau jela lepas ni?”soal Tiara teruja.”Em..aku tak pernah fikir pasal masa depan…”ujar Haiqal terdiam.”Betul tu..takyah susah-susah nak pikir,takde kerja yang kau tak tahu buat kan..”puji Tiara melambung walaupun bukan itu yang dimaksudkan Haiqal sebenarnya.

Tiba-tiba sedang Balqis dan Zek sibuk mendengar perbincangan Haiqal dan Tiara,telefon bimbit Zek berbunyi.Balqis yang terkejut segera menyuruh Zek mematikan telefon bimbitnya selepas terlihat Haiqal memandang ke arah mereka.”Tutuplah cepat!”ujar Balqis kelam-kabut menundukkan wajah.”Weh Balqis,aku ada benda nak buat kejap.Kau duduk sini dan dengar perbualan diorang ok?”arah Zek sambil berlalu keluar dan menjawap panggilan.”Heyyy Zek,kau nak buat apa ar?”soal Balqis sedikit kuat sehingga Haiqal menoleh dan ternampak Balqis yang sedang memandang tepat ke arahnya.Tiara yang tidak perasan menyoal Haiqal,”Haiqal,kau suka perempuan yang macam mana ek?”soal Tiara lembut.Haiqal yang terfikir sesuatu segera menguatkan sedikit suaranya sehingga boleh didengari dengan jelas oleh Balqis yang membelakangi mereka.

”Oh…aku suka yang macam lelaki lain suka la..cantik,langsing dan ada konfiden yang tinggi.”kuat suara Haiqal.”Ha, dan…kalau dia pandai memasak lagi bagus!Sebab kalau seseorang perempuan tu tak pandai masak,ibarat macam kurang sesuatu!”perli Haiqal sambil matanya melirik kepada Balqis yang sudah tunduk sejak dari tadi.“Yeker kau suka yang pandai memasak?Eh aku masak boleh tahan gak tau.”kata Tiara membangga diri.”Jadi maknanya kita ni sepadan la kan?”soal Tiara yakin.”Nampaknya macam tulah..”jawap Haiqal semakin kuat.Balqis yang sedari tadi mendengar perbualan mereka hanya mampu menahan perasaan terlukanya.
*************

Sementara itu Zek yang sedang menjawap panggilan telefon diluar,”Korang pernah tengok tak orang kulit hitam suka buat dandan dekat rambut diorang yang halus-halus tu?”tanya Zek di corong telefon.”Tak..aku bukan orang kulit hitam tapi style rambut aku macam tu la..”terang Zek lagi.”Ha dah-dah jangan merepek.Aku ni lelaki bukan perempuan la walaupun rambut aku dandan.Dah dengar sini,nanti ada sorang perempuan rambut panjang lurus kat sebelah aku tau..cantik sangat orangnya.Dia pakai blaus putih dengan skirt pendek warna pink….”terang Zek sambil membayangkan Tiara.
*************

Balqis yang sudah tawar hati untuk makan keluar dari restoran itu dengan perasaan bungkam sambil menuju ke arah Zek di seberang jalan,”Aku ni tak cantik,tak pandai masak..macam mana nak dibandingkan dengan Tiara yang sempurna tu?”tanya Balqis pada dirinya sendiri.”Eh kenapa kau keluar ni Balqis?Mana diorang?”soal Zek bertalu-talu.”Diorang dah keluar,pergi shopping.Aku dah malas nak ikut diorang..”jawap Balqis tidak bermaya.”Tapi kenapa?”soal Zek marah kerana rancangannya akan gagal jika mereka hilang jejak Haiqal dan Tiara.”Dengan mengikut diorang dari belakang,aku dapat nampak betapa sepadannya diorang…”jelas Balqis.”Kau jangan cakap kau nak menyerah kalah?”soal Zek pelik.”Lupakan jela rancangan kita ni Zek.Kalau Haiqal betul-betul sukakan Tiara,aku pasrah je.”jawap Balqis perlahan sambil meneruskan langkahnya.”Balqis!Kau mana boleh macam ni!”marah Zek kerana tiba-tiba sahaja Balqis berubah.”Zek,aku betul-betul tak tahan dah tengok diorang mesra macam tu..sakit tau tak..”ujar Balqis sebak.”Sebab tulah kita kena berusaha lagi kuat untuk pisahkan diorang!”ujar Zek memberi semangat.”Kau jangan risau,aku dah aturkan orang untuk tolong jalankan rancangan kita..kau cuma perlu bertahan sikit je lagi ok?”pujuk Zek.

Balqis yang masih lagi berjalan laju itu tiba-tiba terlanggar dua orang lelaki berbadan sasa dan bermuka bengis,hampir tergolek ke belakang Balqis dibuatnya tetapi sempat di paut Zek.”Sorry..sorry…”terketar-ketar suara Balqis.”Kau ingat cukup dengan sorry je ke?Kau tau tak apa hukumannya kalau orang langgar aku?”soal lelaki itu dengan wajah bengis.Zek yang memerhati keadaan itu segera meluru ke arah lelaki itu.”Woi,kau silaplah..bukan dialah!”marah Zek kerana kebetulan Balqis juga memakai blaus putih cuma skirtnya labuh dan berwarna coklat.”Aku silap?Bukan dia?Jadi kau ke?”soal lelaki itu sambil menolak Zek yang agak rendah itu ke belakang.”Zek,kau ok tak?”soal Balqis cemas.”Disebabkan orang-orang macam korang nilah..masyarakat kita jadi macam ni.”kata Zek sambil berpura-pura marah.Walaupun satu dunia takutkan kau,tapi aku ZEK tak takutkan kau langsung!”jerit Zek sambil menolak lelaki itu kembali.Tiba-tiba Tiara dan Haiqal yang kebetulan melalui kawasan itu segera berhenti apabila melihat orang yang mereka kenali sedang bergaduh.”Zek!Kau tak takut ke?Diorang nampak bengis la!”jerit Tiara.Zek hanya tersenyum bangga sahaja kerana merasakan Tiara kagum dengan dirinya.

Manakala Haiqal yang berdiri di belakang Tiara terdengar suara orang memanggil-manggil dari belakangnya..dua orang lelaki sedang berusaha memanggil Zek sejak dari tadi lagi.Haiqal yang sudah merasakan sesuatu tiba-tiba tersenyum memanggil Zek,”Zek,ada dua orang lelaki cari kau!”jerit Haiqal sambil menunjuk ke arah yang dimaksudkannya.”Zek!”jerit dua lelaki itu sambil menghampiri Zek.”Korang ni sape pulak?”soal Zek pelik.”Ini akulah..orang yang kau upah.Dia tu bukan orang yang kau upah..diorang tu samseng dekat sini!Sekarang ni kau pandai-pandailah handle sendiri!Oklah aku pergi dulu,bye!”ujar lelaki itu sambil berlari ketakutan meninggalkan Zek yang terpinga-pinga.Balqis yang sudah ketakutan segera menghampiri Zek,”Zek,apa kita nak buat sekarang ni?Diorang ni menakutkan la..”bisik Balqis melihat wajah bengis mereka yang sudah mula menghampiri Balqis,Zek termasuklah Haiqal dan Tiara walaupun mereka berdua tiada kaitan,ini kerana Haiqal berkomunikasi dengan Zek sebentar tadi.”LARI!!!”jerit Haiqal yang kemudian segera berlari dan mencapai tangan seseorang untuk berlari bersama-samanya.…….



p/s:agak2 tangan sapekah yang Haiqal capai?huhu

;;




HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.