Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Tuesday, December 15, 2009


Sebaik sahaja bungkusan makanan itu bertukar tangan,tiba-tiba terlintas di fikiran Balqis untuk bertanyakan sesuatu kepada juruwang restoran itu,”Em..awak tau tak bila time Haiqal habis kerja?”soal Balqis laju.”Lebih kurang…. pukul 10 malam.”jawap juruwang itu agak lambat seolah memikirkan sesuatu.”Oh OK!Terima kasih ye!”jawap Balqis gembira dan segera berlalu keluar dari restoran ala barat itu.Namun,tujuan Balqis pada malam ini bukanlah untuk pulang ke rumah terus sebaliknya menyorok di sebalik pasu-pasu bunga yang diatur di sekeliling restoran itu sambil memerhatikan kelibat pelanggan yang lalu-lalang keluar masuk dari restoran itu.”Tak kira apa pun,aku mesti tau hari ni kat mana Haiqal tinggal!Tapi aku kena jaga-jaga sebab takut pulak kalau dia perasan aku..Haiqal tu dah la selalu dapat kesan kalau aku intip dia..”bebel Balqis seorang diri sambil mengintai di sebalik daun-daun pokok bunga itu.Setelah hampir setengah jam berlalu,kelibat Haiqal masih lagi tidak kelihatan.Sudah puas Balqis menjengah setiap kali daun pintu restoran itu ditolak malangnya wajah yang dinanti-nantinya masih juga tiada.”Haihh,apasal la mengantuk sangat ni...”luah Balqis sambil menguap dan menggosok-gosok matanya berulang kali.


Selepas hampir 45 minit menunggu akhirnya….”Hah!Lampu restoran dah terpadam..mesti dah tutup kedai ni!”jerit Balqis perlahan sambil terintai-intai kelibat Haiqal.Tidak lama kemudian,wajah yang dinantikan Balqis terjengul di muka pintu restoran tetapi reaksi wajah Haiqal seperti sedang menunggu seseorang dan tidak terus pulang.Haiqal tunggu siapa-siapa ke?soal Balqis di dalam hati.Tiba-tiba Haiqal disapa oleh salah seorang rakan sekerjanya,”Haiqal,kau nak tumpang aku ke?Jomlah,aku bawak kereta hari ni.”ajak rakannya.”Erm takpe terima kasih sebab aku dah janji dengan kawan.”jawap Haiqal ringkas.”Oh yeker?Ok jumpa esok.”ujar rakan sekerjanya dan terus berlalu.Tiba-tiba dengan tidak disangka-sangka oleh Balqis,Tiara pula muncul di muka pintu sambil tersenyum ceria melangkah ke arah Haiqal.”TIARA?????Apa dia nak buat ni?”rungut Balqis di celah semak itu,hatinya panas melihat Tiara berdua-duaan dengan Haiqal.”Haiqal,sorry tau aku buat kau tunggu lama pulak...”sapa Tiara manja sambil meliuk-lentukkan badannya.”Hmm..takpe..aku pun baru je keluar.”jawap Haiqal ringkas.”Jom..penat sangatlah hari ni..tak tahulah masih ada tenaga ke tak ni..kau tak penat ke?”riuh mulut Tiara berkata sambil memicit-micit lengannya tanpa sebarang sahutan dari Haiqal yang berjalan di sebelahnya.


Setelah agak jauh mereka berjalan,Balqis perlahan-lahan keluar dari tempat persembunyiannya,”Kenapa Haiqal balik sama-sama dengan Tiara???KENAPA???”luah Balqis sedikit kelam-kabut.”Relaks,relaks..aku kena bertenang.Mungkin jalan balik ke rumah diorang sehala…”ujar Balqis menyedapkan hatinya sendiri sambil mengekori mereka berdua dari belakang.Lebih kurang 15 minit kemudian, kelihatan Haiqal dan Tiara berhenti dan membelok masuk ke dalam sebuah rumah.”Eh,ni rumah keluarga Tiara ke?”soal Balqis sendirian apabila melihat kucing kesayangan Tiara yang pernah dibawanya ke rumah Haiqal satu ketika dulu berlari-lari manja menuju ke arah Tiara dan menggesel-geselkan badannya.Dengan pantas Haiqal mengambil dan mendukung kucing yang mengiau manja itu manakala Balqis pula sibuk mengintai dari sebalik pokok di depan rumah banglo itu.”Ken..kenapa..apa yang diorang buat ni?”soal Balqis mula tidak sedap hati.Tambah mengiakan apa yang difikirkan Balqis,Haiqal dan Tiara kemudiannya hilang di sebalik pintu rumah banglo itu.Sepi.”Tak…tak mungkin..”ujar Balqis perlahan.Akhirnya dia membuat keputusan untuk menunggu Haiqal keluar dari rumah itu untuk menafikan apa yang difikirkannya.Malangnya selepas 2 jam menunggu,bayang Haiqal masih jua tidak kelihatan dan dengan langkah yang lemah longlai Balqis melangkah meninggalkan rumah itu.Sepanjang perjalanan pulang, Balqis menangis semahu-mahunya,pandangannya menjadi kabur akibat air mata yang sentiasa bergenang di matanya.Hancurnya hati aku..sampai hati kau buat aku macam ni,Haiqal...
***************

Sesampai sahaja Balqis di rumah, Puan Amiza tersenyum menyambut Balqis di muka pintu malangnya apabila melihatkan keadaan Balqis yang kusut masai dan mata yang merah segera menaikkan kerisauan Puan Amiza.”Qis,kenapa ni Qis?Qis menangis ke?”tegur Puan Amiza sambil menyapu air mata Balqis yang mengalir laju menuruni pipi gebunya.Setelah cuba untuk bertahan akhirnya Balqis menghamburkan segala sisa tangisannya di dada Puan Amiza.Sesungguhnya dia benar-benar kecewa dan terluka.”Ala Qis,janganlah nangis ye sayang..”ujar Puan Amiza sambil mengusap-usap bahu Balqis lembut.Puas Puan Amiza memaksa Balqis menceritakan kepadanya tetapi Balqis tetap berkeras tidak mahu membuka mulut namun Puan Amiza tahu ianya sudah pasti berkaitan dengan Haiqal.”Balqis nak makan?Auntie panaskan lauk ye..”ujar Puan Amiza sambil bersedia untuk bangun.”Takpelah auntie..Qis takde selera nak makan..Qis naik ke bilik dulu ye..”jawap Balqis lemah sambil mengatur langkahnya satu persatu menaiki tangga.Maafkan Qis,auntie…Qis tak mampu nak ceritakan apa yang Qis nampak tadi..Qis tak nak auntie sedih…ujar Balqis di dalam hatinya sambil menoleh sekilas kepada Puan Amiza dan terus berlalu ke tingkat atas.
***************

Di dalam biliknya,Balqis menghempaskan dirinya di atas katil dan menangis lagi semahu-mahunya untuk kesekian kalinya.Dia benar-benar sedih kerana selama ini dia percaya yang Haiqal bukan jenis lelaki sebegitu.”Selama 2 jam..2 jam aku tunggu kau Haiqal..tapi kau tak keluar…”di hujung katanya berderai lagi air matanya.”Diorang berdua nampak macam happy sangat..masih jelas lagi dalam fikiran aku,Haiqal yang dulunya duduk berhadapan dengan bilik aku..sekarang…duduk dekat rumah Tiara…”ujar Balqis sayu.”Walaupun Haiqal cakap dia tak bencikan aku,tapi mungkin dia cakap dekat Tiara yang dia..sukakan Tiara…”ujarnya lagi sambil menyapu air matanya.Akhirnya Balqis terlelap dalam tangisannya..Kenapa aku rasa tiba-tiba dunia ni jadi gelap?

Selang beberapa minit kemudian,kedengaran pintu bilik Balqis diketuk dari luar.”Qis,Qis ok ke?”soal Puan Amiza sambil menatang dulang masuk ke dalam bilik Balqis.”Qis ok auntie…Qis cuma baru balik tengok movie..”jawap Balqis sambil tersenyum lemah walaupun matanya sudah membengkak akibat menangis.”Kalau macam tu baguslah..ni ha auntie ada masakkan nasi goreng untuk Qis kalau-kalau Qis lapar..nanti kalau Qis lapar,Qis makan ye..”terang Puan Amiza sambil meletakkan sepinggan nasi goreng dan segelas air oren di atas meja belajar Balqis.”Okay..terima kasih auntie..”jawap Balqis lemah.Tidak lama kemudian,Pakcik Bakri pula naik ke tingkat atas menuju ke bilik Balqis apabila Puan Amiza menceritakan Balqis yang menangis tidak henti-henti semenjak pulang ke rumah.”Fea..Fea tak tidur lagi ke?Ayah ada bawa omelette yang Fea paling suka makan..”ujar Pakcik Bakri memancing malangnya pertanyaannya sepi tanpa jawapan kerana Balqis sudah pun terlena kembali dan perlahan-perlahan Pakcik Bakri menutup pintu bilik Balqis.
***************

Keesokan harinya,Balqis yang terjaga dari tidur terus turun ke bawah tanpa membasuh mukanya terlebih dahulu dan di tangga dia bertembung dengan Haziq yang ingin naik ke tingkat atas.”Good morning Haziq..”tegur Balqis seperti biasa walaupun matanya hanya suku sahaja yang terbuka.”Good morning Si Montel!”jerit Haziq di telinga Balqis sengaja ingin menaikkan kemarahan Balqis malangnya perbuatannya itu tidak mendapat respon seperti selalu.Haziq yang terkejut sebaik sahaja melihat keadaan Balqis yang kusut serabai dan mata yang membengkak itu terjerit,”EH!Kau ni kenapa?Cuba kau cermin sikit tengok macam mana muka kau?Menakutkan tau tak?”soal Haziq pelik.”Takde apa-apa.”jawap Balqis dan berlalu turun ke bawah dan ini semakin menambahkan kepelikan Haziq.”Telur goreng dah siap!”ujar Puan Amiza yang ceria dari dapur sambil menatang sepinggan telur goreng dan matanya terlihatkan kelibat Balqis yang pucat.”Qis kenapa ni?Kenapa mata Qis merah sangat ni?”tanya Puan Amiza sambil membelek-belek wajah Balqis.

”Qis sakit ke?”soal Encik Hashim yang turun dari tingkat atas lengkap berpakaian kot.”Qis tak sakit uncle..cuma Qis tak cukup tidur malam tadi..”jawap Balqis berdolak-dalih.”Sebab Qis study sampai lewat malam kot..”teka Encik Hashim..”Eee tolonglah..tak mungkin..”sampuk Haziq.”Haziq!”serentak mama dan papanya menjegilkan biji mata mereka kepadanya.”Macam nilah..hari ni Qis rehat je kat rumah..tak payah pergi kelas ye..”ujar Puan Amiza.”Tengoklah muka dah macam hantu..kalau abang tengok dah tentu dia takut!Bwek!”ejek Haziq malangnya masih tiada balasan dari Balqis seperti kebiasaan yang akan bergaduh besar dengannya.Em…betul tu..kalau Haiqal tengok keadaan aku yang macam ni,mesti dia ingat yang dia terjumpa hantu..so lebih baik aku jangan muncul depan dia langsung..Tiba-tiba Balqis terus menuju ke pintu hadapan dan membukanya,”Ok,Qis pergi dulu ye auntie,uncle..”ujar Balqis sambil membuka tombol pintu.”Qis,Qis nak pergi mana tu sayang?Qis ok ke tak ni?”soal Puan Amiza yang kelam-kabut mengejar Balqis di muka pintu.”Qis nak pergi class lah auntie..”jawap Balqis kembali.”Pergi kelas???Pakai macam ni???”soal Puan Amiza tidak percaya.Serentak dengan itu Balqis melihat dirinya,masih berbaju tidur dan rambut yang kusut-masai!
**************

Semasa sedang berjalan menuju ke kelasnya,Balqis terdengar riuh rendah di belakangnya lantas menoleh,”Qis!Qis!Oi Qis!Tunggulah!”jerit Zati dan Ika yang berlari-lari anak menuju ke arahnya.”Kitorang dah berpuluh kali call kau,berani kau ignore je??Kau tahu tak satu dunia sedar yang kau ni berperangai pelik tiba-tiba?”soal Zati tidak bertalu-talu.”Yeker?”soal Balqis terkejut.”IYE!”jawap Zati dan Ika serentak.”Kenapa muka kau pucat sangat ni?Apa yang si Haiqal tu dah buat kali ni?”soal Zati masih tidak puas hati.”Ha aku tau,mesti Haiqal cakap yang jangan kacau dia kat tempat kerja dia dah,betul tak?”teka Ika.”Owhhh..kalau macam tu,jom kita bertiga pergi jumpa Haiqal!”jerit Zati.”JOM!”balas Ika pula.”Tapi aku takde mood la nak pergi sana hari ni..”balas Balqis lemah,kejadian semalam masih jelas terbayang di fikirannya.”Em kalau camtu,apa kata korang jom ikut aku,kita skip class then kita pergi ka~ra~oke!”ajak Zati bersemangat.

”Huh?Kau biar betik?Kau dah tak join kelab nyanyian kau tu ke?”soal Ika pelik.”Hmmm tak dah..lagipun malam ni aku nak pergi tengok konsert!”terang Zati ceria.”Wow!Konsert?Kalau macam tu kau kenalah bawak kitorang!”kata Ika pula.”Tapi…aku dah ada date dengan orang lain~~~”jawap Zati sedikit malu-malu.”Ok owww..kau keluar dengan siapa???”tanya Ika bersemangat.”Ala lelaki yang kat restoran hari tu….”jawap Zati sambil tersengih.”Hah?Penyanyi tu ke??Cepatnya??”soal Ika seperti tidak percaya.”Ala kau tu cakap orang,kau ingat aku tak tahu kau ada contact ngan budak lelaki cute yang hampir-hampir nak terlanggar kita bertiga hari tu….”usik Zati pula.”Korang aku pergi dulu tau.”ujar Balqis tiba-tiba tetapi tidak dihiraukan oleh Zati dan Ika yang masih rancak bercerita.”Korang..aku tak pergi kelas tau..”masih lagi tidak dihiraukan.Akhirnya Balqis yang melihat mereka berdua rancak bercerita tentang perkembangan cinta masing-masing mengatur langkah perlahan-lahan dan terus menghilang.

Orang yang sedang jatuh cinta mesti rasa bahagia sangat…mungkin dah sampai masanya untuk aku..lepaskan Haiqal?Aku tak nak cintakan dia lagi!Aku betul-betul tak nak!

;;




HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.