Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Saturday, October 3, 2009

Ceritera Cinta Kita 40


“APA??!!Abang nak pindah???”soal Puan Amiza tidak percaya setelah Haiqal meluahkan isi hatinya untuk menyewa di apartment berdekatan universiti lewat petang itu.Suasana di ruang tamu banglo itu sedikit tegang kerana Puan Amiza yang tidak mahu melepaskan anak sulungnya itu.”Sejak kecil lagi,abang dibesarkan dengan perlindungan dari keluarga..jadi abang rasa dah sampai masanya untuk abang fikirkan tentang masa depan abang.Abang nak rasa pengalaman hidup berdikari dan berdepan dengan dunia yang lebih luas ma..”jelas Haiqal kepada ibunya yang sudah terduduk kesedihan itu.”Abang nak rasa macam mana bekerja sambil belajar..nak tengok sama ada abang boleh sesuaikan diri ataupun tak..”jelas Haiqal lagi kepada semua termasuklah bapanya yang sejak dari tadi terangguk-angguk.”Tapi abang…kalau abang takde…mama tak biasa!Mama tak dapat bayangkan hari hari yang mama lalui nanti tanpa tengok wajah anak mama!”luah Puan Amiza sambil menyeka air matanya yang sudah mengalir deras itu.”Pernah abang fikirkan apa perasaan mama tak?Hurm?Apa perasaan Balqis?”soal Puan Amiza lagi sambil memandang Balqis yang memerhati dari jauh dengan kesayuan.“Mama…macam mana pun..abang ni anak lelaki ma.Dia mesti belajar macam mana nak berhadapan dengan dunia luar,masyarakat luar.Papa rasa abang buat keputusan yang tepat..”luah Encik Hashim akhirnya yang bersetuju dengan Haiqal.
***************

Seminggu kemudian,tibalah hari yang paling sedih dalam hidup Balqis,saat perpisahannya dengan Haiqal telah pun tiba.Pagi itu Balqis bangun awal untuk memastikan yang dia dapat melihat wajah Haiqal sebelum Haiqal bertolak menaiki lori yang disewa Encik Hashim untuk Haiqal mengangkut barang-barangnya ke apartment sewanya.Setelah bersalaman dengan ibu,ayah,adik serta Pakcik Bakri,Haiqal meminta izin untuk berangkat.”Abang pergi dulu ye,ma,papa,pakcik..”ujar Haiqal sambil menjeling sekilas Balqis disebelahnya yang sudah tunduk menahan air matanya atau mungkin sudah mengalir tetapi cepat-cepat diseka oleh Balqis.”Abang kena jaga diri baik-baik tau.Makan 3 kali sehari jangan lupa,jangan balik lewat malam sangat ok..”bermacam-macam pesan yang ditinggalkan oleh Puan Amiza yang tidak betah melepaskan anak sulungnya itu.”Ok mama…terima kasih ma.”jawap Haiqal sambil tersenyum kelat.Sesungguhnya dia turut sedih tetapi baginya dia harus berbuat begitu untuk memikirkan sebenar-benarnya apa yang dimahukannya di dalam hidup.”Kalau abang nak apa-apa,abang telefon je mama..nanti mama datang ok.”ujar Puan Amiza lagi sambil teresak-esak.”Takpe ma,rasanya semua dah cukup ni.”jawap Haiqal pula sambil menuju ke lori dan ingin membuka pintu hadapan untuk mengambil tempat duduk.


Si Comel yang entah dari mana muncul tiba-tiba menggesel-geselkan badannya di kaki Haiqal.Haiqal yang terasa sebak segera mengangkat Si Comel dan mengendong serta mencium Si Comel yang amat disayanginya sebelum menurunkannya kembali.Walaupun Haiqal nampak seperti seseorang yang tidak mempunyai perasaan tetapi pada hakikatnya dia seorang yang penyayang.Sikap inilah yang berjaya Balqis lihat disebalik kesombongan Haiqal selama ini.Akhirnya Haiqal masuk ke dalam lori dan duduk sambil melambai-lambai kepada mereka semua dan semakin menjauh.”Abang!Balik rumah selalu tau!”jerit Haziq sambil menangis juga.Balqis yang tidak dapat menahan kesedihannya juga sudah menangis teresak-esak melihat Haiqal yang sudah semakin menjauh.Dia dah pergi!Haiqal betul-betul dah pergi!Selama ni,tanpa aku sedari Haiqal dah jadi sebahagian dari hidup aku.Walaupun dia selalu dingin dengan aku,selalu kenakan aku..tapi aku tak kisah sebab yang penting aku dapat jumpa dia tiap-tiap hari.Sekarang ni,dia dah pergi!Mesti dia akan lupakan aku dengan cepat..kata hati Balqis yang merintih sayu.Sementara Haiqal di dalam lori,Betul ke keputusan yang aku buat ni?soalnya kepada diri sendiri sambil memandang Balqis dari cermin sisi dan lama kelamaan menjauh dan hilang.


*************

“Dengar sini pelajar semua…semasa melakukan rawatan kecemasan,pertama sekali kita kena tekan dada bayi ni untuk melihat jika ada sebarang reaksi…..”terang pensyarah Balqis sambil mendemonstrasikan cara-cara melakukan rawatan kecemasan dengan menggunakan anak patung bersaiz bayi sebenar.Balqis yang masih lagi dalam kesedihan langsung tidak mempedulikan leteran panjang lebar pensyarahnya malahan termenung sambil menongkat dagu seperti memikirkan sesuatu.Zati dan Ika yang perasan keadaan Balqis yang sudah berubah sejak 3 minggu selepas Haiqal pindah hanya menggeleng-gelengkan kepala memerhatikan sahabat baik mereka itu.”Baiklah sekarang saya mahukan anda semua melakukan apa yang telah saya tunjukkan sebentar tadi..Balqis!”tiba-tiba pensyarah memanggil Balqis malangnya Balqis yang masih termenung itu tidak mendengar namanya dipanggil.”Balqis!Balqis!Puan Maria panggil!”panggil Zati dan Ika sambil menggoncang bahu Balqis yang duduk di antara mereka berdua.”Saya nak kamu berlatih betul-betul ye..boleh Balqis?”soal pensyarahnya sedikit lantang.”Bo…boleh puan…”jawap Balqis yang terkejut.

Semasa sedang melakukan demonstrasi yang ditunjukkan sebentar tadi,Zati terlihatkan Balqis yang masih termenung dengan matanya yang sudah membengkak kerana asyik menangis.”Weh Qis!Kenapa kau jadi macam sotong lembik je ni,macam takde tulang..sejak 3 minggu lepas tau!”tegur Zati yang risau melihat keadaan Balqis yang seperti mayat hidup itu.”Kitorang tau yang kau sedih sebab Haiqal dah pindah tapi kau tak bolehlah berterusan macam ni..”nasihat Ika pula sambil mengusap bahu Balqis lembut.”Ntah,mana perginya semua semangat kau yang menggunung tu selama ni?”soal Zati membakar semangat.”Aku pun tau,aku tak patut jadi macam ni…tapi…aku tak boleh…..”luah Balqis sayu dan air matanya mengalir lagi untuk kesekian kalinya.
**************

“Apa dia???Haiqal dah pindah pergi sewa rumah lain?”soal Joe gembira kepada Zati dan Ika semasa bersembang dengan mereka di cafeteria.”Betullah….kalau tak percaya pergi tanya Balqis kat luar tu..tengah termenung lagi la tu..”ujar Zati sambil memandang Balqis yang duduk di pondok di luar cafeteria.Joe yang ternampak Balqis disitu segera bergegas menuju ke arah Balqis.”Qis!Qis apa khabar?Joe dengar yang Haiqal dah pindah?Betul ke?”soal Joe bertalu-talu manakala Balqis hanya mengangguk lemah.”YES!!!!!!!!BAGUS!Akhirnya barulah tidur malam ku lena..”ujar Joe yang tiba-tiba bermadah itu.”Haiqal…Haiqal..akhirnya kau kalah dengan keazaman aku..BAIKLAH dengar sini semua,hari ni semua yang kamu semua sedang makan sekarang,saya belanja!Ha tambah lagi!”jerit Joe kepada semua pelanggan di dalam cafeteria itu sebaik sahaja dia kembali memasuki cafeteria.Serentak dengan itu kesemua pelajar yang sedang menjamu selera di cafeteria itu segera bersorak gembira.Tiba-tiba,”JOE!Amboi amboi seronok betul tawaran kau ye???Siapa boss ni?Aku ke kau?”marah majikannya yang sudah bercekak pinggang sementara Joe sudah lintang-pukang melarikan diri ke belakang.
***************

Seperti biasa,petang itu Balqis mempunyai latihan untuk kelab Tenis dan seperti biasa juga tugas Balqis adalah mengutip kesemua bola-bola tenis yang bertaburan di gelanggang dan memasukkannya ke dalam raga.Sesungguhnya Balqis yang benar-benar lemah dan tidak berdaya itu hanya mengutip bola-bola yang banyak itu tanpa sebarang rungutan seperti kebiasaanya gara-gara memikirkan Haiqal yang dirinduinya setelah hampir 3 minggu tidak berjumpa walaupun sekadar berselisih di dalam universiti.Zek yang sedang mengajar pelajar-pelajar baru di tengah-tengah gelanggang tenis itu hanya memerhatikan sahaja wajah sedih Balqis yang seperti kematian suami itu.Perlahan-lahan dia menghampiri Balqis,”Wei Balqis,kau tahu tak dekat mana Haiqal duduk sekarang?Kau pergi jela rumah dia!”seloroh Zek.”Aku tak tahu…”jawap Balqis lemah.”Dia kerja kat mana?”soal Zek lagi.”Tak tahu jugak…”jawap Balqis semakin lemah.”Aik takkan la kau tak tahu langsung?”soal Zek tidak puas hati malangnya tiada sebarang respon dari Balqis lalu Zek kembali melangkah ke tengah gelanggang untuk melatih ahli kelabnya.Tiba-tiba tanpa diduga,sebiji bola tenis yang dipukul oleh mereka telah terkena kepala Balqis malangnya Balqis masih lagi tidak memberikan sebarang reaksi.Kelam-kabut pelajar yang memukul bola itu meluru ke arah Balqis.”Kak,sorry kak..akak takde apa-apa ke?Ada luka ke kat mana-mana?”soal pelajar junior itu kelam-kabut tetapi masih tidak diendahkan Balqis yang masih termenung.Zek yang sudah tidak tahan segera menghampiri Balqis,”Hey Balqis!Kuat tau bola tu kena kepala kau tadi?Tak sakit ke?”soal Zek sambil menggoncang bahu Balqis berulang kali.

Balqis hanya memandang Zek sekilas tanpa sebarang reaksi dan kemudian termenung kembali.”Yang kau termenung ni kenapa?Pergi kutip bola cepat!”marah Zek untuk memancing Balqis bercakap tetapi Balqis dengan segera menuju ke tengah gelanggang dan mengutip kesemua bola tenis itu.”Zek,kenapa si Balqis tu macam lemah tak bermaya je?”soal Tiara yang sejak dari tadi memerhati tingkah laku Balqis yang pelik.”Mungkin sebab Haiqal dah pindah duduk luar kot.”jawap Zek spontan.”Oh yeker???? Patutlah..”jawap Tiara yang teruja kerana peluangnya untuk mendapatkan Haiqal amat cerah.

Setelah selesai sesi latihan hari itu,kesemua pelajar mula mengemas barang-barang mereka dan beredar manakala Balqis sedang sibuk mengutip kesemua bola yang ditinggalkan bertaburan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.Zek yang kasihan melihat Balqis sebegitu akhirnya menghampiri Balqis,”Qis,kau tak nak belanja aku makan ke?”soal Zek tiba-tiba.”Tak nak.”ringkas jawapan Balqis.”Ok…tapi aku ada maklumat pasal Haiqal.”kata Zek lagi memancing.Sejurus mendengar nama Haiqal,mata Balqis yang layu sebentar tadi terus bertukar bulat.”HAH???BETUL KE ZEK?Kau cakap je kau nak makan apa,aku belanja!”jerit Balqis teruja sambil memandang Zek penuh mengharap.”Aku nak makan lamb steak!”jawap Zek pula.”Hah?Mahalnya…”keluh Balqis.”Ala aku bukan mintak kau bawak aku kat steak house pun..tempat biasa je..”balas Zek pula.”Erm…ok..ok..apa kata kau bagitau aku dulu apa yang kau tahu?”soal Balqis teruja.”Aku tau kat mana dia bekerja part time…”jawap Zek sambil tersengih-sengih.

”Betul ke???Zek,kau ni memang bestlah!”jerit Balqis sambil melompat keriangan kerana impiannya selama ini akhirnya menjadi kenyataan.”Mestilah!Haiqal tak boleh sembunyikan apa-apa pun dari aku..”ujar Zek bangga walaupun sebenarnya dia kebetulan ternampak Haiqal masuk ke sebuah restoran makanan barat lengkap memakai pakaian pekerja restoran tempoh hari.”Eh,lagi satu aku nak pesan kat kau ni yang takde sorang pun boleh tahu kat mana Haiqal kerja tau.”kata Zek dengan nada serius sambil Balqis mengangguk laju.”So,lepas kau kutip semua bola ni,kau tukar pakaian,aku bawak kau pergi sana.”ujar Zek lagi sementara Balqis sudah mampu kembali tersenyum manis mengenangkan sebentar lagi dia akan dapat melihat wajah yang amat dirinduinya selama berminggu-minggu.
**************

Sesampainya di depan restoran Chop n Steak itu,Zek terus meluru masuk ke dalam restoran diikuti oleh Balqis yang sudah terpusing-pusing melihat sekeliling restoran yang dihias indah dengan sentuhan inggeris itu sesuai dengan tema makanannya,makanan barat.Zek mengambil tempat duduk di satu sudut dan melabuhkan punggungnya diikuti Balqis di belakangnya.Seorang pelayan sedang siap menunggu pesanan dari mereka berdua malangnya Balqis sudah tidak mempedulikan pelayan itu kerana baginya apa yang penting kini ialah mencari satu-satunya wajah yang amat dirindui-“Cik,cik nak pesan apa?”soal pelayan itu setelah agak lama menunggu.”Erm?Saya tak tau lagi lah.”jawap Balqis mengerling sekilas pada pelayan lelaki itu.”Cik nak saya cadangkan menu baru kami ke?”soal pelayan itu lagi.”Eh takpe,terima kasih je.Bagi saya masa untuk fikir kejap.”jawap Balqis laju sambil mencari-cari kelibat Haiqal yang dikatakan Zek bekerja di restoran itu.”Tapi cik boleh cepat sikit tak?”soal pelayan itu seperti sudah hilang sabar kepada pelanggannya.”Macam nilah..dia ni hari ni tak berapa sihat sikit,boleh bagi dia masa untuk fikir tak?”soal Zek yang memintas laju kata-kata pelayan itu yang agak biadab.”Erm..ok,nanti kalau dah panggil saya.”jawap pelayan itu sambil berlalu.

“Zek,kau pasti ke yang Haiqal kerja kat sini?”soal Balqis kerana sejak dari tadi dia tidak nampak langsung kelibat Haiqal.”Boleh tak kau berhenti kejap pandang-pandang keliling.Jomlah order dulu,aku lapar gila ni.”kata Zek sambil menggosok-gosok perutnya tanda lapar.Tiba-tiba,”Encik dan cik berdua nak pesan apa ye?Dah 15 minit saya tengok cik dan encik berfikir tapi masih takde pesanan dibuat lagi.Boleh tak cik buat pesanan sekarang?”sinis nada suara itu.Balqis yang mahu melawan kembali segera mendongak, “HAI..HAIQAL!!”ujar Balqis terjerit kecil kerana terlalu terkejut bercampur gembira manakala Haiqal hanya membuat muka selamba sahaja seperti tidak mengenali Balqis.”Encik nak pesan apa?”soal Haiqal sambil sedia ingin menyalin pesanan Zek.”Saya nak lamb steak.”jawap Zek laju.”Cik pula?Steak?Spaghetti?Chicken chop?”soal Haiqal.”Ummm…um..chicken chop..”jawap Balqis tergagap sambil matanya tidak lepas memandang Haiqal.”Cik nak dengan nasi atau roti?”soal Haiqal tanpa memberi sebarang reaksi atau senyuman kepada Balqis.”Roti..”jawap Balqis lagi sambil leka memandang Haiqal.”Air coke atau ice lemon tea?”soal Haiqal lagi.”Coke..”jawap Balqis yang sudah seperti di langit ketujuh itu.”Saya nak coke jugak.”kata Zek pula.”Itu saja?Ok sila tunggu sebentar.”kata Haiqal dan terus berlalu.


Ouh Haiqal!Kau nampak kurus sikit berbanding dulu..kata Balqis di dalam hati.”Ha kan betul aku kata,aku takkan tipu kau punya!”ujar Zek sambil tersenyum bangga.Tiba-tiba air mata Balqis berlinangan tanpa henti,”Eh kenapa kau menangis?”soal Zek yang sedikit menggelabah.”Aku dah lama tak berbual dengan dia..”kata Balqis di dalam esakan suaranya.”Yang tadi tu kau kata berbual?Tolonglah!”ujar Zek tidak puas hati.”Haiqal ni hebatlah.Dunia kat luar ni terlalu mencabar..dan dia mampu berdikari…kacaknya Haiqal pakai uniform.Aku rindukan cara dia bercakap yang kasar tu..”kata Balqis lagi sambil anak matanya mengekori ke mana sahaja langkah Haiqal yang berkemeja putih dan berseluar hitam di dalam restoran itu.”Kau ni gila ke apa?”soal Zek tidak faham.”Ha,kau tau tak kat mana Haiqal tinggal?”soal Balqis tiba-tiba.”Yang tu aku tak tahu lagi.”jawap Zek.”Tolong carikan rumah Haiqal untuk aku.Kalau kau carikan untuk aku,aku akan belanja kau makan steak yang lagi mahal dari restoran ni.”pinta Balqis bersungguh.”Ok,set!”jawap Zek laju kerana dia memang amat menggemari steak cuma kewangannya selalu tidak mengizinkan.

Selepas 10 minit kemudian,hidangan yang diminta oleh Balqis dan Zek dihidangkan oleh Haiqal.”Enjoy your meal.”ucap Haiqal ingin beredar.”Haiqal!”panggil Balqis yang tiba-tiba berdiri. ”Haiqal…um..ummm..”seperti biasa Balqis sudah tergagap.”Ye,ada apa-apa masalah?”soal Haiqal kembali memandang ke arah Balqis.”Kau..kau sihat ke?”soal Balqis benar-benar ingin tahu.”Aku kan tengah kerja ni.”nada suara Haiqal dingin seperti selalu.”Kau marah sebab aku tiba-tiba muncul ke?”soal Balqis dengan nada sayu sambil menunduk menahan air matanya.Haiqal yang perasan segera berkata,”Ak..aku sebenarnya tak kisah dan boleh agak yang kau akan datang sini selalu.”terlepas kata-kata itu dari bibir Haiqal.”Aku cuma harap kau tak heboh-hebohkan dekat semua orang yang aku kerja dekat sini.”pesan Haiqal kembali dingin.”Aku takkan bagitahu orang,janji!”laju Balqis memberi jaminan.”Baguslah..kalau macam tu.”jawap Haiqal pendek dan segera berlalu kerana mulutnya terlepas tetapi dia bernasib baik kerana Balqis yang lurus bendul itu tidak dapat menangkap maksud kata-katanya sebentar tadi.

” Ak..aku sebenarnya tak kisah dan boleh agak yang kau akan datang sini selalu.”

Terngiang-ngiang kata-kata itu di telinganya sendiri.Damn man!bentak Haiqal di dalam hati.




Gratisan Musik

9 komen anda:

abnormalkah ? said...

semakin comel la cerita ni ..

hananorisa said...

hehe...haiqal2 kata je lah yg awk tu suka kat balqis gak ... >^_^<

Anonymous said...

kenapa dah berapa hari nie cerita nie tak boleh nak baca? tension lerrrrrrr

PutriSalju said...

@abnormalkah?:hehe..thanx~

@hananorisa:belum masanya lagi tu..hehe

@anonymous:xbole baca?loading lambat kot..huhu

Anonymous said...

bila nk sambung yg br...hbs kan cepat yee..nk tau gak penghujungnya....tk sabar laaa

Anonymous said...

citer ni dari citer korea kan?cm sma je.da tau ending die cmne..

PutriSalju said...

cite ni bukan cite korea...=)
kalau dah tau xpe..sbb tu dalam bentuk visual..ni dlm bentuk imaginasi..=)

kpd cik anonymous satu lagi..putri akan update kembali lepas abes final exam putri..maybe dalam 8 nov..thanx all~

Anonymous said...

bile nak smbung citer ni?..cpt2 ckit yer..

MeGa_Lisa said...

1; dah boleh terbayang2 wajah haiqal yang pura2 dingin dgn balqis..tp sbnrnya suka balqis dtng jenguk dia..

2; chayo2

3: ...





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.