Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Monday, September 21, 2009

Ceritera Cinta Kita 39


“Erm…takde pape…aku cuma nak temankan kau je..”jawap Balqis perlahan kerana takut dimarahi oleh Haiqal yang pada pandangan Balqis sejak kunjungan mereka semua ke Cameron Highlands, tiada langsung riak ceria terpancar di wajah Haiqal.Dia marah aku sebab ajak dia datang sini ke?soal Balqis di dalam hatinya.Tak boleh jadi ni!Aku mesti tolong Haiqal!tekad Balqis di dalam hati.”Boleh aku duduk kat sini?”soal Balqis lembut sambil melabuhkan punggungnya di bangku di situ.”Duduk je lah..”jawap Haiqal pendek masih tidak memandang Balqis.”Wah…takde orang langsung la kat sini…sunyi betul…”ujar Balqis memulakan bicara sambil memandang suasana sekeliling yang memang agak sepi,mungkin kerana kesemua pelancong keluar makan malam atau berehat di bilik sahaja.”Selalunya tempat ni kalau waktu siang,ramai gila pelancong kan?Tapi bila malam menjelma je,terus suram..”tambah Balqis lagi sambil melirik matanya kepada Haiqal yang masih termenung jauh.”Wah cantiknya bulan purnama kan?”ujar Balqis menudingkan jari telunjuknya ke langit yang hitam pekat.”Mana ada bulan purnama awal-awal bulan…”jawap Haiqal akhirnya lalu memusingkan tubuhnya memandang Balqis dan mengambil tempat di sebelahnya.

“Hah?Betul gak tu…”jawap Balqis tergagap kerana malu.Sebenarnya dia sengaja berkata begitu untuk menarik perhatian Haiqal dan nampaknya rancangan Balqis tidak sia-sia!”Sebenarnya….kau masih fikirkan tentang nak belajar dekat UM tu ke?”soal Balqis cuba mengorek rahsia hati Haiqal yang amat susah untuk diselami.”Aku tak pernah teringin nak masuk UM.”jawap Haiqal serius tanpa memandang Balqis.”Kenapa?Takkan…sebab aku kot?”soal Balqis lurus sambil menunjukkan dirinya.”Hanya kalau aku dah gila la..”jawap Haiqal sambil tersenyum sinis dan menjeling Balqis dari ekor matanya.”Tu la…”jawap Balqis sedikit hampa.”Sebenarnya aku pun ada fikirkan pasal benda ni secara serius..aku rasa uncle ada sebab kukuh kenapa nakkan kau masuk UM.”nasihat Balqis.”Seorang yang hebat dan pandai macam kau,rugilah kalau masuk universiti kita ni..kau patut kejar masa depan yang lebih baik!”bersungguh-sungguh Balqis melontarkan hujahnya.”Apa maksud masa depan yang lebih baik?”soal Haiqal bermonolog sendirian.Haiqal kemudiannya bangun dan terus berjalan ke arah pintu masuk lobi.”Haiqal!Kau nak pergi mana?”soal Balqis sedikit kuat.”Aku nak pergi mandi sauna…kau nak ikut ke?Jomlah!”ajak Haiqal sengaja mengusik Balqis yang sudah mencerut muka masam sambil bercekak pinggang.Berani dia kenakan aku?Dah la aku nak tolong dia!Huh!bentak Balqis di dalam hati.
***************

Setelah hampir setengah jam Haiqal berendam di kolam mandi sauna yang terdapat di resort itu,dia mengambil tempat di sudut kolam untuk melentokkan kepalanya di batu-batu di tepi kolam.Tiba-tiba,”Haiqal!”jerit satu suara.Haiqal yang sudah mamai itu memusingkan kepalanya sedikit,”Eh,Pakcik Bakri..datang pun..”ujar Haiqal tersenyum.”Berendam lagi ke ni?”soal Pakcik Bakri.”Nampaknya macam tu lah..”jawap Haiqal sambil tersenyum.Dia sememangnya suka berborak dengan Pakcik Bakri kerana orang tua itu kadang-kadang memahami jiwa mudanya berbanding ibubapanya sendiri.”Sebenarnya pakcik dah sampai sini awal tadi.Tapi sampai kat separuh jalan mendaki bukit,tiba-tiba kereta pakcik buat hal pulak...bila nak start enjin asyik tak boleh je…biasalah kereta tua,kalo dia buat hal..pakciklah yang kena tanggung kan….”panjang lebar Pakcik Bakri bercerita sambil didengar dengan penuh minat oleh Haiqal.”Tapi esok entahlah…entah boleh start entahkan tidak..”keluh Pakcik Bakri kemudiannya sambil merendamkan seluruh badannya di kolam air panas itu.”Takpe pakcik..esok saya tolong tengokkan ye..”jawap Haiqal.”Oh boleh jugak tu..terima kasih Haiqal..”jawap Pakcik Bakri pula.”Takde apelah pakcik..”jawap Haiqal tersenyum.”Huhu…panasnya….”terketar-ketar Pakcik Bakri di dalam kolam yang hanya ada mereka berdua itu.

“Sebenarnya ada perkara yang pakcik betul-betul nak minta maaf dengan kau,Haiqal..”tiba-tiba nada suara Pakcik Bakri berubah.”Perkara apa pakcik?”soal Haiqal sedikit musykil.”Tentang Sofea yang selalu bagi masalah kat kau..pakcik betul-betul minta maaf..”ujar Pakcik Bakri sambil menggenggam erat tangan Haiqal.”Pakcik tak tahu nak buat apa,dia terlalu bergantung pada Haiqal..Haiqal kena maafkan dia ye sebab dia takde mak dari kecik lagi..pakcik yang besarkan dia selama ni..pakcik tak tahu nak cakap macam mana tapi dia membesar ikut cara ayahnya…dan tak macam perempuan sangat.”bersungguh Pakcik Bakri menerangkan.”Pakcik jangan salahkan diri..mungkin juga itu memang sifat semulajadi dia..tapi macam mana pun dia tu kuat.Macam mana Haiqal tak layan dia,dia tetap takkan ubah pendirian dia..karakter dia kuat,macam rumput..”jawap Haiqal pula.”Macam rumput?”soal Pakcik Bakri tidak faham.”Ye…macam rumput,daya tahan yang tinggi..”terang Haiqal.”Ha..betul-betul..pandai betul Haiqal buat perbandingan ye..”jawap Pakcik Bakri yang sudah tersengih-sengih.

“Pakcik,kalau saya nak tanya sesuatu boleh tak?Modal untuk buka Restoran Happy! tu memang guna duit pakcik sendiri ke?”soal Haiqal tiba-tiba.”Ala restoran kecil je Haiqal..bukannya ada untung sangat pun..”jawap Pakcik Bakri merendah diri.”Memang impian pakcik dari kecil ke nak jadi chef?”soal Haiqal lagi seperti berminat.”Betul tu…sejak pakcik kecil lagi,pakcik memang suka masak dan bagi adik beradik pakcik makan..jadi dari kecil lagi pakcik memang dah pasang angan-angan nak buka restoran sendiri satu hari nanti..dan akhirnya pakcik berjaya..”luah Pakcik Bakri sambil tersenyum.”Cakap pasal benda-benda ni,tiba-tiba pakcik teringat waktu muda-muda dulu pakcik selalu bercerita dengan papa Haiqal tentang impian kami berdua.”beritahu Pakcik Bakri.”Dengan papa Haiqal?”soal Haiqal tidak percaya.”Ye..waktu tu kami berdua umur lebih kurang Haiqal la..syarikat papa Haiqal pun masa tu kecil je.Lepas tu,disebabkan keazaman dan yakin diri yang kuat,papa Haiqal berjaya jadikan syarikat sebesar sekarang ni..”seronok sekali Pakcik Bakri bercerita sehingga tidak sedar yang Encik Hashim baru datang dan masuk ke dalam kolam air panas itu tetapi membelakanginya.”Walaupun papa Haiqal tu tak berapa pandai macam Haiqal tapi dia bersemangat untuk tunaikan impian dia.Dia tak pernah ubah fikiran dia untuk berjaya..tapi bentuk badan dia pun tak ubah-ubah jugak,dari dulu sampai sekarang..sama je!”ujar Pakcik Bakri sambil tergelak-gelak.Haiqal hanya tersenyum sahaja memandang ayahnya yang sudah bercekak pinggang mendengar Pakcik Bakri sedang mengata bentuk badannya yang gemuk dan rendah itu.

“Gemuk,pendek..macam buah labu je..nasib baik Haiqal ikut mama,kalau tak mesti Balqis takkan jatuh cinta punya!”tambah Pakcik Bakri lagi sambil ketawa sementara Haiqal sudah tersengih memandang ayahnya yang sudah merah muka di belakang Pakcik Bakri.”Ha sebelum tu,lupa nak cakap,jangan bagitahu papa Haiqal pulak tau…”sambung Pakcik Bakri lagi.”Haiqal..”tiba-tiba Encik Hashim menegur Haiqal sinis.”Papa..”jawap Haiqal tersengih.Pakcik Bakri yang terkejut segera menoleh kepada Encik Hashim yang sudah bercekak pinggang.”Bak..siapa ye yang kau kata macam buah labu tu?”soal Encik Hashim menghampiri Pakcik Bakri.”Err…takde..takde pape..”jawap Pakcik Bakri ingin melarikan diri tetapi sempat ditahan oleh Encik Hashim.”Aku tengok kau tu,macam terung kering je!”balas Encik Hashim pula dan setelah puas bertekak,akhirnya kedua-dua ketawa besar.Haiqal yang sekadar memandang hanya tersenyum melihat telatah kedua-dua kawan baik itu.
***************

“Kenapa takde gambar Haiqal yang kau tangkap yang betul-betul pandang kamera Qis?”soal Zati tidak puas hati sambil meneliti album gambar itu.”Kau tau tak susah gila nak tangkap gambar dia..dia asyik bad mood je sepanjang dekat sana tau!”luah Balqis yang juga geram melihat kesemua gambar Haiqal yang gegar dan kabur itu.”Ha pastu ada apa-apa perkembangan hubungan korang tak?”soal Ika penuh minat.”Hmmph!Jangan harap la..nak berborak dengan aku pun cukup susah.”jawap Balqis sambil melirik sedikit ke arah jam tangannya.”Erm..oklah korang..aku ada hal ni,kena pergi dulu,bye!”ujar Balqis kelam-kabut sambil memasukkan album gambar itu ke dalam begnya dan terus berlalu dari cafeteria itu tetapi dia terlanggar seseorang,”Eh,hai Joe!”tegur Balqis dan terus berlari keluar.Joe yang mengikut rancangan Zati dan Ika hanya terdiam kecewa melihat Balqis yang langsung tidak mempedulikannya itu walaupun cuti semester sudah berakhir.
***************

Sesampainya Balqis di depan sebuah restoran makanan segera,dia mendengar satu suara memanggilnya, ”Balqis!Balqis!Balqis!”puas dicari disekelilingnya tetapi tidak terlihat sesiapa pun.”Pandang atas la..!”jerit suara itu.Sebaik sahaja dia menoleh ke atas,”Zek!”ujar Balqis gembira dan terus masuk ke dalam restoran itu dan mendaki ke tingkat atas yang mempunyai ruang makan terbuka.Balqis kemudiannya segera mencari kelibat Zek dan ternampak Zek sedang melambai-lambai di suatu sudut.”ZEK!!!”jerit Balqis gembira kerana sudah lama tidak berjumpa Zek.”Syhhhh….perlahan-lahan la!”marah Zek sambil meletakkan jarinya ke mulut.”Kenapa macam kena sorok-sorok je?”soal Balqis pelik.”Aku tak nak orang anggap kita berdua ni ada hubungan..”kata Zek sambil tersengih.”Cess…macamlah aku nak sangat pun!”ujar Balqis sambil menjelirkan lidahnya kepada Zek.”Kau nak tau tak?Sejak kebelakangan ni kan,Tiara baik betul dengan aku…”kata Zek sambil tersenyum bangga.”Yeker?Tahniah!!”ujar Balqis gembira.

Sementara itu di cafeteria,Joe yang tidak puas hati segera menuju ke meja Zati dan Ika yang sedang rancak berbual dan mengetuk meja mereka dengan kuat.”Eh kau ni kenapa?”marah Zati yang terkejut.”Korang bagitau aku apa sebenarnya semua ni?Apa reverse psychology yang korang cakapkan selama ni?Korang tau tak yang Balqis betul-betul gembira sekarang ni?”soal Joe bertalu-talu.”Erm….kalau camtu,apa kata kau gunakan peluang ni untuk give up?”soal Zati kembali selamba.”Betul tu…bunga bukan sekuntum Joe,kau sebagai lelaki capailah dulu cita-cita kau!”ujar Ika pula memberi semangat.”Give up jelah ok?”soal Zati lagi.”Tak..TAK MUNGKIN!!!!”jerit Joe sambil menutup telinganya.”Macam ni..aku sekarang declare war dengan HAIQAL!”ujar Joe tiba-tiba bersemangat sambil menggengam erat jarinya.

Di restoran makanan segera pula,Balqis khusyuk menikmati hidangan set ayam gorengnya beserta kentang goreng.”Wei,aku panggil kau datang ni bukan nak ajak kau makan la!”marah Zek melihat betapa lahapnya Balqis melantak.”Kau bagitau aku,macam mana Haiqal sekarang?Dia ok ke?”soal Zek.”Ok je..sihat walafiat.”jawap Balqis sambil mengunyah ayam goreng.”Apa maksud kau tiba-tiba tanya ni?”soal Balqis lantas berhenti mengunyah.”Aku tengok dia sejak dua tiga menjak ni macam pelik la..walaupun selama ni dia memang pelik tapi kali ni pelik dia lain macam la..”luah Zek yang sudah mengenali Haiqal sejak mereka bersekolah menengah rendah bersama.”Dia selalu tanya aku kalau-kalau aku tau mana-mana apartment nak disewakan berdekatan dengan universiti kita,lepas tu siap tanya aku mana nak dapatkan kerja part time la..”kata Zek lagi sambil menghirup air berkarbonatnya.”Sewa apartment dengan cari kerja part time?”soal Balqis hampir tersedak.”Aku rasalah kan…Haiqal tu nak pindah dari rumah la..”teka Zek sambil memandang Balqis yang sudah tidak senang duduk itu.”Ish..tak mungkinlah,mak ayah dia kan kaya-raya,rumah banglo pulak tu..tak mungkin tak mungkin..dia tak perlukan tempat nak disewa..”jawap Balqis laju sambil menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak percaya. “Tapi aku ada dengar jugak yang dia kerap berbincang dengan professor dia tentang masa depan dia..mungkin Haiqal ada rancangan dia sendiri kot.”beritahu Zek lagi.”Tak mungkin…Haiqal takde apa-apa alasan untuk pindah.Rumah dia sangat selesa,auntie dengan uncle baik,dan aku sendiri pun dah tak kacau hidup dia sangat sejak dua menjak ni..jadi tak mungkinlah!”nafi Balqis bersungguh-sungguh.
***************

Balqis mengambil keputusan untuk menunggu Haiqal di depan kelasnya keesokan harinya untuk mencari kepastian dari kata-kata Zek semalam.Setelah beransur-ansur rakan sekelas Haiqal keluar,Balqis akhirnya bertanya kepada salah seorang dari mereka,”Haiqal mana ek?”soal Balqis.”Haiqal?Rasanya dia dah pergi.”jawap pelajar lelaki itu”Pergi?Pergi mana?”soal Balqis tidak puas hati.”Eh manalah kitorang tau,kitorang bukannya mak dia!”gelak mereka beramai-ramai sebelum berlalu.Huh,tak lawak langsung ok!jerit Balqis di dalam hatinya sambil bercekak pinggang.
***************

“Auntie,Qis dah balik….”ucap Balqis sebaik sahaja menolak pintu hadapan rumah banglo itu. ”Qis dah balik?Jom kita makan jom…”jawap Puan Amiza yang menuju ke ruang tamu dan terpandang riak wajah risau Balqis.”Kenapa ni?”soal Puan Amiza sambil membelai rambut Balqis dengan penuh kasih sayang.”Haiqal mana ye auntie?Dia tak balik lagi ye?”soal Balqis tiba-tiba.”Oh,belum lagi,sejak dua minggu lepas,abang selalu balik lambat.”jawap Puan Amiza tanpa mengesyaki apa-apa.”Oh kalau macam tu,Qis naik atas dulu ye auntie,nak salin baju.”ujar Balqis sambil melangkah perlahan menuju ke anak tangga.”Eh kejap Qis,tolong bawakkan baju yang dah berlipat ni letak dalam bilik Haiqal ye,terima kasih!”hulur Puan Amiza baju-baju yang berlipat kemas itu kepada Balqis.Sesampainya Balqis di dalam bilik Haiqal,dia melihat-lihat sekeliling,”Mana aku nak letak baju dia ni?”soal Balqis dan akhirnya memilih untuk meletakkan baju itu di atas katil Haiqal.”Em…aku patut ambil peluang ni baring atas katil Haiqal!”jerit Balqis sambil melompat ke atas katil Haiqal dan terus menyembamkan wajah putih gebunya ke bantal Haiqal.”Wah lembutnya..selesanya…bau perfume Haiqal…”kata Balqis seorang diri sambil tersenyum-senyum.

Serentak dengan itu,Haiqal yang baru pulang segera menaiki tangga dan menuju ke biliknya yang ternganga luas dan terlihat Balqis sedang berbaring di atas katilnya,segera Haiqal menghampiri perlahan-lahan.Balqis yang masih tidak menyedari kehadiran Haiqal tiba-tiba terpandang helaian kertas yang bersepah di atas katil dan mencapainya,”Maklumat pekerjaan dan sewa rumah?”soal Balqis pada dirinya sendiri.”Maknanya betul lah Zek kata,yang Haiqal…”belum habis Balqis bermonolog,”Kau buat apa tu?”sergah Haiqal tiba-tiba.Balqis yang terkejut dengan sergahan Haiqal segera bangun dan berdiri di sebelah katil Haiqal dengan perasaan malu yang tidak terkira.”So macam mana?Dah jumpa apa yang kau cari?”soal Haiqal sinis.”Aku..sebenarnya..aku..Zek kata kau nak pindah dari rumah ni tapi aku rasa tak mungkinlah kan?”soal Balqis ragu-ragu.”Kenapa pulak tak mungkin?”soal Haiqal yang mula merapati Balqis.”Sebab..sebab rumah ni cukup besar dah!”jawap Balqis kelam-kabut.”Ini takde kena-mengena dengan rumah aku cukup besar ke tidak..aku takkan ubah keputusan yang aku dah buat.”tegas Haiqal dan tidak lama selepas Haiqal mengungkapkan kata-kata itu Balqis sudah berlalu dari bilik Haiqal dengan deraian air mata yang sejak dari tadi ditahannya di depan Haiqal.Kenapa kau nak pindah Haiqal?Kau dah tak nak kawan dengan aku ke?soal Balqis sayu.

4 komen anda:

Nuradila said...

ni mesti sbb ayah Haiqal paksa dia pergi UM..

tp yg sedihnye nape die nak marah Balqis...

PutriSalju said...

sebenarnya haiqal xmarah balqis..
ada sebab2nya dia buat mcm tu..=)
keep on reading ok nuradila~

Anonymous said...

bila nk sambung niiii...........
x sabo nk tau apa yg berlaku

PutriSalju said...

insya-Allah malam esok..atau mungkin juga malam ini..~





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.