Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Tuesday, September 1, 2009

Ceritera Cinta Kita 37




“ARGHHHHHHHH!!!”jerit Balqis sewaktu duduk di meja studi di dalam biliknya sambil meneliti slip keputusan peperiksaannya.”Benci betul!Aku tak kisah la kalau markah Haiqal tu tinggi gila sampai menakutkan semua orang tapi masalahnya sekarang ni Tiara pun score sampai 92 markah!Dengan markah yang rendah macam aku ni,macam mana nak compare dengan diorang???” tanya Balqis pada dirinya sendiri,saat ini Balqis benar-benar tertekan dengan markahnya.Tiba-tiba dia berjalan dari meja studinya menuju ke meja solek dan memandang dirinya sendiri di dalam cermin itu.”Kau Qis!Kau kena usaha lebih lagi!Atau bila Tiara rampas Haiqal dari kau,baru kau tau!”marah Balqis pada dirinya sendiri sambil menudingkan jarinya ke arah cermin.”Ini tak boleh jadi,aku kena study sekarang jugak!”kata Balqis tiba-tiba bersemangat dan kembali ke meja studinya dan mengeluarkan nota-nota dari laci mejanya.Namun seperti biasa,selang beberapa minit kemudian,”Kenapalah study ni susah sangat ar???”soal Balqis kepada dirinya sambil menghempaskan dirinya ke atas katil.
*************

Sementara itu,di ruang tamu bawah,Encik Hashim,Puan Amiza dan Haiqal sedang berbincang sesuatu yang agak serius.”Abang,abang happy ke sekarang ni?Abang bagitau papa,abang happy ke?”soal Encik Hashim.”Papa boleh buat tak tahu je dan tak buat apa-apa tapi papa nak tahu yang abang sekarang ni happy ke tidak..”ujar Encik Hashim.Haiqal yang membisu hanya memandang sepi raut wajah serius kedua orang tuanya.”Apa yang papa maksudkan,abang kena start fikir tentang masa depan.Kalau abang nak ambil balik exam hari tu,abang kenalah start prepare mulai dari sekarang.”terang Encik Hashim bersungguh kerana dia benar-benar mahukan Haiqal memasuki UM seperti yang dirancang dahulu.”So inilah sebabnya papa panggil abang bincang ni?”soal Haiqal acuh tidak acuh.”Abang,kalau universiti yang abang masuk tu UM,papa takdelah nak bising-bising pasal benda ni lagi.”jawap Encik Hashim yang tidak puas hati dengan reaksi Haiqal.”Abang tak nak masuk UM.”pendek dan ringkas jawapan Haiqal.”Habis kalau abang taknak masuk UM,abang nak…”belum habis Encik Hashim berleter,secara tiba-tiba Puan Amiza bersuara,”Papa,dah tengah-tengah malam macam ni,janganlah cakap pasal benda ni lagi ye?”pujuk Puan Amiza kerana dia tahu yang suaminya sudah mula naik darah dengan sikap selamba Haiqal.

“Mama,papa tak nak bila dia ada masalah,takde orang boleh tolong dia selesaikan.”nada suara Encik Hashim sedikit mengendur.”Masalah?Abang mana ada masalah papa,dia ok je kan dengan Balqis?Abang jangan nak sibuk-sibuk pisahkan diorang ok!”kata Puan Amiza yang tiba-tiba ceria seperti sudah terlupa punca sebenar mereka berbincang.”Hish mama ni merepek je la..kan papa tengah cakap tentang masa depan abang ni..”tegur Encik Hashim.”Alah abang tu sebenarnya nak cari pengganti untuk syarikat kita kan?”teka Puan Amiza yang tahu niat sebenar suaminya itu.”Mama,takkanlah papa sekejam tu,papa bukan papa yang pentingkan diri tau?”balas Encik Hashim yang sudah mula bertekak dengan isterinya itu.Mereka memang sering bertekak sebegitu tetapi kebiasaannya selepas sejam dua pasti mereka berbaik seperti biasa semula.”Dah tu kenapa papa beria-ia nak abang masuk UM?”soal Puan Amiza tidak puas hati.”Apa salahnya,sebagai papa,papa nak yang terbaik untuk masa depan anak-anak papa.”jawap Encik Hashim tidak mahu kalah.”Tapi anak-anak pun ada hak kan…?”sinis nada Puan Amiza menyoal.”Biarlah dia nak buat apa pun,papa janganlah halang..bagi dia kebebasan sikit..”tambahnya lagi.Haiqal yang sejak dari tadi hanya mendiamkan diri melihat pertelingkahan ibubapanya,dia benar-benar malas mahu masuk campur.


Dalam masa yang sama,Balqis yang baru terjaga dari tidurnya segera turun ke bawah untuk membuat nescafe kerana dia bertekad untuk mengulangkaji pelajaran malam tu.Sedang dia menuruni anak-anak tangga dia terdengar perbualan mereka tiga beranak dan terhenti di anak tangga terakhir.”Aiii…cakap pasal diri sendiri ke?Mama pun selalu masuk campur pasal hal cinta diorang…”perli Encik Hashim kembali.”Papa!”jerit Puan Amiza sambil mencubit manja lengan Encik Hashim kerana tahu dia sedang disindir.”Dah dah..papa nak tanya lagi sekali,abang nak ambik exam kemasukan ke UM tu ke tak sekarang ni?”soal Encik Hashim kembali serius sambil memandang tepat ke mata Haiqal.”Abang kan dah kata,abang tak nak….”Haiqal menekan suaranya tanda dia yakin dengan keputusannya manakala Balqis yang pada mulanya ingin turun kembali menapak ke tingkat atas kerana tidak mahu mengganggu perbualan mereka anak beranak.
**************

Selepas habis semua kelasnya pada hari itu,Balqis,Zati dan Ika membuat keputusan untuk makan di café sebelum pulang ke rumah masing-masing.Semasa dalam perjalanan ke cafeteria,Balqis sibuk memikirkan sebab-sebab mengapa Haiqal tidak mahu memasuki UM.Sekejap sekejap digaru kepalanya,sekejap sekejap di urut-urut dagunya tanda memikirkan sesuatu yang benar-benar merunsingkannya.Ika yang terlihat perilaku pelik Balqis segera menegur,”Dah dah la risau pasal Haiqal tu…aku rasa dia ada sebab dia tersendiri kenapa dia tak nak masuk UM.”luah Ika.”Lagipun dia tu kan memang pelik,dia terima confession kau pun dah cukup pelik tau tak?”kata Zati pula sambil tergelak.”Kadang-kadang aku pelik la,apa sebenarnya yang dia pikir ek?”tanya Ika.”Betul kau kata tu Ika,kalau disuruh aku buat pilihan antara Balqis dengan Tiara,confirm confirm lah aku pilih Tiara!”usik Zati di sambut dengan hilai tawa mereka berdua.Balqis yang geram dengan usikan rakan-rakannya mencebikkan bibirnya,”Korang jangan pandang rendah pada aku tau.Meh sini aku bagitau korang berdua,dalam universiti kita ni,mungkin ada ramai lelaki yang minat kat aku,mana korang tau kan kan kan?”tanya Balqis sambil mereka bertiga berjalan masuk ke dalam cafeteria dan serta merta mata mereka bertiga tertancap pada Joe yang sedang tersengih-sengih melambai ke arah mereka.”Oit,kecuali Joe ok!”tambah Balqis apabila melihat muka Zati dan Ika yang tersengih seperti kerang busuk.

“Tapi bukan ke memang Joe je?”usik Zati lagi.Joe yang sedang sibuk mengelap meja di cafeteria itu segera menghampiri mereka bertiga dan mencarikan tempat duduk untuk mereka.Selepas siap memesan makanan dan selang 10 minit kemudian,Joe membawa kesemua hidangan yang diminta mereka bertiga.”Cukup ke Qis makan banyak ni je?Nak Joe tolong tambahkan lagi menu lain tak?”soal Joe dengan muka yang risau amat kerana Balqis tidak memesan nasi,hanya sekadar kentang goreng.”Eh takpe Joe takpe,cukup dah ni.”tolak Balqis lembut.Sedang mereka bertiga rancak menikmati hidangan,Balqis tersedar seperti ada mata yang sedang memerhatikan mereka lantas dia segera memandang ke arah meja di sebelah mereka yang penuh dengan sekumpulan pelajar lelaki.Memang benar tanggapannya,mereka memandangnya dan melemparkan senyuman manis.Tiba-tiba salah seorang dari mereka memandangnya bersuara agak kuat,”Kau ni cantiklah…mesti ramai lelaki sukakan kau kan…”tegur lelaki itu dengan pandangan dijatuhkan ke tubuh Balqis.”Carissa Adelia!Terima kasih!”tiba-tiba Kamal presiden Kelab Anime/Manga yang sedari tadi memerhati dari mejanya di sudut hujung café menghampiri meja Balqis sambil menepuk tangannya dengan kuat.

“Carissa Adelia????”soal Balqis pelik kerana dipanggil dengan nama itu.”Yela…dan disebabkan kau jadi watak utama manga kami nilah…manga kitorang ni jadi manga yang kedua terlaris dekat dalam negara sekarang!”ujar Kamal dengan penuh bangga sambil pelajar-pelajar lelaki yang ramai itu bersorak dan bertepuk tangan.”Jadi Balqis…erm sebenarnya aku nak bagi kau satu benda ni.”ujar Kamal sambil terkial-kial mengeluarkan sehelai sampul surat dari kocek seluarnya.”Ini hadiah yang kitorang dapat sebab dapat jadi kedua terlaris di pasaran sekarang.So kitorang semua sepakat nak bagi benda ni dekat kau,tiket percutian ke Cameron Highlands!”hulur Kamal kepada Balqis yang masih teragak-agak untuk mengambilnya.”Tapi kenapa bagi kat aku?”soal Balqis tidak faham.”Sebab nanti kitorang plan nak buat manga terbaru bertajuk “Gadis di Kawasan Pergunungan” pulak dan nak jadikan kau watak utama!”ujar Kamal teruja.”So bila kau pergi sana,kitorang boleh la tangkap gambar-gambar menarik dekat sana untuk refer lukis manga nanti!Pleaseeeeeeeeeeee…..”rayu Kamal dengan wajah sedih yang dibuat-buat.”Teng…tengoklah nanti macam mana..”perlahan-lahan Balqis menyambut sampul surat itu dari tangan Kamal.”Ha dan jangan lupa malam ni datang la kat bilik kelab,ada majlis sesi komen untuk manga ni…datang tau!”ujar Kamal bersemangat sebelum berlalu pergi ke kelasnya.
**************

“Balqis,kenapa kau jadi popular gila dalam masa yang singkat ni ek?Aku tak tau sama ada nak jealous atau tak dengan kau ni…”ujar Zati sambil tertawa mengenangkan reaksi Balqis yang kelam-kabut jika ada lelaki memandangnya kebelakangan ini.”Apalah yang akan jadi malam ni agaknya…”sambung Ika pula sambil membayangkan sesi komen untuk manga terbaru Kelab Anime/Manga itu.”Haaaaaa kalau macam tu apa kata kita pergi intip nak apa diorang buat malam ni?Aku nak tengok betapa popularnya kau!”usul Zati memberi cadangan dengan wajah teruja.”Ahh aku tak nak…kalau korang nak,korang pegi.”laju Balqis membantah kerana tahu dia akan menjadi sasaran mereka jika dia pergi ke majlis itu malam ini.Habis saja berkata-kata Balqis segera mempercepatkan langkahnya dan tanpa disedari,”Betul tu…aku pun nak tau gak popular mana Balqis ni..”ujar satu suara di sebelah kirinya.Balqis yang terkejut dan ingin membalas segera menoleh.HAIQAL!Haiqal menghadiahkan sebuah senyuman sinis kepada Balqis sebelum berlalu bersama Tiara.Balqis yang geram menjerit dari belakang,”Kau jangan ingat benda ni mustahil!Aku akan buktikan kat kau!!!”jerit Balqis sekuat hati kepada Haiqal yang sudah menjauh di hadapan.
**************

Malam itu,seperti yang dirancang,Balqis,Zati dan Ika menyusup masuk ke bilik kelab Anime/Manga itu dengan memakai topeng pelindung yang selalu dipakai orang yang menghidapi selsema dan batuk.Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik kelab itu,mereka terdengar suara riuh rendah yang majoritinya adalah lelaki sedang bersorak dan memandang ke arah pentas.”Eeeee….ramainya orang..betul ke kita nak masuk dalam ni?”soal Balqis yang sudah mula cuak.”Dah alang-alang datang,baiklah kita masuk..lagipun kan kita pakai mask…”ujar Zati memberi semangat.”Betul tu..dah la dalam ni gelap..mesti diorang tak perasankan kita punya…dah dah…jom!”ujar Ika pula sambil menarik tangan kedua-dua orang kawan baiknya.”Tundukkan kepala…”pesan Ika supaya tidak mudah dikesan.Akhirnya mereka berjaya mencari kerusi kosong di celah-celah ramai manusia itu dan mengambil tempat sambil memandang ke pentas di hadapan.”APA KHABAR SEMUA!!!!”tiba-tiba Kamal yang segak berkot keluar dari belakang pentas sambil melambai-lambai kepada semua penonton yang sudah seperti histeria itu.”Selamat datang ke kelab Anime/Manga,sesi komen dari peminat!!!!!!”jerit Kamal bersemangat.Kemudian sesi tayangan gambar dan sinopsis manga bertajuk “Tennis Girl” diadakan selama lebih kurang setengah jam.Balqis,Zati dan Ika hanya mendiamkan diri sahaja kerana takut dikenali jika mereka berbual.

“Baiklah…kepada semua peminat manga kami,tibalah masa untuk mempamerkan pakaian yang dipakai oleh Carissa Adelia iaitu watak utama manga ini.Sepatutnya Balqis Sofea yang akan memakai kostum ini tetapi disebabkan ada masalah sedikit,Balqis tidak dapat datang..”terang Kamal sambil menunjukkan kepada semua penonton kostum skirt pendek dan baju yang mendedahkan dada itu.”Bila masa aku kata nak pakai??”marah Balqis dengan suara perlahan.”Dahla…jom balik…”ajak Balqis lalu terus bangun dari tempat duduknya diikuti oleh Zati dan Ika.Malangnya nasib tidak berpihak di sebelah Balqis,mata Kamal yang tajam itu segera ternampak kelibat Balqis dan terus berteriak memanggilnya,”Balqis!!Balqis!!Kau betul-betul datang???Wahhh Balqis ambil bahagian aktiviti kelab kita!!!”jerit Kamal di atas pentas seperti orang hilang akal.”Dengan itu marilah kita menjemput Balqis naik ke atas pentas!!!”jerit Kamal lagi sambil penonton di bawah menarik Balqis,Zati dan Ika ke atas pentas.Puas ditolak oleh Balqis tetapi tenaga mereka lebih kuat dan akhirnya Balqis sudah berada di atas pentas itu.Balqis yang berasa sungguh malu hanya mampu menunduk sahaja walaupun banyak mata sedang memandangnya dan tidak berhenti mengambil gambarnya.Sedang Balqis berusaha menghalang sinar pancaran kamera,pandangannya melekap kepada sebatang tubuh yang amat dikenalinya sedang berjalan keluar dari bilik kelab itu bermakna Haiqal sudah lama berada di situ,mungkin memerhatikannya.”HAIQAL!!HAIQAL!!”jerit Balqis dengan kuat kerana dia pasti itu Haiqal malangnya kelibat Haiqal semakin jauh dari pandangannya dan menghilang….
**************

“Kau ni memang sengal la Balqis…melampau betul!”ujar Haziq sambil memandang Balqis yang sedang enak dibuai mimpi di atas katil.”Buat rumah orang macam rumah dia sendiri..matahari dah tegak atas kepala,tidur lagi..sia-siakan cuti semester la kau ni!”bebel Haziq sambil menggerakkan tubuh Balqis untuk bangun.”Hari ni turn kau pulak kena bagi makan kat Si Comel!!!”jerit Haziq di telinga Balqis.Balqis yang masih bermalas-malasan di atas katil segera terduduk di atas katilnya sambil menggosok-gosok matanya.”Pekak la telinga aku!”marah Balqis dan dibalas oleh Haziq dengan menjelirkan lidah sambil berlari keluar.Setelah selesai mandi,Balqis turun ke tingkat bawah dan mencapai makanan kucing untuk diberi kepada Si Comel yang sedang bermain di halaman rumah.Si Comel yang sudah jinak dan manja dengan Balqis segera berlari-lari anak menuju ke arah Balqis kerana dia tahu yang Balqis ingin memberinya makan.”Alalallaa….Si Comel…sini sayang….”panggil Balqis sambil mengusap-usap kepala Si Comel.Setelah beberapa bulan,Balqis sudah tidak takut kepada Si Comel malah semakin sayang kepada haiwan itu.Sambil Balqis merenung Si Comel makan dengan lahap,”Apa nak buat ek cuti semester ni?Takkan nak duduk rumah je…”ujar Balqis bermonolog.
***************


Tok Tok!Tok Tok!Kedengaran ketukan dari luar pintu bilik Haiqal.”Masuklah…”jawap Haiqal sambil memusing ke belakang memandang,”Erm…ada apa-apa ke?”soal Haiqal acuh tidak acuh sambil memandang laptopnya.”Ermmmm….ada…memang ada…”jawap Balqis sedikit kelam-kabut.”Erm….macam ni…kau ingat lagi tak yang aku pernah jadi watak utama dalam manga beberapa bulan lepas?”soal Balqis.”Pastu aku dapat tiket percutian ke Cameron Highlands..tadi aku tengok tiket tu..baru aku perasan dah nak dekat tarikh luput…so aku rasa dah sampai masa untuk gunakan tiket tu kot…”jelas Balqis sedikit gagap.”Jadi tadi aku tanya auntie,nak buat apa?Auntie bagi cadangan supaya kita semua sekeluarga pergi bercuti sama-sama..kiranya tambah guna duit kita sendiri la…”terang Balqis lagi apabila melihat Haiqal diam tidak memberikan apa-apa respon sambil matanya tidak beralih daripada laptopnya.”Tapi kalau…kalau kau tak nak ikut takpe…aku tak paksa…”ujar Balqis sedih sambil memusing ke belakang untuk keluar.Haiqal yang sempat memandang sekilas wajah Balqis yang sudah tertunduk kecewa itu segera bersuara.”Erm…aku ok je…”jawap Haiqal spontan.Balqis yang sudah berpusing itu kembali memusing dengan laju dan menghampiri Haiqal,”Okay!!!Nampaknya jadi la plan kita ni kan??”soal Balqis gembira.

Tiba-tiba,matanya tertancap kepada sesuatu di skrin laptop Haiqal iaitu perkataan “rumah sewa”.”Erm…..kau tengah buat apa ni?”soal Balqis sambil merenung skrin laptop Haiqal tidak berkedip.”Takde pape.”laju Haiqal menjawap sambil memandang Balqis tajam.”Erm…ok ok…aku tak kacau kau buat kerja..teruskan!”ujar Balqis gembira sambil berlalu keluar dari bilik Haiqal dengan hati yang berbunga dan bernyanyi riang.Haiqal yang memerhati tindak tanduk Balqis dari bayangan dari skrin laptopnya hanya tersenyum sendirian sambil meneruskan semula kerjanya yang terganggu sebentar tadi.

1 komen anda:

myra said...

waa..bestnye..cpt smbung ct ni heh..





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.