Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Wednesday, July 22, 2009


Setelah hampir sejam berlalu,Joe yang masih berdegil inginkan jawapan dari mulut Balqis kembali ke hadapan semula tetapi membawa semangkuk sup ekor sebagai alasan untuk membolehkan dia ke hadapan dan mengetahui apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Puan Amiza sebentar tadi.Semasa dia meletakkan mangkuk itu di atas meja,tiba-tiba Joe duduk di kerusi kosong di sebelah Balqis,”Qis,tolong bagitau Joe,apa maksud semua ni?”desak Joe berkali-kali walaupun puas dilarang Pakcik Bakri.”Takde apa-apa maksud…”jawap Balqis lurus bendul.”Bukan ke Qis dah bersusah-payah pindah dari rumah dia dulu?Kenapa Qis?”soal Joe lagi.”Memang kami dah pindah…tapi..”ayat Balqis mati disitu.Sesungguhnya dia tiada alasan kerana ayahnya yang telah membuat keputusan dan dia tiada kuasa untuk menolaknya dan walaupun dia ada kuasa,dia tidak mungkin menolak untuk kembali ke rumah itu.”Ni mesti sebab kau kacau dia balik kan?Kau ni memang tak gunalah!”marah Joe kepada Haiqal.Haiqal yang sudah geram melihat gelagat Joe dari tadi segera membalas,”Memang pun..aku sukaaaaaaaa sangat dia duduk rumah aku balik..duduk depan bilik aku balik..”jawap Haiqal sinis.”Kau!”jerit Joe sambil meluru ke arah Haiqal tetapi sempat di tahan Pakcik Bakri.
*************

Aku kembali ke bilik ni balik…tidur atas katil ni balik…ucap Balqis di dalam hati sambil melemparkan pandangan ke sekeliling bilik.”Tadi Haiqal mesti dia bengang sangat dengan Joe sampai dia cakap dia suka aku tinggal balik semua tu..tapi kesian Joe…”Balqis bermonolog sendirian di atas katil.”Tapi cinta tak boleh dipaksa…kata-kata ni bukan untuk aku jugak ke?”soal Balqis kepada dirinya sendiri sambil tersenyum tawar.”Kalau aku terus macam ni..mesti Haiqal akan makin lama makin bencikan aku..”sayu nada suara Balqis sebelum melelapkan mata.
**************

“Haiqal!Haiqal!”terjerit-jerit Tiara memanggil Haiqal sambil berlari menuju ke arah Haiqal yang sedang duduk di sebuah pondok di tepi tasik sambil mengunyah roti dan membaca buku.Puas dicarinya Haiqal sekeliling universiti termasuklah cafeteria tetapi tidak ditemuinya batang hidung Haiqal.”Aku tau kau tak makan dekat cafeteria.Dah berapa hari orang asyik gosipkan kau dengan Balqis sejak semua dapat tahu Balqis pindah balik kat rumah kau.”laju mulut Tiara menuturkan kata.”Diorang tu lebih-lebihlah..over betul!”ujar Tiara menjuihkan bibirnya yang cantik terbentuk kemerah-merahan itu.Kadangkala Tiara tidak faham dengan Haiqal,baginya tiada apa yang kurang pada dirinya,cantik,bijak dan berbakat!Bukan dia mahu memuji diri tetapi sudah ramai orang memujinya sebegitu malangnya kelebihannya itu tidak pernah dipandang oleh Haiqal sedikit pun.”Ada apa kau cari aku?”soal Haiqal acuh tidak acuh.”Erm…sebenarnya macam ni..kau free tak weekend ni?Ada cerita best tau.Aku ada 2 tiket wayang..jom kita tengok sama-sama?”soal Tiara ceria.”Aku tak berminat.”laju Haiqal menjawap sambil mengemas buku-bukunya ingin berlalu.”Tapi kenapa?”desak Tiara tidak puas hati.”Takde sebab.”pendek Haiqal membalas.


“Kau sukakan Balqis ke?”soal Tiara tiba-tiba.Haiqal terdiam seketika sebelum menjawab,”Takde kaitan dengan kau.”balas Haiqal sambil berlalu meninggalkan Tiara yang kegeraman.”Tapi..bukan ke Zek yang tengah bercinta dengan Balqis sekarang?”kata-kata Tiara membuatkan langkah Haiqal yang laju tadi terhenti.”Sejak dua menjak ni..aku selalu dengar diorang gayut dalam telefon..sweet gila diorang tu!”kata Tiara sedikit kuat.Haiqal yang terkaku sejak dari tadi,kemudiannya meneruskan kembali langkahnya.Tiara yang keseorangan disitu hanya mampu menyumpah seranah seorang diri.

“Hello,Hello Balqis?Qis sihat ke?”soal satu suara lembut tetapi agak lantang dibelakang Tiara.Tiara segera menoleh,rupa-rupanya Zek sedang bergayut melalui telefon dengan Balqis.Perlu ke dia gayut kuat-kuat dekat sini?soal Tiara di dalam hati.”Cuba Qis cakap kuat sikit,Zek tak boleh dengar la..OHHHH Qis rindukan Zek..Zek pun rindukan Qis jugak..”jawap Zek dengan nada suara romantik.Tiara yang malas mahu mendengar perbualan mereka segera berlalu tetapi Zek tetap mengikut ke mana sahaja dia pergi sambil bergayut telefon dengan Balqis dengan begitu mesra sekali.”Malam ni nak jumpa?Ok pukul 8 atau 9 ek?Okayyy.”kata Zek lagi dengan nada lembut.Macamlah aku heran!getus Tiara di dalam hati,rimas dengan Zek yang asyik mengekorinya.

Sementara di hujung corong telefon di sebelah sana,”Please la Zek..Tiara bukan boleh dengar pun apa yang kita cakap.Kenapa aku kena pura-pura bercakap dengan kau?”soal Balqis pelik dengan rancangan Zek.”Kau boleh je pura-pura keluarkan handset kau konon-konon ada orang call kau pastu kau buat-buat la borak..”kata Balqis lagi kerana dia sebenarnya geli geleman setiap kali Zek menggunakan nada suara lembut,tegak bulu romanya!”Mana boleh macam tu!Kita kena buat betul-betul supaya tak nampak macam yang kita ni berlakon..”kata Zek berbisik kerana takut Tiara terdengar suaranya. ”Hello!Hello!Takde coverage la kat sini..”ujar Zek sambil menghalakan handsetnya ke atas dan menggoyang-goyangkannya.”Oh ok ok..jangan risau malam ni Zek takkan lewat punya..”kata Zek menggunakan nada suara yang lembut seperti tadi.

”Tapi susahlah nak berlakon..aku takde perasaan kat kau.”bantah Balqis di hujung telefon.”Ala kau anggap je yang kau tengah bercakap dengan Haiqal!Cepatlah Tiara dah macam syak je tu.”kata Zek lagi.”Okay okay…”jawap Balqis sambil menarik nafas dalam-dalam.Kebetulan Haiqal yang ingin masuk ke dalam makmal komputer ternampak Balqis di tempat duduk disitu sedang bercakap di telefon dan berhenti melangkah malangnya Balqis tidak perasan kerana dia membelakangi Haiqal.”Hello..Hello Zek..Qis pun rindukan Zek..apa dia?Kaki Qis?Dah tak sakit dah…”manja sungguh suara Balqis di pendengaran Haiqal.”Bila fikir je pasal Zek,terus hilang sakit kaki Qis…”Balqis menambah dengan menggoyangkan bahunya lembut.Dia sendiri geli mendengar suaranya.Haiqal yang memerhati dan mendengar perbualan Balqis kemudiannya terus berlalu masuk ke dalam makmal komputer itu dengan perasaan yang tidak sedap hati,dia sendiri tidak tahu tetapi dia tidak suka melihat gaya Balqis yang manja tadi.Perlu ke dia tergedik-gedik camtu?getus Haiqal geram.”Hah,ok dah?Geli betullah..aku taknak cakap lagi,kau cakaplah sorang-sorang.Bye!”kata Balqis lalu segera menekan butang merah.
**************

“Emmmm…sedapnya bau…dah berjaya ni,jom!”ujar Puan Amiza gembira setelah mengajar Balqis membuat telur bistik.Baginya,pencapaian Balqis hari ini agak bagus kerana telur tidak hangit dan masakannya boleh tahan.Puan Amiza kemudiannya meletakkan sepinggan telur bistik di atas meja makan.”Taraaaaaaaa…..”kata Puan Amiza gembira.”Hari ni mama ajar Balqis buat telur bistik.Ha cuba try yang ni..”unjuk Puan Amiza pinggan yang berisi telur bistik kepada Haiqal dan Haziq.”Panas lagi ni,cubalah rasa..sedap!”puji Puan Amiza.Balqis hanya tersenyum malu apabila dipuji sebegitu.”Tengok macam tak sedap je..”kata Haziq pula.”Em apa kata korang cuba dulu?Kalau tak sedap,Qis akan cuba buat lagi baik nanti.”kata Balqis pula.”Eh apa pulak..dah cukup sedap ni.Semua orang kena support Balqis..rasalah.”kata Puan Amiza.”Dia ni bukannya boleh percaya sangat,kan abang?”soal Haziq kepada Haiqal yang diam dan bad mood sejak dari balik tadi.Haziq kemudiannya merasa sedikit lauk telur bistik itu,”Hah macam mana?Sedap tak?”soal Puan Amiza laju.

“Ok sikit dari dulu la..”jawap Haziq perlahan tetapi baginya memang sedap tetapi dia tidak mahu mengakuinya.”Ha kan mama dah cakap!Ha abang cuba la rasa pulak..”kata Puan Amiza kepada Haiqal.Haiqal kemudiannya mengambil sedikit dan menyuapkan ke dalam mulutnya.”Tak sedap langsung.”kata Haiqal selamba tanpa menghiraukan langsung perasaan Balqis yang terguris.”Apa abang ni..”marah Puan Amiza tetapi tidak dihiraukan Haiqal.”Tak kiralah berapa kali pun kau cuba..buang masa je.”kata Haiqal lalu segera bangun menuju ke dapur.”Abang!Kenapa cakap macam tu???”Teruk betullah mulut dia ni.”marah Puan Amiza lagi.Balqis disebelahnya sudah mengalirkan air mata tetapi segera dikesat Balqis tidak mahu Puan Amiza serba salah.”Takpe Qis..biar auntie yang makan..diorang ni tak reti menghargai.”kata Puan Amiza memujuk Balqis.
**************

“Nampaknya..Haiqal makin lama makin tak puas hati dengan apa yang aku buat..dan aku tengok makin hari makin dia bencikan aku.Aku ni betul-betul jadi seorang yang membencikan ke bagi dia?”tanya Balqis seorang diri sambil memandang dirinya sendiri di dalam cermin di bilik air.Dia kemudiannya segera menyarung baju tidurnya malangnya seluar tidurnya tiada.Seingatnya dia ada membawanya masuk tadi,mungkin tercicir di mana-mana pada fikirannya.Puas dicarinya disekeliling bilik air tersebut tetapi tidak ditemui.Balqis kemudiannya memakai tuala dari paras pinggang kerana sudah menyarung baju tidurnya.Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik air itu mengintai jika ada sesiapa di sekeliling.”Auntie!Auntie!”perlahan Balqis memanggil Puan Amiza.Tiba-tiba ada tangan di sebalik dinding sedang menghulurkan seluar tidurnya yang bercorak kartun Doraemon itu.

”Ohhh terima kasih auntie!”kata Balqis laju menghampiri.”Mama takde,dia pergi buang sampah!”kata suara itu.Balqis yang terlalu terkejut segera berlari ke biliknya kerana dia sedar suara itu milik Haiqal!”Oi,kau taknak seluar kau ke?”soal Haiqal malas.”Ken..kenapa kau curi seluar aku?”soal Balqis kelam-kabut mengambil seluarnya dari tangan Haiqal dan kembali ke pintu bilik.”Kenapa pula aku nak curi seluar kau?Kau yang tinggalkan atas lantai,seluar macam budak tadika je,sape nak curik? ”soal Haiqal sinis.”Aku..aku pakai seluar macam ni kadang-kadang je..selalunya aku pakai baju tidur kain lace tau.”lawan Balqis sedikit gagap.”Hmpph peduli apa aku kau pakai lace ke ape ke,body macam budak kecik je.”balas Haiqal pula tidak mahu mengalah.”Ap..apa maksud kau ha?Seronok sangat ke buli aku?Kalau kau tak suka aku tinggal kat sini cakap jerla!”marah Balqis.”Memang!Makin aku nampak kau makin aku geram!Lepas tu aku akan buli kau!Kalau kau tak nak aku buli kau,kau pergi tempat yang kau takkan nampak aku!”balas Haiqal garang lalu masuk ke dalam biliknya dan menghempaskan pintu,begitu juga Balqis.

Di dalam biliknya Haziq terkejut melihat abangnya meluru masuk dengan laju dan terus menghempaskan diri di atas katil.”Abang,abang marah kat sape?”soal Haziq pelik.”Takde pape.Ada si sengal buat abang marah.”jawap Haiqal.”Apa pula si sengal Balqis tu buat kali ni bang?”soal Haziq lagi.Haiqal terus memandang Haziq,”Tengoklah,sampai Haziq pun tau yang abang tengah marah dekat si Balqis tu kan.”balas Haiqal dan tidak lama kemudian dia tersenyum sendirian tetapi tidak dapat dilihat Haziq.
**************

“Go Haiqal Go!”Go Haiqal Go!”jerit sekumpulan pelajar perempuan yang merupakan ahli kelab Tenis itu.Latihan petang itu diakhiri dengan perlawanan antara Haiqal dan Zek.”Peliklah,Zek kan dah tau yang dia tak boleh kalahkan Haiqal tapi dia nak juga sambung main.”luah Tiara yang memerhati sejak dari mula perlawanan,baginya Zek memang tiada peluang langsung untuk menang kerana..”Haiqal nampak macam nak bunuh orang je hari ni..macam ada benda yang Zek buat dia benci sangat-sangat ataupun macam berdendam dengan Zek kan?”soal Tiara lagi sambil mereka semua menggangguk setuju.”Penat betul tengok muka Zek..Haiqal tu memang hebatlah!”jerit Tiara.”Eh Tiara,bukan kau patutnya sokong Zek ke?Korang kan partner?”soal Balqis sambil meneguk air mineralnya.”Itu masa competition je.Dan sekarang ni competition dah berakhir.Eh bukan kau ke yang couple dengan Zek sekarang?”soal Tiara kembali dengan nada sinis.”Oi kau jangan buat cerita ek.Bila masa aku couple dengan dia?”soal Balqis marah.


“Kau tak payah la malu-malu.Semua orang tahu dah dan kitorang doakan korang berdua berkekalan…”jerit Tiara.”Aku tak lah!Kau tu pergi sorak untuk Zek jelah!”jerit Balqis pula.”Dah jangan nak merepek.Ok memandangkan ini permintaan kau…ZEK!BALQIS WISH GOOD LUCK DEKAT KAU!!!!”jerit Tiara kuat sehingga didengari oleh Haiqal dan Zek,kelam-kabut Balqis menutup mulut Tiara yang masih terjerit-jerit kegembiraan itu.”Dia cakap kau nampak kacak gila!”jerit Tiara lagi tidak makan saman.”TAK!!!!MANA ADA!!”balas Balqis pula.”Ha tengok-tengok Zek tengah pandang kau tu,cepatlah pandang!”jerit Tiara.Balqis segera memandang dan dia melihat Haiqal sedang memandang tajam kearahnya seperti ingin menelannya saat itu juga.”Go Haiqal Go!”jerit Balqis lagi kuat dari jeritan Tiara untuk mengelakkan suara Tiara didengari Haiqal.

Tiara

Tiba-tiba ,”Zek,jom lagi satu game!”jerit Haiqal dengan begitu kuat sekali.Kemudiannya tanpa membuang masa Haiqal segera memukul bola ke arah Zek.”Wow,lajunya bola tu!”jerit satu suara.Zek yang tidak sempat berbuat apa-apa hanya mampu tergamam melihat bola itu laju menuju tepat ke arahnya dan…BUK!!!!Zek jatuh terlentang disitu juga apabila bola itu mengenai hidungnya.”EHHHHHH Zek pengsan la!”jerit mereka semua.Balqis yang melihat Zek yang masih terlentang itu segera berlari menuju ke arah Zek.”Bangun Zek!Bangunlah!”jerit Balqis sambil menggoncang kuat bahu Zek.”Buruklah terbaring macam ni..Tiara tengah tengok tu!”kata Balqis lagi.Seraya mendengar nama Tiara,Zek serta-merta membuka matanya dan terduduk.Kemudian Zek terasa sesuatu seperti mengalir dari hidungnya,segera dia menyentuh dan DARAH!”Hidung aku berdarah!”jerit Zek.”Aku tau…Cepat lap,buruklah orang tengok!”kata Balqis kelam-kabut sambil mengeluarkan tisu dari poketnya dan mengelap hidung Zek.”Wow!!!!Diorang memang sweet couple la!”jerit semua yang sedang menonton drama sebabak mereka.”Eh korang dah salah sangka la…dia dengan Tiara,aku hanya tolong dia untuk dapatkan Tiara!”jerit Balqis tetapi suaranya tenggelam dek keriuhan suara mereka semua.”Nah lap lagi!”kata Balqis sambil tolong mengelap darah dari hidung Zek.

Haiqal yang memandang sejak dari tadi adegan yang menjengkelkannya itu segera berteriak,”Zek,aku rasa kau dah tak mampu nak teruskan lagi la!”jerit Haiqal dengan nada sinis.Tiba-tiba Haiqal memandang Tiara yang sudah pun berada disisinya,”Oh ye Tiara,tentang movie yang kau ajak aku tengok tu..aku free Ahad ni.Jom kita tengok sama-sama.”ujar Haiqal agak kuat sambil tersenyum manis memandang Tiara.”Betul ke ni?Kalau macam tu kita jumpa depan cinema pukul 1.Boleh?”soal Tiara terlalu teruja.”OK!”jawap Haiqal kuat seperti ingin didengari semua,terutama Balqis.Dia sendiri tidak tahu mengapa dia berasa puas hati melihat wajah masam Balqis sebaik sahaja dia memberikan persetujuannya.

“Ini semua salah kau la!”marah Balqis kepada Zek,gagal rancangannya!”Eh apasal pulak?Kau la yang salah!Cuai sangat!”marah Zek kembali.”Aku cuai?Cuba kau tengok diri kau..dengan hidung berdarahnya..habis rosak imej kau tu!”kata Balqis kembali sambil melihat Haiqal dan Tiara yang sudah menjauh.

Sunday, July 19, 2009


“Kau dah ok ke ni?”tanya Haiqal sambil memegang lengan kanan Balqis memimpinnya berjalan keluar dari bas sambil diperhatikan oleh Tiara dengan muka masam.”Aku dah ok sikit ni.”jawap Balqis sambil tersenyum manis menampakkan pipi gebunya.Tiara geram melihat Haiqal melayan Balqis dengan mesra sekali seperti orang disekeliling mereka tidak wujud sejak dari saat Haiqal mendukung Balqis sehinggalah Balqis diberikan rawatan oleh petugas di kem latihan itu.Memandangkan hari itu merupakan hari terakhir mereka semua di kem latihan itu,sebaik sahaja tamat perlawanan antara Tiara dan Zek dengan Balqis dan Haiqal,kesemua ahli kelab Tenis bergegas pulang menaiki bas yang sudah disediakan. Sesampainya di universiti kesemua pelajar mengambil haluan masing-masing untuk pulang ke rumah sementara itu Haiqal masih setia memimpin lengan Balqis kerana risaukan keadaan Balqis yang terdengkot-dengkot itu dan membuat keputusan untuk menghantar Balqis pulang ke rumah fletnya.
**************

Semasa mereka berdua sedang berjalan kaki,Haiqal memegang lengan Balqis penuh cermat,”Kaki kau camne sekarang?”soal Haiqal.”Oh aku masih boleh jalan lagi tapi kena perlahan-perlahan…lagipun takpe la..kitakan ada banyak masa lagi ni..”jawap Balqis tersipu-sipu.Haiqal yang seolah-olah tersedar dari dipukau segera melepaskan tangannya yang erat memegang lengan Balqis,”Tapi aku takde masa.Kalau kau ada banyak masa tu masalah kau,bukan aku.”balas Haiqal kasar sambil berjalan laju meninggalkan Balqis di belakang seorang diri.Balqis segera mengejar langkah Haiqal yang agak laju meninggalkannya sambil berlari-lari anak dengan keadaan terdengkot-dengkot.Haiqal yang mengerling dengan ekor matanya terlihat gelagat Balqis itu,Kesian la pulak aku tengok dia ni…desis hati Haiqal.Aku betul-betul harap aku boleh jalan berpimpin tangan dengan dia,jalan disisi dia bersama-belum habis Balqis menghabiskan monolog dalamannya Haiqal yang sedang laju berjalan tiba-tiba duduk dalam keadaan mencangkung.”Erk kenapa ni Haiqal?”soal Balqis pelik.”Aku dukung kau,cepatlah.”kata Haiqal serius.Balqis yang teragak-agak akhirnya memaut leher Haiqal perlahan-lahan dan Haiqal pula menarik kedua-dua kaki Balqis untuk dikepit di celah lengan sasanya.
*************


Setelah hampir setengah jam berjalan,mereka masih tidak sampai-sampai lagi ke rumah Balqis,”Kau pasti ke ni jalannya?”soal Haiqal yang sudah letih mendukung Balqis.”Yer…kita dah nak sampai dah ni..”jawap Balqis pula.”Cik Balqis,dari 20 minit lepas kot kau dah cakap nak sampai..nak sampai..tapi tak sampai-sampai gak.Aku cakap ambik je teksi tak nak..”bebel Haiqal seperti mak nenek.”Ala..bukan jauh sangat pun,kita dah nak sampai ni..ni shortcut ni..ha sekarang masuk belah kiri ni..”jawap Balqis lembut sambil setia memaut leher Haiqal.Setelah memasuki ke lorong yang ditunjukkan Balqis,Haiqal terlihat sebuat flet setinggi 15 tingkat tersergam di hadapan matanya.Dan memandangkan Balqis duduk di tingkat 7 mereka terus menghala ke lif.

LIF DALAM KERJA-KERJA PEMBINAAN

Haiqal tiada pilihan lain melainkan mendukung Balqis sehingga ke tingkat 7,sepanjang perjalanan menaiki tangga ke tingkat 7,Haiqal dan Balqis hanya diam sahaja.Sampai sahaja di tingkat 7,Balqis sudah tidak dapat menahan diri dari bertanya pada Haiqal tentang sesuatu yang membelenggu fikirannya sejak malam semalam.”Erm…erm…Tiara dah luahkan perasaan dia kat kau kan?Ap..apa kau jawap eh?”soal Balqis lambat-lambat kerana takutkan soalannya menyebabkan Haiqal naik angin.”Kau tak payah tau,bukan ada kaitan dengan kau pun.”laju Haiqal membalas.”Betul tu..”jawap Balqis sedikit sedih.”Ala yang kau pun..nampak mesra semacam je dengan si Zek tu..”kata Haiqal pula,ada nada cemburu dari kata-katanya yang tidak dapat ditangkap oleh Balqis yang lurus bendul itu.”Eh,mana…mana ada!Aku dengan dia berbincang tentang…..adalah..”jawap Balqis tergagap kerana topik perbincangannya dengan Zek selama ini berkisarkan Haiqal sahaja.
**************

“Mana kuncinya?”soal Haiqal setelah 5 minit berlalu mereka berdua masih lagi berdiri di hadapan pintu rumah Balqis sementara Balqis masih lagi menyelongkar beg pakaiannya yang tergantung di bahu Haiqal.”Kejap..kejap..nak jumpa dah ni..erm bak sini beg ni.”ujar Balqis sambil mengeluarkan begnya dari bahu Haiqal.”Peliknya…aku rasa aku ada letak kat sini pagi tadi,mana pulak perginya kunci ni..”rungut Balqis sambil tangannya ligat menyelongkar kesemua barang di dalam beg itu.Sementara itu Haiqal yang menghampiri pintu rumah Balqis segera terpandang pintu rumah yang sedikit terbuka,”Dah,dah tak payah cari lagi..pintu rumah kau tak berkunci pun.”kata Haiqal sambil membuka pintu itu lebih luas lagi.”Hah???Tak berkunci?Ayah ni pelupa betullah…pintu rumah pun boleh terlupa kunci.”ujar Balqis sambil menghampiri Haiqal.”Wow,kosongnya rumah kau!”jerit Haiqal terkejut apabila dia melemparkan pandangan ke dalam rumah itu,betul-betul kosong!”Ken..kenapa boleh jadi camni?Ada pencuri masuk rumah ke???”soal Balqis yang sudah cemas itu.”Ayah!Ayah!”panggilnya berulang kali di dalam rumah yang sudah kosong itu.

Tiba-tiba Balqis dan Haiqal terdengar suara orang berbual di dapur,”PENCURI!PENCURI!”jerit Balqis lantang sambil berlari keluar rumah meminta pertolongan diikuti oleh Haiqal yang sudah menggunakan raket tenis sebagai pelindung mereka dan dihayunkan di hadapan dua orang lelaki yang sedang berbual itu.”Hah ada pencuri??Mana?Mana?”soal lelaki yang kemas memakai kot itu sambil menoleh kiri dan kanan.”Tolong!Tolong!Ada pencuri dalam rumah saya!Tolong telefon polis!”jerit Balqis berulang kali seperti orang histeria itu.”Mana pencurinya?Siapa?”soal lelaki yang berkot itu.”Kaulah!Pencuri!Dua-dua pencuri!”jerit Balqis lagi.”Cik,tolong berhenti menjerit..saya bukan pencuri..saya ejen hartanah.”kata lelaki itu lagi sambil mengeluarkan kad namanya dan dihulurkan kepada Haiqal yang nampak lebih tenang.Haiqal segera menyambutnya dan setelah memastikan mereka berdua bukannya pencuri,Haiqal segera menenangkan Balqis.”Tapi mana tuan rumah ni encik?”soal Haiqal.”Ohhh tuan punya rumah ni dah jualkan rumah ni pada pihak bank jadi penyewa yang dulu kena berpindah.”terang lelaki itu lagi sambil seorang lagi lelaki di sebelahnya mengangguk membenarkan kata-kata rakannya.
**************

Puas Balqis menelefon telefon bimbit ayahnya tetapi tidak berjawap langsung.”Aku tak dapat cari mana ayah aku..”keluh Balqis.”So macam mana?Budak yang takde rumah?”perli Haiqal sambil tersengih.”Dahla…jom..”ajak Haiqal sambil menyandang kembali beg pakaian Balqis dibahunya.”Pergi mana?”soal Balqis.”Rumah akulah..nak pergi mana lagi?”jawap Haiqal selamba sambil membongkokkan badannya untuk memudahkan Balqis memanjat belakang badannya.”Tapi…”belum habis Balqis bersuara,”Takde tapi-tapi dah..biar aku dukung kau.”jawap Haiqal menarik Balqis ke belakangnya.Sebaik sahaja Balqis sudah pun didukung Haiqal,Haiqal segera menuruni tangga flet itu dengan laju.Sampai di bawah,”Kalau aku tinggalkan kau sorang-sorang dekat sini confirm mama kerat aku jadi 14 bahagian!”kata Haiqal dengan nada bergurau sambil berjalan menghala ke kawasan rumahnya.Pergi ke rumah Haiqal?Satu perasaan gembira yang tak dapat aku ungkapkan…tapi dalam masa yang sama aku takut..takut kebahagiaan yang aku rasa saat ni akan hilang..ucap hati kecil Balqis.
**************


Sesampainya Haiqal di depan pagar rumahnya,dia segera terpandang tulisan di kain rentang yang digantung di pagar “Selamat Kembali Balqis!”.”Erm..turunkan aku..”kata Balqis sambil Haiqal merendahkan badannya.Haiqal kemudiannya memandang tajam tepat ke mata Balqis,”Sumpah!Sumpah aku tak tahu apa-apa!”kata Balqis laju apabila melihat reaksi Haiqal seperti singa lapar itu.Tiba-tiba Haziq yang membawa sebakul gula-gula dari dalam rumah memberikan gula-gula kepada jiran-jiran mereka yang lalu lalang.”Haziq!Apa Haziq buat tu?”soal Haiqal pelik.”Ntah mama suruh Haziq bagi gula-gula kat jiran.”jawap Haziq malas sambil mengagihkan gula-gula itu kepada jiran-jiran mereka yang memerhati sejak dari tadi.Puan Amiza yang muncul secara tiba-tiba dari pintu pagar segera menjerit tatkala melihat wajah Balqis,”Balqis!Rindunya auntie dekat Qis!”jerit Puan Amiza sambil meluru memeluk erat Balqis yang tergamam tidak faham.”Mama,apa maksud semua ni?”soal Haiqal marah.”Apa pulak maksudnya lagi?Dah terang-terang tulis dekat kain rentang ni,”Selamat Kembali Balqis”.”jawap Puan Amiza selamba.

”Qis,auntie dah siapkan bilik Qis tau,jom kita masuk.”ajak Puan Amiza.”Haih,kenapalah kitorang mesti terperangkap dengan rancangan ibubapa kitorang?”soal Haiqal kepada dirinya sendiri.Puan Amiza hanya menjeling dan tidak mempedulikan kata-kata Haiqal.”Eh lupa pulak saya nak kenalkan,ini bakal menantu saya..Balqis.”ujar Puan Amiza memperkenalkan Balqis yang sudah tersenyum malu-malu itu kepada jiran-jirannya.”Mama!”jerit Haiqal tetapi tidak dihiraukan Puan Amiza.”Comelnya dia…”ujar jiran-jiran mereka memuji Balqis.”Terima kasih..”jawap Balqis malu-malu sambil menyalam mereka.Haiqal yang memerhati saja sejak dari tadi segera masuk ke dalam rumah apabila terlihat Balqis memandangnya dengan tersengih-sengih.
**************

“Eh bagitaulah aku malam ni diorang datang sini sebab apa?”soal Joe ingin tahu kepada Wati.Ini kerana Pakcik Bakri awal-awal telah memesan supaya memasak lauk lebih banyak sedikit dan istimewa untuk keluarga Encik Hashim.”Boleh tak kau berhenti tanya?Dari tadi asyik tanya je..pening kepala aku.Lagipun bukan boss kata dah kau jangan datang?”soal Wati kembali sambil tangannya lincah memotong sayur.Wati tahu bossnya menyuruh Joe bercuti kerana tidak mahu Joe menjadi sasau apabila mendapat tahu Balqis dan Haiqal kembali duduk sebumbung.”Ha tula yang buat aku lagi pelik bila boss suruh aku jangan datang.Ala kau bagitau lah aku kenapa malam ni istimewa sangat?”desak Joe lagi sambil menolak-nolak bahu Wati.”Ishhhh rimaslah aku…kau boleh diam tak?Aku nak masak ni!”marah Wati sambil menyiku Joe.”Ok,kalau macam tu biar aku yang masak.”kata Joe sambil mengambil pisau dari tangan Wati.Wati yang geram segera merampas kembali pisau itu dari tangan Joe.”Kau pergi balik dan buat apa kau nak.Hari ni kan kau cuti,kau buatlah hal kau dan biar aku yang handle semua ni.”kata Wati lagi.Pakcik Bakri yang terdengar kekecohan di dapur menjenguk keadaan mereka,”Boss,saya rasa bahayalah Joe ada kat sini.Dia tu terlalu cintakan Balqis,dia boleh jadi gila kalau tahu boss dengan Balqis dah pindah balik rumah Haiqal.”terang Wati perlahan kepada Pakcik Bakri apabila melihat Joel menuju ke tandas.

“Itulah..aku tak tahu macam mana nak suruh dia balik!”kata Pakcik Bakri.”Kita kena fikir dengan pantas ni boss.”ujar Wati pula.Tiba-tiba…”Ayah!Sofea dah datang!”terdengar jeritan Balqis dari luar restoran memanggil ayahnya.”Alamak!”jerit Pakcik Bakri sambil menepuk dahinya perlahan.Haiqal yang tersedar kedatangan Balqis segera meluru ke hadapan.”Balqis!Kau dah balik akhirnya!”ujar Joe gembira setelah hampir seminggu tidak bertemu dengan Balqis.”Pakcik Bakri..”tegur Haiqal yang tiba-tiba muncul dari belakang Balqis bersama ahli keluarganya.”Ye Haiqal..duduk-duduk.”pelawa Pakcik Bakri sambil menyambut huluran tangan Haiqal.Sebaik sahaja ternampak wajah Haiqal,Joe terus meluru ke arah Pakcik Bakri.”Boss,kenapa boss ajak dia makan sekali?”tanya Joe lurus bendul.Pakcik Bakri yang malas melayan Joe segera menariknya ke belakang,”Joe pergi belakang buat kerja..customer dah datang tu.”kata Pakcik Bakri kelam-kabut.”Eh Sofea,macam mana dengan kaki Sofea?Dah ok?”soal Pakcik Bakri sedikit risau.”Oh,kaki Sofea dah ok dah ayah.”jawap Balqis ceria.”Kenapa kaki Qis cedera?Ini mesti sebab Haiqal buli Balqis sepanjang dekat kem latihan ni!”kata Joe serkap jarang.”Mana ada aku buli dia.”jawap Haiqal selamba sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

“Tapi kenapa tiba-tiba macam ada sambutan istimewa je malam ni?”soal Joe tiba-tiba apabila melihat pelbagai hidangan tersaji di atas meja.”Sebenarnya…kami ni nak menyambut penyatuan dua keluarga kembali,keluarga Encik Bakri dan keluarga Encik Hashim!”ujar Puan Amiza tersengih-sengih.”Penyatuan dua keluarga kembali?Maksudnya?”soal Joe sudah tidak senang duduk.”Aku nak pergi belakang,nak masak apal lagi yang patut!”kata Pakcik Bakri sambil mengheret Joe yang degil itu ke belakang bersamanya.

Tuesday, July 14, 2009


“Syhhhhhhhhhhh!!”marah Zek sambil menarik Balqis menyorok di sebalik semak apabila terlihat Haiqal sedang mencari-cari arah datangnya suara Balqis yang menjerit seperti orang sasau.”Kau buat apa kat sini ar?”soal Zek pelik.”Eh kau pun buat apa menyorok-nyorok kat sini?”jerit Balqis lagi. ”Syhhh!Perlahanlah sikit suara kau tu..kalau diorang dengar mati kita!”bisik Zek sambil mereka berdua cuba memasang telinga mendengar perbualan Haiqal dan Tiara.

“Aku dah tak kisah dengan pandangan orang pada aku sebab..aku rasa macam aku dah jumpa soulmate aku..”tambah Tiara yang masih hanyut berbicara soal perasaannya.Sementara itu Balqis yang melihat Zek yang lebih teruja darinya mengintai mereka segera terfikir sesuatu.Zek ni gay ke?soal Balqis di dalam hati.Dia kemudiannya berbisik perlahan,”Zek,kau jangan kata….kau sukakan HAIQAL??”soal Balqis membuat telahan sendiri.”Woi!Aku straight guy ok!Kau ni merepek je!Otak kau ni berfungsi dengan betul ke tak?”balas Zek sedikit bengang.”Oh….jadi kau suka…TIARA lah???”soal Balqis lagi dengan lurus sementara Zek hanya tersengih seperti kera dapat bunga.”Wei,wei Balqis jom kita bekerjasama nak?”ajak Zek memberi cadangan.”Bekerjasama?”soal Balqis sambil mengerutkan keningnya.”Yela…Tiara tu sebenarnya dah lama sukakan aku..cuma dia malu nak mengaku je..”terang Zek yang membuat andaian sendiri.Balqis yang mendengar mencebikkan wajahnya sedikit.Perasan tol la si Zek ni..ujar Balqis tetapi di dalam hatinya sahaja.

“Yeker?Aku rasa dia macam lebih sukakan Haiqal je..”balas Balqis tersengih mengejek.”Ha tu la kau tak tau…dia tu buta hati,tak nampak apa dalam hati dia sebenarnya…”nafi Zek beria-ia.”So….kita kenalah berlakon!”tambahnya lagi.”Berlakon?”soal Balqis tidak faham.”Yela..kita boleh buat-buat rapat then bila Tiara ternampak kita rapat dia mesti terkejut pastu dia jealous.Bila dia dah jealous barulah dia sedar yang sebenarnya dia sukakan aku!”bisik Zek di telinga Balqis sambil tersengih seorang diri.”Oh…eh aku tak bolehlah..nanti Haiqal ingat aku ada apa-apa dengan kau.”geleng Balqis tidak setuju.”Cik Balqis,kau ni fikir terlalu ekstrem la..lagipun nak bandingkan kau dengan Tiara tu,sape-sape yang ada mata,ada otak mesti dah tentu-tentu akan pilih Tiara!”usik Zek sambil terbahak-bahak ketawa membuatkan Balqis menjeling tajam kepadanya.”Ok,ok..tapi kalau aku dengan Tiara nanti,kau bolehlah ambik si Haiqal tu..then kita bolehlah jadi dua pasangan yang match made in heaven gituuu…”kata Zek mengambil hati Balqis kembali.Akhirnya Balqis juga terbayang-bayang masa depannya bersama Haiqal manakala Zek pula bersama Tiara.Mereka berdua membayangkan kehidupan mereka setelah bercinta dan berkahwin sambil bergelak ketawa di sebalik semak itu hingga membuatkan Haiqal perasan kehadiran mereka.

“Aku dah tak dapat nak rahsiakan apa yang aku rasakan saat ni…sebenarnya sejak dulu lagi aku sukakan kau Haiqal!Dalam beberapa hari kat sini,aku sentiasa cari peluang ni untuk luahkan apa yang aku rasa..”ujar Tiara sambil berpusing membelakangi Haiqal kerana malu.Haiqal yang sedar ada suara orang sedang bergelak ketawa itu akhirnya sudah tidak dapat menahan dirinya dan bergegas menuju ke arah semak itu dan…..Balqis dengan Zek?Apa diorang buat kat sini gelap-gelap macam ni?Amboi rapat betul kau dengan dia ye?Siap kau Balqis ujar Haiqal di dalam hati sambil mengepal penumbuknya apabila melihat Balqis dan Zek sedang berbisik-bisik sesuatu sambil tergelak-gelak.Haiqal betul-betul sakit hati melihat mereka bermesraan begitu.Dia segera menghampiri mereka dari arah belakang.”Sorry ganggu korang!”jerit Haiqal dari arah belakang mereka.Balqis dan Zek segera menoleh ke belakang,”Haiqal!”terjerit kecil Balqis dan serta merta dia bangun dan menundukkan wajahnya kerana takutkan pandangan mata Haiqal seperti ingin menelannya.
**************

“Haiqal….aku cintakan kau!”luah Tiara akhirnya sambil tersenyum lalu berpusing ke belakang ingin memandang Haiqal malangnya Haiqal tiada!Kemudian Tiara terdengar suara agak kecoh disebalik semak dan segera menghampiri mereka.Hisy!Apa pulak Balqis dengan Zek buat kat sini?Kacau daun betullah!rungut Tiara di dalam hati.

“Sorry ek,sekarang ni masa untuk berlatih,aku nak pinjam dia kejap!Jom Balqis!”ujar Haiqal kasar lalu menarik tangan Balqis berlalu ke gelanggang tenis.”Ini malam terakhir,esok dah nak lawan..cuba kau bersemangat sikit!”marah Haiqal lagi manakala Balqis hanya mendiamkan diri sahaja.Zek dan Tiara terpempan melihat adegan itu di depan mata mereka.Zek kemudiannya tersengih-sengih memandang Tiara di sebelahnya,”Tiara…jom kita pergi berlatih jugak..”ajak Zek.”Aku taknak!”jawap Tiara sambil menghilang ke dalam bangunan dorm meninggalkan Zek yang terpinga-pinga.
**************

Setelah hampir 2 jam berlatih dengan keras di gelanggang tenis,Balqis sudah tidak mampu lagi.”Haiqal..aku dah tak laratlah,aku taknak berlatih dah..”ujar Balqis sambil terduduk lemah.
**************
Selesai mandi Balqis segera duduk di atas katilnya sambil meneliti kaki kanannya yang bengkak dan teseliuh.”Matilah aku..aku rasa aku hanya perlu jalan macam biasa kot lepas tu mesti dah ok.Aku kena pukul bola esok kalau tak Haiqal kena berpakaian macam perempuan keliling gelanggang.So aku kena kuat!”kata Balqis meyakinkan dirinya sendiri sambil perlahan-lahan bangun.”Ouch!Adui!Sakit gila nak mati!”jeritnya sambil terduduk kembali.”Erm..takpe-takpe esok mesti tak sakit dah!Jangan putus asa Balqis!Chaiyo2!”kata Balqis sambil perlahan-lahan melelapkan matanya.
*************

Keesokan harinya di gelanggang tenis..
“Adoi,apa aku nak buat ni?Tak hilang jugak sakit ni..”ujar Balqis sambil mengurut-urut pergelangan kakinya yang sudah di balut dengan bandage yang terlebih tebal.”Tak boleh!Aku kena teruskan!Aku kena bertahan sekejap lepas tu semuanya akan berakhir!”jerit Balqis memberi semangat kepada dirinya.Tiba-tiba Tiara menghampirinya dari arah belakang,”Hey Balqis,good luck.”ujar Tiara tersenyum mengejek dan terus berlalu mengambil tempat.”Perli akulah tu!”ujar Balqis geram sambil berjalan terdengkot-dengkot mengambil tempatnya.Haiqal yang ternampak keadaan itu segera menghampiri,”Balqis,kau ok ke tak ni?”soal Haiqal melihat balutan tebal di pergelangan kaki Balqis.”Oh n..ni?Takde pape..aku saja je balut tebal-tebal untuk elakkan aku mudah terseliuh!Ni rahsia turun temurun keluarga aku.Tengok ni mane ade pape!”ujar Balqis kelam-kabut sambil melompat sedikit untuk meyakinkan Haiqal.”Betul ni??Betul kau tak pape?”ujar Haiqal sedikit tidak percaya.”Betul!Aku sangat-sangat OK!”balas Balqis laju.”Ok,bagus!”jawap Haiqal lega.

“Aku rasa kaki Balqis tu macam bengkak je..kalau dia main dalam keadaan macam tu,dia memang seorang yang sangat berani!”terharu nada suara Kamal,presiden kelab Anime/Manga yang sedang menjadi penonton di gelanggang tenis itu bersama-sama pembantunya,Izwan yang sibuk merekodkan video Balqis.”Haiqal!Aku tak sabar nak tengok kau pakai baju perempuan jalan keliling gelanggang tenis!”jerit Zek dari gelanggang lawan.”Berhenti merepek dan jom kita mulakan!”jerit Haiqal pula.”Go Haiqal Go!”jerit budak-budak perempuan ahli kelab Tenis memberi sokongan sambil terjerit-jerit memanggil nama Haiqal.Haiqal yang berada di sebelah Balqis memandangnya,”Kau jangan takut,kau tak keseorangan,aku ada di sisi kau..”ujar Haiqal memberi semangat kepada Balqis.
*************

“Ok,Zek serve!”jerit presiden kelab selaku pengadil memulakan pertandingan sambil disaksikan kesemua ahli kelab Tenis.”Balqis,cuba balas pukulan aku!”jerit Zek sambil menghayun raketnya dan memukul bola tenis menuju ke arah Balqis.Mak!Lajunya!Eh aku boleh nampak dengan jelas bola tu,aku kena pukul!BUK!Bola berjaya dipukul Balqis tetapi terkeluar dari garisan.Alamak!Mesti Haiqal marah aku!Bodoh betullah aku ni!marah Balqis kepada dirinya sendiri sambil berjalan menghampiri Haiqal menundukkan wajahnya.”Sorry…”perlahan suara Balqis.”Sengal,kau berjaya pukul bola tu lah!”jawap Haiqal tersenyum manis.

”Oi,permainan belum tamat.Sekali lagi!”jerit Zek tidak mahu mengaku kalah.”Macam mana dia boleh pukul bola aku yang laju nak mampus tu?”jerit Zek tidak puas hati.”Ala,tapikan dia masih juga tak dapat pukul dalam garisan,relakslah!”jawap Tiara pula melihat muka Zek yang tension itu.”Memanglah!Tapi ni melibatkan maruah aku!”marah Zek sambil memukul bola tenis itu dengan sangat kuat menuju ke arah Balqis.”Balqis jangan takut,kau pukul je bola tu balik ke arah diorang!”sempat Haiqal memberikan kata-kata perangsang.Betul tu..kenapa aku perlu takut?Tak kiralah betapa laju pun bola yang dia pukul,diorang takkan boleh kalahkan Haiqal!Aku tak boleh mengaku kalah,aku kena pukul bola ke arah diorang balik!kata Balqis di dalam hatinya.BUKKKKKKK!!!Bola itu berjaya dipukul Balqis dan memasuki ke gelanggang lawan iaitu Tiara dan Zek,hingga mereka berdua tidak sempat menangkis pukulan mengejut Balqis.

“Wah!!Balqis berjaya pukul bola!”sorak semua penonton di gelanggang itu termasuklah Kamal dan Izwan yang sibuk merakamkan video sejak dari mula.Akhirnya…aku berjaya!kata Balqis kelegaan.”Macam mana dia boleh pukul bola aku?”jerit Zek tidak percaya.Balqis yang terlalu lega tiba-tiba jatuh terduduk,”Aduhhhhh,sakitnya…”merah muka Balqis menahan kesakitan di kakinya.Haiqal segera berlari mendapatkan Balqis,”Kenapa ni?”soal Haiqal penuh bimbang sambil memegang kaki Balqis yang berbalut.”Bila kaki kau cedera ni?”soal Haiqal.”Malam tadi…”perlahan Balqis menjawap.”Malam tadi?Kenapa kau tak bagitau awal-awal?Kan tadi sebelum match aku dah tanya kau ok ke tak?”tinggi suara Haiqal.”Kalau aku bagitau kau nanti kau tak jadi berlawan lepas tu kau kena pakai baju perempuan jalan keliling gelanggang..”jawap Balqis pula.Haiqal terdiam sejenak,”Sengal…abang Wan,kitorang tak nak main dah!Balqis cedera kat kaki dia!Kitorang nak stop kat sini!”jerit Haiqal kepada presiden kelab.

Balqis yang berasa bersalah segera bersuara,”Eh takpe-takpe Haiqal,kita kena sambung main..kita ada peluang lagi nak menang ni..”kata Balqis bersungguh.”Kita dah menanglah..”jawap Haiqal sambil tersenyum memandang Balqis.”Kan kita dah janji dulu dengan Zek,asalkan kau boleh balas satu pukulan dari dia,kita dikira menang..”kata Haiqal lagi.”So…kau boleh berdiri tak ni?”tanya Haiqal.”Erm..aku cuba..”jawap Balqis sambil mencuba untuk bangun sambil dibantu Haiqal yang memegang tangannya.”Aduh,tak bolehla…”keluh Balqis sambil terduduk kembali mengurut-urut kakinya yang bengkak.

Haiqal yang melihat Balqis tidak mampu bangun tiada pilihan melainkan…Haiqal mendukung Balqis dan segera membawanya keluar dari gelanggang tenis sambil diperhatikan oleh semua ahli kelab Tenis serta Kamal dan Izwan.”Jomlah sambung lagi.Kau nak lari ke?”kedengaran nyaring suara Zek dibelakang manakala Tiara hanya memandang dengan wajah masam mencuka melihat Haiqal mendukung Balqis.Tuhan,salah ke kalau aku cakap aku semakin hari semakin sukakan dia?ujar Balqis sayu di dalam hati sambil memandang lama raut wajah tenang Haiqal yang begitu hampir dengan wajahnya.

Saturday, July 11, 2009


Sesampainya di dorm yang menempatkan kesemua ahli perempuan kelab Tenis,Balqis terus terbaring di atas katilnya dalam keadaan terlentang,sesungguhnya dia betul-betul penat.”Balqis,giliran kau pula mandi.”tegur satu suara tiba-tiba.”Oh ok..”jawap Balqis lalu bangun dari katilnya dan mencapai tuala untuk membersihkan diri.Sebaik sahaja dia melalui ruang tamu,dia terpandang telefon yang terletak di sudut ruang tamu,dia segera terfikir sesuatu dan jarinya ligat mendail,”Hello Joe..ni aku ni,Qis.”ujar Balqis.”Balqis???Kau tengah fikirkan aku ke?”terdengar suara Joe yang ceria di hujung talian.”Apa?Mana ada tengah fikirkan kau..aku sebenarnya nak mintak tolong ni..”ujar Balqis dengan nada lembut.”Boleh tak kau tolong aku masakkan makan malam esok?Tambang bas nanti aku bayar..please..”rayu Balqis dengan nada sedih.”Eh,bukan ke Haiqal ada kat sana?Kenapa kau tak mintak tolong dia je?”sedikit sinis nada suara Joe.”Please……………”rayu Balqis lagi tanpa jemu.

“So,dia tak nak tolong ke?”tiba-tiba satu suara menyampuk di sebelah Balqis yang sedang sibuk merayu Joe,Tiara!Sibuk je la dia ni..bisik Balqis di dalam hati.”Kau dengan Joe pasangan yang sepadan la.”kata Tiara lagi memerli.”Erm..oklah Joe,nanti aku call kau balik,bye!”klik!bunyi gagang diletakkan sebelum Joe sempat membalas.”Aku rasa lepas ni aku kena ajar kau macam mana nak berhadapan dengan Haiqal la,supaya kau tak menyusahkan dia lagi.Kau nak lawan dengan aku?”soal Tiara berlagak.”Apa gunanya aku lawan dengan kau?Buang masa dan tenaga aku je..”jawap Balqis sambil menjuihkan bibir mungilnya.”Haiqal seorang yang sangat hebat,tak hairanlah dia selalu bandingkan orang lain dengan kehendak dia.”ujar Tiara.”Aku rasa mesti ada orang yang tertentu je yang boleh memenuhi kehendak dia..jadi sebelum training ni berakhir aku akan confess cinta aku pada dia…”ujar Tiara lagi sambil berangan-angan.”Kau tak kisah kot kan?”perli Tiara sambil berlalu.Confess??Kalau kau confess perasaan kau dekat Haiqal,aku ni akan jadi seseorang yang paling tak bermakna dalam hidup Haiqal dah lepas ni,mesti dia akan pandang kau je..sayu hati Balqis menutur.
**************

Kehadapan Auntie Amiza yang kusayangi…
Auntie apa khabar?Qis ada dekat kem latihan kelab Tenis buat masa sekarang ni.Qis rasa macam duduk dalam neraka je tiap-tiap hari sebab setiap hari sebelum subuh kitorang semua kena bangun dan berlari sekeliling gelanggang tenis sebanyak 30 kali.Lepas tu,habis je berlari kena buat regangan pulak,pastu ada latihan secara berkumpulan.Biasanya Qis akan penat separuh mati sebelum sarapan tapi lepas dapat makan sarapan yang sedap,Qis dapat balik tenaga Qis walaupun dah penat sangat.Auntie jangan risau ye,Qis dekat sini ok je..Haiqal pun selalu ambil berat pasal Qis,tolong Qis masak dan ajar Qis dengan sungguh-sungguh untuk pertandingan akan datang.Tapi..Haiqal yang semasa mengajar betul-betul menakutkan.Tinggal lagi 2 hari je sebelum latihan ni tamat,lusanya pertandingan yang menakutkan antara Qis dan Haiqal dengan Tiara dan Zek akan berlangsung.Apa-apa pun Qis akan buat bersungguh-sungguh,Qis taknak usaha Haiqal yang mengajar Qis selama ni akan jadi sia-sia.Akhir sekali,Qis doakan auntie sentiasa sihat,ceria selalu sebab…Qis betul-betul rindukan Auntie..

Yang Menyayangimu,
Balqis Sofea


Sebaik sahaja selesai membaca surat yang dikirimkan Balqis kepadanya,Puan Amiza segera merapatkan surat itu ke dadanya,”Qis,auntie pun sangat-sangat rindukan Qis,takpe Qis…kita akan berjumpa balik tak lama lagi…”ujar Puan Amiza tersenyum penuh makna.
*************

“Balqis,semua bahan-bahan untuk masak aku dah suruh orang hantar ke dapur..”jelas Zek semasa mereka sedang menikmati sarapan yang sememangnya disediakan pihak kem latihan.”Oh..ok ok..terima kasih.”jawap Balqis senang hati kerana dia tahu Haiqal ada untuk menyelamatkannya seperti hari-hari sebelum ini.”Semalam lauk yang kau masak banyak yang dah habis awal,kitorang ramai yang tak dapat rasa.So jangan kecewakan kitorang malam ni ok?”soal presiden kelab sambil tersengih.”No problem!”jawap Balqis yakin.”Ok,aku percayakan kau.”balas presiden kelab.”Oh ye,Haiqal..aku ada benda penting sebenarnya nak bincang sikit dengan kau.”tegur presiden kelab itu kepada Haiqal yang duduk semeja dengannya.”Apa dia bang?”soal Haiqal.”Ini tentang kau yang aku selalu tengok macam pening-pening setiap kali latihan waktu petang.Instructor kita tahu pasal benda ni dan dia tak nak la kau macam ni.”tegur presiden kelab serentak itu Haiqal dan Balqis berpandangan.Aduh,aku la punya pasal ni selalu suruh Haiqal tolong masak!keluh Balqis di dalam hati.

“So instructor tu akan datang petang ni dan dia nak jumpa kau.Dia kata kau kena,wajib jumpa dia petang ni kalau tak siaplah!”tegas suara presiden kelab.”APA???????”hampir tersedak air yang sedang diminum oleh Haiqal kerana dia tahu tiada siapa yang akan membantu Balqis menyediakan makan malam petang nanti.”Eh,kau kenapa?”tanya presiden kelab sambil menepuk-nepuk belakang Haiqal.”Erm..takde pape,aku ok…”jawap Haiqal lambat-lambat.”Oh ye Haiqal,kau nak tak jadi instructor untuk budak-budak first year?Aku tengok kau ada bakatlah jadi instructor.”tawar presiden kelab.Setelah terdiam sejenak,”Erm..aku tak kisah.”Haiqal memberikan persetujuan.”Tapi kau betul-betul pasti ke?”tiba-tiba suara Haiqal agak kuat kerana dia memerli Balqis yang sudah seperti cacing kepanasan itu.”Eh mestilah pasti..aku yakin kau akan dapat pegang jawatan tu dengan baik.”jawap presiden kelab.”Maksud aku tentang penyediaan makan malam hari ni,kau pasti ke kita takkan makan maggi je?”soal Haiqal sinis.”Eh,mestilah..kau buat lawak ke apa Haiqal?Kalau Balqis yang masak mestilah sedapppp!”jawap presiden kelab lagi.“Oh baguslah kalau camtu…aku doakan kejayaan kau malam ni,bye!”perli Haiqal sebelum bangun dan berlalu.Balqis yang sudah terlalu cemas itu tahu bahawa dia tiada pilihan lain melainkan memasaknya sendiri!
**************

“Balqis,apa benda semua ni???????”soal mereka semua berkumpul mengelilingi Balqis bersama-sama dengan lauk-pauk yang dimasaknya iaitu kesemuanya berwarna hitam dan hangus hinggakan tiada satu pun boleh ditelan.Balqis yang berasa sungguh bersalah itu dari tadi hanya mendiamkan diri dan menunduk sahaja.”Balqis,boleh tak kau bagi penjelasan apa yang tengah berlaku ni?”soal presiden kelab yang sedikit marah itu kerana perutnya sudah lapar.”Betul betul..mana pergi skil memasak kau yang hebat tu?”soal salah seorang dari mereka.Balqis yang tidak dapat menahan diri akhirnya memecahkan rahsia,”Aku..aku mintak maaf..Sebenarnya malam-malam sebelum ni bukan aku yang masak semua lauk tu!”ujar Balqis perlahan tapi jelas.”Hah?So siapa yang tolong Balqis masak selama ni?”soal mereka sesama sendiri.”Jap,jap siapa yang tak pergi latihan waktu petang?”soal Zek kepada mereka yang masing-masing meneka sesama sendiri.”Setahu aku yang tak pergi latihan waktu petang selama ni hanya Haiqal sorang je!Kau ke Haiqal??”soal Zek tidak percaya sekaligus menyebabkan semua mata menumpu ke arah Haiqal yang hanya diam seribu bahasa.

“Haiqal!Betul ke kau yang masak selama ni????”soal Zek tidak percaya,sebaliknya Haiqal terus mendiamkan diri tanpa mengiakan atau menidakkan tetapi reaksi wajahnya sudah cukup membuktikan segalanya.”Jadi kau yang masak selama ni?Gilalah!”jerit Zek lalu menuju ke meja Haiqal diikuti oleh kesemua ahli lain yang mengerumuni meja Haiqal.”Maknanya kau lah yang masak selama ni?Dah lah handsome..pandai masak lak tu..”bisik beberapa ahli perempuan sambil tersengih-sengih.Balqis hanya tunduk memandang lantai sejak dari tadi dan tidak berani mengangkat muka langsung kerana takut ditengking oleh Haiqal kerana membocorkan rahsia mereka.”Haiqal,kau pandai masak sebab kau nak lawan Joe yang kerja dekat kafeteria universiti kita tu ke?”soal Zek tiba-tiba.”Joe?Kenapa pulak Haiqal nak lawan Joe?”soal presiden kelab pula kerana dia sangat menyukai masakan yang dimasak Joe.”Joe..?”desis Haiqal perlahan.Balqis yang ternampak air muka Haiqal berubah segera menyampuk,”Eh takde lah..takde kaitan dengan Joe langsung pun!Betul..aku pernah makan masakan Haiqal,dia memang pandai masak!Haiqal kan genius jadi semua benda yang dibuat mesti menjadi!Janganlah salah paham dengan Haiqal..”terang Balqis bersungguh-sungguh.

“Wah bagus betullah Haiqal ni,betul-betul caring pasal Balqis…sanggup tolong Balqis masak tiap-tiap hari..mana nak dapat lelaki sebaik Haiqal ni..”kata Zek sambil tersengih-sengih.”Dan yang paling penting..kerjasama!!!!”perli Zek lagi.Kemudian riuh suara mereka mengejek-ejek dan mengusik-usik hubungan Balqis dan Haiqal yang mereka rasakan seperti pasangan bercinta.Tiara yang geram dengan keadaan itu segera bersuara”Haiqal..bising sangatlah kat sini.Jom kita keluar ambik angin..lagipun aku ada sesuatu nak bagitau kau.”kata Tiara sambil bangun.Haiqal yang rimas dengan orang ramai yang asyik mengejeknya terus bangun dan mengikut Tiara dari belakang,semasa melangkah menghampiri kerusi Balqis,Haiqal sempat mengerling sekilas kepada Balqis dan pandangan mereka bertaut sebentar.Haiqal yang menyedari keadaan itu segera mengalihkan pandangannya dan berlalu pergi.Balqis hanya memandang dengan penuh rasa sedih dan sedikit curiga melihat kelibat mereka yang semakin menghilang.Balqis tahu dia perlu berbuat sesuatu untuk mengetahui apa yang mereka bualkan.
**************

Semasa Haiqal dan Tiara berjalan-jalan disekitar kem latihan itu,Tiara singgah membeli air tin untuk mereka berdua di mesin yang disediakan di hujung bangunan.Sementara Haiqal pula terus berjalan tanpa menghiraukan Tiara,terkejar-kejar Tiara di belakang.Apabila mereka sampai disebuah pokok tiba-tiba Haiqal terhenti.”Nama pokok ni pokok Dita..pokok ni banyak gunanya masa zaman dulu-dulu.”ujar Haiqal agak bosan.Dia sebenarnya tiada topik perbualan untuk dibualkan bersama Tiara.Lainlah kalau dengan si Balqis sengal tu,ada je benda menyakitkan hati aku yang dia buat..ujar Joe dalam hati sambil tersengih sedikit.”Kenapa kau tiba-tiba senyum Haiqal?”soal Tiara sambil menghulurkan air tin yang dibelinya sebentar tadi.”Thanks.Takde pape..”pendek jawapan Haiqal.Sementara itu Balqis sudah tiba dihujung bangunan itu mencari Haiqal.”Mana lak diorang ni pergi?”soal Balqis pada dirinya sendiri sambil terintai-intai.Dia kemudiannya perlahan-lahan berlari ke semak di sebalik pokok-pokok disitu apabila terlihat kelibat Haiqal dan Tiara di bawah pokok.


Setelah lama menyepi tanpa sebarang kata-kata antara mereka,”Kau ada benda nak cakap dengan aku ke?”soal Haiqal memecah kesunyian yang mengisi ruang sejak dari tadi.”Ah?Oh..Ha ah..”jawap Tiara kelam-kabut.”Haiqal,apa pandangan kau pada aku?”soal Tiara kemudiannya.Sementara itu Balqis yang sedang sibuk memerhatikan mereka disebalik semak tersadung akar-akar kayu disitu. ”Aduh,sakitnya..” ujar Balqis sambil menggosok-gosok kakinya.Haiqal yang terdengar bunyi dari semak sibuk mencari-cari datangnya suara hingga tidak mendengar apa yang disampaikan Tiara.”Sebenarnya aku rasa sunyi sangat..takde orang yang faham perasaan aku.Dari aku kecil sampailah ke alam universiti,aku selalu dapat keputusan yang baik dalam pelajaran.Bagi aku exam tu macam benda yang senang je..Aku selalu tak paham kenapa ada orang yang bercakap tak guna otak semua tu.Dan aku selalu terfikir yang aku takkan jumpa orang yang faham aku hinggalah…aku jumpa kau..”ujar Tiara panjang lebar sambil tersenyum malu sementara Haiqal hanya termenung memikir.

Balqis yang terdiam dari tadi mendengar butiran kata-kata Tiara kembali berdiri setelah sakit di kakinya hilang dan berjalan semakin menghampiri mereka di celah-celah semak tetapi tiba-tiba BUKK!!!!!!”Oh mak kau Tiara!”latah Balqis apabila dia terlanggar bahu seseorang di dalam semak itu.Sebaik sahaja dia memandang,”Hah,kau?????”soal Balqis terkejut.

Wednesday, July 8, 2009


Selepas genap seminggu Balqis dan Pakcik Bakri berpindah keluar dari rumah banglo itu,Puan Amiza nekad membuat keputusan untuk berjumpa dengan Balqis.Dek kerana terlalu rindukan Balqis,Puan Amiza telah pergi ke Restoran Happy! malangnya Balqis sudah bertolak ke kem latihan kelab tenis di sebuah negeri di selatan tanah air bersama Haiqal dan ahli kelab Tenis yang lain untuk berlatih dalam masa seminggu.”Miza,lama dah tak jumpa korang semua..apa khabar semua?”tanya Pakcik Bakri ramah sambil mempersilakan Puan Amiza duduk.”Kami semua sihat-sihat aje…cuma kami sekeluarga rindukan kau dan Balqis sangat-sangat..”ujar Puan Amiza sayu.”Kami pun rindukan kau sekeluarga jugak…”jawap Pakcik Bakri tetapi air mukanya seperti sedang bermasalah dan keadaan ini disedari Puan Amiza,”Bak..kau ada apa-apa masalah ke?Aku tengok kau macam lain macam je..”soalnya prihatin.

”Aku ada masalah sikit sebenarnya..rumah yang aku sewa sekarang ni tuan rumahnya nak jual pulak pada bank sebab dia tak mampu nak bayar.Jadi sekarang ni aku tengah cari rumah sewa lain..tapi puas aku cari tak dapat-dapat yang murah macam dulu!”luah Pakcik Bakri geram.Puan Amiza kemudiannya terfikir sesuatu dan sambil tersengih-sengih,”Bak..kau kemas semua barang-barang kau dan pindah ke rumah kami balik!”jerit Puan Amiza gembira.”Ken…kenapa pulak Miza?”soal Pakcik Bakri pelik.”Yela..kau masih tak dapat rumah lagi,jadi tinggallah rumah aku dulu…”pujuk Puan Amiza bersungguh-sungguh,ini kerana dia benar-benar rindukan Balqis yang sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri.
**************

“Semua orang kena happy ok,anggaplah macam kita semua ni pergi bercuti bersama-sama!”jerit Zek semasa di dalam bas kepada semua ahli kelab Tenis yang mengikuti latihan itu.”Macam mana nak fikir macam tu..”rungut Balqis sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak berapa gatal.Balqis duduk di bahagian tengah bas itu manakala Haiqal duduk di hujung paling belakang sekali.Apa si Balqis tu tengah buat ha?Tidur ke?soal Haiqal kepada dirinya sendiri sambil terjengah-jengah melihat Balqis dihadapan.Eh,apasal aku sibuk pikir pasal dia?Gila betul!jerit Haiqal di dalam hati sambil tergeleng-geleng kepalanya beberapa kali dan akhirnya dia tertidur sepanjang perjalanan yang memakan masa 3 jam itu.
**************

Sesampainya mereka di tempat yang dituju,Balqis segera mengangkat beg nya dan turun ke bawah untuk berkumpul bersama-sama ahli kelab yang lain untuk mendengar taklimat dari Zek selaku naib presiden kelab.”Semua sila beri perhatian..ini adalah jadual latihan kamu semua.”terang Zek sambil mengedarkan sehelai kertas kepada setiap ahli.Semasa Balqis sedang meneliti jadual latihannya, seorang ahli kelab itu juga turut melihat jadual Balqis untuk membandingkan antara jadual mereka,tiba-tiba..”Eh Qis,kenapa kau ada slot “Penyediaan Makan Malam”?”soalnya kepada Balqis sedikit pelik.”Kenapa aku je yang ada?Korang takde pun?”soal Balqis tidak puas hati setelah puas membelek kertas mereka.”Zek,apa maksud “Penyediaan Makan Malam” ni?”tanya Balqis ingin tahu.”Oh,maksudnya masakan waktu malam kau yang akan incharge.”jelas Zek selamba.”Kita ada ahli dan trainer lebih kurang 25 orang,jadi kau kena sediakan secukupnya lah.”jelasnya lagi.”AK..AKU??”soal Balqis seakan tidak percaya.Aku dah la tak reti masak!Mampus aku!jerit Balqis menggelabah di dalam hati.

“Ha ah,engkau la..takpe barang-barang dapur ada orang akan tolong beli..kau masak je!”ujar Zek sambil menepuk bahu Balqis.”Ha..tak pun kalau kau rasa macam susah sangat..kau tak payah la datang training belah petang..”cadang Zek gembira kerana Haiqal tidak akan dapat melatih Balqis bermain tenis untuk memenangi perlawanan antara mereka di hujung kem latihan nanti.”Wei,kejap-kejap.Apa maksud kau tak payah datang training petang?”soal Haiqal tidak puas hati.”Bukan ke kau kata hari terakhir kat sini kita akan berlawan?”soal Haiqal lagi.”Memanglah.Kau dengan Balqis satu team,aku dengan Tiara satu team.”jawap Zek selamba.”Jadi Balqis kenalah banyak latihan!Dia mana ada masa nak masakkan makanan untuk 25 orang!”kata Haiqal geram.”Encik Haiqal…kenalah pandai-pandai bahagikan masa..”ujar Zek menepuk bahu Haiqal sambil tersengih dan terus berlalu.”Dia tu memang saja je tak bagi kau peluang nak berlatih!”kata Haiqal lagi geram.”Balqis,tunjukkan sape kau yang sebenar dalam game nanti,ok?”soal Haiqal serius.Balqis kemudiannya mengangguk-angguk laju.Tiba-tiba Haiqal menyedari ada dua orang manusia sedang terhendap-hendap mereka berdua di sebalik pokok.”Kawan kau ke?”soal Haiqal pelik.”Erk…tak..tak kenal pun.”jawap Balqis kelam-kabut,dia seperti pernah melihat mereka tetapi tidak dapat mengingati di mana.
**************

Petang itu Balqis sudah bersiap sedia di dapur dan memandang ke semua bahan-bahan yang sudah tersedia di atas meja dapur.Dia terlihat ayam,ikan,daging,sayur-sayuran dan pelbagai lagi.”Takpe..aku potong dulu ayam lah!Ayam nampak macam senang sikit.”ujar Balqis bersemangat.Setengah jam berlalu,semua ayam yang dipotong Balqis sudah hancur dicincangnya manakala sayur-sayuran bersepah-sepah di atas lantai.Haiqal yang kebetulan lalu di dapur,menjengah Balqis dan dia amat terkejut melihat keadaan dapur yang tidak teratur dan tunggang-langgang.Balqis yang terkejut bercampur gembira ternampak kelibat Haiqal segera memanggilnya,”Haiqal!”tegur Balqis.”Alamak…aku rasa macam aku pernah nampak je keadaan macam ni..”ujar Haiqal perlahan sambil ingin berlalu segera.”Haiqal!Tolong aku..janganlah pergi..”lemah suara Balqis.Haiqal yang tiada pilihan segera menoleh,”Hmmph…menyesal lak aku datang latihan kelab minggu lepas..semua pasal hari tulah.”rungut Haiqal tetapi tangannya ligat mencapai apron di dapur dan segera menyarungkan ke badannya yang tegap.”Ingat ok,kau jangan bagi tahu sape-sape aku tolong kau masak.”Haiqal mengingatkan Balqis.”Ok..ok aku paham!”jawap Balqis teruja kerana masalahnya sudah selesai disebabkan Haiqal sememangnya pandai memasak.
**************

“Laparnya perut…”ujar ahli-ahli kelab Tenis yang sudah pun bersiap sedia di meja masing-masing untuk menikmati makan malam yang di masak oleh Balqis.”Ha,yang ni menu terakhir!Ikan masak tiga rasa!”ujar Balqis sambil meletakkan hidangan itu di atas meja.Setelah selesai menghidang,kemudiannya mereka semua mula menyuapkan makanan ke mulut.”Wow,sedapnya Balqis masak..”puji presiden kelab diikuti ahli-ahli lain.”Ha ah la sedapnya…tak sangka kau pandai memasak.”puji merekal lagi.Balqis hanya tersipu-sipu malu apabila dipuji sebegitu,Kalaulah diorang tau…kata Balqis di dalam hati sambil tersenyum.”Ala Haiqal..janganlah buat muka kitorang puji Balqis,kau pun pujilah sekali!”usik ahli kelab yang duduk semeja dengan Haiqal iaitu meja bersebelahan meja Balqis.”Ha..aku tau..mesti dekat rumah kau dah biasa makan masakan Balqis..jadi kau takdelah puji lagi kan..”usik mereka lagi.Haiqal hanya berpura-pura tersenyum sahaja sambil memandang geram Balqis.”Aku tak sabar nak tunggu menu apa pulak untuk esok.”kata presiden kelab.Balqis terdiam sejenak dan kemudiannya bersuara.”Erm..apa kata kalau korang semua tulis dalam kertas menu apa yang korang nak aku masak esok,nanti aku buatkan.”tawar Balqis sehingga terlupa yang bukan dia tukang masaknya.Haiqal yang sedang minum air hampir tersedak mendengar kata-kata Balqis.


“Balqis Sofea!Practice time!”kata Haiqal tiba-tiba sambil berdiri dari kerusi seraya memandang tepat Balqis.”Erk..tap..tapi aku belum habiskan lagi nasi aku..”rayu Balqis.Haiqal yang sudah geram segera menarik hujung baju Balqis untuk pergi ke gelanggang tenis untuk berlatih.”Adui!Sakitlah,janganlah tarik kuat-kuat!”rungut Balqis tetapi tidak dipedulikan Haiqal yang laju menariknya sambil diperhatikan Tiara dengan rasa geram.
***************

“Lembab!Cuba tengok bola tu betul-betul.Bukak sikit mata tu luas-luas!”garang suara Haiqal menengking Balqis apabila Balqis gagal membalas kembali bola yang dipukul Haiqal.Jam pada waktu itu sudah menunjukkan hampir jam 12 tengah malam tetapi Haiqal masih lagi gigih melatih Balqis yang sudah separuh mati kepenatan itu.”Dahlah…aku tak boleh buat..kalau macam ni la practice selama seminggu ni,memang mati lah aku..”bebel Balqis mengharapkan simpati Haiqal.

Setelah jam melewati hampir ke jam 1 pagi,barulah Haiqal menamatkan latihan mereka.Balqis yang kepenatan membawa raga untuk diisikan bola-bola tenis yang dipukulnya sehingga ke luar kawasan gelanggang iaitu di kawasan semak.Haiqal ni macam nak bunuh aku je...dia kena rasuk syaitan ke?Tak penat-penat..bebel Balqis lagi cuma tidak diluahkan.Tiba-tiba,KLIK!KLIK!Balqis yang terkejut kerana ada cahaya seakan kilat yang mengenai wajahnya segera menjerit pabila terlihat dua orang lelaki sedang terhendap-hendap di sebalik semak sedang memegang kamera.”Haiqal!Haiqal!”jerit Balqis meminta pertolongan.Haiqal yang sedang mengemas barang-barangnya segera berlari ke arah semak di tepi gelanggang itu apabila terdengar jeritan Balqis.”Kenapa dengan kau ni?Kutip bola pun nak jerit-jerit?”soal Haiqal pelik.”Tengoklah..ada orang kat situ..!”tunjuk Balqis.Haiqal yang terkejut melihat mereka sedang menangkap gambar mereka berdua segera mengamuk,”Hoi!Korang tangkap gambar orang ni kenapa?”marah Haiqal yang segera menuju ke arah mereka berdua.

”Sorry..sorry!Kau tak kenal kami ke Balqis?”soal salah seorang dari mereka berdua.Balqis yang mendengar kata-kata mereka spontan teringat wajah mereka.”Kami ni dari kelab Anime/Manga universiti.”jelas lelaki itu lagi.”Kelab Anime/Manga?Korang buat apa kat sini?”soal Balqis pelik.”Kitorang pun ada training jugak.”jelasnya lagi.”Ada training?Kenapa kelab Anime/Manga perlukan training ke?”soal Balqis pelik.”Mestilah..setiap tahun kelab kitorang akan keluarkan satu manga baru dan dengan sebulat suara kitorang telah memilih kau,Balqis sebagai watak utama untuk manga kitorang tu…mesti kau bangga kan?”kata lelaki itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Kamal yang merupakan presiden kelab manakala disebelahnya Izwan,naib presiden kelab.”Hah???Qis bukan ahli kelab korang pun!”bantah Balqis.”Eh ni..ni cuba tengok ni..kau dah tak boleh lari dah!”ujar mereka teruja sambil menunjukkan borang yang pernah diisi Balqis suatu ketika dulu.”Aku isi dalam keadaan terpaksa masa tu..”nafi Balqis lagi.

“Kitorang dah letak tajuk dah pun untuk manga terbaru ni..jadi kitorang kena perhatikan segala pergerakan tubuh dan postur badan kau..jadi tujuan training kitorang ialah perhatikan kau!”ujar Kamal gembira.KLIK!KLIK!”Hey,jangan tangkap gambar aku lagi lah!”marah Balqis sambil cuba menutup lensa kamera mereka berkali-kali malangnya tidak berhasil langsung.Haiqal yang sejak dari tadi hanya memerhati sempat berkata,”Then,I wish all the best to u miss tennis girl!”perlinya sambil tersengih dan terus berlalu.”Haiqal!Tunggu aku Haiqal…”jerit Balqis apabila melihat Haiqal yang sudah mula melangkah tetapi segera dihalang mereka.”Ala kitorang takkan ambil masa yang lama..apa kata kau cuba pakai kostum yang baru kitorang reka ni!”hulur Izwan.”Eh apa ni?Taknak!Korang try lah sendiri!”jerit Balqis mencampakkan pakaian skirt pendek dan baju ala-ala sailormoon itu ke arah mereka kembali.”Tolong Haiqal!Tunggu!”

Saturday, July 4, 2009


“Laparnya perut aku..dah bunyi rock underground dah ni..”rungut Balqis kepada Zati dan Ika sambil berjalan menuju ke kafeteria.Tiba-tiba Balqis perasan yang banyak mata memandang ke arah mereka bertiga sambil membuat muka seakan-akan meluat.”Eh,dia tu kan Balqis,budak fakulti pendidikan kanak-kanak tu?”bisik sesama mereka sambil berselisih dengannya.Zati yang terpandang gelagat mereka itu segera bertanya Balqis,”Eh Qis apa pulak benda yang kau buat kecoh kali ni?”soal Zati.”Erk..mana aku tau..aku takde buat pape pun.”seingat Balqis dia memang tidak terlibat dengan sebarang gosip di universiti.”Balqis tu la yang dah clash tu..baguslah dia dah clash dengan Haiqal.”kata mereka perlahan walaupun boleh didengari Balqis jelas.Tiba-tiba..”Eh Qis,Qis..cuba kau tengok tu..”jerit Ika sambil menunjuk ke arah papan tanda menu di kaunter kafeteria itu.’Menu Istimewa Hari Ini:Haiqal Ariff & Balqis Sofea Berpisah.Cinta Baru, Joe’.Kerja Joe!!!!

Balqis yang malu bercampur geram segera menjerit memanggil Joe di dapur,”Joe!Joe!”.Wajah Joe yang sedang tersenyum lebar terpacul dari dapur dan segera melayan pelanggan yang sedang beratur,”Ye,ye..pilih-pilih,menu special hari ni pun ada, Haiqal Ariff & Balqis Sofea Berpisah.Cinta Baru, Joe..”tunjuk Joe pada mereka kepada papan tanda itu.”Joe!Apa kau buat ni???Kau buat lawak apa ni??”marah sungguh Balqis.”Kalau Haiqal nampak macam mane?Mesti dia marah!”marah Balqis lagi,geram dengan perangai Joe.”Dia dah nampak pun tadi,dia siap puji lagi..’Joe,cantik tulisan kau.’..”ujar Joe lurus bendul.”Ha kak..hari ni ada menu special, Haiqal Ariff & Balqis Sofea Berpisah.Cinta Baru, Joe..nak cuba?”soal Joe kepada pelanggan yang baru sampai tanpa menghiraukan Balqis.
***************

“Mama…Haziq laparlah…”adu Haziq kepada Puan Amiza yang sejak dari tadi termenung di ruang tamu.”Haziq suruhlah abang beli atau pesan apa-apa,mama takde mood lah..”jawap Puan Amiza malas.Dia sebenarnya tiada mood untuk membuat apa-apa kerana asyik terfikirkan Balqis,Haih..baru sehari dia takde,aku dah rase lemah macam ni..Qis,auntie rindu Qis..ucap Puan Amiza sayu di dalam hati.”Mama takde mood nak masak hari ni,Haziq ajak abang pergi beli makan ye.”pujuk Puan Amiza.Haziq dengan malasnya melangkah ke tingkat atas dan memasuki bilik Haiqal sambil berbaring di katilnya,”Haziq dah mandi belum ni?”soal Haiqal melihat Haziq yang melompat ke atas katilnya.”Belum..”jawap Haziq sambil berguling-guling di atas katil.”Belum mandi lagi?Kalau belum mandi jangan nak baring-baring atas katil abang..peluh semua melekat nanti!”marah Haiqal yang mementingkan kebersihan.”Ha ye tak ye jugak..kan Haziq dah dapat bilik Haziq balik,kenapa baring kat sini pulak?”soal Haiqal pelik.”Ntah,Haziq pun terlupa..dah terbiasa kot..”jawap Haziq ringkas tetapi cukup terkesan di hati Haiqal.


“Abang,kenapa dengan mama?”soal Haziq sambil menukar posisinya dari baring kepada bersila di atas katil.”Kenapa dengan mama?”soal Haiqal kembali.”Takdelah..pinggan mangkuk semua mama biarkan je bertimbun dalam sinki,tak macam selalu.Mama lembik je hari ni,macam sayur sawi...”bebel Haziq mengingatkan perangai pelik mamanya.Haiqal hanya terdiam sahaja mendengar bebelan Haziq kerana dia tahu punca sebenar mamanya berkelakuan begitu.”Abang tak rasa ke..rumah kita ni tiba-tiba je rasa sunyi sangat?Ini semua salah si bengong Balqis tu!”marah Haziq.Haikal tiba-tiba teringat sesuatu,”Mana abang letak hadiah mesin urut bahu yang dia bagi dulu tu ek?”soal Haiqal sambil mencari-cari kotak mesin itu di rak bukunya yang penuh dengan berbagai-bagai barang itu.Setelah puas mencari,akhirnya dia terjumpa hadiah itu terselit di celah-celah buku,perlahan-lahan dia mengambilnya.”Hah,jumpa pun!”jerit Haiqal gembira.Dia kemudiannya mencuba alat itu dengan meletakkan mesin urut sebesar lengan itu di bahu Haziq,tergoyang-goyang bahu Haziq akibat getaran yang dihasilkan mesin urut itu.Mereka berdua terkekeh-kekeh ketawa tanpa menyedari jauh di sudut hati kecil mereka,mereka turut merasakan ketiadaan Balqis di dalam rumah banglo itu.
***************

Balqis ke latihan kelab tenis petang itu,tetapi dia tetap tidak dibenarkan bermain lagi,tugasnya hari ini ialah mengutip bola-bola tenis yang bertaburan di sekeliling gelanggang tenis yang mempunyai 2 gelanggang itu,tiba-tiba dia termenung panjang memikirkan sesuatu.“Balqis Sofea!”jerit Zek dari jauh apabila melihat Balqis berhenti mengutip bola.”Ada aku aku suruh kau rehat ke?Cuba jangan jadi malas?Kau nak lawan arahan Senior ke?”marah Zek lagi.Balqis yang terkejut segera meneruskan kembali mengutip bola-bola itu sambil bercakap pada dirinya sendiri.”Oh,rindunya aku dekat uncle,auntie dengan Haziq..aku tak nampak pun Haiqal dekat sini,kat mane lah aku boleh nampak dia?”soal Balqis seorang diri sambil mengutip bola dihadapannya.”Aku tak faham kenapa kau nak masuk kelab ni,kalau akulah,aku takkan nak menyusahkan diri kutip semua bola-bola ni.Lagipun Haiqal sejak masuk kelab ni,jarang gila dia datang latihan.”bebel Tiara di sebelah Balqis sewaktu mengambil bola di dalam raga.”Erm,sorrylah..aku tak patut ingatkan kau perkara ni..anyway aku nak sambung main balik.Good luck kutip bola-bola ni.Aku cuba untuk tak baling ke arah kau.”ujar Tiara tersenyum sinis sebelum berlalu.

“Apa yang dia berlagak sangat?Dia tak pernah dengar ke yang nasib seseorang boleh berubah?”rungut Balqis selepas Tiara pergi.”Lagipun bagus jugak Haiqal tak datang,kalau tak mesti masing-masing rasa pelik,dah la hari tu Joe pergi letakkan menu merepek tu..walaupun Haiqal tak cakap pape tapi mungkin dia bengang gila dengan aku sekarang ni-“ngomel Balqis seorang diri dan tiba-tiba satu suara menyapanya dari belakang,”Kau ni masih kutip bola lagi?”sinis suara itu,segera Balqis menoleh.”Haiqal!Kenapa kau datang sini?”soal Balqis terlalu gembira.

”Mestilah sebab nak main tenis.”jawap Haiqal tersenyum nipis.”Tapi kau kan tak payah datang..”kata Balqis perlahan.”Habis aku tak boleh datang la?”soal Haiqal pula.”Buk..bukan macam tu..cuma..”belum habis Balqis berkata-kata,”Haiqal!Aku tak tahu yang kau nak datang,dah lama sangat kau tak datang.”sampuk Tiara yang tiba-tiba muncul di antara mereka berdua.Zek yang juga turut menghampiri mereka segera menyoal,”Jom kita main satu game.”ajak Zek.”Aku tak kisah kalau nak main tapi aku takut kau kecewa lagi macam hari tu.”perli Haiqal.”Kali ni tak mungkin..kau nak bet?Kalau kau kalah kau kena join kem latihan kelab kita seminggu masa cuti mid-term next week.Ok?”cabar Zek.Setelah berfikir sejenak,”Ok..deal.”jawap Haiqal,yakin dia akan menang.

“Apa yang Zek merepek tu?Mestilah Haiqal akan menang.”ujar Balqis tersenyum yakin. “Macam mana pulak kalau aku menang?”soal Haiqal kepada Zek.”Kalau kau menang,aku belanja kau makan sebulan.”janji Zek.”Ok,no problem.”balas Haiqal.Sedang mereka rancak berbual,sebiji bola yang sedang laju hampir mengenai muka Zek.”Hoi,korang nak bunuh Senior ke?Lompat katak sekarang!”marah Zek yang mudah naik angin apabila berada di dalam gelanggang.Haiqal hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya melihat perangai Zek yang kebudak-budakan baginya itu.”Oh,aku lupa nak bagitau kau yang game ni kita main double.”ujar Zek tiba-tiba.”Double?”soal Haiqal terkejut.”Aku akan berpasangan dengan Tiara…kau dengan….ha Balqis,kau dengan Balqis!”ujar Zek selamba.”Bal…eh kau jangan buat lawak!”marah Haiqal.”Mana ada aku buat lawak,fair what?Dua dua budak junior kan?”soal Zek kembali.”Tak fair langsung!Aku tak setuju!”geleng Haiqal berulang kali.”Kau dah setuju tadi kan?Aku tak paksa kau..”bantah Zek mengingatkan janji yang sudah dibuat.”So,macam mana Haiqal?Jadi ke tak?Ala bukannya benda buruk pun kau kena pergi kem tu,lagipun aku memang nak kau pergi..”sambung Zek lagi.Tiara dan Balqis hanya mendiamkan diri melihat mereka berdua bertekak.
****************

Kini,Haiqal dan Balqis sudah siap berdiri di gelanggang menghadapi lawan mereka,Zek dan Tiara.”Haiqal,aku akan berusaha sungguh-sungguh!”kata Balqis tetapi tidak dihiraukan Haiqal.Sementara itu disebelah sana,”Tiara,jangan risau.Aku akan lindungi kau.”ujar Zek sambil tersenyum simpul,meluat Tiara melihatnya.Haiqal yang tidak yakin berpasangan dengan Balqis yang langsung tidak tahu bermain itu segera menghampirinya,”Kau duduk je kat sini,jangan bergerak.Dan paling penting sekali jangan block aku.”arah Haiqal manakala Balqis yang sememangnya tidak tahu apa-apa mengangguk laju.Sebaik sahaja permainan dimulakan,sewaktu melihat bola yang dipukul Zek menuju kearahnya,Balqis segera bertindak untuk memukul malangnya bola itu terlepas.”15:0.”jerit presiden selaku pengadil.Sementara itu semua ahli yang menjadi penonton menyokong mereka sambil menjerit-jerit nama Haiqal.Sekali lagi bola yang dipukul oleh Tiara menghala ke arah Balqis dan segera dipukul Balqis sekuat hati.Yes,akhirnya dapat jugak aku pukul bola tu.Mesti Haiqal bangga dengan aku..ujar Balqis didalam hati sambil tersengih-sengih.”Sengal!Yang kau pergi pukul bola tu kenapa?Dah out la!”marah Haiqal.”30:0”jerit pengadil.”Kan aku dah kata tadi,jangan bergerak,tak payah pukul bola tu..”marah Haiqal lagi.

“Sorry,aku lupa bila aku nampak bola tu datang dekat aku..so sekarang ni aku kena buat apa?”soal Balqis kelam-kabut.”Nanti bila bola datang dekat kau,kau lari arah sini.”tunjuk Haiqal.Balqis menggangguk tanda faham.Namun bola yang sepatutnya menghala ke arah Balqis iaitu di sebelah kanan tiba-tiba menghala ke kiri,Balqis yang tidak tahu apa-apa terus berlari ke kiri dan ini menyebabkan Haiqal tidak dapat memukul bola kerana dihalang oleh Balqis.Adui…salah lagi!marah Balqis pada dirinya sendiri.”40:0”jeritan pengadil itu menandakan mereka telah kalah.Balqis hanya terdiam di sudut gelanggang kerana takut dimarahi Haiqal.”Wow,seronoknya permainan kita hari ni..nampaknya time kem latihan tu nanti bolehlah kita lawan lagi macam sekarang ni..partner yang sama..”ujar Zek sambil menepuk-nepuk bahu Haiqal.”Aku tak nak!”bantah Haiqal laju.”Janganlah macam ni Haiqal,aku bagi kau peluang untuk tebus kekalahan kau.Takpelah kalau kau tak dapat terima kekalahan.”perli Zek ingin berlalu.”Siapa kata aku takut terima kekalahan?”soal Haiqal yang berasa tercabar.”Kalau kau tak takut,kenapa kau taknak lawan?”soal Zek pula.”Ok,macam nilah..sebelum latihan seminggu tu tamat,kita akan lawan double lagi sekali.Kalau Balqis dapat balas pukulan aku sekali pun cukuplah,aku akan setuju dengan satu permintaan kau..apa saja.Kalau kau nak suruh aku berbogel pun takpe.”tawar Zek yakin yang Balqis tidak akan dapat membalas pukulan membunuhnya.

“Tapi kalau korang kalah,kau kena pakai baju perempuan dan jalan keliling court ni.Boleh?”soal Zek sekali lagi.”Ala bukan susah pun,satu pukulan je dari Balqis..”umpan Zek.”Okay..”akhirnya Haiqal bersetuju.Balqis yang risau segera menghampiri Haiqal,”Haiqal..Kau serius ke ni?Kau kena pakai baju perempuan kalau kita kalah.”ujar Balqis mengingatkan.”Takkanlah kau tak boleh balas langsung walau satu pukulan pun?”soal Haiqal kembali.”Mana dia orang yang pernah bersumpah yang dia akan masuk TOP100 dan jadi yang pertama dari kelas F masuk senarai tu?”ujar Haiqal menaikkan semangat Balqis.”Tapi..tapi Zek dengan Tiara tu hebat..”balas Balqis perlahan.”Pasal jalan keliling court pakai baju perempuan tu masalah aku,kau hanya perlu mahirkan diri main tenis.Cara aku mengajar lagi tough dari Zek,kau mesti bersedia.Ingat kita KENA menang!”ujar Haiqal.”Oklah,aku balik dulu.Tak pernah aku berpeluh gila-gila macam ni.”ujar Haiqal lagi dan terus berlalu.Adoi kenapalah aku pergi latihan hari ni sedangkan dah berminggu-minggu aku tak pergi?Pasal aku rindu nak jumpa Balqis ke?Hmpph tak mungkin!

Thursday, July 2, 2009


“Nape aku tak nampak batang hidung Haiqal pun?Dia tak datang ke?”ngomel Balqis seorang diri sambil menyambung melompat secara mencangkung sekeliling gelanggang diikuti semua ahli baru dibelakangnya.Tiba-tiba,BUK!!!!!!”Adoi,siapa pulak la baling bola kat kepala aku ni!”marah Balqis sambil memegang kepalanya.Tiara berlari-lari anak menuju ke arah Balqis.”Eh sorry sorry,kena kepala kau ke..takpelah aku ambik sendiri.”ujar Tiara berpura-pura prihatin padahal dia sengaja memukul bola ke arah Balqis.”Eh,kenapa kau boleh main aku tak boleh?”soal Balqis tidak puas hati.”Kau tak tau ke?Kelab Tenis ni fokus pada skil,kalau kau ada skil,masuk perlawanan pun boleh tau!”ujar Tiara bangga.”Macam Haiqal lagi la,dia paling istimewa sebab mula-mula lagi dia dah bagitau presiden kelab yang dia hanya akan datang berlatih bila dia free je.”ujar Tiara lagi

“Macam mana aku boleh tak tau ni?”ujar Balqis menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.”Kau tak tahu?Bukan ke kau tinggal serumah dengan dia?”perli Tiara.”Hoi!”marah Zek sambil menepuk kuat bahu Balqis,dia yang tiba-tiba menjerit datang ke arah mereka berdua.”Adui!Sakit ar,asal kau pukul aku?”marah Balqis.”Aku suruh kau datang sebab nak berehat-rehat ke?”marah Zek pula.”Tak!”jawap Balqis yang lurus itu.”Dah tu apa lagi,lompatlah!”kata Zek sambil berlalu.”Adoiyai…Haiqal hanya datang bila free je?Dah tu buat apa aku join kelab yang memenatkan ni?”keluh Balqis.
***************

Malam itu seperti yang Joe katakan,Balqis pergi ke restoran ayahnya.”Selamat datang!”ucap Wati apabila mendengar bunyi pintu ditolak.”Eh,Balqis!Boss anak boss dah sampai!”ujar Wati sambil tersenyum.Sebaik sahaja terdengar Balqis datang,Joe segera meninggalkan kerjanya di dapur yang sedang memotong sayur dan berlari ke hadapan,”Balqis!Hidung Qis dah ok ke?Meh Joe tengok!”kelam-kabut gaya Joe.Pakcik Bakri yang baru keluar dari tandas segera menghampiri mereka,”Eh Joe,mana boleh main tinggal je kerja dekat dapur tu.”tegur Pakcik Bakri.”Sor..sorry,ayah.”jawap Joe.”Berapa kali dah aku cakap jangan panggil aku ayah,budak ni kan…”ujar Pakcik Bakri sambil memiat telinga Joe,”Aku suruh kau buat sayur kangkung masak belacan,dah siap?Pergi buat sekarang!”ujarnya sedikit garang.”Belum boss.Oklah saya pergi buat sekarang,bye Balqis..jaga diri ok.”ujar Joe tetapi masih tidak berganjak.”Hah,dah tu nape tercegat dekat sini lagi?”soal Pakcik Bakri pelik.”Ok ok..”jawap Joe tersengih-sengih.”Jom Joe,aku teman kau kat dapur.”ujar Wati pula sambil menarik Joe ke belakang.Pakcik Bakri hanya menggeleng-geleng kepalanya memerhatikan telatah Joe dan kemudian memandang wajah anak gadisnya.

“Sofea dah makan?”tanya Pakcik Bakri lembut.Balqis hanya menggeleng dan tersenyum sahaja,”Wati,tolong buatkan nasi goreng ayam dengan telur dadar!”jerit Pakcik Bakri.”Ok Boss!”balas Joe,sebelum sempat Wati membalas.”Kenapa ayah nak jumpa Fea malam ni dekat sini?”soal Balqis pelik.”Sebenarnya..macam ni..ayah dah lama fikir pasal benda ni sebenarnya..”ujar Pakcik Bakri memulakan bicara yang nampak serius di mata Balqis.”Kita kan dah lama duduk dekat rumah Uncle Hashim..dah lebih setahun dah..dan diorang memang layan kita berdua dengan sangat baik terutama Puan Amiza yang sayang sangat dekat Sofea..”ujarnya lagi.Balqis seperti sudah dapat merasakan sesuatu dari air muka ayahnya,”Tapi..tak bolehlah kalau orang baik..kita nak menyusahkan diorang selama-lamanya pulak kan..ayah tau Sofea suka sangat dengan keluarga diorang..sukakan Haiqal tapi..dia..dia..takde perasaan yang sama macam Sofea..jadi..kita tak boleh susahkan orang lagi.”saat itu juga air mata Balqis mengalir laju seolah-olah tidak mahu berhenti,puas disekanya tetap mengalir juga.Dia tahu yang saatnya untuk berpisah dengan Haiqal tiba jua akhirnya.”Kebetulan kawan ayah nak sewakan rumah dia dekat flet Seri Mutiara tu..murah je Sofea,esok kita pergi tengok..”lega hati Pakcik Bakri dapat menyampaikan hal yang dirasakannya sangat susah.
**************

“Erm…cuba Sofea tengok..kawasan ni ok,dekat dengan pasar..senang ayah nak beli barang dapur.Nak pergi restoran pun 5 minit je dari sini.”terang Pakcik Bakri sambil melihat pemandangan dari tingkat 7 rumah flet itu.”Nanti kita beli perabot letak dalam rumah ni ye.”pujuk Pakcik Bakri apabila melihat riak sedih di wajah Balqis.”Ayah cuma taknak Sofea rasa tersisih dalam rumah itu.”jelas Pakcik Bakri lagi kepada Balqis yang memandang sepi rumah flet itu.
**************

“Bak,dengar sini..kalau sebab abang Bak nak pindah..jangan bimbang,nanti Miza nasihatkan dia..”ujar Puan Amiza yang sudah bengkak-bengkak matanya menangis apabila mengetahui rancangan Pakcik Bakri.”Bukan macam tu Miza..aku tau kau betul-betul sayangkan Sofea tapi..cinta tak boleh dipaksa..mereka berdua takkan bersama.”ujar Pakcik Bakri.”Apa pulak?Miza yang mengandungkan dia Bak..Miza tahu isi hati dia..”jawap Puan Amiza lagi.Sedang Pakcik Bakri,Encik Hashim dan Puan Amiza berbincang di meja makan,tiba-tiba kedengaran bunyi pintu dibuka dan terpacul wajah Haiqal dan Tiara.Tiara kemudiannya bersalaman dengan Puan Amiza.”Apa khabar makcik?”ujar Tiara penuh lemah-lembut.Puan Amiza yang masih terkejut kerana Haiqal membawa seorang gadis hanya mendiamkan diri.”Saya mintak tolong Haiqal ajar saya…”ujar Tiara meleraikan kekusutan.Haiqal dan Tiara kemudiannya naik ke ruang rehat tingkat atas dan mula belajar bersama.
**************


Setelah puas memikir,akhirnya Balqis menggagahkan diri menuju ke arah Haiqal dan Tiara yang sedang tekun belajar,”Sorry..aku ganggu..”ujar Balqis tiba-tiba dari belakang mereka.”Eh,takpe Balqis.”balas Tiara.Haiqal yang masih tidak mempedulikan Balqis masih tekun menulis sesuatu di white board di situ.”Kau nak apa?”soal Haiqal tanpa memandang langsung Balqis.”Aku..aku nak ucapkan selamat tinggal..”sebak suara Balqis,Haiqal yang sedang rancak menulis terhenti.”Ayah aku dah sewa rumah flet,jadi kitorang akan pindah dalam masa terdekat ni..”tersekat-sekat suara Balqis.Haiqal kemudian menyambung menulis di white board,”Kau paham tak Tiara?”soal Haiqal kepada Tiara seolah-olah Balqis tidak wujud disitu.”Baguslah,akhirnya aku dapat balik kehidupan normal aku.”jawap Haiqal walau bukan ayat itu sebenarnya yang ingin keluar dari mulutnya.”Ok…aku faham..aku pergi kemas barang dulu,bye..”ujar Balqis dan kemudian berlari masuk ke biliknya kerana sudah tidak dapat menahan air matanya melihat reaksi Haiqal yang selamba.Haiqal kemudiannya termenung memandang white board di depannya dan berhenti menulis,dia tahu Balqis menangis kerananya.”Ok,kita sambung..”ujar Haiqal menyembunyikan apa yang dirasanya.Tiara pelik melihat Haiqal seperti sudah kehilangan mood, tidak seceria seperti sebelum kedatangan Balqis.

Haziq yang baru keluar dari tandas di sebelah bilik Balqis berselisih dengan Balqis di depan tandas pelik melihat mata Balqis yang merah dan segera menghampiri Haiqal,”Abang?Kenapa si Balqis tu mata dia merah?”tanya Haziq namun Haiqal terus mendiamkan diri.
*************

“Shim,Miza..aku nak mintak maaf kalau sepanjang kami berdua tumpang kat rumah ni ada buat salah silap..halalkan semua ye.”ujar Pakcik Bakri selepas semua barangnya sudah dipunggah ke dalam lori.Puan Amiza yang tidak berhenti-henti menangis itu memeluk kuat bahu Balqis seperti tidak ingin melepaskannya.”Qis pun..selama duduk sini,Qis gembira sangat..seolah-olah macam Qis ada 4 ahli keluarga baru,Qis ada uncle yang selalu buat Qis ketawa,auntie yang selalu masak yang sedap-sedap untuk Qis,Haziq yang selalu gaduh dengan Qis dan Haiqal..Haiqal yang selalu tolong Qis buat homework walaupun dia tahu Qis ni susah nak diajar…”dihujung katanya Balqis juga tidak dapat menahan air matanya mengalir deras.”Semua benda ni..Qis takkan lupa selama-lamanya..”Balqis kemudiannya memeluk erat Puan Amiza.”Qis,lepas Qis takde nanti..tak tahulah apa jadi dekat auntie..jangan pergi ye sayang?”pujuk Puan Amiza sambil mengelap air mata Balqis.”Auntie..Qis akan selalu ingat dan rindukan auntie..”kata Balqis yang mengesat air mata Puan Amiza pula.”Mama jangan macam ni,buat diorang berdua rasa bersalah pulak nak pergi..”pujuk Encik Hashim sambil mengurut bahu Puan Amiza.”Shim,kami pergi dulu ye..”Pakcik Bakri dan Encik Hashim berdakapan erat.”Sofea..jom kita pergi nak.”ajak Pakcik Bakri.

Haziq dan Haiqal sejak dari tadi hanya diam memandang kemudiannya menyalam dan memeluk Pakcik Bakri,dan Haiqal kemudiannya tiba-tiba berlalu ke kolam renang tanpa menghantar Balqis dan Pakcik Bakri ke pintu pagar.”Bak,jangan lupa datang sini selalu tau.”kata Encik Hashim dan Puan Amiza semasa menghantar mereka dua beranak ke pintu pagar,Pakcik Bakri kemudiannya menaiki lori dan duduk di tempat pemandu.”Ayah,kejap!”ujar Balqis akhirnya dan terus berlari masuk ke dalam rumah semula menuju ke kolam renang.Balqis terlihat Haiqal sedang duduk termenung di pondok sambil melontar pandangannya jauh,perlahan-lahan dia menghampiri.”Haiqal…selama ni aku banyak susahkan kau..selamat tinggal..”ujar Balqis namun Haiqal masih kaku tanpa reaksi dan akhirnya Balqis terus berlalu sambil mengesat air matanya.Haiqal yang masih termenung tanpa menoleh hanya diam membatu.Sepanjang perjalanan ke rumah barunya,Balqis menangis tidak henti-henti hingga bengkak matanya.
***************

Akhirnya aku pindah dari rumah Haiqal..tiba-tiba aku rasakan rentak hidup aku berubah jadi perlahan..mulai hari ni kau kena cuba hidup tanpa Haiqal..Balqis Sofea bin Bakri!Chaiyo!Opss aku kena kejutkan ayah,dah pagi ni.”Balqis kemudiannya memanggil ayahnya yang tidur di celah-celah barang yang bertimbun.”Ayah,ayah bangun!Sofea dah buatkan sarapan!”tiba-tiba barang-barang yang bertimbun seperti bukit itu jatuh berdebap-debup ke bawah di sebelah Pakcik Bakri yang masih lena tidur.”Tolong!Tolong!Gempa bumi!Sofea lari Sofea!”Balqis hanya tergelak-gelak melihat reaksi ayahnya yang seperti orang mengigau itu.
***************

Semasa Balqis,Zati dan Ika berjalan menuju ke kelas,Balqis menceritakan perpindahannya kepada mereka.”Apa?Kau dah pindah dari rumah Haiqal?Korang dah berpisah?”soal Zati kuat.”Syhhhhhh..kuatnya suara kau!”marah Balqis sambil melihat orang sekeliling memandang pelik ke arah mereka bertiga.”Takdelah..aku ingat korang akan tinggal bersama selama-lamanya.”kata Zati pula.”Betul tu..korang berdua akan terputus hubungan lepas ni,dan jangan lupa disebelah Haiqal sekarang ni ada ‘tuan puteri’ tau.”ujar Ika pula mengingatkan.”Takpelah..aku dah taknak ingat dah.Aku takkan pergi mana-mana tempat yang dia pergi..jadi lebih mudah aku lupakan dia.”ujar Balqis sedikit yakin.”Qis!Qis!”jerit Joe yang termengah-mengah berlari menghampiri mereka.”Inilah hari yang aku tunggu-tunggu,akhirnya kau dah berjaya lepaskan diri dari si genius tak guna tu!Apa kata kita kahwin..hidup macam suami isteri lain..dan lepas tu kita bukak restoran kita..aku masak dan kau layan pelanggan…lepas tu aku akan…”ujar Joe panjang lebar yang masih dengan impiannya yang tidak logik itu.

Balqis hanya termenung seakan-akan turut membayangkan apa yang dikatakan Joe sebentar tadi.”Qis!Oit Balqis!Qis!!!”tegur Zati dan Ika berulang kali melihat Balqis terdiam seperti dipukau.”Kau biar betul Qis?Takkan kau take serious apa yang Joe cakap?”soal Zati pelik.”Eh tak mungkin..cuma aku tiba-tiba terfikir mungkin aku patut cari boyfriend yang betul-betul cintakan aku..”ucap Balqis mendalam.”Eh,bukan Qis dah ada Joe sebagai boyfriend ke?”soal Joe perasan.”Kau?Kalau kau teruklah..”perli Zati.”Apa pulak teruk?”ujar Joe.”Takpe Qis,Joe akan tolong Qis lupakan dia.Qis jangan risau ok!”ujar Joe gembira tiba-tiba dan terus berlalu sambil bernyanyi-nyanyi riang.”Joe tu kenapa?Macam tak betul je..”ujar Ika pelik sambil Zati dan Balqis menjungkitkan bahu.





nota:saja Putri letak lagu ni bagi feeling sikit entri kali ni..enjoy~

;;




HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.