Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Tuesday, June 30, 2009

Ceritera Cinta Kita 26


Balqis yang masih bengang atau lebih tepat lagi malu, turun dari tingkat atas menuju ke meja makan yang mana kesemuanya sudah menantinya untuk makan malam.”Eh Qis,comelnya Qis pakai baju pemain tenis ni,sesuai dengan Qis!Qis main tenis ke?”puji Puan Amiza.”Terima kasih auntie.Ha ah auntie,first time nak main ni.”jawap Balqis sambil tersengih-sengih mengambil tempat duduk dan sempat lagi dia membalas ejekan Haziq yang duduk di depannya.”Yeker?Dulu auntie pun pernah main tenis masa muda-muda dulu.”balas Puan Amiza pula sambil menyuapkan nasi ke mulut.”Ha ah aku ingat lagi kau terer main tenis,sebab Shim yang sememangnya terer tu ajar kau.”sampuk Pakcik Bakri pula sambil menjeling Encik Hashim disebelahnya.”Haiqal pun aku yang ajar jugak.”kata Encik Hashim tersenyum bangga.”Betul tu..tapi kalau sebab kau nak pakai pakaian cantik untuk main tenis,lupakan jela..apa yang penting semangat.”perli Haiqal.”Apa pulak?Bila kita pakai pakaian yang cantik,barulah semangat akan datang untuk menang!”nafi Balqis.

“Kau dah sedia nak menghadapi lawan ke?”soal Haiqal sinis.”Untuk bersedia mestilah dengan berlatih bersungguh-sungguh.Kalau dah practice banyak kali,mesti lama-lama aku boleh.”jawap Balqis laju,dia tahu Haiqal memperlekehkannya.”Takpe Sofea,ayah support anak ayah!”ujar Pakcik Bakri memberi semangat.”Bak,apa kata bila-bila kita main tenis nak?”ajak Encik Hashim,rindu pada sukan yang suatu ketika dulu amat disukainya.”Ha,boleh-boleh..no problem.Tapi kan kau dah lama tak main,tengoklah badan kau sekarang ni.”usik Pakcik Bakri.”Aku lainlah,aku selalu berlatih guna sudip sambil memasak.Betul..aku tak tipu.”usiknya lagi.”Alah banyaklah kau..kau tu sudip kau ingat raket,raket pulak kau ingat sudip!Tak mungkin kau boleh kalahkan aku..”balas Encik Hashim yang sememangnya selalu bertikam lidah dengan Pakcik Bakri sejak mereka muda lagi tetapi itulah pengikat persahabatan mereka sebenarnya.

“Toksah la berlagak Shim,badan kau tu dah macam bola sekarang ni..tak bolehnya kau kalahkan aku..”kata Pakcik Bakri pula.”Walaupun badan aku macam bola tapi aku boleh kalahkan kau macam ni je..”ujar Encik Hashim sambil memetik jarinya.Manakala Puan Amiza,Balqis,Haiqal dan Haziq hanya mampu ketawa melihat mereka berdua bertekak,”Hah,cuba tengok tu Shim..Haiqal dengan Haziq pun tak percaya tau!”kata Pakcik Bakri dan akhirnya mereka semua ketawa berdekah-dekah.
****************

“Balqis,kenapa kau nak masuk kelab tenis?Kelab tu susah la.”tanya Zati semasa mereka bertiga semasa mereka sedang menjamu selera di cafeteria.”Kenapalah kau tak join je kelab menyanyi aku atau kelab teater Ika?Lagi best!”tanyanya lagi.”Ntah-ntah sebab Haiqal??”teka Ika tiba-tiba. Belum sempat Balqis menjawap,Zek yang tiba-tiba lalu di sebelah mejanya berhenti di hadapan meja mereka.”Eh,hai Senior!”tegur Balqis sedikit terkejut.”Tengah makan dengan member ye?”soalnya sambil memandang Zati dan Ika.”Ha ah,Senior buat apa kat sini?”soal Balqis.”Aku nak bungkus je.Oklah jangan lupa datang latihan kelab petang ni dekat tenis court ok.Aku dah plan latihan yang special dan berguna untuk kau.”jelas Zek.”Yeker Senior?Terima kasih senior!”ucap Balqis terharu. Zek menoleh kepada Balqis,”Sama-sama,kita kan kawan.Lepas ni panggil aku Zek je.”kata Zek.”Walaupun Presiden kita tu nampak garang tapi hati dia baik sebenarnya.Ok lah aku pergi dulu.Bye Balqis,Bye Gadis-Gadis Cantik!”ujar Zek sambil mengenyitkan mata kepada mereka sambil berlalu.”Eee…gatal nak mampus!menyampah aku!”kata Zati sambil menjuih-juihkan bibirnya tanda meluat.”Ntah dah la muka tak handsome!”marah Ika pula.”Eh,korang janganlah cakap camtu,dia baik sebenarnya..baik pada aku..”ujar Balqis sambil tersenyum-senyum.
***************

“Hai Senior eh hai Zek!”tegur Balqis semasa di bilik persalinan sewaktu ternampak kelibat Zek sedang mengikat tali kasut di sudut bilik itu.”Hai Balqis!Wow kau nampak cute la pakai baju ni.”puji Zek.”Yeker?Terima kasih Zek.”jawap Balqis sambil tersenyum bangga.”Oklah,jumpa dekat court kejap lagi.Aku pergi dulu,gambatte!”ujar Zek dan terus berlalu.
***************

Semasa di gelanggang tenis..
“Hei semua cepat-cepat berkumpul kat sini!”jerit Presiden Kelab Tenis.Semua ahli baru kelab itu menghampiri presiden yang berwajah bengis seperti harimau lapar itu.”Baiklah,memandangkan ini kelas pertama kita,aku nak tau kebolehan korang semua dulu.Untuk tu aku nak Zek selaku senior menguji kehebatan korang semua.”ujarnya menjemput Zek.Semua ahli memandangnya gugup.”Hai semua.Aku Zek,janganlah cuak sangat.Aku dengar ada antara korang ni hebat-hebat belaka,jadi buktikanlah hari ni ok!”kata Zek pula.Balqis yang tersenyum berbisik kepada seorang ahli disebelahnya,”Alah,jangan risau..Zek ni baik orangnya.”ujar Balqis menenangkannya.”Baiklah yang pertama,Rizwan!”tiba-tiba wajah dan suara Zek bertukar bengis mengalahkan wajah Presiden kelab sebentar tadi.Lepas seorang-seorang ahli dimarahi dan ditengkingnya kerana tidak menunjukkan skil-skil yang diimpikannya.Kenapa Zek tiba-tiba berubah macam singa lapar ni?Lain betul dia hari ni,semua orang dah ketakutan”Eh sengal,kau tak reti nak pukul bola ke?????Lembik macam takde tenaga!”tengkingnya kepada seorang ahli baru.Muka budak itu sudah kemerah-merahan menahan air matanya dari keluar.”Zek tu atau jugak lebih dikenali dengan nama ‘Court Killer’ kalau hari-hari biasa dia memang kawan yang baik tapi sebaik saja dia pegang raket tenis dia akan berubah tiba-tiba,disebabkan dialah ramai junior yang taknak join kelab ni sebab takut.”terang seorang ahli lama kelab itu.

“Next,Tiara..”tiba-tiba suara Zek bertukar lembut apabila memanggil nama Tiara untuk berlawan dengannya.”Tiara,aku akan pukul bola perlahan je,jangan risau.”kata Zek sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.”Takpe Zek,aku nak kau lawan aku dengan serius!”jawap Tiara pula yang sudah siap sedia.Oleh kerana Tiara memang selalu mewakili sekolahnya dalam pertandingan tenis,dia berjaya mengawal semua bola yang dipukul oleh Zek.”Wow,Tiara kau ni boleh tahanlah!”jerit Zek sambil membuat isyarat dengan ibu jari tanda bagus.Tiara yang kembali ke tempat duduk segera ditegur Balqis,”Eh,kenapa Zek layan kau berbeza dengan orang lain ar?”soal Balqis lurus.”Entah,aku pun tak tahu.”jawap Tiara tanpa memandang Balqis.


”Ok,Haiqal!Giliran kau!”jerit Zek.Haiqal segera bangun apabila namanya dipanggil,”Ini dia juara kebangsaan kita!Aku akan tunjukkan kehebatan aku yang sebenar!”jerit Zek bersemangat sambil menghayun raket tenisnya,tetapi malang bagi Zek kerana kesemua pukulannya dapat ditangkis Haiqal dengan mudah dan dia tidak dapat memukul bola yang dihantar oleh Haiqal.Zek yang mula berasa malu dan tercabar itu segera menjerit,”Ah tadi tu aku tak sedia,kita lawan lagi!”.Namun masih lagi Zek kalah dan tidak dapat memukul bola kea rah Haiqal.”Arghhhh,tak guna!!”jerit Zek seperti orang hilang akal.Haiqal pula selamba terus kembali semula ke tempat duduknya.”Habislah sape-sape yang giliran dia lepas ni,Zek dah turun hantu.”terdengar mereka berbisik-bisik sesama sendiri.Tiba-tiba,”Next…sape yang belum?Ha Balqis!”jerit Zek menunjukkan jari kepada Balqis.”Balqis giliran kau tu,pergi cepat.Good luck!”jerit mereka memberi sokongan.

Balqis yang terketar-ketar melangkah perlahan menuju ke tengah gelanggang dan semasa dia berjalan disebelah Haiqal,”Kau tak payah takut.Relaks je,bukak mata luas-luas dan pukul bola tu.”kata Haiqal memberi semangat.Baiklah aku takkan hampakan kau Haiqal!Chaiyo Balqis!katanya di dalam hati.”Ok,kau dah sedia??”jerit Zek.Sebaik sahaja Balqis mengangguk,Zek yang seperti sudah dirasuk syaitan itu terus memukul bola dengan begitu kencang sehingga Balqis tidak sempat mengelak dan AKHIRNYA!!!!BAPPPPPP!!!Bola tenis itu tepat mengenai hidung Balqis dan dia akhirnya jatuh terlentang ke belakang.Kesemua ahli mengerumuni Balqis sebaik sahajamelihatnya jauh terlentang.”Balqis,kau tak apa-apa ke?Eh,hidung Balqis kiri kanan keluar darah la!”jerit mereka.Haiqal segera menampar-nampar pipi Balqis perlahan,”Eh,bangunlah..”kata Haiqal.Balqis yang masih kesakitan perlahan-lahan membuka matanya.”Hah,dia dah sedar.Banyaknya darah keluar dekat hidung.”kata mereka semua dan akhirnya membawa Balqis mendapatkan rawatan di pusat kesihatan dalam universiti.

***************

Keesokan harinya semasa Balqis sedang melihat-lihat lauk di cafeteria,Joe ternampak plaster di hidung Balqis dan segera menghampirinya,”Eh Qis,kenapa hidung Qis berplaster ni?”tanya Joe risau.”Takde pape.”jawap Balqis pendek sambil menunduk.”Macam mana boleh jadi macam ni?Sakit tak?Patah ke?”soal Joe bertalu-talu sambil menyentuh hidung Balqis.”Adoi,sakitlah.Mana ada patah.”jerit Balqis sambil menepis tangan Joe.”Sorry sorry..kau nak makan apa?Aku masakkan untuk kau.”kata Joe lagi.”Aku sebenarnya tak boleh makan pape,sakit nak kunyah.”jawap Balqis.”Ok,kalau macam tu aku buatkan bubur untuk kau ok,kau tunggu kejap.”Joe menawarkan diri sambil menyuruh Balqis duduk sebentar.Tidak lama kemudian Zati dan Ika masuk ke dalam kafeteria dan segera duduk di meja Balqis.”Macam mana hidung kau boleh berbalut-balut ni?”tanya Ika.”Dia masuk kelab Tenis lepas tu masa sesi latihan bola yang dipukul terkena hidung dia.Dan akhirnya dia pengsan dan jadilah macam ni..”jelas Zati sambil tersengih-sengih.”Terima kasih atas penjelasan kau.”perli Balqis.”Sama-sama.”jawap Zati selamba.Joe yang tiba-tiba menghampiri membawa semangkuk bubur untuk Balqis,”Qis,lepas ni Qis tak payahlah masuk kelab tu lagi.Tengok macam dua ekor ni,kerjanya melalak dengan berlakon je,kan senang.”ujar Joe pula dan disiku oleh Zati.”Hah Qis,lupa pulak.Ayah Qis kata kalau takde pape petang ni,dia suruh Qis datang kat restoran,ada benda nak bincang.”beritahu Joe.

“Ada benda nak bincang?Kau tipu aku ke Joe?”soal Balqis pelik.”Tipu apanye pulak.Jangan lupa pergi tau.Hah,makan bubur ni.”kata Joe dan kemudian terus berlalu.”Kalau penting kenapa tak call je handset aku?”soal Balqis pada dirinya sendiri.”Qis,Joe layan kau dengan baiklah,sampaikan buatkan bubur tu…”usik Ika.”Ala,dia kesiankan aku sebab tak boleh makan benda keras-keras.”jawap Balqis sambil menyuapkan bubur ke dalam mulutnya.”Oi,Balqis!”tiba-tiba bahunya ditepuk,sebaik sahaja dia menoleh terpacul wajah Zek sambil tersengih-sengih.”Balqis yang masih trauma terus menjerit ketakutan.”Eh,kenapa dengan kau ni?Apa yang kau takut sangat?”soal Zek pelik.Dia kemudiannya terpandang plaster di hidung Balqis.”Eh,takkanlah serius sangat kot.Meh aku tengok.”kata Zek sambil memegang hidung Balqis.”Eh,takpe-takpe Zek..aku dah ok.”jawap Balqis sambil menolak tangan Zek.”Sorrylah,aku tak patut buat latihan terlampau ketat sangat semalam.Jangan bimbang hari ni latihan tak ketat macam semalam.Jangan lupa datang petang ni tau.”kata Zek dan terus berlalu.
**************

Petang itu…
“Adui,penat nak mampus!Walaupun tak payah lawan dengan Zek tapi buat benda ni lagi penat!”ngomel Balqis sambil berhenti mengambil nafas.Ini kerana mereka semua harus mengelilingi gelanggang tenis yang besar itu dengan melompat dalam keadaan mencangkung dan memegang raket tenis dengan tangan di atas kepala sebanyak sepuluh kali mengelilingi gelanggang.”Balqis,apasal berhenti?Lompat cepat!”jerit Zek di telinganya.Aku rasa kalau aku tak mati sebab kena bola,aku mati sebab kena melompat katak keliling court ni!

0 komen anda:





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.