“Auntie tak sangka selama ni yang Balqis betul-betul sukakan abang.”kata Puan Amiza kepada Balqis semasa mereka berdua sedang membuat kek di dapur.”Auntie nak kahwinkan jelah Balqis dengan abang esok lusa,boleh?”seloroh Puan Amiza penuh makna.Balqis yang mendengar ayat itu terus kemerahan-merahan mukanya yang putih gebu itu apabila diusik sebegitu.”Janganlah marah dengan abang sebab dia hafal isi surat cinta tu, dia sukakan Balqis sebab tu dia hafal.”tembak Puan Amiza.Tiba-tiba Haziq yang datang ke dapur menyampuk,”Ala mama,abang tu genius..apa aje yang dia baca walaupun sekali je ,dia terus ingat,takde kaitan langsung dengan suka ataupun tak.Lagipun tak mungkin abang suka dia ni.”kata Haziq selamba.”Haziq tu kecik lagi,tak paham..”marah Puan Amiza.Balqis yang sememangnya selalu bertengkar dengan Haziq itu menjelirkan lidahnya kepada Haziq dan dibalas pula oleh Haziq.Puan Amiza yang memandang hanya sekadar menggelengkan kepalanya.
Ting,tong!Ting,tong!Loceng rumah banglo itu ditekan bertalu-talu.”Haziq,tolong bukak pintu tu tengok siapa.”kata Encik Hashim yang sedang asyik menonton perlawanan badminton bersama Pakcik Bakri.Manakala Haiqal pula seperti biasa di dalam biliknya baru selesai menghabiskan kerja sekolahnya yang telah diberi oleh gurunya untuk dibuat semasa cuti sekolah selama seminggu yang bermula hati ini.”Papa,papa surat untuk papa.”hulur Haziq pada Encik Hashim.”Jemputan untuk ‘Reunion Sekolah Rendah di Cherating’ selama 2 hari,nak pergi ke Bak?”soalnya.”Boleh jugak,dah lebih 10 tahun kita semua tak buat reunion kan..”kata Pakcik Bakri.Puan Amiza yang kebetulan lalu di ruang tamu terdengar perbualan mereka.”Oh,papa dengan Bak nak pegi reunion ke?Mama nak ikut boleh?”tanya Puan Amiza.”Erk..bukan papa tak nak mama ikut tapi syaratnya tak boleh bawa pasangan.Sorry mama.”jelas Encik Hashim lembut.Puan Amiza hanya menggangguk lemah,”So,bila nak bertolak?”tanyanya.”2hb ni..maknanya esoklah kan Bak?”soal Encik Hashim pula.Pakcik Bakri menggangguk dan tersenyum,”Nampaknya macam tulah.”
**************
Setelah beberapa jam Pakcik Bakri dan Encik Hashim bertolak, Puan Amiza mula terfikir sesuatu,rancangan untuk membuatkan Haiqal terpikat pada Balqis!”Ye,aku kena usahakan sesuatu!”katanya seorang diri sambil tersengih-sengih.
**************
Balqis baru terjaga dari tidur petangnya yang lama,3 jam..dia segera bangun dari katil,membasuh mukanya dan kemudian turun ke bawah untuk menolong Puan Amiza menyediakan makan malam.Tetapi apabila dia turun,ruang tamu gelap,dapur gelap,ruang makan gelap,”Aik,mana semua orang ni?”monolog Balqis.Balqis segera memanjat semula ke tingkat atas dan mengetuk pintu bilik Puan Amiza.Puan Amiza yang sedang menonton DVD itu segera menutup TV dan berpura-pura baring di atas katil dan kemudian memanggil Balqis masuk.Sebaik sahaja Balqis masuk,”Adui,sakitnya perut auntie ni Balqis…menyucuk-nyucuk.”ujar Puan Amiza sambil menekan-nekan perutnya yang tidak sakit.Balqis yang mudah percaya itu terus tertipu dan berlari mendapatkan Puan Amiza,”Auntie,auntie kenapa?Nak Balqis telefon teksi ke bawak auntie pergi klinik?”soal Balqis cemas.
“Eh,takpe,takpe…auntie ada ubat,baru lepas makan.Kalau dapat tidur eloklah..”ujar Puan Amiza dengan muka berkerut-kerut.”Kalau macam tu,auntie rehatlah ye.”kata Balqis pula.”Tapi..auntie tak masak lagi untuk makan malam..”ujar Puan Amiza dengan raut wajah sedih.”Erm..erm..takpelah auntie,biar Balqis je yang masak ok,auntie rehat je.”ujar Balqis walaupun dia tidak tahu memasak langsung!Ini kerana sejak kecil lagi,ayahnya melarang dia menolong di dapur,kata ayahnya rimas.Jadi sejak itu Balqis memang tidak mengambil tahu langsung tentang memasak.’Matilah aku,nak masak ape ni,goreng telur pun aku tak pass lagi.’katanya di dalam hati.”Erm sebelum auntie terlupa,Haiqal suka makan kari ayam..”kata Puan Amiza menyembunyikan senyuman.Balqis hanya menggangguk lemah sambil keluar dari bilik Puan Amiza.
Sementara itu di dapur,Balqis mengeluarkan sebuah buku resepi yang dijumpanya di dalam laci dan mencari-cari resepi yang berkaitan kari..”Hah ade pun kari masak ikan,ala auntie kata Haiqal suka kari ayam..tapi bolehlah,sama je..gantikan ikan dengan ayam la.”katanya seorang diri.Dia mula menyediakan semua bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam buku itu.”Baiklah!Dah sampai masanya aku menunjukkan bakat terpendam aku pada Haiqal,kau tengoklah Haiqal,aku sediakan masakan yang paling sedap untuk kau!”jerit Balqis di dapur.Setelah setengah jam berlalu,Balqis memasukkan kesemua bahan-bahan yang dipotongnya ke dalam periuk yang telah diletakkan di atas dapur.”Lepas Haiqal makan masakan aku ni,mesti dia jatuh hati kat aku.”angan Balqis seorang diri sambil tersenyum-senyum,yakin yang masakannya bakal menjadi.
**************
“Apa plak bau busuk ni?Macam bau hangit je.”ujar Haiqal tertanya-tanya seorang diri.Konsentrasinya yang sedang membaca itu terganggu,dilihatnya Haziq sedang bermain game tanpa menghiraukan bau hangit dan hangus itu,Haiqal yang sudah tidak tahan membuka pintu biliknya dan terus ke tingkat bawah apabila mendapati bau hangit itu datang dari arah dapur…Sebaik sahaja dia menuju ke dapur,alangkah terkejutnya Haiqal apabila melihat berkepul-kepul asap keluar dari pintu dapur,dan dalam kesamaran itu dia segera ternampak Balqis yang sedang kelam kabut mengangkat periuk yang sudah hitam itu dari atas dapur,”Adui,adui panasnya..”jerit Balqis pabila tangannya terkena periuk yang panas itu.”Apa kau buat ni???”soal Haiqal yang mula mengamuk apabila mendapati keadaan yang bersepah di dapur.”Aku tengah memasak la..”kata Balqis takut-takut.Haiqal menjenguk ke dalam kuali dan terlihat benda berwarna kehitam-hitaman,”Apa ni?”soalnya pelik.”Ini..ini telur dadar la..yang itu pulak sambal ikan bilis..alamak dah hangus plak!”ujar Balqis kelam kabut mengangkat telur dan sambal ikan bilis berwarna hitam itu.
“Yang ini pulak?”soal Haiqal lagi sambil menunjukkan ke arah periuk.”Ini kari ayam tapi…dah hangus jugak..”kata Balqis lemah.”Auntie cakap kau suka makan kari,jadi aku masaklah kari..kari ni tadi dah menggelegak pastu aku tak sempat nak tutup,sebab tu hangus..”ujarnya lagi sambil mempamerkan wajah paling sedih sekali.Setelah lama terdiam,”Dahlah,kau buang semua ni dan cuci semua periuk belanga ni..biar aku masak.”kata Haiqal akhirnya sambil menyarung apron beropol-ropol itu,nampak comel dia memakainya.Haiqal meletakkan buku resepi yang diguna oleh Balqis tadi di atas meja dan mula mengikut setiap langkah-langkah yang diberikan.Balqis kagum dengan kecekapan dan ketelitian Haiqal kerana sejam selepas itu,3 menu berjaya disiapkan Haiqal..Kari ayam + ikan bilis masak sambal + sayur campur.Setelah siap kesemua masakan itu,Balqis naik ke atas untuk memanggil Haziq dan Puan Amiza makan tetapi mereka berdua tidak mahu turun,Haziq kerana dia sedang bermain game dan tidak mahu diganggu manakala Puan Amiza pula sedang nyenyak tidur, tidak sampai hati Balqis untuk mengejutkannya.
Balqis turun ke bawah semula dan menerangkan tentang hal Puan Amiza dan Haziq kepada Haiqal.Mereka kemudiannya duduk di meja makan dan Balqis terpegun melihat lauk-pauk di hadapannya.”Wow!Sebijik sama dengan dalam buku resepi tu la,macam mana kau buat?Peliklah,aku pun ikut semua arahan tapi kenapa tak jadi?”soal Balqis hairan.”Dalam membaca yang paling penting cari main pointnya…”terang Haiqal sinis.”Dahlah aku lapar ni,makanlah.”kata Haiqal lagi.Balqis menyuapkan lauk kari ayam ke dalam mulutnya dan dia amat terkejut,”Sedapnya Haiqal…….!!Yang ni sedap,hah yang ni pun sedap.”puji Balqis sambil menyuap pula sayur campur dan sambal ikan bilis ke dalam mulutnya.Balqis kemudiannya memandang Haiqal yang tidak menunjukkan sebarang reaksi itu.’Aku tak pernah bayangkan yang aku akan makan malam berdua je dengan Haiqal..rasa macam,tengah candle light dinner kat restoran je..inilah kali pertama kitorang makan malam berdua.’ujar Balqis di dalam hati sambil tersenyum-senyum seorang diri.
“Masa tengah makan,jangan tersenyum-senyum sorang-sorang macam orang tak betul, mati selera nanti.”kata Haiqal kepada Balqis.Balqis yang segera tersedar dari lamunannya segera membalas,”Eh takdelah..tak mati selera, semua yang kau masak sedap..aku akan habiskan.”kata Balqis malu-malu.”Maksud aku,selera aku mati.”perli Haiqal.’Alamak,dia dah marah ke?Baik aku cari topik lain.’kata Balqis di dalam hati.”Erm..kerja sekolah kau dah siapkan ke?”tanya Balqis.”Dari hari pertama cuti aku dah siapkan.”balas Haiqal.”Kau tak buat lagi ke?Esok dah sabtu.”soal Haiqal agak terkejut.”Aku ingat nak start buat esok la,rasanya dalam 2 hari boleh siap kot.”kata Balqis yakin.”Tak payahlah, kalau tengokkan tahap kau, kau buat satu minggu nonstop pun tak sempat siap sebab homework tu sangat susah..untuk orang macam kau.”sinis nada Haiqal.Balqis yang sudah mula risau memujuk Haiqal,”Kau tolong aku buat kerja tu boleh?”soal Balqis dengan muka kesian.”Taknak.”balas Haiqal pendek sambil bangun dari meja makan.Puas Balqis merayu tetapi Haiqal tetap tidak mahu menolongnya.Akhirnya Balqis membuat keputusan malam itu dia tidak akan tidur selagi kerja sekolahnya tidak siap.
**************
“Teori PASCAL?Ada ajar ke?”soal Balqis tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Nampak sangat dia tidak pernah mendengar apa yang diajar oleh gurunya semasa di dalam kelas.”Takpelah aku buat math dulu.”katanya lagi sambil mengeluarkan buku matematik pula.Kemudian,bahasa inggeris,sejarah, ekonomi dan akhirnya bahasa Melayu,semuanya dia tidak tahu.’Aku ingat boleh lah makan malam romantik dengan Haiqal tapi terpaksa pulak menghadapi kerja sekolah yang bertimbun ni,arghhhhhh’jerit Balqis di dalam hati.Akhirnya dia tertidur di atas katilnya yang dipenuhi buku.
**************
“Macam manalah keadaan Haiqal dengan Balqis dekat bawah?Mesti Haiqal tengah puji masakan Balqis.”kata Puan Amiza yang tersenyum-senyum di dalam biliknya.Puan Amiza tidak menyangka yang Balqis langsung tidak tahu memasak!
**************
Pagi itu…
Puan Amiza yang masih lagi berpura-pura dalam keadaan lemah jadi dia tidak turun membuat sarapan.Haiqal yang kasihan melihat ibunya telah membeli roti canai dan nasi lemak sebagai sarapan.Sedang Haiqal membaca surat khabar di meja makan, Balqis turun dari tingkat atas.”Morning Haiqal.”ucap Balqis lemah.Haiqal yang tidak mengalihkan pandangannya dari surat khabar mempelawa Balqis makan,”Makanlah sarapan ni,aku beli je.”kata Haiqal.”Oh,terima kasih Haiqal..”kata Balqis.Haiqal memandang Balqis dan terkejut kerana melihat rambut Balqis yang kusut masai dan bengkak di bawah matanya.”Wow,satu malam tak tido dah buat kau jadi macam panda!”ketawa Haiqal.”Adoiyaiii matilah aku…”kata Balqis pula.”Jadi kau dah siaplah kerja sekolah kau?”soal Haiqal.
”Tak..satu page pun tak lepas.Tapi aku dah cuba betul-betul malam tadi tapi tiba-tiba je kepala aku pening jadi aku fikir nak tidur 5 minit..lepas aku bangun aku cuba tapi tak dapat buat lagi pastu aku pun baring la balik setengah jam pastu tak boleh juga,keadaan ni ulang-ulang sampai pagi tadi..aku betul-betul tak tahu nak buat ni.”ujar Balqis lemah.”Nampaknya kau betul-betul tak tahu nak buat ni.”perli Haiqal.”Jadi kau boleh tolong aku tak?”tanya Balqis penuh berharap.”Kau faham tak ni bukan pasal tolong tapi pasal kemahuan kau sendiri,kenapa tak ajak kawan-kawan kau buat sama-sama?”tanya Haiqal.”Kitorang dah pernah cuba dulu,kitorang buat kerja sekolah sama-sama,pastu jawap exam pun jawapan yang sama..akhirnya fail pun sama-sama.”terang Balqis yang lurus itu.
“Erm aku nak keluar dulu,bye.”kata Haiqal yang menghala ke pintu hadapan.”Kau nak pergi mana?”tanya Balqis. ”Aku nak menikmati cuti sekolah ni dengan gembira.Bye-bye cycle!”sinis nada Haiqal.”Hey,kau mana boleh buat aku macam ni…”kata Balqis tetapi Haiqal terlebih dahulu sudah keluar dari rumah.’Hisyh,geramnya aku!’jerit Balqis di dalam hati.
0 komen anda:
Post a Comment