Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Thursday, June 4, 2009

Ceritera Cinta Kita 2


“Berani kau tak pandang langsung pun surat cinta yang Qis bagi kat kau pagi tadi!!”jerkah Joe memarahi Haiqal.Balqis masih lagi menyembunyikan dirinya di belakang Zati dan Ika.Haiqal yang malas melayan meneruskan perjalanannya yang terganggu sebentar tadi dek Joe.”Woi, Haiqal cakaplah sesuatu!Bagi aku sebab kenapa kau tak baca surat tu!Kau ni memang tak bertimbangrasa betul!KEJAM!”Joe meluru kearah Haiqal tetapi sempat di tahan oleh kawan-kawannya.”Aku..BENCI perempuan yang KURANG PANDAI.”ringkas sahaja jawapan Haiqal sebelum berlalu..tetapi cukup melukakan hati Balqis..

****************

Sementara itu,di rumah barunya, Balqis dan ayahnya sedang sibuk mengemas barang-barang mereka.Ibunya sudah lama meninggal dunia,sejak dia kecil lagi dan sejak itulah dia hanya merasakan kasih sayang ayahnya sahaja.Sedang dia sibuk mengemas biliknya yang terletak di tingkat atas rumah, salah sebuah bingkai gambar kaca jatuh berderai di kakinya.Ayahnya yang sedang mengangkut kotak-kotak yang bertimbun terkejut dengan bunyi itu.


“Kamu tak apa-apa ke Sofea?Ayah tengok kamu hari ni lain macam aje, kamu tak sihat ke?”tanya ayahnya yang memang memanggilnya dengan nama Sofea sejak dari kecil lagi .”Sofea tak pape yah, jangan risau.Kejap lagi Sofea kemaskan kaca-kaca ni ye.”jelas Balqis.”Ok,tapi hati-hati kemas kaca tu,ayah nak turun bawah, nak kemas ape yang patut.”ujar ayahnya sebelum berlalu.


Balqis yang sudah siap mengemas di bahagian atas turun ke bawah dan berbual kosong dengan ayahnya apabila tiba-tiba mereka mendengar loceng rumah dibunyikan.”Sape pulak yang datang waktu macam ni,orang tengah sibuk kemas barang ni..adoiyaiiii”rungut Balqis dalam hati.Sebaik saja dia membuka pintu pagar depan rumahnya..


“SURPRISE!!!!!!!!!!!!!”jerit Joe, Zati dan Ika serentak.Terkejut beruk si Balqis pabila disergah begitu oleh kawan-kawannya.Mereka bertiga membawakan hadiah untuknya sempena perpindahannya ke rumah baru hasil bina ayahnya sendiri.”Korang ni,nasib baik aku takde penyakit heart attack tau!”marah Balqis.”Joe ni sengal betul tadi,bole la die pegi tekan loceng umah orang lain..”cerita Zati.”Ala,mana aku tau,aku tengok umah kat sini semua lebih kurang aje..”ujar Joe tersengih-sengih.. macam kera je dah aku tengok.”Ha apelagi jemputla masuk”jemput Balqis.


“Siapa datang tu Sofea???”jerit ayahnya dari dalam.Apabila Pakcik Bakri menjenguk keluar sepantas kilat die mengenali wajah gadis-gadis itu”Eh, Zati dan Ika rupanya,jemputlah masuk.”Joe yang teruja melihat Pakcik Bakri terus meluru ke arahnya.”Ayah!Nama saya Johan tapi ayah boleh panggil saya Joe aje.”Pakcik Bakri yang kelihatan terpinga-pinga apabila dibahasakan ayah oleh Joe mula bertanyakan anaknya jika ade sebarang perhubungan cinta yang terjalin antara mereka berdua “Eh,takde la ayah, Joe memang macam ni,jangan dilayan dia ni.”jelas anaknya.Zati dan Ika mengangguk-angguk tanda setuju.


Joe yang kelihatan bersungguh-sungguh ingin mengambil hati Pakcik Bakri telah menawarkan dirinya untuk membantu kerja-kerja pertukangan Pakcik Bakri walaupun telah dilarang keras.Dek kerana sikapnya yang tidak henti-henti memanggilnya ayah, Pakcik Bakri yang pada mulanya melarang, akhirnya kalah pada kedegilan Joe.


Sementara itu, Balqis telah mengajak Zati dan Ika untuk melihat bilik tidurnya di tingkat atas.Sedang mereka bertiga enak menghirup the yang disediakan Balqis di dalam biliknya,Pakcik Bakri dan Joe yang berada di bahagian bawah mula merasa gegaran di sekeliling rumah,”GEMPA BUMI!”jerit Joe.Balqis,Zati dan Ika yang berada di tingkat atas turut merasakan gegaran dan bergegas turun ke bawah.


Mereka berlima bertindak menyelamatkan diri dengan berlari keluar apabila keadaan rumah semakin bergegar dan barang-barang di dalam rumah jatuh dan pecah berderai.Apabila semua sudah selamat keluar dari rumah,mereka berdiri di hadapan rumah yang masih bergegar itu dan dengan tidak disangka-sangka rumah itu telah roboh dan runtuh berderai dan musnah dalam sekelip mata.”Rumah kita,rumah kita..”jerit Balqis.”Rumah hasil titik peluh aku…musnah..”rintih Pak Bakri.


“Tapi kenapa rumah lain ok je, takde effect ape pun..pelik betul!”lontar Zati sambil Joe dan Ika terangguk-angguk mengiyakan kata-katanya.

**************

“Berita terkini melaporkan sebuah rumah yang dipercayai dibina sendiri oleh seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Bakri bin Selamat bersama-sama anak perempuannya telah runtuh pada jam 4 petang tadi bagaimanapun dua beranak itu berjaya menyelamatkan diri. Rumah itu dipercayai runtuh kerana gempa bumi kecil skala 2 yang melanda kawasan kejiranan di sini tetapi rumah-rumah lain dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan selamat untuk diduduki. Punca runtuhan masih dalam siasatan…”ulas salah seorang pembaca berita yang bergegas ke kawasan runtuhan rumah Balqis.

*************

“Mama..itu bukan Bakri ke?”tanya Encik Hashim.”Mama rasa memang dialah,tapi macam mana boleh runtuh macam tu teruk sekali?”ujar Puan Amiza dengan penuh tanda tanya.”Papa, jom kita cari mereka anak beranak.”saran Puan Amiza.

*************

“Semalam betul ke rumah kau runtuh Balqis?Aku tengok dalam TV,kesian..”ucap salah seorang kawan-kawannya dalam nada memerli. Selepas itu ramai lagi bertanyakan soalan yang sama.Naik rimas Balqis sampaikan dia, Zati dan Ika terpaksa jalan dengan menutup muka dengan rambutnya yang ditocang dua bagi mengelakkan dikerumuni ramai.


Pakcik Bakri masih lagi terduduk merenung sisa-sisa runtuhan rumahnya sambil mengutip barang-barang yang masih boleh diguna dan dalam keadaan elok . Sedang dia mengelamun jauh, sayup-sayup dia terdengar bunyi orang bermain biola yang sumbang dan agak membingitkan telinganya.”Siapa pulak la yang main biola sumbang mambang masa aku tengah sedih ni..”getus hati Pak Bakri.Apabila dia menoleh, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati kawan lamanya merangkap kawan paling baiknya sewaktu di sekolah, Hashim sedang menggesek biola itu.


”HASHIMMMMMM!BAKRIIIIIIIII!”ujar Hashim dan Bakri serentak.”Macam mana kamu berdua boleh ada dekat sini??”ujar Bakri yang berlari memeluk Hashim di celah-celah runtuhan rumahnya.”Aku dah takde rumah Shim,dah takde…”luah Bakri kesedihan.”Kau jangan cakap macam tu Bakri,kami kan masih ada…”sambung Puan Amiza pula. Mereka bertiga menangis teresak-esak bersama-sama berkongsi kesedihan Pakcik Bakri.Sebenarnya Pakcik Bakri lah orang yang telah menyatukan Encik Hashim dan Puan Amiza, sebab itulah mereka sangat-sangat terhutang budi pada Pakcik Bakri.

************

“Silalah menderma pada kami!!Ini adalah derma untuk mangsa gempa bumi semalam,Balqis Sofea bin Bakri!sila,sila jangan segan-segan ye!”jerit satu suara yang cukup-cukup dikenali Balqis.Balqis, Zati dan Ika mula menghampiri kearah datangnya suara itu..

0 komen anda:





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.