Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Saturday, June 13, 2009

Ceritera Cinta Kita 10



Keesokan harinya di sekolah..
Balqis sedang mengemas lockernya di yang terletak di belakang kelas.Semasa sibuk mengemas dia ternampak sebungkus hadiah lantas teringat kata-kata Puan Amiza yang menyuruhnya membuka bungkusan itu jika dia lulus.Sedang dia berusaha untuk membukanya…”Joe,Joe!!Kenapa teruk sangat rupa kau ni,dengan rambut berserabai..kau kenapa ar?soal Zati dan Ika bertalu-talu melihatkan keadaan Joe yang tidak terurus itu.”Bagitahu aku hal yang sebenar Qis,kau tinggal dengan Haiqal kan?”soal Joe sedih.Buruk benar riak wajahnya.”Erk..ape kau merepek ni Joe..”jawap Balqis tergagap-gagap.”Apa kau merepek ni Joe, kau tak sihat ke?Ke kau tengah mengigau ni?”soal Zati pada Joe.

“Semalam aku nampak Qis masuk dalam rumah Haiqal.”terang Joe lemah.”Betul,betul kitorang pun nampak.”ujar Ahmad dan Rizal menyokong kata-kata Joe.”Tak..takkanlah aku tidur dekat rumah Haiqal plak,tak..tak mungkinlah.”nafi Balqis.Tiba-tiba bungkusan yang sudah dibuka Balqis itu terjatuh lantas segera di ambil oleh Ika apabila melihat ianya sekeping gambar.”Haiqal Ariff!!!!!!Balqis!Sejak bila korang serapat ni,mesranya korang!”jerit Ika tidak percaya akan matanya.Balqis yang terkejut terus merampas gambar itu,kelihatan gambar Balqis yang sedang khusyuk memandang ke arah Haiqal yang sedang mengajarnya.’Mati aku,mati aku dengan Haiqal lepas ni!’ujar Balqis dalam hati, takut sambil mengetuk-ngetuk kepala dengan buku limanya.

Joe mengambil gambar itu dari tangan Ika dan semakin lemah,”Apa ni Qis,bagitau aku.”rayu Joe.”Gila hebatlah kau Qis,dapat study sama dengan Haiqal tu…”luah Ika kagum.”Se..sebenarnya ayah aku kawan baik pada mak dan ayah Haiqal, jadi bila diorang tahu rumah kami runtuh,diorang ajak tinggal sama.Aku tak bagitau korang sebab Haiqal larang aku bagitau sesiapa pun.”jelas Balqis takut-takut.”Betullah tu, kalau aku jadi Haiqal pun aku tak nak orang tahu.”usik Ika.”Maknanya kau dapat TOP100 tu sebab Haiqal tolong ajar kau ye?”tanya Zati pula.”Ha ah.”balas Balqis pendek.”Patutla, pelik gak fikir kau yang lebih kurang kitorang ni boleh masuk TOP100.”usik Zati pula.”Bila pikir-pikir balik,untuk melayakkan Qis masuk TOP100, Haiqal memang genius!”usik Zati lagi.”Oi, kau ni di pihak mana ar?”marah Balqis.

“Ala tapi Haiqal bukannya ada hati dekat Balqis pun.”kata Zati.”Tulah pasal,bercakap dengan aku pun langsung tak nak.”kata Balqis.Joe yang sudah lama terdiam tiba-tiba menyampuk,”Betul ke Haiqal tak suka kau langsung?”tanya Joe gembira.Balqis hanya menggangguk lemah,”Tapi aku harap sangat-sangat supaya korang rahsiakan pasal benda ni dan gambar ni ok.”pinta Balqis.”Ehhhh,no problem la..kau jangan risau.”kata mereka semua.
**************

Semasa waktu rehat…
Haiqal berlari dari kelasnya,kelas A untuk ke kelas F yang terletak di hujung bangunan, dia betul-betul bengang dengan Balqis selepas melihat benda itu.’Siap kau Balqis!’ujar Haiqal di dalam hati.Sesampainya Haiqal di muka pintu Kelas F…”Wah,Haiqal la..Haiqal!!”jerit beberapa budak perempuan di dalam kelas F itu.Balqis yang sedang enak menikmati bekalnya terkejut dengan kedatangan Haiqal.”Kau keluar sekejap.”ujar Haiqal garang.Balqis yang tidak tahu apa kesalahannya hanya menurut langkah Haiqal yang laju itu.Semakin jauh dia mengikuti,Balqis mula kepenatan dan bertanya,”Kau kenapa datang cari aku?Kalau ade apa-apa gosip antara kita nanti,kau jangan salahkan aku pulak.”bebel Balqis.”Memang dah kena gosip pun!”kata Haiqal kasar.
**************

Sampai di sebuah makmal komputer di bahagian blok lain, Haiqal tiba-tiba memberhentikan langkahnya yang laju.Hampir-hampir Balqis terlanggarnya.Mereka berdua kemudiannya masuk ke dalam makmal komputer itu dan Balqis ternampak sekumpulan pelajar duduk berkumpul di salah sebuah komputer di situ.”Eeeee tengoklah diorang berdua ni,tak tahu malu betul lah.”kata salah seorang pelajar itu sambil disambut dengan anggukan pelajar-pelajar lain.Haiqal yang tiba-tiba muncul di belakang mereka menyebabkan kesemua pelajar itu terkejut dan kebelakang sedikit dan ini membolehkan Balqis melihat apa yang mereka sedang khusyuk menatap di skrin komputer itu.”HAH??????Gam..gambar ni?Macam mana boleh ada kat sini?”jerit Balqis terperanjat.”Ini mesti kerja diorang..janji nak simpan rahsia,tak guna punya kawan.”bebel Balqis.

Balqis tidak tahu yang sewaktu dia melaksanakan rutin wajibnya iaitu tidur di dalam kelas, Zati dan Ika telah mencuri gambar itu dari laci meja Balqis dan pergi ke makmal komputer dan memasukkan gambar itu menggunakan scanner di komputer utama untuk guru di bahagian depan makmal itu untuk dijadikan wallpaper.Secara automatiknya, kesemua komputer di dalam makmal itu mempunyai wallpaper yang sama.”Sebenarnya..sebenarnya aku tak..”belum habis Balqis menghabiskan ayatnya, Haiqal terus memotong,”Tapi kau dah bagitau diorang la sebelum ni kan?”teka Haiqal.”Sedangkan surat cinta pun kau pernah bagi kat aku depan orang ramai..mungkin benda ni tak buat kau rasa apa-apa tapi kau tau tak kau dah memalukan aku?”tengking Haiqal.”So,please…jangan kacau hidup aku lagi.”kata Haiqal kasar sebelum berlalu.Tiba-tiba dia berhenti,”Dan..jangan sukakan aku lagi..aku..tak suka.”kata Haiqal dan terus pergi.

Balqis yang sangat-sangat sedih mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Haiqal itu terus berlari ke bahagian atas sekolah iaitu tempat yang paling sunyi di sekolah.Disitu dia menangis sepuas-puas hatinya.”Aku tak kisah kalau kau tengking aku, aku tak kisah kalau kau tak sukakan aku, kau tak terima surat cinta aku,aku simpan..apa juga orang ejek aku,aku terima..tapi kalau bukan kerana sukakan kau,aku jadi lemah…kenapa kau tak sukakan aku sangat-sangat?Aku betul-betul sukakan kau Haiqal…”ucap Balqis seorang diri sambil menangis teresak-esak keseorangan di situ.
**************

Malam itu..
“Aku rasa dia takkan senang-senang bagi aku gambar tu..aku ke sini sebab nak tuntut gambar aku.”kata Haiqal seorang diri di depan pintu bilik Balqis.Tok!Tok!Ketuk Haiqal,tiada jawapan.Setelah berkali-kali diketuknya, akhirnya perlahan-lahan Haiqal membuka tombol pintu bilik Balqis, matanya tertancap pada Balqis yang sudah tertidur di meja studinya.Haiqal menghampiri gadis itu, dan kemudiannya dia terpandangkan surat cinta yang ingin diberi oleh Balqis kepadanya dahulu di bawah lengan Balqis,ditariknya perlahan-lahan.

”Assalamualaikum Haiqal Ariff,apa khabar?saya Balqis Sofea binti Bakri dari kelas F.Saya rasa awak tak kenal saya,tapi saya tahu banyak tentang awak.Kali pertama saya ternampak awak masa awak berucap untuk hari orientasi kita semua sewaktu di tingkatan empat tahun lepas,sejak hari tu saya tak dapat lupakan awak.Tak kisahla waktu awak berucap ke, masa tengah bercakap dengan kawan awak ke,ataupun masa awak berseorangan,saya sentiasa dari jauh, kenalpasti dekat mana awak duduk walaupun ada beratus orang disekeliling awak seolah-olah macam dimana ada awak, disitu ada cahaya…erm,sorry saya terlampau berterus terang.Tapi saya fikir kalau bukan sekarang bila lagi saya boleh luahkan,mungkin selepas ni kita boleh jadi rapat ke?Sebenarnya dah lama saya nak luahkan tapi saya takde kekuatan,tapi kali ni saya cakap pada diri saya sendiri, saya tak boleh lepaskan awak lagi.Erm, sorry saya terlalu berterus terang sekali lagi.Saya sukakan awak dah hampir 2 tahun dan kali ini untuk tidak membuatkan saya menyesal buat selama-lamanya, saya beranikan diri nak bagitahu awak yang saya sukakan awak, Haiqal Ariff!”

Selesai sahaja Haiqal membaca surat itu, ditenungnya wajah Balqis yang sedang tidur sambil berdengkur itu,”Apalah agaknya yang kau fikirkan?Macam mana kau berani dan penuh semangat buat benda-benda takde faedah ni.”luah Haiqal pelik bercampur kagum sedikit.”Untuk sukakan seseorang, apa rasanya?”soal Haiqal seorang diri.

0 komen anda:





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.