Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Monday, June 22, 2009

Ceritera Cinta Kita 19

“TIDAK!!!!!!!!!!”jerit Balqis yang terjaga dari tidurnya tiba-tiba.Dia segera bangkit dari tidur sambil memegang bibirnya,”Betul ke aku dengan Haiqal semalam….BERCIUM????”jerit Balqis sekali lagi.”Tak mungkin,tak mungkin…mesti mimpi je ni!”kata Balqis pada dirinya sendiri.Dia segera mencuci muka dan menggosok gigi serta bibirnya dan berlalu turun ke tingkat bawah rumah banglo itu.”Selamat pagi Balqis!Meh sarapan sekali.”ujar Puan Amiza ceria apabila ternampak Balqis turun.”Auntie…Haiqal mana?”tanya Balqis sambil tercari-cari kelibat Haiqal dan kemudiannya turut menyertai Puan Amiza dan Haziq di meja makan.

Balqis seboleh-boleh mahu melarikan dirinya dan tidak mahu bertembung dengan Haiqal,dia tidak bersedia selepas apa yang berlaku malam tadi.”Dia pergi rumah Amir..”balas Puan Amiza sambil menyuap makanan ke mulut Haziq yang sudah lambat ke sekolah itu.”Pergi rumah Amir?Dia tak study ke untuk exam?”soal Balqis pada dirinya sendiri.Setahu Balqis,untuk membolehkan Haiqal memasuki UM, dia harus mengambil ujian kemasukan terlebih dahulu berbanding Balqis yang sedang menunggu jawapan daripada universiti yang bekerjasama dengan sekolahnya dalam beberapa minggu lagi tanpa perlu menduduki sebarang peperiksaan kemasukan.

“Ok,Haziq cepat habiskan cornflakes ni..dah lambat ni..”kata Puan Amiza sambil menyuap sudu terakhir ke dalam mulut Haziq.”Kenyangnya..oklah mama Haziq pergi dulu,bye-bye!”ujar Haziq sambil mencium tangan ibunya dan menggalas beg sekolahnya.”Bye Haziq!Elok-elok pergi sekolah!”ujar Balqis tetapi dibalas dengan menjelirkan lidah oleh Haziq,Wek!!!!Balqis membalas sambil menjelirkan lidahnya kembali.Puan Amiza hanya menggeleng-geleng melihat kerenah mereka berdua yang seperti anjing dan kucing itu.Sebijik macam abang dia malam tadi..ujar Balqis di dalam hati.”Eh Balqis malam tadi kan ada reunion kelas..macam mana?Best tak?Dapat hadiah banyak tak?”tanya Puan Amiza teruja.

Balqis yang baru mengangkat secawan kopi untuk dihirup tertumpah kopi di atas meja selepas mendengar pertanyaan Puan Amiza kerana teringatkan peristiwa malam semalam.”Eh,so..sorry auntie.”kata Balqis sambil kelam kabut mencari kain lap.”Takpe,takpe Qis..alamak,Haziq tertinggal buku lukisan dia lagi.”kata Puan Amiza setelah menyedari buku itu di atas meja semasa sedang mengelap kesan air kopi.”Erm..kalau macam tu,biar Qis pergi hantarkan kat sekolah dia..bukan jauh pun.”ujar Balqis menawarkan diri segera supaya Puan Amiza tidak bertanyakan lagi tentang reunion malam semalam.”Eh takpelah..nanti uncle hantarkan.”kata Encik Hashim yang baru turun itu.”Ha betul-betul,erm,macam mana reunion semalam?Ade nangis-nangis tak?”soal Puan Amiza kembali.”Erk..erk Qis rasa Haziq perlukan buku ni segeralah auntie,Qis pergi dulu.”ujar Balqis sambil berlari ke pintu hadapan.”Eh,Qis!Qis!”jerit Puan Amiza dari dalam tetapi Balqis sudah jauh ke hadapan.Fuh,nasib baik dapat lepaskan diri!ujar Balqis sambil berjalan menuju ke sekolah Haziq.
***************

Sesampainya Balqis di sekolah,dia terus mencari Haziq di padang kerana hari Sabtu merupakan hari untuk aktiviti ko-kurikulum sahaja.Dari jauh Balqis sudah ternampak Haziq yang tembam itu sedang sibuk bermain bola tampar bersama rakan-rakannya.Kemudian dia memandang Haziq yang sedang asyik memerhatikan sesuatu tanpa berkelip lalu Balqis turut menjatuhkan pandangannya ke arah yang sama,Budak perempuan?Erm….takkanlah Haziq suka budak perempuan ni??Memang comel pun tapi budak ni lagi tinggi dari dia.ngomel Balqis di dalam hati sambil tersengih-sengih menghampiri Haziq.”Eh Haziq,kau ni nak main ke tak?Asal bola dapat kat kau je kau bagi kat team budak perempuan!”marah salah seorang rakannya.Haziq hanya tersenyum-senyum sahaja apabila dimarahi begitu.Betul-betul angau budak kecik ni,siap kau!Wargh!!!!!!!!!!Sergah Balqis dari belakang Haziq.Haziq yang terkejut sehingga melompat segera memandang ke belakang,”Kau?Kau buat apa kat sini,baliklahhhhhhhh.”marah Haziq sambil menolak-nolak Balqis.

“Aku kat sini untuk tengok apa yang kau tengah tengok…”usik Balqis sambil menunjuk ke arah budak perempuan itu.Eeee tak malu…kau suka budak tu ek?”usiknya lagi sambil menolak-nolak Haziq dengan hujung jarinya.”Comellah budak tu..”puji Balqis ingin melihat reaksi Haziq.”Biarlah kalau aku suka dia…kau pergilah balikkkkk.”marah Haziq kembali yang sebenarnya sudah merah-merah mukanya menahan malu.”Yelah,yelah…aku nak bagi buku lukisan kau ni,tertinggal atas meja makan tadi.”hulur Balqis dan segera di ambil oleh Haziq.Tiba-tiba seorang rakan Haziq menghampirinya,”Haziq,ini kakak kau ek?”tanya rakannya.”Bukanlah,dia ni sape ntah yang selalu datang tolong-tolong kat rumah aku.”balas Haziq laju.”Tapikan Haziq,budak perempuan tu tinggi la..lebih kurang tinggi ni, eh tinggi lagi kot..”kata Balqis sambil mengukur di atas kepala Haziq,sengaja menaikkan kemarahannya.”Takde kena-mengena dengan kau!”marah Haziq lagi.

“Eh dik,dik..akak nak tanya,nama budak yang tengah pegang bola tu ape ek?”soal Balqis kepada rakan Haiqal yang bertanyakan siapa dirinya tadi.”Oh,itu Alia…budak perempuan yang paling cantik dalam kelas.”jawap budak itu.”Oh..ok terima kasih dik.”ujar Balqis sambil tersengih-sengih .”Wow,boleh tahan…budak paling cantik dalam kelas…berani betul…”kata Balqis kepada Haziq.Dia kemudiannya terfikir sesuatu,lalu mengambil bola di tangan Haziq dan membalingnya ke arah budak perempuan itu.Kemudian,Balqis menarik tangan Haziq untuk pergi ke arah budak perempuan itu.”Sori..sori ye dik..ha dia ni nama dia Haziq Aiman bin Hashim,tinggi 136cm dan berat 53kg..kalau ada masa,korang bolehlah buat kerja rumah sama-sama!”ujar Balqis dalam satu nafas sambil menarik-narik Haziq yang ingin melarikan diri.”Janganlah Balqis…malulahhhhh”kata Haziq sambil menyorok-nyorokkan mukanya.”Yang kau pergi sebut berat aku tu kenapa?”marah Haziq.”Erk bukan 53kg ke?”tanya Balqis yang lurus bendul itu.”Hah??Takkan 63 kg plak?”tekanya lagi.”Bukanlah!”jerit Haziq kerana rasa dipermainkan oleh Balqis.”Kalau betul-betul sukakan seseorang kita kena jujur,barulah dia boleh kenal kita dengan sebenar-benarnya!”balas Balqis.

Balqis kemudiannya membisikkan sesuatu di telinga Alia yang kemudiannya menjawab,”Yeker?Terima kasih kak!”ujar Alia gembira.”Kau bisik apa dengan dia?”soal Haziq ingin tahu.”Takde ape,cuma aku cakap kat dia aku ada album gambar pelakon High School Musical dan kalau dia ada masa lepas ni,dia boleh datang rumah tengok album tu.”terang Balqis,tujuannya membuka jalan untuk Haziq berkenalan dengan Alia.”Apa tu High School Musical?”soal Haziq seperti orang bodoh.”Kau tak tahu ape tu High School Musical?”soal Balqis terkejut.”Kejap kejap aku tanya kawan-kawan kau,dik,adik tau tak ape tu High School Musical?”tanya Balqis.”Mestilah tau!”jawap mereka beramai-ramai.”Tengok,semua orang tahu..tulah asyik study je macam abang kau,lama-lama otak tu pun dah tak betul.”perli Balqis.

Akhirnya tengah hari itu,Alia membuat keputusan ingin mengikut Haziq balik ke rumah untuk melihat album gambar yang dijanjikan oleh Balqis.Semasa mereka sedang berjalan kaki menuju ke rumah Balqis berborak dengan Alia,”Alia suka siapa dalam High School Musical tu?”soal Balqis.”Alia suka Zac Efron..dia tu comel sangat la!”puji Alia.”Oooo…kak Balqis pun suka dia jugak.”balas Balqis.
****************

“Mama!mama,kitorang dah balik!”jerit Haziq sebaik sahaja membuka pintu rumahnya.”Besar kan rumah Haziq.”kata Haziq lagi.”Alia nak makan apa?Mama Haziq pandai buat kek tau..kek dia sedappp!”puji Haziq.Puan Amiza yang baru keluar dari dapur itu menegur Alia,”Hai Alia,comelnya dia!”puji Puan Amiza sambil mencubit pipi Alia yang gebu itu.”Haziq dengan Alia pergi naik atas dulu,duduk kat ruang tengah tu..kejap lagi kak Balqis bawak naik kek ok.”jelas Balqis sambil mengenyitkan matanya kepada Puan Amiza.
****************


“Dalam banyak-banyak artis Alia suka sape?”soal Haziq memecahkan kesunyian apabila Alia asyik melihat album gambar tanpa menghiraukan langsung Haziq disebelahnya.”Alia suka Zac Efron..”jawap Alia pendek.”Haz..Haziq pun suka dia.Dalam kelas kan diorang semua cakap muka Haziq macam muka Zac Efron.”kata Haziq.”Mana ada,tak sama langsung pun.”jawap Alia laju.”Ermmm…tak sama ke?”soal Haziq menggaru-garu kepalanya.Tiba-tiba Puan Amiza dan Balqis menaiki tingkat atas dan membawa dulang yang berisi dua potong kek dan dua gelas air oren.”Tengah buat apa ni?Kerja rumah belum buat lagi ke?Takpe,takpe makan ni dulu.”pelawa Puan Amiza.”Kitorang dah siapkan pun.”jawap Haziq bangga.”Wah,yeker?Bagusnya anak mama ni…meh mama ambik gambar kamu berdua.”kata Puan Amiza yang sememang kegemarannya merakamkan saat-saat indah anak-anaknya.Klik!Klik!”Ok..makanlah kek tu Alia,kami turun dulu ok..”ujar Puan Amiza sambil berbisik-bisik dengan Balqis yang sedang tersengih-sengih.
****************

Beberapa minit kemudian,Haiqal pulang ke rumah dan terus naik ke tingkat atas.Dia yang terkejut melihat adiknya bersama-sama seorang budak perempuan bertanya,”Haziq bawak kawan sekelas datang rumah ye?”soal Haiqal tersenyum.”Abang!Em..Alia nilah abang saya,Haiqal.”Comel..ok abang masuk bilik dulu.”ujar Haiqal sambil menghilang di sebalik pintu.”Abang Haziq tu handsome gilelah!”ujar Alia ternganga yang masih lagi tidak mengalihkan pandangannya ke pintu bilik Haiqal dan Haziq.”Dia memang handsome pun.”balas Haziq bangga yang tidak menyedari gadis idamannya jatuh suka pada abangnya.
****************


Seminggu kemudian…Ting!Tong!”Eh,Alia..nape datang?Nak jumpa Haziq ke?”soal Balqis terkejut melihat Alia yang bergaya dengan skirt dan cekak ribbon..di tangannya ada sebungkus hadiah.”Haziq takde,dia pergi sekolah,ada latihan taekwando.”jelas Balqis.”Erm…takpelah,Alia bukan cari dia,Alia cari abang Haiqal.”ujar Alia yang laju mendaki anak tangga ke tingkat atas sebelum sempat ditahan oleh Balqis.Dia kemudiannya meluru masuk ke bilik Haiqal.”Alia,abang Haiqal tengah study tu!”jerit Balqis di belakang tetapi tidak dipedulikan Alia.Balqis hanya memerhatikan telatah Alia dari muka pintu kerana masih malu untuk bersemuka dengan Haiqal.”Abang Haiqal,Alia ada bawak hadiah untuk abang Haiqal..”hulur Alia sebungkus kotak hadiah berbalut kemas.”Erk…terima kasih.”ujar Haiqal yang terkejut.”Alia sukakan abang Haiqal kali pertama Alia nampak abang Haiqal hari tu..abang Haiqal tak payah bagi jawapan dulu pun takpe,Alia taknak tahu sekarang.Oklah Alia balik dulu.”ujar Alia sambil berlalu dan terserempak dengan Haziq di muka pintu.”Tunggu sampai Alia besar ok!Eh,Hai Haziq!”tegur Alia ceria sambil berlalu.Haziq yang baru balik dari sekolah sudah terdengar kesemua perbualan dan berasa sungguh sedih sekali.Balqis yang ternampak reaksi Haziq yang berlari ke tingkat bawah segera mengejarnya.Haziq yang ternampak Balqis mengejarnya segera berkata,”Ni semua salah kau!”tengking Haiqal sambil berlari.”Aku?Aku buat apa?”tanya Balqis.Haziq kemudiannya menyorok di bawah tangga.Balqis ternampak Haziq yang sedang duduk termenung di bawah tangga lalu menghampirinya.

“Haziq…aku minta maaf…aku tak tahu benda ni akan jadi macam ni..”ujar Balqis dengan nada lembut sambil duduk di sebelah Haziq.”Ala apa yang hebatnya budak tu,dahlah tinggi…kalau kau berdiri sebelah dia mesti nampak pelik.”pujuk Balqis.Raut wajah Haziq terus berubah.”Ok,ok janganlah marah..lepas ni aku ajak kau pergi makan dekat restoran ayah aku nak?Senyumlah…kalau senyum barulah nampak comel..”pujuk Balqis sambil memicit-micit pipi tembam Haziq.”Pergi,pergi…aku benci kau!Pergilah,jangan kacau aku!”tengking Haziq sambil menolak-nolak Balqis dengan kasar.Tiba-tiba Balqis menangis dan membuatkan Haziq terhenti kerana selalunya jika dia berbuat begitu pasti dibalas dua kali ganda oleh Balqis,tetapi kali ini Balqis menangis teresak-esak.

“Sebenarnya aku pun macam kau…aku faham apa kau rasa,sebab kita berdua suka pada orang yang tak pernah sukakan kita..”ujar Balqis sambil teresak-esak.”Perasaan ni…betul-betul..buat kita sengsara…”tangis Balqis lebih kuat.Haziq yang mulai rasa bersalah itu tidak tahu cara bagaimana memujuk Balqis dan kemudiannya memicit pipi gebu Balqis sambil tersenyum-senyum.”Adui!Tengok aku nangis kau suka ek?”soal Balqis yang juga akhirnya tersenyum.

0 komen anda:





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.