Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Wednesday, June 24, 2009

Ceritera Cinta Kita 21

“Pening kepala ke Qis?”tegur Puan Amiza ketika mereka semua sedang bersarapan,ini kerana Balqis asyik memicit-micit kepalanya.”Erm..takde pape auntie,pening sikit je..”jawap Balqis.”Mama,mama Haziq nak roti letak telur goreng dengan sos.”pinta Haziq.”Ok,kejap mama letak ye.”jawap Puan Amiza sambil mengambil telur dan meletakkannya di tengah-tengah kepingan roti yang disapu sos.Huk!Huk!Huk!Huk!Haiqal terbatuk berkali-kali sehingga dia berdehem beberapa kali menahannya.”Kenapa abang batuk-batuk ni?Abang tak sihat ke?”soal Puan Amiza risau kerana Haiqal sebentar lagi akan menduduki peperiksaan kemasukan ke UM.”Balqis juga mulai risau keadaan Haiqal yang batuk tidak henti-henti itu.”Abang nak ubat tak?”soal Puan Amiza sambil bangun untuk mencari panadol.”Ubat…hah Qis ada ubat selesema ..hari tu Qis sakit kepala lepas tu Qis makan ubat ni..rasenya boleh guna untuk batuk ni.”hulur Balqis mengeluarkan sebotol ubat dari laci di sebelah meja makan.Haiqal segera menyambutnya dan menelan dua biji ubat itu.


“Ubat ni sure ek tak buat aku pening ke ngantuk ke?”soal Haiqal tiba-tiba.”Erm…rasenye tak..bak sini aku tengok.”kata Balqis sambil mengambil ubat itu dan membaca tulisan di sekelilingnya.”Alamak!!!Jangan ambil ubat ini jika anda ingin memandu atau memerlukan konsentrasi atau tumpuan penuh.”baca Balqis pada botol ubat itu.”Hah???Macam mana ni?”soal Puan Amiza kelam kabut.”Tak boleh jadi ni,biar Qis keluarkan.”kata Balqis meluru ke arah Haiqal dan menguakkan mulutnya untuk mengambil ubat itu.Uwekkkkkk!”Ei,kau nak bagi aku pun muntah juga macam semalam ke?”marah Haiqal sambil menepis tangan Balqis dari mulutnya,sesungguhnya dia hampir-hampir termuntah apabila Balqis menguakkan mulutnya sebentar tadi.”Dah tu kalau kau pening karang macam mana?”soal Balqis cemas dan diburu rasa bersalah.”Abang ok tak ni?Boleh tak jawap exam dalam keadaan macam ni?”soal Puan Amiza.”Ok..ok..jangan risau.”jawap Haiqal sambil bangun.”Abang pergi dulu,mama,papa.”Selepas mencium tangan mama dan papanya Haiqal segera berlalu.

Balqis yang tidak sedap hati segera berkata,”Auntie,uncle..Qis rasa elok kalau Qis teman Haiqal pergi tempat dia ambik exam..Qis risau jadi pape..”pinta Balqis.”Ok..Qis tolong tengok-tengokkan abang ye.”jawap Encik Hashim memberi persetujuan.”Qis pun jaga diri ok.”ujar Puan Amiza pula.”Ok,Qis pergi dulu.”ujar Balqis sambil berlari keluar tergesa-gesa.

Dia melihat kelibat Haiqal di hujung jalan dan berlari sekuat hati mengejarnya,”Haiqal!Tunggulah aku!Laju betul kau jalan,nasib aku lari.”ujar Balqis yang termengah-mengah.”Kau nak apa?”soal Haiqal pelik.”Aku nak hantar kau sampai depan dewan peperiksaan,baru hati aku lega..”jawap Balqis berterus-terang.”Aku risau kalau ubat tu bagi kesan pada kau.”katanya lagi.”Ha..aku nak bagi kau benda ni..”ujar Balqis sambil mengeluarkan sebatang pensel bercorak ‘Winnie The Pooh’ dari kocek seluarnya.”Pensel ni dah berjasa pada aku,masa exam yang aku dapat masuk TOP100 tu aku guna pensel ni la,pensel ni bawak tuah tau.Jadi aku harap kau pakai pensel ni.”kata Balqis sambil segera membuka beg galas Haiqal dan meletakkan pensel itu di dalam kotak pensel.Haiqal berpusing-pusing menghalang tetapi Balqis lagi cekap darinya,”Boleh tak kalau aku tak nak pakai pensel ni?”soal Haiqal tetapi tidak dihiraukan Balqis sambil menutup kembali beg Haiqal.”Ok siap!”ujar Balqis puas dapat meletakkannya.

“Bukan ke kau cakap kau taknak aku masuk UM?”soal Haiqal teringat kata-kata Balqis malam semalam.”Ak..aku tak pernah cakap camtu..aku..aku takkan pentingkan diri..”jawap Balqis laju.Dia tidak tahu yang isihatinya sudah diketahui Haiqal sewaktu dia mengigau malam semalam.
*************

Di dalam bas,Haiqal berdiri betul-betul di belakang Balqis walaupun bas itu penuh sesak.Balqis tahu yang Haiqal risaukannya diraba seperti dahulu, hati Balqis tersentuh apabila Haiqal memegang bahunya sewaktu bas menekan brek secara mengejut,dia terasa disayangi sementara Haiqal hanya melontarkan pandangan ke luar bas mungkin ingin menyembunyikan rasa malunya.Apabila sampai ke destinasi,Balqis menuju ke pintu bas untuk keluar tiba-tiba,”Balqis!Balqis!Tolong aku.”jerit Haiqal.Balqis segera menoleh dan melihat beg galas Haiqal tersangkut di tingkap bas kerana Balqis yang tidak menutup dengan betul beg itu semasa dia membukanya tadi.”Kejap..kejap..aku tarik.”jawap Balqis sambil menarik sekuat hati beg itu sehingga Haiqal tercampak ke hadapan dan tersungkur.Haiqal yang sedar dia menjadi tontonan semua penumpang segera turun dari bas dan membetulkan rambutnya.Balqis ni kan,saja je buat aku malu…ni semua salah dia!getus Haiqal di dalam hati.

Semasa mereka berdua turun dari bas dan berjalan menuju ke dewan peperiksaan,Balqis sempat bertanya pada Haiqal,”Haiqal,kau rasa takut tak nak ambik exam ni?”soal Balqis kepada Haiqal disisinya.”Tak.”jawap Haiqal pendek dan berjalan semakin laju.Sewaktu Balqis ingin berlari mengejarnya,tiba-tiba perutnya berasa amat sakit.”Aduh..sakitnya.”ujar Balqis perlahan sambil memegang perutnya.Haiqal yang sudah jauh ke depan mematah kembali ke belakang apabila menoleh melihat Balqis seperti menahan kesakitan.”Kau tak ape-ape ke?”soal Haiqal.”Aku..ok.Mungkin sebab aku makan banyak sangat kot malam tadi.”jawap Balqis sambil tersenyum menyembunyikan kesakitannya.
Mereka kemudiannya meneruskan kembali berjalan tetapi sesekali Haiqal menoleh Balqis yang berjalan agak lambat di belakangnya dan setiap kali dia menoleh dia dapat melihat wajah Balqis seperti menahan sesuatu sambil memegang perutnya.Akhirnya mereka sampai di pintu masuk dewan peperiksaan,”Kau boleh balik sekarang.”ujar Haiqal sambil memandang Balqis dengan ekor matanya.”Ok..good luck k!Chaiyok!”ujar Balqis bersemangat walaupun mukanya jelas sedang menahan kesakitan di perutnya yang semakin menyucuk-nyucuk.

Haiqal berasa pelik melihat Balqis begitu namun kemudiannya dia terus menghala ke dalam kawasan dewan peperiksaan.Tiba-tiba,”Eh ada orang pengsan la..!!”jerit seorang peniaga yang menjual goreng pisang di tepi jalan itu.”Macam mana boleh pengsan ni?Panas sangat kot?Kena buat CPR ni!”kedengaran suara orang ramai yang mula mengerumuni Balqis. Haiqal yang terdengar suara orang ramai segera menoleh dan berlari ke tempat dikerumuni orang ramai itu dan terlihat Balqis sedang terbaring di atas jalan raya!”Hey Balqis,kenapa dengan kau?”soal Haiqal cemas sambil menepuk-nepuk perlahan pipi Balqis.Balqis membuka mata sedikit,”Haiqal….jangan pedulikan aku...kau pergi je…ambik exam..nanti tak sempat.”kata Balqis dan kemudiannya terus pengsan.”Balqis!”jerit HaiqalTak boleh jadi ni,takkan aku nak biar dia kat sini.desis Haiqal di dalam hati.”Encik,dekat sini mana hospital atau klinik yang terdekat?”soal Haiqal kepada seorang lelaki disebelahnya.”Oh..encik jalan depan tu sikit je,belah kanan ada klinik.”beritahu lelaki itu.Selepas mengucapkan terima kasih Haiqal segera memangku Balqis di ribanya dan dia tiada pilihan melainkan mengendong Balqis ke klinik berhampiran.
*****************

“Dia kena jangkitan kuman pada perut yang dinamakan acute caecum.”ujar doktor itu kepada Haiqal.”Bagaimanapun keadaan dia tak serius,tapi dia mesti dah bertahan untuk jangka masa yang lama.”ujarnya lagi mengingatkan Haiqal yang Balqis asyik memegang perutnya sejak turun dari bas lagi.”Penyakit dia takkan jadi jangkitan Peritoneum kan?”soal Haiqal lagi.”Keadaan dah stabil jadi saya rasa takkan jadi macam tu..nampaknya awak agak berpengetahuan jugak ye.”puji doktor itu.”Maaf mengganggu,tapi saya perlukan butir peribadi encik untuk diisi.”sampuk seorang jururawat lalu Haiqal mengekorinya ke kaunter.”Saya tak bawak kad pengenalan la,kalau kad exam boleh?”hulur Haiqal sekeping kad.Tiba-tiba dua jururawat di kaunter itu tergelak-gelak,Haiqal segera melihat kadnya,”Good luck Haiqal..^_^!”..Ini kerja Balqis la ni..desis hati Haiqal melihat kad exam nya sudah di tampal sekeping nota kecil.“Erm..kalau ikut kad ni,awak kena ambil exam kan hari ni?”soal salah seorang jururawat itu. ”Pergilah..masih sempat lagi ni..jangan risau..keadaan pesakit dah stabil.Kami akan hubungi keluarganya secepat mungkin.”jelasnya.”Ok..terima kasih.”jawap Haiqal sambil berlalu ke bilik yang menempatkan Balqis.Dia mengintai melalui pintu yang dikuak sedikit.Dia tengah tidur..
**************

Balqis membuka matanya perlahan-lahan apabila terasa ada orang sedang memerhatikannya.Mesti Haiqal ni..ujarnya sambil membuka mata sambil tersenyum.”Warghhhh!”jerit Balqis apabila wajah Puan Amiza dan Pakcik Bakri betul-betul di hadapan mukanya, mereka berdua sedang menunduk menunggunya membuka mata.”Balqis!Balqis dah sedar!”jerit Puan Amiza gembira.”Kenapa dengan Qis?”soalnya pelik melihat keadaan sekeliling.”Sofea kena jangkitan kuman dekat perut.Nasib baik takde pape.Doktor pun cakap tak perlu operation.”terang Pakcik Bakri sambil mengusap kepala anak gadisnya.Sebaik menerima berita Sofea pengsan,dia kelam kabut bergegas ke klinik kerana terlampau risaukan permata hatinya yang satu ini.”Malam ni Qis dah boleh balik..risau auntie tau dapat call dari abang kata Qis pengsan.”ujar Puan Amiza pula sambil mengurut-urut tangan Balqis.”Haiqal…dia mana?”soal Balqis.”Lepas dia call auntie,dia terus pergi ambik exam dia la tu.”jawap Puan Amiza.Balqis hanya mengangguk kelegaan kerana tidak menjadi penyebab Haiqal tidak menduduki peperiksaan.
***************


Sepuluh minit kemudian,Tok!Tok!Wajah Haiqal terjengul di muka pintu.”Abang!!!!!”jerit Puan Amiza.”Eh mama baru sampai ke?”soal Haiqal selamba.”Abang!Abang tak pergi ambik exam ke?”soal Puan Amiza terkejut.”Abang lapar tadi,pergi makan kejap dekat kedai sebelah.”jawapnya lagi seperti tiada apa-apa yang berlaku.”Haiqal…kenapa tak pergi ambik exam?Masih ada masa lagi ni.”soal Pakcik Bakri pula.”Betul tu,kenapa Haiqal tak pergi ambik exam?Bukan ke Haiqal nak masuk U?”soal Puan Amiza bertalu-talu,geram bercampur marah.”Macam mana kita nak bagitahu papa ni?Haiqal betul-betul taknak pergi ke?”soalnya lagi.Tiba-tiba mereka semua terdengar tangisan Balqis dan semakin lama semakin kuat menyebabkan Puan Amiza segera meluru ke tepi katil Balqis.”Qis,kenapa Qis?Jangan nangis..”pujuk Puan Amiza.”Qis mintak maaf…”ujar Balqis dan kemudian menangis lebih kuat lagi,dia merasakan dialah punca Haiqal tidak dapat mengambil peperiksaan.

“Ini semua salah Qis!Qis yang buatkan Haiqal tak dapat ambik exam..”raungnya lagi.”Tak Qis…tak..abang cakaplah sesuatu..”ujar Puan Amiza yang sudah kelam kabut itu.”Qis takde sape salahkan Qis..Qis janganlah nangis ok.”ujar Puan Amiza lagi sambil memeluk bahu Balqis.”Auntie tetap sayangkan Qis,jangan nangis lagi ok?Abang cakaplah sesuatu.”kata Puan Amiza sambil mengelap air mata Balqis,penuh dengan sifat keibuan.”Semua ni salah Qis..Qis selalu menyusahkan hidup Haiqal..”ujarnya dalam esakan.”Tak Qis..mana ada..Qis tak salah..”pujuk Puan Amiza lagi.Dia benar-benar tidak menyalahkan Balqis kerana dia tahu Haiqal sengaja tidak mahu ke dewan peperiksaan kerana mengikut perkiraannya Haiqal masih sempat jika dia betul-betul mahu menduduki peperiksaan itu.Haiqal pula hanya mendiamkan diri sahaja tanpa memberikan sebarang penjelasan.

0 komen anda:





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.