Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Thursday, June 18, 2009

Ceritera Cinta Kita 15



“Wow…korang serius ke ni?korang dah siapkan kerja rumah yang cikgu bagi semalam?”tanya Rizal tidak percaya sambil tangannya membelek-belek buku Zati, Ika dan Balqis.”Macam ni korang bolehla masuk kelas A!”kata Ahmad pula berseloroh.Zati dan Ika hanya tersenyum-senyum bangga apabila kali pertama dalam hidup mereka dapat menyiapkan kerja rumah yang diberi.”Korang tipu ke?korang meniru kan?”teka rakan mereka yang lain.”Ehhh ape pulak tipu, ni senang je la,meh aku terangkan.”kata Zati dengan yakin.”Tengok ni A+AR=4..”terang Zati panjang lebar dan penuh yakin.”Dah siap!macam ni jerla.”kata Zati.”Eh aku paham la kau terangkan…apsal tiba-tiba aku rasa mudah faham ni ar?”kata Ahmad kagum.”Ha ah,nampak macam senang sangat lepas kau terangkan.”kata Rizal pula.”Tengoklah ni,semua jawapan pun betul!”kata Rizal lagi sambil melihat semua jawapan yang ditandakan betul oleh guru mereka.”Semua ni adalah jasa tak lain tak bukan..Haiqal Ariff The Genius!”jerit Ika dan Zati serentak.

“Haiqal Ariff?Macam mana dia boleh nak ajar korang pulak?”tanya Rizal pelik.”Ala,biasala Haiqal cuma nak ajar kitorang je kan Ika?”lagak si Zati sambil Ika terangguk-angguk.”Siap Haiqal bagitahu lagi apa soalan yang diramal keluar untuk peperiksaan percubaan minggu depan!”tambah Ika pula.”Wahhh kalau macam tu boleh tak kalau Haiqal ajar kitorang jugak?”tanya salah seorang rakan mereka.”Tak tahu,tanyalah Balqis.”serentak dengan itu semua pelajar kelas F mengerumuni Balqis,”Tolonglah Balqis,cakap dekat Haiqal…”rayu beberapa rakan-rakannya.Balqis menjadi serba-salah kerana takut dimarahi Haiqal.Dia sempat menjeling pada Zati dan Ika yang telah berjanji tidak akan memberitahu sesiapa mengenai siapa yang menolong mereka membuat kerja rumah.’Budak dua orang ni kan,memang tak leh caya betul!’getus hati Balqis.

“Hey,hey,hey,hey!!Qis jangan risau,Joe akan lindungi Qis!”kata Joe yang mencelah di antara rakan-rakannya untuk sampai ke sebelah Balqis.”Korang ni bodoh ke yang nak pergi mintak tolong si sombong tu?”marah Joe kepada sahabat karibnya,Ahmad dan Rizal.”Tapi Joe..kau cakap memang la senang tapi ni tentang masa depan kita semua tau..”jelas Rizal.”Ala..korang kena jadi macam aku,seorang yang bercita-cita tinggi..yang merancang masa depannya sendiri,takde apa yang perlu ditakutkan..”kata Joe lagak seorang YB yang sedang memberi ucapan.”Tengok ni..ini namanya “Perancangan Masa Hadapan”.”kata Joe sambil mengeluarkan sebuah buku nota kecil dari poketnya.”Aku dah pun buat keputusan yang aku takkan melanjutkan pelajaran ke universiti,aku akan melihat dunia luar dulu berbanding kau,kau dan kau.”kata Joe penuh yakin sambil menyambung,”Aku dah bersedia untuk bekerja dan menyediakan rumah yang indah untuk Qis,betul tak Qis?”tanya Joe kepada Balqis.”Walaupun kau ni bengap,tapi kadang-kadang cakap kau ni boleh pakai jugak kan.”kata Ika sambil yang lain mengangguk-angguk.”Maknanya kau dah dapat kerja?”teka Ahmad.”Yep,tempat tu hanya tunggu aku tamatkan persekolahan je dan lepas tu aku boleh sara hidup aku dan Qis lepas tu aku ada lagi satu rancangan,”Rancangan Percintaan”..”bebel Joe yang kemudiannya semua pelajar kembali ke tempat duduk masing-masing kerana malas ingin mendengar khayalan tidak masuk akal si Joe.
**************

Balqis tidak ada pilihan lain melainkan membenarkan rakan-rakan sekelasnya datang ke rumah untuk meminta tolong Haiqal mengajar mereka.Puan Amiza yang sememangnya ramah itu menyambut mesra kedatangan mereka sehingga sanggup mengadakan jamuan kecil di tepi kolam renang rumah banglo itu.Tiba-tiba loceng rumah berbunyi,Puan Amiza berlari mendapatkan pintu dan kemudian terjengul wajah Haiqal,”Haiqal dah balik,Haiqal dah balik!”jerit Puan Amiza memberi isyarat kepada pelajar-pelajar yang berada di tepi kolam renang untuk masuk ke dalam rumah.”Kenapa mama macam jerit-jerit je ni?”soal Haiqal pelik.Kemudiannya,sekelip mata sahaja di depan mata Haiqal berdiri seramai lebih kurang 20 orang pelajar kelas F yang lengkap berpakaian seragam sekolah,”Haiqal,tolong ajar kami!”rayu mereka.”Tak nak.”kata Haiqal dengan nada marah kerana dia tidak suka dengan suasana yang ramai orang.Tiba-tiba dia terfikir sesuatu,”Balqis!Balqis!”panggil Haiqal dengan kasar.

Balqis yang ketakutan keluar dan berdepan dengan Haiqal.”Sorry Haiqal,ak..aku tak sengaja..”rayu Balqis.”Aku dah agak,kau ni ada je benda nak bagi masalah kat aku.”marah Haiqal.”Tapi kau memang penyelamat kami Haiqal,tolonglah Haiqal..kalau kau tolong semua orang akan doakan kau.”pujuk Balqis.”Aku tak mintak doa dari korang la!”marah Haiqal sambil berlari ke tingkat atas dan dikejar oleh Balqis serta yang lain.
**************

Sementara itu ditempat lain,Rizal sedang membonceng motorsikal bersama Joe,hanya mereka berdua sahaja yang tidak pergi ke rumah Haiqal.”Rizal,kenapa kau sorang je ar?Mana Ahmad?”soal Joe.”Ahmad..Ahmad…dia dekat sekolah..eh,dia ada dekat rumah,dia kata kucing kesayangan dia baru beranak.”belasah Rizal kerana takut Joe tahu yang Ahmad berada di rumah Haiqal.”Hmmm dia tu kalau tak nak ikut je plan kita,mesti bagi alasan pelik-pelik.”kata Joe yang lurus bendul itu pula.Rizal yang sebenarnya juga mahu ke rumah Haiqal tiba-tiba bersuara,”Joe..kau kan busy nak cari kerja sekarang ni,nape kau ada masa bawak aku ronda-ronda ni?”kata Rizal.”Ha ah la,erm kau turunlah aku ada hal nak buat ni untuk sediakan macam-macam untuk masa depan Qis nanti.”kata Joe sambil memberhentikan motorsikalnya di bahu jalan.
**************

Lewat petang itu, Encik Hashim yang baru pulang dari kerja terkejut melihat barisan kasut yang tersusun di pintu rumahnya.Puan Amiza yang membukakan pintu terus menarik tangan Encik Hashim untuk melihat keadaan di tingkat atas.”Tengoklah,terkejutkan papa?”soal Puan Amiza ceria.Encik Hashim hanya tersenyum melihat Haiqal yang sedang menulis formula-formula matematik di whiteboard yang sememangnya ada di kawasan ruang tengah tingkat atas itu.”Salin semua ni,lepas ni aku akan tunjukkan contoh-contoh yang lain..kalau korang masih tak paham juga,tak tahulah nak cakap apa.”terang Haiqal yang bermulut bisa itu.Rizal yang baru sampai terkocoh-kocoh menyelit di celah-celah rakannya untuk menyalin nota yang diberi Haiqal.”Papa tengoklah,sejak Balqis hadir dalam hidup abang,abang nampak berubah benar kan papa?”soal Puan Amiza.”Ha ah,betul jugak mama cakap tu.”balas Encik Hashim mengiakan.”Kelakarlah bila tengok Haiqal yang kena buli dengan Balqis.”kata Puan Amiza kerana dia tahu anaknya tidak pernah kalah dengan permintaan sesiapa pun sebelum ini.
**************

“Ok,hari ni saya mewakili kami semua,nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Puan Amiza sekeluarga.”kata Ahmad penuh sopan santun kepada Puan Amiza ketika mereka semua sudah berada di luar kawasan rumah Haiqal.”Sama-sama..kamu semua ni comellah,lain kali datang lagi ye.”ujar Puan Amiza ramah.”Terima kasih Haiqal sebab sudi ajar kami!”serentak suara pelajar kelas F bergema,Haiqal hanya sekadar menggangguk sambil bersandar di pagar rumah.”Terima kasih Balqis!”kata mereka lagi.
*************

“Penat?”soal Balqis pabila melihat Haiqal yang termenung di ruang tamu rumah itu.Balqis kemudiannya menghulurkan oatmeal yang baru dibuatnya.”Ini bukan kopi.”kata Haiqal sambil menjenguk ke dalam mug itu.”Kau tak boleh minum kopi,kau kan penat..kalau minum kopi nanti tak boleh tidur.”jelas Balqis.”Minum oat ni senang sikit nak tidur.”katanya lagi.Haiqal kemudiannya menghirup oat itu sehingga habis.”Penatnya….arghhh.”kata Haiqal sambil meregangkan otot-otot tangannya.Balqis terasa bersalah apabila mendengar kata-kata dari mulut Haiqal itu,”Aku nak minta maaf,aku selalu bagi masalah pada kau tapi..semua orang gembira sangat hari ni.Semua yang kau terangkan mudah sangat untuk kitorang faham..”kata Balqis lagi.”Dan aku rasa trial exam kali ni mesti semua orang boleh pass..”Balqis yang terpandangkan Haiqal yang seolah-olah tidak mahu berbual terus bangun dan berkata,”Oklah,kau masuklah tidur..aku tak kacau kau..selamat malam.”kata Balqis sambil berpusing untuk naik ke atas.

“Aku nak tanya kau..kenapa korang semua bersungguh-sungguh pada sesuatu benda?”soal Haiqal.Balqis kemudiannya kembali semula duduk di sofa di ruang tamu itu,”Maksud kau?Aku tak faham.”tanya Balqis.”Kenapa korang semua nak sangat masuk universiti?”Balqis hanya tersenyum mendengar soalan Haiqal,”Kau sangat pandai Haiqal,mana mungkin kau dapat rasa perasaan tu..universiti seolah-olah memang diciptakan khas untuk orang-orang yang pandai macam kau..”kata Balqis sebelum menyambung,”Tapi walaupun kami budak-budak kelas F bodoh dan selalu dapat markah teruk tapi kitorang pun ade cita-cita kitorang.Jadi demi cita-cita tu kitorang kenalah berusaha bersungguh-sungguh.”jelas Balqis.”Tapi..realitinya aku taknak masuk U.”luah Haiqal.”Kenapa kau taknak masuk U?”soal Balqis sedikit terkejut.”Sebab aku tak perlukan orang untuk ajar aku, aku lebih suka belajar sendiri.”kata Haiqal berterus-terang.

“Tapi U bukan semata-mata tempat untuk belajar tentang akademik!Ada banyak aktiviti dekat U yang boleh kau belajar.Demi untuk mencapai cita-cita,belajar sesuatu itu penting!”kata Balqis penuh semangat.”Macam mana dengan kau?Apa tujuan kau belajar?”soal Haiqal penuh minat.”Aku?Aku..aku boleh tolong ayah aku dekat restoran satu hari nanti.Tapi kau lain,kau pandai..kau kena sumbangkan sesuatu untuk masyarakat.”ujar Balqis.”Itu yang paling penting tapi itulah yang sering manusia lupakan..”kata Balqis yang kemudiannya terpandang Haiqal yang memandangnya tanpa berkelip.”Em..em aku rasa macam aku dah cakap banyak sangat lah..”ujar Balqis malu-malu.”Tapi kan..kau pernah tak teringin sangat satu benda ni dan kau usaha sungguh-sungguh untuk dapatkan benda tu?”soal Balqis untuk menutup perasaan gementarnya pabila di tenung sebegitu oleh orang yang dicintainya.”Tak pernah.”pendek jawapan Haiqal.


“Hurm..patutlah,orang pandai macam kau semua benda boleh dapatkan.Sebab tu kau tak dapat rasa perasaan tu.”kata Balqis pula.”Aku jealous dengan korang,aku betul-betul nak rasa perasaan tu.”luah Haiqal tiba-tiba.”Erm,oklah aku nak masuk tidur dulu,selamat malam.”kata Haiqal segera berlalu sebelum sempat Balqis berkata apa-apa.”Selamat malam..”ujar Balqis perlahan.’Aku tak tahu kenapa tapi dalam masa yang singkat tadi, aku seolah-olah dapat kenal diri kau yang sebenar Haiqal..’detus hati kecil Balqis.
**************

Peperiksaan percubaan bagi pelajar Tingkatan 5 Sekolah Seri Angsana pun bermula.Ramai guru yang terkejut dengan perubahan pelajar Kelas F semasa menjawab kertas peperiksaan.Kesemua mereka nampak bersungguh-sungguh dan tidak menoleh kiri kanan langsung seperti kebiasaan,mereka tidak langsung curi-curi melihat jawapan rakan di sebelah.Dan yang lebih mengejutkan, semasa guru-guru menanda kertas mereka,kebanyakannya menunjukkan peningkatan mendadak.”Betul ke diorang ni?Macam tak percaya je.”kata Cikgu Elina yang sedang memeriksa kertas matematik pelajar kelas F.Cikgu Azman yang mendengar terus menghampiri,”Eh betullah ni,cuba tengok cara kerja diorang,semua berbeza kan.”pertahan Cikgu Azman.
**************

“Keputusan peperiksaan kamu semua telah pun diberikan pada saya..”jelas Cikgu Azman di dalam kelas selepas seminggu mereka berhempas pulas menjawap soalan peperiksaan percubaan.Raut wajah Cikgu Azman yang tampak sedih itu menakutkan lagi pelajar-pelajar kelas F.”Sebenarnya..keputusan kamu semua…sangat tidak disangka-sangka…MENINGKAT!”jerit Cikgu Azman dan disambut dengan sorakan dari pelajar-pelajar Kelas F.Mereka semua berasa bangga kerana buat kali pertamanya keputusan mereka meningkat.”Wah,akhirnya aku berjaya lulus exam kali ni,terima kasih semua..terima kasih.”kata Joe yang bersalaman dengan rakan-rakan sekelasnya.”Saya betul-betul tak sangka kamu semua boleh lulus..”luah CIkgu Azman terharu.”Saya bangga dengan kamu semua!”luah Cikgu Azman yang sudah bergenang air matanya itu.

Tiba-tiba,”Joe,kamu ke sini sekejap.”panggil Cikgu Azman.”Kenapa Cikgu?Cikgu nak bagi hadiah kat saya ek.Takpelah cikgu,tak payah susah-susah.”teka Joe gembira.”Sebenarnya saya nak bagitahu yang kamu seorang sahaja yang tidak lulus dalam peperiksaan kali ni.”terang Cikgu Azman.”Mari ikut saya ke bilik guru supaya kita boleh berbincang.”kata Cikgu Azman lagi.Joe yang terkejut hanya mengikut sahaja dengan muka seposennya.
**************

Semasa pulang dari sekolah,Balqis terserempak dengan Haiqal di pintu pagar sekolah dan berjalan bersama-samanya.”Tahun ni merupakan tahun yang paling gembira dalam hidup aku!”kata Balqis penuh ceria.”Sepanjang 17 tahun aku hidup atas muka bumi ni,tahun ni merupakan tahun yang paling banyak bawa masalah pada aku!”jerit Haiqal pula sambil menjeling kepada Balqis.Balqis yang sedar Haiqal memerlinya hanya mencebikkan bibirnya.



2 komen anda:

Anonymous said...

cite ni cam komik xigt tjuk tp nme watk kotoko ngan irie kun

PutriSalju said...

yup dari manga jepun yang bertajuk itazura na kiss..=)





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.