Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Sunday, June 28, 2009

Ceritera Cinta Kita 25

“Selamat datang!”kata salah seorang lelaki di dalam kelab di sebelah kanannya itu.”Comellah dia.”terdengar mereka berbisik sesama sendiri sambil memandang Balqis ke atas ke bawah.Balqis yang masih lagi terkejut kerana yakin yang Haiqal memasuki bilik ini hanya terdiam.”Ha ah la,aku rasa dia junior.”suara seorang lagi.”Rasanya,aku harap dia join kelab kita ni.Korang cepatlah panggil dia.”kata seorang lagi.”Cik adik,masuklah kelab kitorang ni.”Balqis yang tidak tahu ingin memberi reaksi hanya mengikut mereka ke kawasan kelab mereka di sebelah kanannya.”Jangan kacau dia,dia kelab kitorang tau.”jerit salah seorang lelaki itu kepada budak-budak kelab CPR yang sedang memandang mereka.”Inilah kali pertama orang perempuan sudi masuk kelab kitorang.”kata seorang lelaki teruja sambil memberikan sehelai kertas kepada Balqis untuk diisi butir peribadinya.”Jadi,dah berapa lama awak ni terlibat dalam bidang melukis komik?”soal lelaki itu,ingin tahu.”Tapi takpe kalau awak takde bakat,kami tetap terima.”jawab lelaki itu tersengih-sengih.

“Kejap-kejap,ini kelab apa ek?”soal Balqis pelik tetapi tetap mengisi borang itu.”Kelab Anime/Manga!”jawab lelaki itu.”Awak suka baca manga apa?”tanya lelaki itu lagi.Balqis yang mula terasa bertambah pelik itu terhenti menulis seketika.”Sign dekat sini..sign dulu.”kata lelaki itu dan Balqis hanya mengikut sahaja,dia kemudiannya terdetik ingin bertanyakan sesuatu yang membuatnya musykil sejak dari tadi,”Tadi kan,ada sorang lelaki tinggi-tinggi ada masuk dalam bilik ni kan?Dia pergi mana ek?”soal Balqis benar-benar ingin tahu.”Oh,budak laki tu ke?Dia hanya cakap ‘hello!’ lepas tu dia keluar balik.”jawap mereka.”Pelik betul.”ujar Balqis sambil mengurut-urut dagunya memikir ke mana Haiqal pergi.Mereka kemudiannya mengambil borang yang telah diisi oleh Balqis dengan segera,takut Balqis menukar fikiran dan tidak mahu menjadi ahli kelab mereka.Tiba-tiba salah seorang dari mereka bersuara,”Kitorang tengah dalam proses siapkan manga cerita seram,saya rasa wajah awak sesuai la untuk watak hantu utama manga tu,rambut awak macam Sadako dalam cerita ‘The Ring’”kata lelaki itu.

Balqis tiba-tiba bangun setelah memahami yang Haiqal telah mengenakannya,Cet!kau tipu aku ye Haiqal!Takpe aku akan cari kau sampai ke lubang cacing!getus hati Balqis sambil berlari ke muka pintu.”Eh,awak nak pergi mana?Kita tak berkenalan lagi ni!”jerit lelaki itu,yang juga merupakan presiden kelab Anime/Manga.”Ok,nanti jangan lupa datang ke perjumpaan kelab!”jeritan lelaki itu sayup-sayup di pendengaran Balqis yang sudah jauh melarikan diri.
**************

Balqis yang berjaya melarikan diri dari kelab itu segera menyembunyikan dirinya di hujung bangunan kelab.”Berani dia kata rambut aku macam Sadako??”ngomel Balqis sambil berpusing ingin keluar dari persembunyiannya,tiba-tiba dia bertembung agak kuat dengan seorang lelaki hingga hampir terjatuh.”Kau ni…”ujar lelaki itu cuba mengingatkan dimana dia pernah berjumpa gadis dihadapannya.”Balqis..”jawap Balqis memperkenalkan diri.”Oh,hai Balqis.”ujar lelaki itu.”Kau ni bukan ke senior yang duduk semeja dengan Haiqal dekat kafeteria tadi? “tanya Balqis apabila teringat kejadian di kafeteria sewaktu dia mencuri dengar perbualan mereka.”Hai Senior!”ujar Balqis teruja kerana ingin menanyakan sesuatu yang sangat ingin diketahuinya.”Hai,bye!”jawap Zek acuh tak acuh dan ingin berlalu tetapi segera dihalang Balqis.”Senior,saya nak join kelab senior!”ucap Balqis kerana dia tahu yang Haiqal setuju memasuki kelab yang sama dengan seniornya tetapi dia sesungguhnya tidak tahu kelab itu ialah Kelab Tenis.

Zek memandang Balqis atas bawah dan berkata,”Aku rasa kau tak layak lah.”kata Zek sinis.”Nape pulak aku tak layak?Rambut aku takdelah serabai macam rambut kau.”jawap Balqis sambil memuncungkan bibirnya,memang rambut Zek pelik kerana dia membuat stail seperti penyanyi kulit hitam hiphop.”Aku bukan cakap pasal rambut,nah kau bacalah sendiri.”kata Zek menghulurkan sekeping kertas dan terus berlalu.Balqis meneliti ayat-ayat di dalam kertas itu..

Syarat-syarat Kemasukan:

1.Ketinggian:
Lelaki -180cm ke atas.
Wanita-165cm


Ini aku tak cukup..desis Balqis di dalam hati.Kemudian dia membaca lagi..

2.IQ -100 ke atas
Ini pun aku tak cukup,aku 75 je..
Balqis semakin kecewa dan syarat akhir…

Kadar lemak dalam badan…
Ini dah melampau ni!
Balqis segera mengejar Zek yang sudah jauh ke depan.”Senior,ini namanya diskriminasi pada orang yang pendek,tak pandai dan banyak lemak!Ini lagi teruk dari kelas A dulu ni!”jerit Balqis.Zek yang ternampak Balqis menuju ke arahnya segera masuk ke dalam bilik kelab Tenis.
***************

“Saya rasa gembira dapat berjumpa kamu semua semula untuk semester kali ni.Ada sesiapa yang berat badan bertambah?”soal presiden Kelab Tenis itu agak serius sambil menyambung kembali,”Kelab Tenis ni ditubuhkan sejak universiti ini pertama kali dibuka lagi.Kelab ini sangat lama dan elit,dan rekodnya sentiasa cemerlang tahun demi tahun.Dan untuk mengekalkan prestasi kita pada tahun ini,saya amat berbesar hati dengan kedatangan 2 ahli baru yang hebat menyertai kita iaitu Haiqal Ariff dan Tiara.”ujarnya sambil tersenyum ke arah Haiqal dan Tiara yang sedang duduk di kerusi panjang di sudut bilik kelab itu.”Saya percaya yang penyertaan mereka akan menambahkan lagi kekuatan kelab kita ni dan menebus kembali maruah kelab kita yang hanya mendapat tempat ketiga dalam kejohanan tenis antara universiti tahun lepas.”ucapnya lagi penuh semangat.Semua ahli di dalam bilik kelab itu memberikan tepukan gemuruh tanda sokongan kepada Haiqal dan Tiara.

Tiba-tiba,dengan tidak disangka-sangka,ketukan kedengaran di luar bilik kelab itu dan segera wajah Balqis yang ceria terjengul di muka pintu.Dia segera masuk ke dalam bilik kelab itu dan menghampiri presiden kelab,”Senior,saya tersangatlah nak join kelab ni,boleh tak?Saya akan berusaha bersungguh-sungguh!”kata Balqis begitu mengharap dan dia menoleh sedikit seraya terpandang Haiqal yang sedang memandang tajam ke arahnya.Balqis hanya mengukir senyuman kemenangan.Zek yang terkejut kerana Balqis berani masuk ke dalam bilik kelab itu segera menghampiri,”Cik adik,bukan aku dah cakap ke yang kau tak layak?Apa kata kau datang balik bila tinggi kau dah cukup 165cm?”soal Zek sinis.”Tapi..tapi aku ingat..kejap-kejap.”kata Balqis sambil mengeluarkan sebuah buku dari begnya.”Aku ingat lagi,dalam buku peraturan universiti ni ada sebut,ha yang ni..Setiap pelajar universiti ini boleh menyertai mana-mana kelab yang sah berdaftar di bawah universiti.”baca Balqis sambil menunjukkan tulisan dalam buku itu untuk membuktikan kata-katanya.”Tengok aku tak tipu,ada tulis kat sini.”kata Balqis lagi.

“Cik adik,setiap kelab ada peraturannya sendiri,memandangkan kau tak cukup syarat kemasukan..kau tak boleh join kelab ni.Aku tak boleh tolong kau,sorry.”kata Zek yang mula bertikam lidah dengan Balqis.”Habis kalau aku tak layak,kau tu?”perli Balqis pada Zek yang pada pandangannya tidak berapa tinggi dan agak berisi orangnya.”Aku tengok kau tinggi sikit je dari aku,tak mungkin tinggi kau 180cm!”kata Balqis sambil memuncungkan bibirnya kepada Zek.Zek yang terasa malu dengan kata-kata Balqis segera menjawap,”Ok,ok kau boleh join.”balas Zek mengaku kalah.”Presiden dan kawan-kawan semua,sebagai senior saya nak recommend dia ni…apa nama kau?”soal Zek terlupa.”Balqis Sofea binti Bakri!”jawap Balqis tersenyum-senyum.”Ha..Balqis,untuk menyertai Kelab Tenis kita.”ujar Zek memperkenalkan Balqis.Haiqal hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Balqis.Hebat betul kau boleh cari aku..desis hati Haiqal.”Hai semua!Nama saya Balqis Sofea bin Bakri..nice to meet u all!”ucap Balqis teruja kepada semua ahli di dalam bilik kelab itu.

“Baiklah,memandangkan Zek selaku orang lama telah memilih dia,kita harus mengalu-alukan penyertaan Balqis di dalam kelab kita.”umum presiden kelab.Balqis yang duduk di sudut kelab itu pada mulanya teruja mendengar ucapan Presiden Kelab Tenis akhirnya tertidur di tempat duduknya.”Balqis!Balqis!Bangunlah.”panggil Zek disebelahnya.”Bangun,ucapan akhir dari presiden tu.”kata Zek menggoyangkan bahu Balqis beberapa kali.Balqis segera bangun dan berdiri seperti ahli-ahli lain.”Akhir sekali,saya nak ingatkan disini,jangan anggap ringan pada kelab kita.Faham?”soal presiden agak tegas.”Faham!”jawap mereka semua serentak termasuk Balqis yang masih mamai itu.”Ok,kamu boleh bersurai.”balas presiden kelab sambil berlalu keluar diikuti ahli-ahli lain.Balqis tercari-cari Haiqal tetapi tidak nampak langsung batang hidungnya,”Macam mana Haiqal dengan Tiara boleh takde?”soalnya kepada Zek.”Diorang dah blah la.”jawap Zek.”Dah blah?”
**************

Malam itu di dalam biliknya,Balqis sudah siap menyarung pakaian sukan untuk bermain tenis esok petang.Dia mengambil raket tenisnya dan berangan-angan sedang berlawan dengan pemain tenis dunia.”Federer,kau dah bersedia?”soal Balqis sambil menghayunkan raket tenisnya.Kemudian dia membuat suara lain pula,”Aku dah bersedia William,ayuh kita mulakan!”kata Balqis menjawap sendiri soalannya.Balqis kemudiannya membuat pelbagai aksi seperti sedang memukul bola tenis dan kemudian,
”Federer,kau betul-betul hebatlah lepas berlatih.”
”Kau pun tak kurang hebatnya.”
“Eh Sampras!Kau masih aktif lagi ke?Bukan kau dah bersara?”
“Sebab aku gemarkan bakat kau William!”
“Baiklah,aku akan tunjukkan bakat aku yang buatkan kau bersara semula!”
“Wow,kau betul-betul hebat!”
“Mestilah,aku berlatih tiap-tiap hari dekat tennis court!”
“Balik jelah Sampras,kau takkan boleh kalahkan aku!”

Kesemuanya dialognya direka sendiri oleh Balqis sambil berangan-angan membalas pukulan dari pihak lawan dan apabila dia memusing ke belakang,di tepi pintu,”Oh mak kau Sampras!Haiqal!Haziq!”jerit Balqis sambil memalingkan mukanya ke hadapan.Malunya aku,mesti diorang dah tengok dan dengar semuanya..TIDAK!!!jerit Balqis di dalam hatinya.”Ken..kenapa korang boleh ada kat sini?Kenapa tak ketuk pintu dulu?”soal Balqis marah bercampur malu.”Mana ada orang ketuk pintu kalau pintu dah ternganga luas.Lagipun aku nak bagitau kau yang makan malam dah siap..mana aku tau kau tengah berlakon kat atas ni.”jawap Haziq ketawa berdekah-dekah.”Takpelah Haziq,Balqis tu tengah sibuk lawan dengan Sampras tu..baik kita jangan kacau dia.”perli Haiqal pula sambil menahan ketawanya yang hendak pecah.”Kami mintak maaf,sila teruskan Balqis,Sampras.”perlinya lagi sambil berlalu.”Abang,sape-sape yang kena berpasangan dengan dia mesti tak tahan.”ujar Haziq pula.Tak guna dua ekor makhluk ni,berani diorang tengok aku berangan…MALUNYA AKU!!!!

0 komen anda:





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.