Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Saturday, June 13, 2009

Ceritera Cinta Kita 11


Di dalam bas menuju ke sekolah…
“Adoiyaiii,sakitnya badan aku ni.”ujar Balqis seorang diri sambil mengetuk-ngetuk bahunya.”Ni mesti pasal aku tertidur kat meja malam tadi ni,seluruh badan sakit..tengkuk aku ni dah terkehel agaknya…adoi.”bebel Balqis seorang diri.Dia yang memegang tiang besi seperti biasa berdiri di bahagian depan bas manakala Haiqal nun di bahagian paling hujung bas.”Nape aku rasa macam ada orang pandang aku je ni?”kata Balqis pada dirinya sendiri apabila dia terasa ada orang sedang memerhatikannya dari ekor matanya.”Takkan Haiqal lak?Tak mungkin..”jawap Balqis sendiri.Tiba-tiba terasa sesuatu,”Alamak, ada orang raba aku lagi ni!”pekik Balqis di dalam hati.Dia cuba menepis-nepis tangan itu tetapi semakin ligat pula tangan itu menyelak skirt yang dipakainya.

Kali ini di dalam kepadatan orang ramai di dalam bas itu, Balqis dapat melihat dengan jelas wajah orang yang merabanya,seorang lelaki tua!Balqis tekad kali ini dia akan cuba menjerit untuk mempertahankan maruah dirinya,dicarinya wajah Haiqal tetapi tidak kelihatan kerana dihalang oleh penumpang yang ramai.Sebenarnya Joe juga turut berada di dalam bas itu setelah mendengar cerita dari Balqis yang dia telah diraba banyak kali di dalam bas.Joe ingin membantu Balqis membalas dendam pada si peraba itu tetapi malangnya dek kerana Joe duduk di bahagian hujung bas jadi agak susah untuknya mendapatkan Balqis.Sedang Joe berusaha untuk bangun menuju ke arah Balqis, bas itu tiba-tiba berhenti dan membuatkan Joe hilang kawalan lalu terduduk di atas riba seorang perempuan gemuk.”Ah,tolong-tolong,ada orang buat gangguan seksual pada saya!”jerit wanita itu.Semua orang dibelakang mengerumuni Joe dan dia sudah tidak dapat melihat keadaan Balqis lagi.

’Macam mana ni, aku nak jerit jugak,tak kira!’getus Balqis di dalam hatinya.Baru saja dia ingin membuka mulutnya untuk menjerit tiba-tiba..”Mengikut undang-undang,sesiapa yang melakukan gangguan seksual tidak kiralah secara lisan ataupun sentuhan boleh dikenakan denda RM10,000 dan penjara 5 tahun atau kedua-duanya.”kata Haiqal yang tiba-tiba muncul di sisi Balqis.Haiqal memegang tangan orang tua itu begitu kuat sekali apabila orang tua itu cuba untuk melarikan diri.”Haiqal!”jerit Balqis terkejut bercampur terharu.

“Aku tak buat ape pun lah!”ujar orang tua itu mempertahankan dirinya yang nyata bersalah.”Encik,encik bukan muda lagi.Kalau encik ada anak perempuan dan orang lain buat macam ni dekat anak encik,apa encik rasa?”soal Haiqal kasar.”Jom Balqis,kita naik bas lain.”ujar Haiqal lalu mereka berdua turun dan menaiki bas lain.Di dalam bas baru itu, Haiqal berdiri betul-betul di belakang Balqis,Balqis yang berasa terlalu gembira hanya mendiamkan diri sahaja,begitu juga Haiqal.”Terima kasih Haiqal,dengan adanya kau disisi aku,aku rasa selamat.”bisik hati Balqis bahagia.
**************


Sementara itu berlainan pula dengan Joe yang telah dibawa ke balai polis kerana dituduh meraba seorang wanita gemuk di dalam bas.”Tuan,tuan kena tolong saya, lelaki ni duduk atas saya tuan.”jelas wanita gemuk itu dengan gaya tergedik-gedik kepada polis bertugas.”Tuan,takkanlah saya nak duduk atas dia sengaja,tak mungkinlah tuan.Bas tu brek secara tiba-tiba,sebab tu saya terduduk atas dia tuan.”rayu Joe beria-ia.Dari tingkah laku perempuan gemuk itu dia dapat mengagak wanita itu dua alam,maknanya golongan lelaki yang ingin menjadi perempuan.’Heee geli aku,takde masa nak raba kau la.Waaaaaaaaa!!!!!!!!’jerit Joe di dalam hati.
*************

Selang beberapa hari selepas itu, Joe mengajak Zati,Ika,Ahmad dan Rizal untuk menghendap rumah Haiqal yang juga rumah yang didiami oleh Balqis.”Joe,aku rasa macam kita ni tengah curi-curi masuk rumah Haiqal je la.Nanti kalau Balqis tau mesti dia marah.”ujar Zati sedikit gusar kerana mereka menyorok-nyorok masuk dari guard house di kawasan perumahan elit itu.”Ahhh,aku tak peduli kalau diorang nak marah!Hati aku ni rasa tak sedap sejak dapat tau Balqis serumah dengan Haiqal.Aku makan tak basah, mandi tak kenyang..macam mana kalau si genius tu tiba-tiba serang Balqis dalam bilik???”ujar Joe yang amat risau sehingga tunggang terbalik kata-katanya.”Balqis tu dah la comel,sopan orangnye..mestilah Haiqal tu kacau nanti!”kata Joe lagi.Mereka berempat yang mendengar pujian dari mulut Joe yang langsung tidak menggambarkan diri Balqis pada pandangan mereka itu hanya mencebik,”Aku tak rasa Haiqal tu akan buat macam tu, dia tu macam komputer..takde perasaan.”nafi Zati.”Em,kalau Balqis yang buat macam tu aku percayalah!”kata Ika pula sambil tergelak-gelak.
*************

Sementara itu, di dalam rumah banglo itu…
“Sedapnya masakan kau Bakri,patutlah kau jadi chef!”puji Encik Hashim dan Puan Amiza.Hari ini, Pakcik Bakri telah memasak banyak lauk-pauk sebagai tanda berterima kasih kepada keluarga Encik Hashim yang memberinya anak beranak menumpang di rumah itu.”Korang sekeluarga layan kami dengan baik,ni jelah cara yang aku mampu untuk balas budi korang.”kata Pakcik Bakri sedikit terharu.”Eh..takde ape lah Bakri, kita ni kawan baik dah macam sedara tau.”kata Puan Amiza memujuk.”Ok,kalau macam tu jangan segan-segan makan banyak-banyak..Haiqal,Haziq.”pelawa Pakcik Bakri.”Ala, lupa plak nak beli air batu campur..kalau benda ni memang lawannya ABC.”kata Pakcik Bakri,dia kemudiannya memandang Balqis.”Sofea,boleh tolong ayah belikan ABC tak dekat gerai yang hujung jalan keluar sana tu?”tanya Pakcik Bakri.”Boleh ayah..”jawab Balqis lantas menuju ke pintu hadapan.”Eh, abang pun pegilah sama,berat nak angkut ABC 6 bungkus tu.”usul Puan Amiza yang sengaja mencipta peluang itu.”Haziq nak ikut jugak!!!!”jerit Haziq apabila melihat Haiqal sudah berlalu.”Tak payah!Haziq makan je yer..”ujar Puan Amiza laju.

Sebaik sahaja mereka keluar dari rumah, Puan Amiza segera berkata, “Diorang tu sepadan kan?””Yeker?”tanya Pakcik Bakri.”Papa,meh sini..kita kena bincang ni.”tambah Puan Amiza yang semakin teruja.”Bakri,apa kata..”jelas Puan Amiza.
**************

Di pintu pagar rumah, Haiqal segera bertanya pada Balqis.”Eh,duit kau bawak tak?”soal Haiqal.”Alamak lupa lak.”ujar Balqis.Mereka berdua segera masuk ke dalam rumah kembali.Haiqal yang berjalan di hadapan terdengar suara riuh rendah di ruang tamu rumah dan mengarahkan Balqis diam untuk mendengar butiran perbincangan ibubapa mereka.

“Bakri,kau hanya ada Balqis je kan dan macam tu jugak Balqis yang hanya ada kau..pernah tak kau terfikir yang satu hari nanti bila Balqis berkahwin, kau akan keseorangan?”tanya Puan Amiza.”Ha ah..mesti aku sedih..”kata Pakcik Bakri.”Jadi, kalau Balqis kahwin dengan orang yang kau kenal dan kau bersahabat baik dengan orang tu, korang boleh duduk sebumbung bersama walaupun Balqis dah berkahwin!”kata Puan Amiza teruja.”Maksud kau..”ayat Pakcik Bakri disambung,”Maksud aku,kalau Balqis kahwin dengan Haiqal,kan lebih bagus?”ujar Puan Amiza memberi cadangan.”Wah..memang baguslah kalau camtu.”kata Pakcik Bakri gembira.”Kalau macam tu, kau tak payah susah-susah nak duduk rumah lain.”ujar Encik Hashim pula.”Tak nak,Haziq bantah!”sampuk Haziq tiba-tiba

Balqis yang sudah merah muka di sebalik pintu, terus meluru ke arah ayahnya.”Ayah,mana boleh buat keputusan macam ni je?”kata Balqis.”Ntah, Haziq pun taknak kakak ipar macam dia ni.Abang pun mungkin tak suka kat dia,dah la bodoh!”kata Haziq yang bermulut bisa itu.”Hey,akak tak bodohlah,akak dapat masuk TOP100 tau!”kata Balqis marah.”Betul tu.”kata Puan Amiza terangguk-angguk.”Ala tapi tu pun sebab abang yang ajar dia.”balas Haziq lagi.”Mama, jangan tentukan masa depan orang lain demi keinginan sendiri.”kata Haiqal yang muncul tiba-tiba.”Tapi abang, mama dapat rasa yang Balqis sesuai sangat dengan abang.”jelas Puan Amiza dengan muka penuh mengharap.Balqis yang terkejut segera memandang Puan Amiza,”Be..betul ke auntie?Terima kasih auntie.”ucap Balqis yang sudah malu-malu.”Dahla,abang ni tak ‘layak’ untuk dia.”perli Haiqal.

Balqis yang berasa sedikit terhina itu terus memarahi Haiqal,“Apa maksud kau tak ‘layak’ untuk aku.Aku yang tak ‘layak’ untuk kau tau tak?”marah Balqis.”Yeker?”soal Haiqal sinis.”Yerla..sape yang suka orang macam kau ni.”ujar Balqis geram.”Jadi kau janganlah tulis ayat macam tu lain kali.”perli Haiqal lagi.”Ayat apa?”soal Balqis yang lurus itu. ”Assalamualaikum Haiqal Ariff,apa khabar?saya Balqis Sofea binti Bakri dari kelas F.Saya rasa awak tak kenal saya,tapi saya tahu banyak tentang awak.Kali pertama saya ternampak awak masa awak berucap untuk hari orientasi kita semua sewaktu di tingkatan empat tahun lepas,sejak hari tu saya tak dapat lupakan awak.Tak kisahla waktu awak berucap ke, masa tengah bercakap dengan kawan awak ke,ataupun masa awak berseorangan,saya sentiasa dari jauh, kenalpasti dekat mana awak duduk walaupun ada beratus orang disekeliling awak seolah-olah macam dimana ada awak, disitu ada cahaya…”belum habis Haiqal berkata,”Diam,jangan cakap lagi!”kata Balqis yang spontan menutup mulut Haiqal dengan kuat sehingga kepala Haiqal terpusing sedikit.”Adui!sakitlah,nape kau pukul aku!”soal Haiqal marah.

“Yang kau pergi baca barang peribadi orang tu kenapa?”soal Balqis yang sudah malu kerana ibu bapa mereka sudah tahu.”Tapi memang surat tu untuk aku pun kan?”jawap Haiqal.”Tapi..tak payahla hafal…”kata Balqis lagi.”Aku pun tak tahu,sekali aku baca aku terus ingat,nak buat macam mane..”ujar Haiqal pula.Puan Amiza yang terlalu gembira terus meluru ke arah Balqis.”Jadi maknanya selama ni, Balqis memang dah lama sukakan abang ke?”tanya Puan Amiza berterus terang.Balqis yang sudah terlampau malu itu hanya menjawap di antara dengar dan tidak,”Memang Balqis ada tulis surat cinta tu..”akui Balqis.”Yay!!!Maknanya bolehlah rancangan kita semua berjalan lancar!”ujar Puan Amiza gembira.

“Nanti dulu!saya dah dengar segalanya..benda ni semua tak betul!”jerit Joe yang tiba-tiba sudah berada di dalam kawasan banglo itu bersama-sama empat yang lain.”JOE!”jerit Balqis terkejut.”Benda ni sume tak patut!”marah Joe.”Kejap,kejap awak ni siapa?”soal Puan Amiza.Joe yang sudah kelam kabut itu terus menuju ke arah Balqis.”Qis,jangan risau,aku akan lindungi kau.”rapu si Joe.”Assalamualaikum uncle,auntie,saya Joe.Saya dan Balqis merupakan pasangan paling secocok sekali dalam sekolah tapi secara tiba-tiba je lepas Balqis jadi popular dekat sekolah,ada orang tu nak rampas Balqis dari saya.”rapu si Joe lagi sambil menjeling Haiqal.Haiqal yang secara tiba-tiba berasa geram terus terfikir sesuatu untuk mengenakan Joe,”Tapi benda ni kan tak boleh dirancang,perasaan manusia boleh berubah-ubah.Mungkin dulu aku tak suka,sekarang dah suka plak.”ujar Haiqal dengan wajah serius sambil menahan tawanya.

“Apa kau cakap ni Haiqal?Hah,kan aku dah agak..memang selama ni kau nak menggoda Balqis kan?”marah Joe.”Mungkin jugak..tapi baik kau fikir betul-betul la..aku rasa dia lagi sukakan aku.Oklah aku ada hal,nak beli barang.”kata Joe sebelum menyambung,”Erm Balqis, Haiqal tunggu dekat luar ye.”ujar Haiqal lembut sambil berlalu.Balqis yang sudah mula perasan itu tersengih-sengih dan terus keluar dengan malu-malu menuju ke arah pintu pagar,tempat Haiqal menunggu.Tetapi apabila Balqis sampai di situ,ternyata Haiqal sudah tiada.”Cet,macam mana aku boleh tertipu dan percaya dia tunggu aku ?bodoh betullah aku ni.”bebel Balqis seorang diri.

1 komen anda:

MeGa_Lisa said...

hahha.. joe tu menyampuk je lah...tapi best gak ada watak dia...





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.