Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Saturday, June 20, 2009

Ceritera Cinta Kita 17


Selang seminggu peperiksaan SPM berakhir, Sekolah Seri Angsana mengadakan sambutan hari perpisahan untuk kesemua pelajar Tingkatan 5 sekolah itu kerana selepas ini masing-masing akan membawa haluan mereka sendiri.Sekolah Seri Angsana juga mempunyai tradisinya yang tersendiri iaitu setiap pelajar lelaki akan memberikan butang kedua di baju sekolah mereka kepada gadis yang mereka minati.Ini sebagai simbol penyerahan hati kerana kedudukan butang kedua itu paling dekat dengan hati tambahan pula inilah masa bagi mereka meluahkan cinta kerana para guru tidak akan melarang mereka lagi seperti kebiasaannya…
***************

Pagi itu Haiqal sungguh segak dengan baju sekolahnya beserta blazer yang harus dipakainya kerana dia ditugaskan mewakili para pelajar Tingkatan 5 untuk memberikan ucapan perpisahan.Dia yang baru turun dari tangga segera disergah Puan Amiza dari tepi,”Abang!Baju ni cuba betulkan sikit..ha tie ni bagi lurus sikit.”ujar Puan Amiza sambil membetulkan tali leher Haiqal.Haiqal hanya menurut sahaja apa yang dilakukan ibunya.”Hari ni hari yang paling penting untuk abang dan Balqis.Mana boleh tak kemas..dahlah abang orang yang bertanggungjawab untuk ucapan nanti.”ujar Puan Amiza lagi.”Ha lagi satu,yang ni pun kena dibagi pada orang yang betul…”kata Puan Amiza sambil jarinya mencucuk butang kedua di baju Haiqal.Haiqal sangat-sangat tahu siapa yang dimaksudkan mamanya tetapi dia malas mahu ambil pusing.”Abang dengar cakap mama ni, nanti lepas majlis tu berakhir mesti ramai budak perempuan yang nak butang kedua ni,abang tak boleh main bagi je butang ni kat sape-sape,kena bagi dekat Balqis je,ok?”ingat Puan Amiza.

“Abang pergi dulu.”balas Haiqal tidak mengiakan atau menidakkan permintaan ibunya.”Eh,kejap-kejap..bagi mama tangkap gambar abang dulu.Anak mama nampak smart hari ni.”Klik!Haiqal hanya tersenyum sedikit sahaja,nampak sangat tidak ikhlas.Kemudian setelah bersalaman dengan ibunya dia terus menuju ke pintu pagar.”Good luck untuk speech nanti!”jerit Puan Amiza.Balqis yang baru turun terkocoh-kocoh memakai kasut,”Kenapa Haiqal pergi dulu ni?Adui.”bebel Balqis seorang diri.”Balqis,dengar pesan auntie ni tau.Jangan terima mana-mana butang baju dari budak lelaki lain.Balqis kena fight untuk dapatkan butang kedua abang ok?”laju Puan Amiza menuturkan kata.”O..ok auntie,Qis pergi dulu,bye!”kata Balqis selepas menyalami Puan Amiza dan mencium pipinya.”Ok,nanti auntie,uncle dengan ayah Balqis sampai ok.”ujar Puan Amiza.”Haiqal,tunggulah aku!”jerit Balqis apabila melihat Haiqal yang laju di hadapan.

“Jomlah kita jalan sama-sama, kita kena kenang bersama kali terakhir kita pergi sekolah!”ujar Balqis apabila dia sudah bersaing dengan Haiqal.”Kenang?Apa yang nak dikenangkan?”soal Haiqal sinis.”Yelah,banyak benda dah berlaku tahun ni,aku rasa sepanjang aku bersekolah tahun ni memang yang paling best!”jerit Balqis semangat.”Aku tak rasa pape pun.”ujar Haiqal pendek.’Kau tu memang,takde perasaan!’jerit Balqis di dalam hati sambil mencebikkan bibir.
****************

Sementara itu suasana di dalam Dewan Sekolah Seri Sarjana sudah dipenuhi dengan guru-guru,ibu bapa dan para pelajar Tingkatan 5 sekolah itu.Masing-masing sibuk mengambil tempat mengikut kelas mereka untuk memudahkan acara penyampaian sijil tamat persekolahan dijalankan.Kelihatan Balqis yang gugup sedang berjalan sambil matanya memerhati sekeliling.’Ramainya orang,matilah aku..kenapalah Cikgu Azman suruh aku wakil kelas F ambil sijil atas pentas.Aku ni dahlah cepat panik kalau kena naik pentas.’bebel Balqis dalam hatinya.Dek kerana sibuk memerhatikan sekeliling Balqis tiba-tiba tersadung kakinya pada kerusi yang di atur berbaris dalam dewan tersebut.Dia hampir jatuh tersembam tapi berjaya disambut seseorang.”Joe?”soal Balqis terkejut.”Lain kali hati-hati Qis..takpe Qis jangan takut,Joe ada dekat sini.”pesan Joe sunguh-sungguh.Balqis hanya mengangguk tanpa memandang Joe dan kemudian dia terpandang ayahnya,Puan Amiza,Encik Hashim dan Haziq duduk di barisan ibubapa.Dia melambai kegirangan ke arah mereka,terlupa sebentar kegugupannya.

Kemudiannya Balqis mengambil tempat duduk di hujung sekali di ikuti Zati yang duduk disebelahnya,kemudian Ika,Ahmad,Rizal dan hujung di sebelah sana pula,Joe.Mereka berenam duduk sebaris,Balqis masih lagi tidak senang duduk seolah-olah ada rama-rama di dalam perutnya!Joe yang ternampak keadaan itu segera berlari ke arah Balqis,”Qis!Qis tak ape-ape ke?Kan Joe dah cakap,Joe ada disini,Qis janganlah risau..”ujarnya.”Dahlah Joe,janganlah cakap macam penyajak,gelilah!”marah Balqis.Joe kemudiannya kembali ke tempat duduknya.Balqis segera tercari-cari tempat duduk Haiqal dicelah-celah orang ramai itu.Dia akhirnya ternampak Haiqal yang duduk di barisan paling hadapan sekali,dia tersenyum.Sementara itu,Haiqal yang duduk di hadapan juga turut menoleh ke belakang sesekali seolah-olah tercari sesuatu yang penting.Balqis sekadar memerhatikan sahaja gelagatnya dari belakang.

Sementara itu,di atas pentas di dalam dewan yang agak luas itu,pengetua sedang memberikan ucapannya untuk kali terakhir kepada para pelajar Tingkatan 5.Para pelajar yang dibawah ada yang khusyuk mendengar tetapi ramai juga yang sibuk berborak dan bergosip.”Haiqal masih tak bagi butang kedua dia pada sape-sape lagi.Aku nak bagitau korang ok,butang kedua dia milik aku!”kata salah seorang pelajar di dalam dewan itu kepada rakan-rakannya.”Kita tengoklah nanti.”balas rakannya pula.Di barisan Kelas F pula,Ahmad dan Rizal terpandang butang kedua di baju Joe yang digantung sesuatu seperti penanda buku dan terdapat kata-kata ditulis disitu.”Joe,kau tak rasa over ke buat macam ni?”soal Rizal pelik.”Kau tak faham Rizal,aku kena buat macam ni,aku terpaksa..yelah,aku takut kalau ramai perempuan berebut nakkan butang kedua aku ni.Korang tau tak butang kedua ni dah reserve untuk Balqisku seorang sahaja.”bebel Joe panjang lebar.Ahmad dan Rizal hanya berpandangan sesame sendiri dan mencebikkan wajah mereka.

“…...jadi saya selaku pengetua sangat berharap supaya kamu semua dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau lebih bagus.Sekian terima kasih.”akhiri pengetua.Cikgu Azman yang bertindak selaku pengacara majlis kemudiannya mengambil alih,”Sekarang ini,tibalah saat kemuncak kepada majlis perpisahan ini,iaitu ucapan daripada Haiqal Ariff Bin Hashim dari Kelas A!”ujar Cikgu Azman sambil mempersilakan Haiqal naik ke pentas.Sorakan dan tepukan gemuruh bergema di seluruh dewan.Haiqal kemudiannya bangun dengan tenang dan menuju ke pentas dan mula memberi ucapan,Balqis memandang tekun setiap gerak geri Haiqal dengan penuh minat.Fikiran Balqis mula melayang seperti biasa..Aku rasa aku kembali ke 2 tahun yang lepas,waktu kali pertama aku nampak dia..di tempat inilah aku jatuh cinta dengan dia.Sekelip mata je 2 tahun dah berlalu,macam-macam perkara dah berlaku.Walaupun dia masih tak sukakan aku,tapi aku sekarang tinggal dekat rumah dia.Agaknya dalam otak dia yang genius tu,ada tak dia pernah terfikir pasal aku-”Balqis!Balqis!”tiba-tiba angan-angan Balqis diganggu.

“Nama kau dah kena panggil tu,cepat bangun.”panggil Zati dan Ika berselang-seli.Balqis yang baru tersedar seperti orang bodoh bertanya,”Ken…kenapa diorang panggil aku?”soalnya takut-takut.”Pergi ambil sijil kelas kita,kau kan wakil kelas.”jelas Zati disebelahnya.Balqis tahu sudah sampai saatnya dia harus naik ke pentas untuk mengambil sijil tetapi kakinya terketar-ketar sewaktu melangkah ke hadapan.Tiba-tiba Joe muncul disisinya,”Qis,jangan risau ok.Joe teman.”kata Joe sambil menghulur tangannya.Balqis yang sedang gemuruh itu teragak-agak mencapai tangan Joe dan mereka berjalan beriringan menuju ke pentas.”Sofea jangan takut,baca selawat banyak-banyak.”kedengaran suara Pakcik Bakri dibelakangnya.Akhirnya digagahi langkahnya untuk menuju ke pentas.Joe yang berjalan disebelahnya sudah mula berangan yang dia dan Balqis sedang menghadiri sebuah dinner di hotel..Semua orang memerhatikan betapa secocoknya aku dengan Balqis,ha si Haiqal tak guna tu pun mesti tengah meraung-raung sebab aku yang dapat Balqis..hahahaha!-”Apa yang kau gelakkan beria-ia ni Joe?”tanya pengetua yang melenyapkan segala khayalan indah Joe.Joe yang lurus bendul itu terpinga-pinga dan akhirnya satu dewan riuh rendah dengan gelak ketawa mentertawakan Joe yang lurus bendul itu.”Joe,kau ni buat malu je lah!”ujar Balqis perlahan.

Joe tiba-tiba mencetuskan keriuhan sekali lagi apabila dia tiba-tiba naik ke pentas dan menjerit,”Haiqal!Kau jangan fikir yang kau tinggal dengan Balqis kau akan dapat cinta dia.Aku takkan menyerah kalah!”ikrar Joe dihadapan semua orang.Haiqal hanya tersenyum memerhatikan telatah Joe yang kelam-kabut itu.Balqis yang sudah merah muka menahan malu itu segera menarik Joe turun dari pentas.”Balqis,Joe janji Joe akan beri segala kebahagiaan pada Balqis.”katanya lagi.”Apa kau merepek ni Joe?”marah Balqis yang sudah naik darah dengan kedegilan Joe,dia sebenarnya malu apabila semua pelajar memerhati gelagat mereka di atas pentas.

Guru-guru dan pengetua hanya memerhatikan drama sebabak yang sedang berlangsung di hadapan mata mereka tanpa berkata apa-apa.”Kawan-kawan semua,kamu semua terharu ke dengan kata-kata saya?Nak bagi tepukan?”lalut Joe lagi.Semua hadirin hanya ketawa sahaja melihat perangai Joe yang agak kurang betul itu.”Tak nak!”jerit Puan Amiza dari belakang.Pengetua yang seolah-olah baru tersedar berkata,”Saya minta maaf tuan-tuan dan puan-puan,kita teruskan kembali acara kita.”katanya lagi sambil memberi sedulang sijil yang telah siap disusun mengikut jumlah pelajar kelas F kepada Balqis.
****************


Selepas habis acara di dalam dewan,kesemua pelajar dibenarkan mengambil gambar bersama keluarga mereka dan juga kawan-kawan di sekitar kawasan sekolah.”Ok,semua senyum…”Klik!Klik!Puas Balqis bergambar bersama-sama dengan Haiqal sekeluarga dan ayahnya.Tiba-tiba Puan Amiza ternampak yang Haiqal sudah dikerumuni ramai pelajar perempuan untuk meminta butang keduanya,”Balqis!Cepat pergi sana,dapatkan butang kedua abang!”jerit Puan Amiza.Balqis kelam-kabut bergegas ke arah Haiqal dan beratur di belakang barisan pelajar perempuan yang ramai itu.Ada antaranya yang memberikan bunga,coklat dan teddy bear kepada Haiqal.Puan Amiza yang melihatkan Balqis yang sangat jauh dibelakang,menarik tangannya dan membawanya ke hadapan.”Balqis tak payah beratur,cepat dapatkan butang kedua tu!”ujar Puan Amiza yang sememangnya penuh dengan semangat tetapi agak kebudak-budakan itu.

Tiba-tiba Joe pula datang menambahkan lagi suasana yang kelam kabut,”Qis,dah lama Joe tunggu saat ni,Qis dah sedia ke nak terima butang kedua khas untuk Qis ni?”ujar Joe bermadah.”Ak..aku,sorry.”ujar Balqis sambil terus menghala ke arah Haiqal.”Haiq..Haiqal..aku betul-betul nakkan benda ni,sorry!”ujar Balqis sambil terus menarik butang baju Haiqal.Malangnya dia tidak dapat kerana pelajar-pelajar perempuan yang lain juga berebut-rebut dan menolaknya.Puas Haiqal berlari tetapi tetap dikejar oleh mereka..

Tetapi walau apa pun yang berlaku,pahit manis sepanjang zaman persekolahan akan tetap diingati mereka.Kini secara rasmi,berakhirlah sudah zaman persekolahan mereka semua yang amat manis untuk dikenang…


0 komen anda:





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.