Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Tuesday, June 9, 2009

Ceritera Cinta Kita 6



Di dalam bilik guru di Sekolah Seri Angsana..

“Eh,tu..tuan pengetua.”terketar sedikit suara Cikgu Azman.Dia seakan-akan dapat mengagak apa yang ingin disampaikan kepadanya. “Cikgu,walaupun kelayakan cikgu tak menepati kriteria guru-guru di sekolah ni,tapi pihak sekolah selama ni dah banyak beri peluang pada cikgu.Dan saya pun taklah begitu mengharapkan pencapaian luar biasa dari kelas cikgu tapi prestasi kelas F semakin lama semakin menurun .”ujar pengetua agak tegas.”Hal ini betul-betul membimbangkan saya kerana mereka akan mengambil SPM hujung tahun ni.”tambahnya lagi.”Saya harap awak dapat tingkatkan keputusan mereka untuk peperiksaan yang akan datang ni.”arah pengetua.
**************
“Se..la..mat pa..gi Cik..gu!”ucap kelas F kepada Cikgu Azman sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke dalam kelas itu.”Selamat pagi kelas…”balasnya kembali.Cikgu Azman kemudiannya menulis sesuatu di papan hitam dan menyuruh mereka menyalinnya.”Ini adalah tips-tips untuk exam dua minggu lagi, jadi saya harap awak fokus pada tips-tips yang saya beri ni..”Cikgu Azman berhenti sebelum menyambung “Ini semua salah saya, mungkin cara saya mengajar buatkan awak semua makin tak faham..sampaikan kalau dicampurkan markah keseluruhan awak semua pun tak dapat melebihi markah Haiqal Ariff,budak genius kelas A tu.. ”luah Cikgu Azman dengan riak sedih.

“Cikgu!Ini semua bukan salah cikgu..salah kami sebab malas belajar..”kata Joe tiba-tiba.”Saya dah pernah berusaha bersungguh-sungguh dulu tapi hasilnya tetap sama.Saya rasa kalau penuh semangat je pun takde guna dah dalam waktu sekarang ni..”kata seorang pelajar lain pula.”SALAH!”bantah Balqis tiba-tiba.”Asalkan kita bersemangat dan berusaha bersungguh-sungguh, kita pasti boleh berjaya!”ucap Balqis penuh azam.”Dan untuk membuktikan kata-kata saya tadi, dalam exam kali ni saya pasti kalahkan Haiqal Ariff!”selesai sahaja Balqis berkata-kata, satu kelas mentertawakannya.”Kau biar betul Qis,kelakar la lawak kau kali ni.”ketawa pelajar-pelajar itu.

“Kau demam ke Balqis, atau kau lupa nak makan ubat pagi tadi?”tanya Zati sambil tergelak-gelak.”Eh,aku serius la,korang ingat aku main-main ke?”soal Balqis pelik.”Aku taulah Haiqal tu memang patut diajar sebab buat kau macam ni, tapi kau sedar tak dia tu bukan setakat genius sekolah kita tapi tak mustahil juga genius seluruh Malaysia kan?”tanya Ika menyedarkan Balqis.”Kalau macam tu…walaupun aku tak mungkin kalahkan dia tapi aku nak masuk senarai TOP 100 sekolah dalam exam nanti!”ujar Balqis tetap dengan pendiriannya.”Dahla Balqis, lupakan la niat murni kau tu..kau sedar tak kau kena lawan budak-budak kelas lain jugak.”kata Ika lagi.”Balqis, saya terharu dengan keazaman awak tapi selama ni takde sorang pun budak kelas F yang dapat masuk senarai TOP100 tu.”jelas Cikgu Azman.

“So saya kena la pecahkan rekod dan jadikan sejarah sekolah!”kata Balqis tetap bersemangat.Sekali lagi kedengaran hilai tawa dari mereka semua.”Hey,hey kenapa korang gelak ha?”marah Balqis.”Takpe Balqis, aku sokong kau!Nanti kita belajar sama-sama ok!”jerit Joe memberi semangat.Joe memang begitu,sentiasa menyokong apa sahaja tindakan Balqis dari dulu.
***********

“Balqis,Balqis…bangun Balqis.”panggil Puan Amiza berkali-kali apabila terlihat Balqis tertidur di meja studinya.”Eh,auntie..kenapa auntie?”tanya Balqis sambil menggosok-gosok matanya.”Hari dah lewat malam ni, dah pukul 12 tengah malam ni..tidurlah.”balas Puan Amiza pula.”Tak boleh auntie..banyak lagi saya tak study ni.”ujar Balqis.”Yeker?kalau macam tu auntie tak nak ganggulah ye..go Balqis go!”ceria suara Puan Amiza memberi semangat sebelum menutup pintu bilik Balqis semula.

“Arghhhhhhh…tak boleh,tak boleh..aku pun tak tahu apa yang aku tak faham.Lagipun aku ni dah la kurang pandai.”rungut Balqis.”Mesti dia dah habis study ni, entah-entah tengah relaks baring atas katil.”jeling Balqis kepada bilik yang bertentangan dengan biliknya.Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dan dibuka”Balqis!”tegur Puan Amiza sambil tangannya menatang sebuah dulang yang berisi sepinggan spaghetti, sepotong kek coklat dan air coklat panas.”Auntie sediakan semua makanan ni untuk Balqis sebab Balqis macam lambat lagi je nak masuk tidur kan.Cepat makan,lepas makan barulah boleh senang masuk study tu.”tambah Puan Amiza lagi.

“Terima kasih banyak-banyak auntie..susah-susah aje.”ujar Balqis terharu.”Baru hari nilah auntie dapat rasa perasaan sebenar jadi seorang ibu yang menyediakan makanan malam untuk anaknya..auntie dah lama nak rasa perasaan ni.”kata Puan Amiza tiba-tiba.”Haiqal tak pernah study jadi auntie tak pernah merasa buatkan makanan masa study untuk dia.”katanya lagi.”Haiqal tak pernah study,auntie?Tapi dia tu budak paling pandai dalam sekolah!Semua subjek dia dapat markah penuh!”tanya Balqis terkejut.”Ala,kalau pandai je tapi tak pandai berkomunikasi dengan orang buat apa kan.Hah,lepas tu pukul 10 je mesti dia dah masuk tidur,tak pernah la dia study malam.”kata Puan Amiza pula.

“Maknanya Haiqal dah tidur la ni?”tanya Balqis tidak percaya.”Ha ah,boringkan dia?”soal Puan Amiza yang sporting itu.”Kalau Balqis ada apa-apa nak tanya dia pasal pelajaran,pergilah.”ujar Puan Amiza memberi cadangan.”Ok,untuk menaikkan semangat Balqis malam ni, auntie nak tunjukkan sesuatu dekat Balqis.”kata Puan Amiza berlalu sebentar.”Tara……nilah dia!”ujar Puan Amiza sambil menghulur sebuah album gambar kepada Balqis.Dia yang kelihatan tercengang-cengang membuka album itu.

”Wah,banyaknya gambar dulu-dulu..siapa budak perempuan ni auntie,comellah dia.”puji Balqis yang terlihat gambar seorang budak perempuan dengan pelbagai gaya yang berusia lebih kurang 6 tahun.”Tekalah..”ujar Puan Amiza yang sudah tersenyum meleret.”Muka dia ade sikit-sikit macam Haiqal la auntie.Tapi auntie takde anak perempuan kan.So ini sepupu dia ke?”tanya Balqis.”Dialah…Haiqal!”jerit Puan Amiza.”HAH????Haiqal?Tapi gambar ni pakai skirt auntie..tapi memang ada muka macam Haiqal pun sikit-sikit.”kata Balqis ragu-ragu.

“Kan auntie ada cakap dengan Balqis yang auntie memang terigin sangat nak anak perempuan…jadi waktu Haiqal kecil dulu, auntie macam tak boleh nak terima kenyataan yang anak auntie ni lelaki.Lagipun auntie dah siap beli semua barang warna pink sebab doctor pun dah kata anak auntie baby girl..auntie tau auntie silap dulu..auntie menyesal sangat…kesian Haiqal.”luah Puan Amiza pula.’Haih tak faham aku dengan auntie ni la, kejap sedih kejap gembira..’detik hati Balqis.

“Tapi kejadian masa Haiqal umur 3 tahun dekat tadika dia dulu telah mengubah segalanya.Bila budak-budak tadika tu tau yang dia sebenarnya lelaki, semua ejek-ejek dia..sejak itulah dia tak pernah pakai baju-baju perempuan lagi..auntie tak pasti adakah peristiwa tu membentuk sikap dia sekarang yang macam ego sikit tu..”terang Puan Amiza panjang lebar,raut mukanya penuh dengan kekesalan.”Oh,ingat ye Balqis, benda ni hanya kita berdua je yang tahu…kalau Haiqal dapat tau Balqis tahu,mau mengamuk dia.”Puan Amiza mengingatkannya.Balqis hanya mengangguk sahaja sambil menahan tawanya dan sudah merangka-rangka sesuatu di dalam fikirannya.
**************
“Morning auntie!”ucap Balqis ceria sambil duduk di meja makan.”Morning Balqis,cepat sarapan..lambat dah ni,bagi auntie bekal makanan tu,auntie tolong bungkuskan.”kata Puan Amiza.”Pagi,mama..”tegur Haziq yang baru sahaja turun dari tangga.”Ha,cepat-cepat sarapan…apasal semuanya bangun lambat hari ni..ha,Haiqal bagi mama bekal makanan kamu jugak,mama tolong bungkus.”kata Puan Amiza.Sebenarnya dia sudah merancang sesuatu sambil membungkus bekal makanan milik Balqis dan Haiqal.Puan Amiza tersengih-sengih sendirian.

0 komen anda:





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.