Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Friday, June 19, 2009

Ceritera Cinta Kita 16


Joe yang merupakan satu-satunya pelajar kelas F yang tidak lulus dalam peperiksaan percubaan minggu lepas telah didenda oleh Cikgu Azman untuk belajar di perpustakaan setiap hari selepas waktu sekolah selama 2 jam.Joe diawasi oleh pelajar kelas A supaya tidak melarikan diri kerana Cikgu Azman tahu Joe memang malas belajar.Hari ini,seperti hari-hari biasa,Joe dengan malasnya melangkah ke perpustakaan untuk belajar,masuk hari ini sudah 3 minggu Joe belajar di sana.”Hakim,boleh tak aku nak balik?Sakit perut la.”Joe memulakan taktik biasanya sambil mengerut-ngerutkan wajahnya.”Tak boleh,cikgu arahkan kau belajar kat sini 2 jam..ni baru 15 minit..”kata Hakim,pelajar kelas A yang duduk di meja belakang Joe di dalam perpustakaan.Joe yang sudah mahu bangun itu melabuhkan kembali punggungnya dengan hati yang bungkam.
**************

“Eh,Joe mana?Tak sampai lagi?”tanya Balqis apabila melihat geng mereka yang tidak cukup enam orang itu.Selalunya Balqis,Zati,Ika,Joe,Ahmad dan Rizal keluar ke pusat membeli-belah bersama-sama.”Aku rasa dia tak boleh join la hari ni.Tadi kat dalam kelas dia cakap nanti dia mengelat la nak lari time kat library tapi ni nampaknya macam tak jadi je.”kata Ahmad sambil menjeling jam ditangannya.”Nampaknya Cikgu Azman betul-betul tekad kali ni.”kata Rizal pula.”Erm,kalau macam tu,jom lah kita gerak sekarang.”ajak Ika.
**************

Semasa mereka sedang makan di McDonald’s di dalam pusat membeli belah itu,Zati tiba-tiba bertanya Balqis,”Eh Qis,Haiqal suka benda apa ek?”Balqis yang terkejut mendengar soalan yang tidak pernah terfikir olehnya itu menjawap,”Macam..macam mana aku nak tau..”balasnya.”La…kau kan tinggal serumah dengan dia,takkan kau tak tau?”kata Ika pula.”Kita dapat buat exam dengan baik hari tu,semuanya jasa Haiqal yang mengajar kita.Jadi aku terfikir nak hadiahkan dia sesuatu la..kita kongsi la satu kelas.”kata Zati sambil yang lain mengangguk-angguk.”Haiqal suka..dia suka..”kata Balqis teragak-agak sambil memandang ke atas seolah-olah terdapat jawapan disitu.”Bagi boxer nak?”tanya Ika mengusik.”Aku tak rasa dia akan suka..”kata Balqis laju.”Habis tu?”nantilah aku fikir jawap Balqis.

Ketika Ahmad,Rizal,Zati dan Ika sedang asyik bermain di arcade game, Balqis berlegar-legar di sekeliling pusat membeli belah itu kerana dia tiada mood setelah tersedar yang dia rupa-rupanya tidak tahu langsung apa kegemaran dan kesukaan Haiqal,dia terasa begitu bodoh sekali.”Untuk sukakan seseorang tapi tak tahu apa kesukaannya ialah perkara yang paling bodoh sekali.”marah Balqis pada dirinya sendiri.”Patut ke kalau aku buatkan kek untuk dia?Tapi nak ke dia makan?Belikan baju?Tapi aku tak tahu saiz dia!Bodoh betul la aku ni tak tahu apa yang dia suka!”ngomel Balqis.Tiba-tiba dia terpandang kedai Guardian Pharmacy.”Kalau aku belikan alat mengurut bahu untuk dia bagus jugak!Dia kan penat kebelakangan ni.”kata Balqis sambil tersenyum apabila dia terpandang promosi besar-besaran alatan mengurut yang sebesar lengan itu di pintu masuk kedai.Sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke dalam Guardian,dia terus ke bahagian yang menjual alat itu.”Wah….mahalnya harga benda ni..dah promosi pun mahal lagi ke?Aku tak mampulah..”keluh Balqis apabila terpandang tag harga alat mengurut yang mencecah hampir dua ratus ringgit itu.
*************

“Haiqal,kau dapat markah penuh lagi kan trial exam kali ni?Straight 12A1 tu.”kata kawan sekelas Haiqal,Amir yang merupakan satu-satunya kawannya di sekolah itu.Mereka berdua baru pulang dari perpustakaan awam dan sedang berjalan kaki di tepi-tepi kedai disitu untuk mencari restoran bagi mengisi perut mereka yang kosong.Haiqal hanya tersenyum mendengar pujian dari mulut Amir.”Aku rasa kaulah satu-satunya student yang paling cemerlang dalam sejarah Sekolah Seri Angsana tau.”pujinya lagi.”Aku pun ada terdengar yang budak-budak kelas F punya result trial exam baru ni pun banyak yang lulus,semuanya sebab pertolongan kau.”katanya lagi.”Dah,dah cukuplah pujian kau tu.”kata Haiqal sambil menepuk bahu Amir.

Tiba-tiba semasa mereka melintasi sebuah kedai makan,”Ok,nasi goreng pataya dengan teh o ais.Cik pulak?”suara yang sangat dikenali Haiqal!Serentak dengan itu dia menoleh dan terlihat seorang gadis yang sangat dikenalinya iaitu Balqis sedang mengambil pesanan dari pelanggan kedai makan itu.Langkahnya terhenti kerana pelik melihat Balqis bekerja disitu.Amir yang perasan Haiqal sedang asyik memandang ke arah kedai makan itu turut menoleh sekali.”Eh,itu Balqis kan?Bukannya nak study,sibuk pulak nak kerja malam.”geleng Amir.”Jomlah,kita pergi makan tempat lain.”ajak Amir apabila melihat Haiqal yang seolah-olah tidak mahu berganjak.’Apalah kerja teruk-teruk macam ni semata-mata nak dapat duit yang tak seberapa tu.Berbaloi ke?’tanya Haiqal didalam hatinya.’Lepas tu,dapat je duit tu,habis beli benda bukan-bukan,tak paham aku.Apa yang sebenarnya orang perempuan fikir?’
**************

“Ok,Haiqal dah dalam perjalanan nak balik.Sedia tau.”lapor Ika melalui handset mengintip Haiqal yang sedang berjalan pulang.Haiqal yang baru sampai di pintu rumah membuka kasutnya dan tiba-tiba pintu terbuka,wajah ceria ibunya terjengul di muka pintu.”Awal Haiqal balik hari ni.”kata Puan Amiza.”Haiqal tak pergi perpustakaan hari ni.”jawapnya pendek sambil berlalu menaiki anak tangga.”Eh,kejap-kejap Haiqal..tengok mama,nampak apa-apa perubahan tak?”kata Puan Amiza sambil memusing-musingkan badannya,tujuannya ingin melambatkan Haiqal naik ke atas.”Takde apa pun.Tapi nampak bergaya dari biasa.”jawap Haiqal pelik.Selepas terjengah-jengah ke atas,Puan Amiza tersenyum,”Em rasanya dah boleh dah,pergilah naik atas,rehat.”sengih Puan Amiza.Haiqal semakin pelik dengan sikap ibunya tetapi dia tetap melangkah naik ke atas.

Sebaik sahaja dia menjejakkan kakinya ke tingkat atas tiba-tiba,”SURPRISE!!!!!!!”teriak kesemua pelajar kelas F yang sudah memenuhi ruang tengah tingkat atas itu.Haiqal yang terkejut segera melontarkan pandangannya ke sekeliling,penuh dengan belon-belon bergantungan dan tiba-tiba Rizal dan rakan-rakan mereka yang lain mengeluarkan party poppers dan membuka penutupnya,dan terhasillah letupan kecil yang menggamatkan lagi suasana.Haiqal yang tidak suka dengan suasana riuh dan ramai orang itu segera membuat muka,”Kau..kau tak tersentuh ke Haiqal?”tanya Zati pelik,begitu juga yang lain.”Abang,janganlah macam ni,penat diorang plan benda ni semua tau,hargailah..”keras sedikit suara Puan Amiza.Ika cuba menceriakan keadaan dengan mengeluarkan sebuah anak patung,”Nah,nama anak patung ni,Balqis doll!”tayang Ika betul-betul di depan muka Haiqal.Sementara pelajar-pelajar lain bertepuk tangan.

Haiqal menjeling sedikit anak patung kain itu apabila terdengar patung itu dinamakan “Balqis Doll”,patung kain yang dijahit sendiri oleh mereka semua yang mengikut bentuk muka Balqis dan pakaian Balqis.”Untuk elakkan Joe dari kacau kitorang buat patung ni,kitorang akan tunggu sampai Joe tertidur dalam kelas baru kitorang jahit tau.”terang Ika bersungguh-sungguh.”Patung ape ntah ni.”belek Haiqal acuh tidak acuh.”Erm,macam mana pulak dengan ni?Aku harap kau suka.”kata Balqis sambil mengeluarkan mesin mengurut yang dibelinya semalam.Zati yang terpandang hadiah itu segera berkata,”Eh,aku pernah bagi hadiah ni dekat ayah aku masa birthday dia dulu.”Ika pula menyambung,”Ini bukan untuk orang tua ke?Nape kau bagi kat Haiqal?”soal Ika pelik.Balqis yang sedar dia sudah tersilap beli itu memarahi dirinya sendiri di dalam hati,’apasal lah aku ni bodoh sangat?’.”Benda ni mahal tau,mana kau dapat duit beli benda ni?”tanya Zati.”Aku kerja part time dekat kedai makan seminggu..jadi senanglah sikit nak beli benda ni.”jawap Balqis perlahan.

‘Kerja part time?Jadi dia kerja semata-mata nak beli benda ni?’desis hati kecil Haiqal sedikit tersentuh.”Kau tak suka ye?”kata Balqis ingin meletakkan kembali hadiahnya tetapi segera diambil Haiqal dari tangan Balqis.Balqis yang terkejut kemudiannya tersenyum senang hati melihat Haiqal sudi menerima hadiahnya.”Abang,orang dah bagi hadiah,abang kenalah bagi jugak..”sampuk Puan Amiza dari belakang.”Eh,takpe takpe auntie..saya ikhlas nak bagi ni.”jawap Balqis laju.”Em…kalau macam tu apa kata auntie tangkap gambar kamu semua nak?Buat kenang-kenangan.”kata Puan Amiza sambil mengeluarkan kamera SONY CYBERSHOT nya dari dalam laci.Balqis yang tahu Haiqal tidak suka bergambar segera menghalang,”Auntie,takpelah auntie..Haiqal tak suka..”larang Balqis tetapi Puan Amiza yang sporting itu tidak peduli.”Ok,semua masuk..ha yang hujung tu rapat sikit..ha kamu pulak ke depan,yang tu ke kiri.”arah Puan Amiza.

Haiqal yang membelakangi kamera segera dipanggil Puan Amiza,”Abang,pandanglah sini,mama dah nak tangkap gambar ni.”katanya.Balqis yang melihat Haiqal di sebelahnya yang masih membatu itu segera berkata,”Tak payah lah auntie,jangan paksa Haiqal..”kata Balqis ingin menenangkan Haiqal.”Abang,cepatlah pandang sini,semua orang tunggu ni..please..”rayu Puan Amiza.Haiqal kemudiannya memusingkan badannnya ke hadapan secara tiba-tiba dan mendekatkan dirinya kepada Balqis dengan menyengetkan kepalanya.”Ha..macam tulah anak mama..”klik!klik!Puas Puan Amiza menangkap gambar mereka dan kemudiannya dia terfikir sesuatu yang nakal,”Ok,semua rapat sikit ye..yang hujung tu masuk sikit.”klik!klik!klik!Sebenarnya yang semua orang tidak tahu Puan Amiza telah menekan butang ‘Zoom’ yang mengfokuskan kepada muka Haiqal dan Balqis sahaja.Puan Amiza hanya tersengih-sengih sendirian apabila melihat Haiqal yang semakin bersikap terbuka kepada Balqis.

‘Apa yang sedang berlaku ni?Wajah,bahu,tangan Haiqal..semua terasa dekat sangat dengan aku..nafas dia pun aku dapat rasakan,kenapa dengan dia ni?’detik hati Balqis berdebar-debar.”Dari jauh,aku boleh dengar suara kau,”Cik nak makan apa?”ajuk Haiqal sambil berbisik di telinga Balqis.”Macam mana kau tau aku kerja dekat mana?”soal Balqis tetapi hanya dibalas senyuman oleh Haiqal.Sebenarnya selepas peristiwa Haiqal ternampak Balqis bekerja di kedai makan itu, Haiqal pernah sengaja melalui kawasan itu lagi untuk melihat Balqis,dia sendiri tidak tahu mengapa dia berbuat begitu.
***************

Hari ini bermulalah peperiksaan terbesar di alam persekolahan pelajar Sekolah Seri Angsana dan pelajar-pelajar yang berada di Tingkatan 5 iaitu SPM.Kesemua pelajar Sekolah Seri Angsana menggunakan peluang terakhir mereka ini untuk membuat sehabis baik.
**************

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba,setelah 2 minggu berhempas pulas di medan peperiksaan,mereka semua akhirnya menarik nafas kelegaan apabila selesai menjawab untuk semua subjek yang mereka ambil.”MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!”laung Joe yang ternyata orang yang paling gembira di dalam Sekolah Seri Angsana,atau mungkin juga seluruh Malaysia!

0 komen anda:





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.