Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Thursday, June 11, 2009

Ceritera Cinta Kita 8



“Auntie Miza?”tanya Balqis terkejut apabila melihat Puan Amiza baru sahaja menangkap gambar mereka berdua.Di tangannya sebuah kamera digital berjenama SONY CYBERSHOT.”Maaf auntie ganggu kamu berdua belajar.”kata Puan Amiza yang tersengih-sengih.”Mama buat apa ni?”tanya Haiqal.”Oh,takde…dari tadi mama tengok cara kamu berdua study,nampak cute sangat..so mama snap la gambar korang.”kata Puan Amiza.”Yelah,manelah tau satu hari nanti kamu berdua berkahwin ke,boleh la jadi kenangan terindah,betul tak?”ujar Puan Amiza yang sporting dan ceria itu.”Mama,apa mama cakap ni?”tanya Haiqal bengang.

“OK ok..ni ha mama bawak supper untuk korang berdua…”hulur Puan Amiza sedulang makanan barat yang baru sahaja dimasaknya, chicken chop black pepper sauce..semerbak baunya.”Berhenti study,makan dulu chicken chop ni,tengah panas-panas baru sedap makan.Hidangan ni namanya “Hidangan Penambat Selera Tengah Malam MAMA!”perkenal Puan Amiza.’Ada ke masakan nama macam tu,macam pelik je.’kata Balqis di dalam hati tetapi dia sudah tidak peduli kerana tergoda dengan bau chicken chop itu.”Makan benda berat macam ni tengah-tengah malam takpe ke?”cakap Haiqal seorang diri.”Takdelah,mana ada..oklah ni kan Balqis.”balas Puan Amiza sambil mengurut-urut belakang Balqis.Balqis mengangguk laju sambil menyuap ayam ke mulutnya.
*************
“Ok,setelah saya terangkan tentang anatomi badan manusia tadi, seharusnya awak semua sudah mendapat sedikit gambaran bagaimana organ-organ dalam badan kita berfungsi…”terang Cikgu Azman panjang lebar.”Jadi,kelas kita tamat disini untuk hari ini.”ujar Encik Azman.Dia kemudiannya berlalu apabila semua pelajar kelas F mengucapkan terima kasih dan mula keluar dari kelas untuk pulang.”Qis!teruknya mata kau,besar betul eye bag kau..dah macam panda je aku tengok.”ujar Ika ketawa.”Yela,sejak kebelakangan ni aku selalu study sampai lewat malam..huargggghhh”kata Balqis sambil menutup mulutnya yang asyik menguap.”Kau betul-betul study ke?kesiannya..”ujar Zati pula.

“Apa yang berlaku sebenarnya ni?Kau bagitau la kitorang Qis,kitorang pasti tolong kau.”kata Joe pula.”Kau kena buli dekat rumah yang kau tumpang tu kan?Diorang suruh kau buat semua kerja rumah, jaga anak diorang kan..kesian betul nasib kau Qis.”ujar Joe yang serkap jarang.Balqis yang malas melayan Joe secara senyap-senyap telah melambai tangan kepada Zati dan Ika sebelum berlalu.Joe yang berjalan di hadapan masih tidak perasan.”Kau taknak kitorang risau sebab tu kau tak bagitahu kan?”tanya Joe sambil menoleh ke belakang.”Eh mana Balqis?”soalnya apabila menyedari Balqis sudah tiada.”Dia dah pergi library,katanya nak study.”ujar Zati.”Sekolah kita ni ada library ke?Macam mana aku boleh tak tau?”soal Joe menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Nampak sangat yang dia tidak pernah menjejakkan kakinya disitu walaupun sudah hampir 3 tahun bersekolah di Seri Angsana.
************

Malam menjelma,sekali lagi mereka belajar bersama tetapi kali ini di sebuah meja di depan kolam renang rumah banglo itu…
“Seterusnya ‘provide’ maksudnya memberi sesuatu kepada orang iaitu menggunakan perkataan‘for’.”terang Haiqal.Malam ini Haiqal mengajar bahasa Inggeris.”Kepada siapa kau nak bagi benda tu?Kalau guna ‘for’kena diikuti nama orang dan kalau guna ‘with’ kena diikuti dengan nama benda.”terang Haiqal tekun.Balqis memberi sepenuh tumpuannya dan selepas itu “Kau cuba translate part ni ke bahasa Melayu.”tunjuk Haiqal.Balqis mula membuat kerja yang disuruh Haiqal tanpa banyak soal.Tidak lama kemudian..”Haiqal,aku dah siap translate ni.”ujar Balqis kepada Haiqal yang duduk bersila di sebelahnya di meja jepun di ruang rehat itu.Sepi.

“Kau tertidur ye?”soal Balqis pada Haiqal yang sudah terlena di sebelahnya.Haiqal yang sedang enak tidur berbantalkan lengan tidak menyahut langsung.Balqis mengambil peluang meneliti wajah Haiqal sepuas-puasnya.’Dari minggu lepas kau tak tidur malam teman aku study,siangnya pulak kena pergi sekolah.Tak macam aku yang tidur sepanjang dalam kelas.Mungkin aku ni dah bersikap kejam pada kau,tengok kau dari jarak dekat macam ni,buat aku terfikir tiba-tiba yang kau ni pun manusia biasa yang normal juga cuma lebih kacak sikit je.Kau hanyalah Haiqal Ariff yang aku sangat suka sejak 2 tahun lalu,bukannya hantu ke jembalang ke yang perlu aku takut.’ngomelnya di dalam hati.

Balqis yang juga mula mamai dan mula terlentok kepalanya berulang kali itu masih lagi merenung Haiqal tanpa berkelip dan secara tidak sengaja “Chupp!” satu ciuman singgah di pipi Haiqal apabila dia terlentok dengan agak ke depan.”Alamak,apa aku buat ni?”ujar Balqis cemas bercampur malu.’Nasib
Haiqal tak terjaga,kalau tak mati aku!Namun tidak lama kemudian Balqis juga tertidur di meja itu disisi Haiqal kerana sudah tidak dapat melawan rasa kantuknya.
**************

“Mama tengok korang masih tak tidur lagi sebab tu lah mama sediakan….”ayat Puan Amiza terhenti apabila terlihat kedua-duanya sudah tertidur,seorang kearah selatan seorang kearah utara meja.’Aku kena ambil kamera ni,rakam jangan tak rakam.’kata Puan Amiza kepada dirinya sendiri sambil tersengih-sengih.
**************

“Balqis,jangan risau,Balqis mesti dapat masuk senarai TOP100 tu.”sokong Puan Amiza semasa mereka menikmati sarapan pagi itu.”Abang nak pergi dulu.”ujar Haiqal seperti biasa menyalami ibu dan bapanya.”Balqis pun nak pergi dululah.”ujar Balqis yang terkial-kial mengikat tali kasutnya untuk mengikut Haiqal bersama-sama ke sekolah.”Auntie doakan Balqis boleh buat exam tu nanti,Balqis boleh!”ujar Puan Amiza memberi semangat.”Thank you so much auntie,I love you!”ujar Balqis sambil menyalami tangan Puan Amiza dan menciumi kedua belah pipinya.”Auntie ada sediakan something untuk Balqis tapi Balqis kena bukak benda ni lepas dapat result ok.”pesan Puan Amiza sambil menghulur sebungkus hadiah.
************

Walaupun Balqis tahu Haiqal tidak mungkin mempedulikannya tetapi dia tetap mahu mengucapkan terima kasih sebelum melangkah ke kelasnya.Sesampainya mereka di pintu pagar sekolah, “Haiqal!”panggil Balqis apabila melihat Haiqal laju menuju ke arah kelasnya.”Terima kasih banyak-banyak!”jerit Balqis.”Good luck untuk kau.”ujar Haiqal pendek sebelum berlalu.Balqis tersenyum penuh makna,akan dibuktikannya yang dia boleh!
************

“Haiqal,bangun Haiqal.”tubuhnya digoncang kuat.Haiqal yang masih mamai itu membuka matanya perlahan-lahan.”Saya dah siap,sebab tu saya tidur.”ujar Haiqal masih mamai.Guru dan rakan-rakan sekelasnya memandangnya dengan penuh rasa pelik.Haiqal Ariff tertidur selepas selesai menjawab soalan peperiksaan!Kecoh satu sekolah!
************

“Wei,korang tau tak aku dengar cerita Haiqal tertidur masa tengah jawab exam tadi.”ujar Zati galak bercerita.”Ha,aku pun dengar gak..tak tahulah apa jadi kat dia sebenarnya.Nampaknya tempat pertama sekolah lepas ni mungkin bukan milik dia lagi.Aku ingat dulu dia la bakal pelajar pertama dalam sekolah ni yang akan dapat markah penuh untuk semua subjek sepanjang tahun.”tambah Ika pula.”Nampaknya macam takkan berlaku je.”ujar Ika lagi.’Aku harap bukan disebabkan dia selalu ajar aku tengah-tengah malam tu,dia hilang segala kekuatan dan tenaga dia.’ ujar Balqis di dalam hati yang sedikit gusar.

0 komen anda:





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.