Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Friday, June 12, 2009

Ceritera Cinta Kita 9



Untuk menebus kesalahannya membuat Haiqal letih dan kepenatan sehingga tertidur semasa peperiksaan, Balqis telah meletakkan 4 tin minuman pemberi tenaga jenama Power Root di atas meja di bilik Haiqal.Haiqal dan Haziq yang baru pulang pelik melihat air tin itu.”Abang,abang minum air Kacip Fatimah ke?bukan air ni Haziq tengok kat iklan perempuan yang minum ke?”kata Haziq sambil tergelak-gelak.Haiqal yang boleh mengagak siapa yang meletakkan air tin itu cuma mampu terdiam,geram.’Balqis ni betul-betul lurus la,ade ke bagi aku Kacip Fatimah,kalau bagi Tongkat Ali ke takpe gak.’getus Haiqal geram.
**************

Balqis segera berlari ke notice board sekolah sesampainya dia di sekolah Seri Angsana pagi itu.Dia harus memastikan yang Haiqal masih kekal di tempat pertama jika tidak dia akan rasa bersalah seumur hidupnya.Matanya segera tertumpu pada senarai nama TOP10…’1.Haiqal Ariff bin Hashim - Kelas A’.”Yes,yes!Haiqal masih nombor satu,YAY!!!!!!”sorak Balqis gembira tanpa menghiraukan pandangan pelajar lain.’Alhamdulillah, dia tak turun markah disebabkan kepenatan mengajar aku.’ujar Balqis di dalam hati.”Wow,gila la Haiqal ni, kekal nombor satu tu..!!”kata seorang pelajar kepada rakannya.”Tengoklah ni, tempat kedua pun jauh markah keseluruhan dari dia,hebat betullah dia.”kata pelajar itu lagi.

Sementara itu, tanpa Balqis sedar, Haiqal juga berada di tempat notice board itu tetapi di senarai nama TOP100 iaitu di hujung notice board.Haiqal tidak terus melihat keputusannya tetapi dia lebih ingin tahu tentang keputusan Balqis.Mereka berdua tidak sedar yang mereka lebih ingin tahu markah masing-masing daripada markah mereka sendiri!Haiqal yang ditemani seorang rakannya terus mencari-cari nama Balqis. ‘100.Balqis Sofea binti Bakri – Kelas F’.Haiqal tersenyum sendiri pabila melihat impian Balqis sudah tercapai.”Haiqal,kenapa kau datang bahagian hujung ni, kau patut pegi ke bahagian TOP10 la.”ujar kawannya pelik.”Erk…ok,ok jom balik kelas.”ujar Haiqal sambil berlalu.

Tiba-tiba terdengar suara salah seorang dari pelajar yang berkerumun di situ.”Ehhhhh, ini bukan Balqis Sofea budak kelas F yang declare dia akan masuk senarai TOP100 tu ke?Dia berjaya jugak ye.”luah pelajar itu penuh kagum.Haiqal tersenyum nipis lagi,bangga mungkin.”Eh Haiqal, aku nak tengok keputusan aku la, kau taknak tengok kau punya keputusan ke?”tanya kawannya bertambah pelik.Tidak pernah Haiqal terlupa sebelum ini.

Mereka berdua kemudiannya menuju ke bahagian TOP10.”Hah,aku tempat keenam?jatuh dua tempat la.”ujar kawan Haiqal sedikit kecewa.Tiba-tiba pelajar-pelajar yang ramai itu saling tolak menolak dan Haiqal terlihat seorang pelajar perempuan hampir jatuh ke belakang,segera dia menangkap dan terpeluk pinggangnya.Balqis segera menoleh melihat siapa yang memeluknya.Haiqal!Terus malu-malu mukanya,Haiqal yang perasan segera melepaskan pelukannya.Balqis yang ingin menutup malunya segera menegur Haiqal. ”Haiqal,tahniah kau masih di tempat pertama!”ujar Balqis gembira.

“Kau pun apa kurangnya,akhirnya keajaiban berlaku kan.”ujar Haiqal tersengih.Balqis mengerutkan keningnya tanda tidak faham.”Kau tak tengok lagi ke result kau?”tanya Haiqal terkejut.Seraya mendengar kata-kata Haiqal, Balqis terus berlari ke senarai nama yang terpampang TOP100.Matanya laju mencari namanya dan akhirnya…”Aku berjaya,aku berjaya!!!YAHOOOOOO!!!”jerit Balqis terlalu gembira kerana dia berjaya membuktikannya.Haiqal yang memandang tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Kemudian dia segera teringat janji Balqis padanya dulu lantas laju menuju ke arah Balqis.”Bagi balik..”minta Haiqal.”Apa dia?”soal Balqis pura-pura tidak faham.”Benda yang kau janji nak bagi aku balik kalau kau berjaya masuk TOP100 tu la.”ujar Haiqal sedikit keras.”Ok,ok nah..”hulur Balqis sekeping negatif.

“Erm..Haiqal terima kasih.”ujar Balqis penuh ikhlas.”Berapa kali dah aku cakap, jangan bercakap dengan aku dekat sekolah.”lontar Haiqal sedikit kasar sambil berlalu.Balqis yang terlampau gembira tidak mempedulikan kata-kata Haiqal sebaliknya menjerit kepada Haiqal yang semakin menjauh, “Haiqal,terima kasih!!!!!!”kuat sungguh suaranya sehingga semua pelajar di situ menoleh.Haiqal yang sedikit bengang terhenti sebentar dan kemudian terus berlalu ke kelasnya.’Kau ni memang saja nak malukan aku.’detus Haiqal dalam hatinya.’Walaupun sorang nama yang pertama dalam kertas keputusan peperiksaan dan sorang lagi nama yang terakhir dalam kertas keputusan peperiksaan,tapi sekurang-kurangnya nama kitorang ditulis dalam satu kertas yang sama..kali pertama nama kitorang dalam satu kertas..rasa dekat..bahagianya..”ngomel Balqis di dalam hati sambil tersenyum penuh makna.

Dalam perjalanan Balqis kembali semula ke dalam kelasnya, beberapa pelajar yang mengenalinya telah mengucapkan tahniah dan ada juga yang meminta dia mengajar mereka.Tersenyum bangga Balqis mendengarnya.Sesampainya Balqis di kelasnya,”Balqis,tahniah!!!!!!!!!”jerit rakan-rakan sekelasnya sambil bertepuk tangan.”Kau tau tak sekarang ni orang gelarkan kau Haiqal Ariff Versi Kelas F!!!”ujar Zati.Balqis yang sememangnya gembira itu makin gembira pabila namanya dikaitkan dengan Haiqal Ariff.Sementara itu di sudut lain kelas,Joe,Ahmad dan Rizal merasakan sesuatu yang pelik kerana mereka terlihat Balqis dan Haiqal bercakap dan kelihatan Balqis memberi sesuatu kepada Haiqal sewaktu di notice board tadi.”Kita mesti siasat!”kata Joe penuh semangat.
*************

Di depan notice board…
“Akhirnya Balqis berjaya juga masuk TOP100.”ujar Cikgu Azman terharu, disangkanya Balqis berusaha keras adalah kerana kasihankannya.”Buruklah orang tua menangis.”perli Cikgu Elina, cikgu perempuan kelas A yang amat diminati Cikgu Azman.
**************

Loceng tamat persekolahan telah berbunyi,serentak dengan itu Balqis,Zati dan Ika berjalan beriringan keluar dari kelas.Mereka bertiga telah berjanji menghabiskan masa bersama selepas tamat waktu persekolahan untuk meraikan kejayaan Balqis mendapat tempat dalam TOP100.Sedang mereka bertiga riang berjalan ke arah pintu pagar sekolah mereka telah terperasan yang Joe,Ahmad dan Rizal berkelakuan pelik,seolah-olah mengekori mereka.Joe yang juga terperasan mereka sedang memandangnya segera berpura-pura memandang ke arah lain dan berpura-pura mencari seseorang.”Joe…Joe!!Kau buat apa ni?”tanya Zati pelik.”Erk..erk ni bukan Joe la,salah orang ni.”kata Joe yang memalingkan wajahnya dan membuat suara sedikit garau.Mereka bertiga yang cukup kenal dengan perangai Joe itu telah berlalu meninggalkannya sambil ketawa.”Joe dah gila lah.”kata Ika sambil tertawa.

Sambil itu Balqis,Zati dan Ika begitu gembira menghabiskan masa bersama-sama telah pergi ke pusat membeli belah, makan aiskrim, bermain game dan macam-macam lagi tetapi mereka tidak perasan yang Joe, Ahmad dan Rizal mengekori mereka untuk menjejaki rumah tempat tinggal baru Balqis.Ketika di dalam bas juga, sewaktu Balqis turun dari bas, Joe,Ahmad dan Rizal telah mengekorinya dari belakang.

Kemudian tiba di sebuah rumah banglo yang agak besar, Balqis berhenti dan membunyikan loceng.Kelihatan seorang wanita yang lebih kurang berusia hampir 40-an menyambut kepulangan Balqis dengan gembira.”Auntie masak ayam panggang hari ni tau sempena meraikan kejayaan Balqis!”ujar Puan Amiza mesra.”Yeker auntie?wah sedapnya.”ujar Balqis riang.Selepas memastikan Balqis dan wanita itu memasuki rumah, mereka bertiga terus bergegas ke depan pintu pagar rumah itu.”Wah,besarnya rumah ni Joe..”puji Ahmad.”Nama tuan rumah ni Hashim, macam bapak Haiqal je.”kata Rizal yang mudah mengingati nama penuh orang itu.”Hah?erm..erm kau ingat dalam Malaysia ni nama Hashim ni sorang je ke?”soal Joe kelam-kabut.

“Woi,korang buat apa depan rumah aku ni?Korang nak mencuri ke?”sergah Haziq yang baru pulang dari sekolah pabila melihat tiga orang yang tidak dikenali terjengah-jengah di depan pintu pagar rumahnya.”Eh,mane ade.”ujar Ahmad.”Eh Joe,cuba kau tengok muka budak ni, macam Haiqal la sikit-sikit.”kata Rizal menakutkan Joe.”Ma..mane ade,gemuk je aku tengok hitam pulak tu,tak mungkinlah.”nafi Joe.Haziq yang malas melayan mereka terus meloloskan diri ke melalui pagar kecil di tepi pagar besar itu.”Joe,Joe…tu bukan Haiqal ke?????”soal Rizal terkejut melihat Haiqal berjalan menghala ke arah mereka.Haiqal yang semakin menghampiri tidak mempedulikan mereka sebaliknya terus masuk ke dalam rumahnya.

“Ke..ke..kenapa boleh jadi macam ni…”soal Joe yang tidak percaya apa yang berlaku,dia kemudian terduduk di tengah jalan.”TIDAKKKKKKKKKKKK!!”jerit Joe.Ahmad dan Rizal kelam kabut meluru ke arah Joe yang lurus bendul tetapi emosional itu untuk menenangkannya.”Jom,kita balik.”pujuk Ahmad dan Rizal.Joe yang sudah lemah itu berusaha untuk bangun tetapi akhirnya dia tumbang,rupa-rupanya Joe terkejut sehingga pengsan!Alahai Joe!

3 komen anda:

MeGa_Lisa said...

aduyai... si joe ni.. dahla lurus.. bendul lagi...hahahah.. mesti kena shock tu si joe sampai pengsan...put3salju.. next chapter lagi ya...

Anonymous said...

lawak suke giler cer ni putri lagi ye!!!!

PutriSalju said...

MeGa_Lisa:joe tu memang tersangat la lurus bendulnya..hehe

anonymous:thanx!





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.