Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Wednesday, July 22, 2009

Ceritera Cinta Kita 33


Setelah hampir sejam berlalu,Joe yang masih berdegil inginkan jawapan dari mulut Balqis kembali ke hadapan semula tetapi membawa semangkuk sup ekor sebagai alasan untuk membolehkan dia ke hadapan dan mengetahui apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Puan Amiza sebentar tadi.Semasa dia meletakkan mangkuk itu di atas meja,tiba-tiba Joe duduk di kerusi kosong di sebelah Balqis,”Qis,tolong bagitau Joe,apa maksud semua ni?”desak Joe berkali-kali walaupun puas dilarang Pakcik Bakri.”Takde apa-apa maksud…”jawap Balqis lurus bendul.”Bukan ke Qis dah bersusah-payah pindah dari rumah dia dulu?Kenapa Qis?”soal Joe lagi.”Memang kami dah pindah…tapi..”ayat Balqis mati disitu.Sesungguhnya dia tiada alasan kerana ayahnya yang telah membuat keputusan dan dia tiada kuasa untuk menolaknya dan walaupun dia ada kuasa,dia tidak mungkin menolak untuk kembali ke rumah itu.”Ni mesti sebab kau kacau dia balik kan?Kau ni memang tak gunalah!”marah Joe kepada Haiqal.Haiqal yang sudah geram melihat gelagat Joe dari tadi segera membalas,”Memang pun..aku sukaaaaaaaa sangat dia duduk rumah aku balik..duduk depan bilik aku balik..”jawap Haiqal sinis.”Kau!”jerit Joe sambil meluru ke arah Haiqal tetapi sempat di tahan Pakcik Bakri.
*************

Aku kembali ke bilik ni balik…tidur atas katil ni balik…ucap Balqis di dalam hati sambil melemparkan pandangan ke sekeliling bilik.”Tadi Haiqal mesti dia bengang sangat dengan Joe sampai dia cakap dia suka aku tinggal balik semua tu..tapi kesian Joe…”Balqis bermonolog sendirian di atas katil.”Tapi cinta tak boleh dipaksa…kata-kata ni bukan untuk aku jugak ke?”soal Balqis kepada dirinya sendiri sambil tersenyum tawar.”Kalau aku terus macam ni..mesti Haiqal akan makin lama makin bencikan aku..”sayu nada suara Balqis sebelum melelapkan mata.
**************

“Haiqal!Haiqal!”terjerit-jerit Tiara memanggil Haiqal sambil berlari menuju ke arah Haiqal yang sedang duduk di sebuah pondok di tepi tasik sambil mengunyah roti dan membaca buku.Puas dicarinya Haiqal sekeliling universiti termasuklah cafeteria tetapi tidak ditemuinya batang hidung Haiqal.”Aku tau kau tak makan dekat cafeteria.Dah berapa hari orang asyik gosipkan kau dengan Balqis sejak semua dapat tahu Balqis pindah balik kat rumah kau.”laju mulut Tiara menuturkan kata.”Diorang tu lebih-lebihlah..over betul!”ujar Tiara menjuihkan bibirnya yang cantik terbentuk kemerah-merahan itu.Kadangkala Tiara tidak faham dengan Haiqal,baginya tiada apa yang kurang pada dirinya,cantik,bijak dan berbakat!Bukan dia mahu memuji diri tetapi sudah ramai orang memujinya sebegitu malangnya kelebihannya itu tidak pernah dipandang oleh Haiqal sedikit pun.”Ada apa kau cari aku?”soal Haiqal acuh tidak acuh.”Erm…sebenarnya macam ni..kau free tak weekend ni?Ada cerita best tau.Aku ada 2 tiket wayang..jom kita tengok sama-sama?”soal Tiara ceria.”Aku tak berminat.”laju Haiqal menjawap sambil mengemas buku-bukunya ingin berlalu.”Tapi kenapa?”desak Tiara tidak puas hati.”Takde sebab.”pendek Haiqal membalas.


“Kau sukakan Balqis ke?”soal Tiara tiba-tiba.Haiqal terdiam seketika sebelum menjawab,”Takde kaitan dengan kau.”balas Haiqal sambil berlalu meninggalkan Tiara yang kegeraman.”Tapi..bukan ke Zek yang tengah bercinta dengan Balqis sekarang?”kata-kata Tiara membuatkan langkah Haiqal yang laju tadi terhenti.”Sejak dua menjak ni..aku selalu dengar diorang gayut dalam telefon..sweet gila diorang tu!”kata Tiara sedikit kuat.Haiqal yang terkaku sejak dari tadi,kemudiannya meneruskan kembali langkahnya.Tiara yang keseorangan disitu hanya mampu menyumpah seranah seorang diri.

“Hello,Hello Balqis?Qis sihat ke?”soal satu suara lembut tetapi agak lantang dibelakang Tiara.Tiara segera menoleh,rupa-rupanya Zek sedang bergayut melalui telefon dengan Balqis.Perlu ke dia gayut kuat-kuat dekat sini?soal Tiara di dalam hati.”Cuba Qis cakap kuat sikit,Zek tak boleh dengar la..OHHHH Qis rindukan Zek..Zek pun rindukan Qis jugak..”jawap Zek dengan nada suara romantik.Tiara yang malas mahu mendengar perbualan mereka segera berlalu tetapi Zek tetap mengikut ke mana sahaja dia pergi sambil bergayut telefon dengan Balqis dengan begitu mesra sekali.”Malam ni nak jumpa?Ok pukul 8 atau 9 ek?Okayyy.”kata Zek lagi dengan nada lembut.Macamlah aku heran!getus Tiara di dalam hati,rimas dengan Zek yang asyik mengekorinya.

Sementara di hujung corong telefon di sebelah sana,”Please la Zek..Tiara bukan boleh dengar pun apa yang kita cakap.Kenapa aku kena pura-pura bercakap dengan kau?”soal Balqis pelik dengan rancangan Zek.”Kau boleh je pura-pura keluarkan handset kau konon-konon ada orang call kau pastu kau buat-buat la borak..”kata Balqis lagi kerana dia sebenarnya geli geleman setiap kali Zek menggunakan nada suara lembut,tegak bulu romanya!”Mana boleh macam tu!Kita kena buat betul-betul supaya tak nampak macam yang kita ni berlakon..”kata Zek berbisik kerana takut Tiara terdengar suaranya. ”Hello!Hello!Takde coverage la kat sini..”ujar Zek sambil menghalakan handsetnya ke atas dan menggoyang-goyangkannya.”Oh ok ok..jangan risau malam ni Zek takkan lewat punya..”kata Zek menggunakan nada suara yang lembut seperti tadi.

”Tapi susahlah nak berlakon..aku takde perasaan kat kau.”bantah Balqis di hujung telefon.”Ala kau anggap je yang kau tengah bercakap dengan Haiqal!Cepatlah Tiara dah macam syak je tu.”kata Zek lagi.”Okay okay…”jawap Balqis sambil menarik nafas dalam-dalam.Kebetulan Haiqal yang ingin masuk ke dalam makmal komputer ternampak Balqis di tempat duduk disitu sedang bercakap di telefon dan berhenti melangkah malangnya Balqis tidak perasan kerana dia membelakangi Haiqal.”Hello..Hello Zek..Qis pun rindukan Zek..apa dia?Kaki Qis?Dah tak sakit dah…”manja sungguh suara Balqis di pendengaran Haiqal.”Bila fikir je pasal Zek,terus hilang sakit kaki Qis…”Balqis menambah dengan menggoyangkan bahunya lembut.Dia sendiri geli mendengar suaranya.Haiqal yang memerhati dan mendengar perbualan Balqis kemudiannya terus berlalu masuk ke dalam makmal komputer itu dengan perasaan yang tidak sedap hati,dia sendiri tidak tahu tetapi dia tidak suka melihat gaya Balqis yang manja tadi.Perlu ke dia tergedik-gedik camtu?getus Haiqal geram.”Hah,ok dah?Geli betullah..aku taknak cakap lagi,kau cakaplah sorang-sorang.Bye!”kata Balqis lalu segera menekan butang merah.
**************

“Emmmm…sedapnya bau…dah berjaya ni,jom!”ujar Puan Amiza gembira setelah mengajar Balqis membuat telur bistik.Baginya,pencapaian Balqis hari ini agak bagus kerana telur tidak hangit dan masakannya boleh tahan.Puan Amiza kemudiannya meletakkan sepinggan telur bistik di atas meja makan.”Taraaaaaaaa…..”kata Puan Amiza gembira.”Hari ni mama ajar Balqis buat telur bistik.Ha cuba try yang ni..”unjuk Puan Amiza pinggan yang berisi telur bistik kepada Haiqal dan Haziq.”Panas lagi ni,cubalah rasa..sedap!”puji Puan Amiza.Balqis hanya tersenyum malu apabila dipuji sebegitu.”Tengok macam tak sedap je..”kata Haziq pula.”Em apa kata korang cuba dulu?Kalau tak sedap,Qis akan cuba buat lagi baik nanti.”kata Balqis pula.”Eh apa pulak..dah cukup sedap ni.Semua orang kena support Balqis..rasalah.”kata Puan Amiza.”Dia ni bukannya boleh percaya sangat,kan abang?”soal Haziq kepada Haiqal yang diam dan bad mood sejak dari balik tadi.Haziq kemudiannya merasa sedikit lauk telur bistik itu,”Hah macam mana?Sedap tak?”soal Puan Amiza laju.

“Ok sikit dari dulu la..”jawap Haziq perlahan tetapi baginya memang sedap tetapi dia tidak mahu mengakuinya.”Ha kan mama dah cakap!Ha abang cuba la rasa pulak..”kata Puan Amiza kepada Haiqal.Haiqal kemudiannya mengambil sedikit dan menyuapkan ke dalam mulutnya.”Tak sedap langsung.”kata Haiqal selamba tanpa menghiraukan langsung perasaan Balqis yang terguris.”Apa abang ni..”marah Puan Amiza tetapi tidak dihiraukan Haiqal.”Tak kiralah berapa kali pun kau cuba..buang masa je.”kata Haiqal lalu segera bangun menuju ke dapur.”Abang!Kenapa cakap macam tu???”Teruk betullah mulut dia ni.”marah Puan Amiza lagi.Balqis disebelahnya sudah mengalirkan air mata tetapi segera dikesat Balqis tidak mahu Puan Amiza serba salah.”Takpe Qis..biar auntie yang makan..diorang ni tak reti menghargai.”kata Puan Amiza memujuk Balqis.
**************

“Nampaknya..Haiqal makin lama makin tak puas hati dengan apa yang aku buat..dan aku tengok makin hari makin dia bencikan aku.Aku ni betul-betul jadi seorang yang membencikan ke bagi dia?”tanya Balqis seorang diri sambil memandang dirinya sendiri di dalam cermin di bilik air.Dia kemudiannya segera menyarung baju tidurnya malangnya seluar tidurnya tiada.Seingatnya dia ada membawanya masuk tadi,mungkin tercicir di mana-mana pada fikirannya.Puas dicarinya disekeliling bilik air tersebut tetapi tidak ditemui.Balqis kemudiannya memakai tuala dari paras pinggang kerana sudah menyarung baju tidurnya.Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik air itu mengintai jika ada sesiapa di sekeliling.”Auntie!Auntie!”perlahan Balqis memanggil Puan Amiza.Tiba-tiba ada tangan di sebalik dinding sedang menghulurkan seluar tidurnya yang bercorak kartun Doraemon itu.

”Ohhh terima kasih auntie!”kata Balqis laju menghampiri.”Mama takde,dia pergi buang sampah!”kata suara itu.Balqis yang terlalu terkejut segera berlari ke biliknya kerana dia sedar suara itu milik Haiqal!”Oi,kau taknak seluar kau ke?”soal Haiqal malas.”Ken..kenapa kau curi seluar aku?”soal Balqis kelam-kabut mengambil seluarnya dari tangan Haiqal dan kembali ke pintu bilik.”Kenapa pula aku nak curi seluar kau?Kau yang tinggalkan atas lantai,seluar macam budak tadika je,sape nak curik? ”soal Haiqal sinis.”Aku..aku pakai seluar macam ni kadang-kadang je..selalunya aku pakai baju tidur kain lace tau.”lawan Balqis sedikit gagap.”Hmpph peduli apa aku kau pakai lace ke ape ke,body macam budak kecik je.”balas Haiqal pula tidak mahu mengalah.”Ap..apa maksud kau ha?Seronok sangat ke buli aku?Kalau kau tak suka aku tinggal kat sini cakap jerla!”marah Balqis.”Memang!Makin aku nampak kau makin aku geram!Lepas tu aku akan buli kau!Kalau kau tak nak aku buli kau,kau pergi tempat yang kau takkan nampak aku!”balas Haiqal garang lalu masuk ke dalam biliknya dan menghempaskan pintu,begitu juga Balqis.

Di dalam biliknya Haziq terkejut melihat abangnya meluru masuk dengan laju dan terus menghempaskan diri di atas katil.”Abang,abang marah kat sape?”soal Haziq pelik.”Takde pape.Ada si sengal buat abang marah.”jawap Haiqal.”Apa pula si sengal Balqis tu buat kali ni bang?”soal Haziq lagi.Haiqal terus memandang Haziq,”Tengoklah,sampai Haziq pun tau yang abang tengah marah dekat si Balqis tu kan.”balas Haiqal dan tidak lama kemudian dia tersenyum sendirian tetapi tidak dapat dilihat Haziq.
**************

“Go Haiqal Go!”Go Haiqal Go!”jerit sekumpulan pelajar perempuan yang merupakan ahli kelab Tenis itu.Latihan petang itu diakhiri dengan perlawanan antara Haiqal dan Zek.”Peliklah,Zek kan dah tau yang dia tak boleh kalahkan Haiqal tapi dia nak juga sambung main.”luah Tiara yang memerhati sejak dari mula perlawanan,baginya Zek memang tiada peluang langsung untuk menang kerana..”Haiqal nampak macam nak bunuh orang je hari ni..macam ada benda yang Zek buat dia benci sangat-sangat ataupun macam berdendam dengan Zek kan?”soal Tiara lagi sambil mereka semua menggangguk setuju.”Penat betul tengok muka Zek..Haiqal tu memang hebatlah!”jerit Tiara.”Eh Tiara,bukan kau patutnya sokong Zek ke?Korang kan partner?”soal Balqis sambil meneguk air mineralnya.”Itu masa competition je.Dan sekarang ni competition dah berakhir.Eh bukan kau ke yang couple dengan Zek sekarang?”soal Tiara kembali dengan nada sinis.”Oi kau jangan buat cerita ek.Bila masa aku couple dengan dia?”soal Balqis marah.


“Kau tak payah la malu-malu.Semua orang tahu dah dan kitorang doakan korang berdua berkekalan…”jerit Tiara.”Aku tak lah!Kau tu pergi sorak untuk Zek jelah!”jerit Balqis pula.”Dah jangan nak merepek.Ok memandangkan ini permintaan kau…ZEK!BALQIS WISH GOOD LUCK DEKAT KAU!!!!”jerit Tiara kuat sehingga didengari oleh Haiqal dan Zek,kelam-kabut Balqis menutup mulut Tiara yang masih terjerit-jerit kegembiraan itu.”Dia cakap kau nampak kacak gila!”jerit Tiara lagi tidak makan saman.”TAK!!!!MANA ADA!!”balas Balqis pula.”Ha tengok-tengok Zek tengah pandang kau tu,cepatlah pandang!”jerit Tiara.Balqis segera memandang dan dia melihat Haiqal sedang memandang tajam kearahnya seperti ingin menelannya saat itu juga.”Go Haiqal Go!”jerit Balqis lagi kuat dari jeritan Tiara untuk mengelakkan suara Tiara didengari Haiqal.

Tiara

Tiba-tiba ,”Zek,jom lagi satu game!”jerit Haiqal dengan begitu kuat sekali.Kemudiannya tanpa membuang masa Haiqal segera memukul bola ke arah Zek.”Wow,lajunya bola tu!”jerit satu suara.Zek yang tidak sempat berbuat apa-apa hanya mampu tergamam melihat bola itu laju menuju tepat ke arahnya dan…BUK!!!!Zek jatuh terlentang disitu juga apabila bola itu mengenai hidungnya.”EHHHHHH Zek pengsan la!”jerit mereka semua.Balqis yang melihat Zek yang masih terlentang itu segera berlari menuju ke arah Zek.”Bangun Zek!Bangunlah!”jerit Balqis sambil menggoncang kuat bahu Zek.”Buruklah terbaring macam ni..Tiara tengah tengok tu!”kata Balqis lagi.Seraya mendengar nama Tiara,Zek serta-merta membuka matanya dan terduduk.Kemudian Zek terasa sesuatu seperti mengalir dari hidungnya,segera dia menyentuh dan DARAH!”Hidung aku berdarah!”jerit Zek.”Aku tau…Cepat lap,buruklah orang tengok!”kata Balqis kelam-kabut sambil mengeluarkan tisu dari poketnya dan mengelap hidung Zek.”Wow!!!!Diorang memang sweet couple la!”jerit semua yang sedang menonton drama sebabak mereka.”Eh korang dah salah sangka la…dia dengan Tiara,aku hanya tolong dia untuk dapatkan Tiara!”jerit Balqis tetapi suaranya tenggelam dek keriuhan suara mereka semua.”Nah lap lagi!”kata Balqis sambil tolong mengelap darah dari hidung Zek.

Haiqal yang memandang sejak dari tadi adegan yang menjengkelkannya itu segera berteriak,”Zek,aku rasa kau dah tak mampu nak teruskan lagi la!”jerit Haiqal dengan nada sinis.Tiba-tiba Haiqal memandang Tiara yang sudah pun berada disisinya,”Oh ye Tiara,tentang movie yang kau ajak aku tengok tu..aku free Ahad ni.Jom kita tengok sama-sama.”ujar Haiqal agak kuat sambil tersenyum manis memandang Tiara.”Betul ke ni?Kalau macam tu kita jumpa depan cinema pukul 1.Boleh?”soal Tiara terlalu teruja.”OK!”jawap Haiqal kuat seperti ingin didengari semua,terutama Balqis.Dia sendiri tidak tahu mengapa dia berasa puas hati melihat wajah masam Balqis sebaik sahaja dia memberikan persetujuannya.

“Ini semua salah kau la!”marah Balqis kepada Zek,gagal rancangannya!”Eh apasal pulak?Kau la yang salah!Cuai sangat!”marah Zek kembali.”Aku cuai?Cuba kau tengok diri kau..dengan hidung berdarahnya..habis rosak imej kau tu!”kata Balqis kembali sambil melihat Haiqal dan Tiara yang sudah menjauh.

5 komen anda:

MeGa_Lisa said...

haiqal jeles..hehehe.. suka2..

nailofargurlz said...

cam jeles jer haikal tue..hehe..tiara p r main jauh2

nailofargurlz said...

biler nak update citer nih..dah tak sbar2 nak tahu kesudahan citer nih..

Yeun Yie said...

ala...gram la dngn zek tuh...rse nye kn haikal wat cam tu sbab cmbru kn? btul la tuh..hahaha like very much this story..

PutriSalju said...

thanx all for da comment..enjoy ur reading okies!^_^





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.