Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Wednesday, December 2, 2009

Ceritera Cinta Kita 41


BURPPPPP!”Alhamdulillah…kenyang gila dah perut aku ni..”luah Balqis sambil mengusap perutnya yang sedikit membuncit itu manakala Zek sudah tersandar kekenyangan di kerusinya.”Hurmmmm…”tiba-tiba Balqis mengeluh panjang.Zek memandang Balqis dengan wajah yang pelik,”Balqis,yang kau tiba-tiba mengeluh panjang ni kenapa?Bukan ke tadi kau gembira sangat bila tau yang Haiqal kerja kat sini?”soal Zek penuh tanda tanya sambil menghirup sisa baki minumannya. ”Memanglah…tapi dengan keadaan yang macam sekarang ni,aku tak rasa aku boleh berbual dengan dia..”luah Balqis sambil memuncungkan bibirnya sambil pandangan matanya jatuh kepada Haiqal yang sedang sibuk menatang hidangan ke meja pelanggan restoran itu.

Selesai membuat bayaran di kaunter,Balqis dan Zek berlalu keluar dari restoran itu.Balqis yang masih tidak puas hati dengan layanan Haiqal segera menoleh kembali ke restoran itu dan memandang persekitarannya.Sedang Balqis asyik meneliti setiap pelusuk inci restoran itu,matanya tertancap kepada sehelai kertas bersaiz A4 yang ditampal di muka pintu restoran makanan ala barat itu.”PELAYAN RESTORAN SEPARUH MASA DIPERLUKAN SEGERA!”.Balqis yang teramat gembira segera melangkah kembali menghala ke pintu masuk restoran itu manakala Zek yang terkejut mendengar jeritan Balqis segera mematah kembali mendekati Balqis.”Kenapa dengan kau ni?Tiba-tiba terjerit-jerit?”soal Zek sambil turut membaca ayat yang tertera di depannya itu.”YES!Ada kerja kosong dekat sini!”jerit Balqis lagi.”So?”soal Zek yang lurus bendul itu.”Kau ni apalah…kalau aku dapat kerja kat sini tak payah la aku susah payah nak fikirkan cara untuk jumpa Haiqal setiap hari!”terang Balqis dengan penuh bersemangat.”Dahla..aku nak masuk dalam balik,nak apply untuk kerja ni!Bye Zek!Thanks ok!”ujar Balqis kelam-kabut mengatur langkah kembali ke dalam restoran sambil diperhatikan Zek yang menggeleng kepala melihat obsesi Balqis terhadap Haiqal.

“Manager,ni ada orang nak jumpa untuk mintak kerja.”terang salah seorang pelayan di restoran itu kepada pengurusnya.Balqis yang mengekori pelayan itu sejak dari hadapan hingga ke bahagian pejabat di bahagian belakang restoran segera memperkenalkan dirinya.”Assalamualaikum..nama saya Balqis Sofea Bt.Bakri.Saya akan kerja bersungguh-sungguh encik!”ujar Balqis bersemangat kepada pengurus yang sedang sibuk menyemak dokumen di atas mejanya.”Saya minta maaf Cik..tempat kosong tu dah di isi..buat masa ni kami dah taknak pakai orang.”jawap pengurus itu sambil mengerling sekilas pada Balqis.”HAH???”wajah Balqis yang tadinya ceria sudah bertukar sayu dan mula merayu pengurus itu.”Manager,takkan tak ada langsung kerja kosong dalam restoran ni?Saya sanggup buat apa saja kerja..cuci pinggan mangkuk ke,cuci tandas ke atau kerja-kerja tukang semua saya sanggup!”rayu Balqis bersungguh-sungguh.”Kami tak perlukan pekerja baru buat masa sekarang ni,saya minta maaf.”kata pengurus itu lalu segera bangun menghala ke bahagian dapur restoran untuk memastikan kelancaran keadaan di situ.Balqis yang masih tidak puas hati segera mengikut jejak pengurus itu ke bahagian dapur restoran yang sedikit kelam-kabut dengan para pekerja yang sibuk menyiapkan hidangan.


Alangkah terkejutnya Balqis apabila ternampak sesusuk tubuh yang amat dikenalinya,Tiara!Segera Balqis menghampirinya dan menegur,”Tiara,apa kau buat dekat sini?”soal Balqis sedikit risau.”Haih…takkan tak nampak kot..aku kerja kat sinilah…”sinis nada suara Tiara sambil menayangkan uniform pekerja yang dipakainya.”Kerja????”soal Balqis semakin tidak percaya dengan apa yang didengarinya.”Yelah…nampaknya kau dah terlambat!Kesiannnnn….”ejek Tiara sambil mengelap pinggan-pinggan di hadapannya.”Man…mana kau tau Haiqal kerja kat sini?”soal Balqis sedikit tergagap kerana terlampau geram.”Mestilah Zek yang bagitau aku..”jawap Tiara selamba sambil tersenyum bangga.”Zek?”jerit Balqis apabila masih jelas lagi terngiang-ngiang di telinganya kata-kata Zek…

”Eh,lagi satu aku nak pesan kat kau ni yang takde sorang pun boleh tahu kat mana Haiqal kerja tau.”

“Tak guna kau Zek,berani kau permainkan aku..nanti KAU!”marah Balqis seorang diri.Balqis yang masih tidak putus asa itu segera meluru ke arah pengurus restoran itu.”Manager,tolonglahhhhhhhhh….saya nak sangat kerja kat sini…”rayu Balqis lagi.”Eh awak ni ada lagi kat sini?Kan saya dah kata tak ada kerja kosong dekat sini..”balas pengurus itu sambil mengerling kepada Tiara.”Ha si manis ni dah dapat biasakan diri tak kerja dekat sini?”soal pengurus itu dengan nada mengorat.”Kalau ada apa-apa masalah jangan segan silu datang jumpa saya ok..”ujar pengurus itu lagi dengan nada yang amat lembut.Gatal punya orang tua!jerit Balqis di dalam hati sambil berlalu keluar dari bahagian dapur restoran itu dengan perasaan marah dan segera mengambil tempat duduk di salah sebuah meja yang terletak di sudut restoran itu.Tiara yang terlihat keadaan itu segera mengambil buku menu berpura-pura untuk mengambil pesanan dan segera berjalan ke arah Balqis dan mencampakkan buku menu itu di atas meja Balqis dengan kasar.”Nampaknya keadaan dah bertukar kan..Haiqal dah pindah dari rumah dan aku pulak sekelas dengan dia dekat U.Dan sekarang ni bekerja pun di tempat yang sama,semua peluang terbuka pada aku sorang je sekarang ni.”kata Tiara dengan nada sinis sambil mata mereka berdua melihat Haiqal yang sibuk mengambil pesanan dari pelanggan yang ingin berkenalan dengannya.Menyampah Balqis dan Tiara melihat pelanggan-pelanggan wanita yang seramai 5 orang itu sibuk bertanyakan berbagai soalan yang tidak kena mengena.“Kau nampak tu Balqis?Kalau Haiqal dah mula bercampur dengan dunia luar,kau dah takkan ada peluang lagi.”ujar Tiara sengaja menakutkan Balqis yang terdiam melihat situasi menjengkelkannya sebentar tadi.
*************

“Zati,Ika..lepas ni korang kena ikut aku pergi restoran tempat Haiqal kerja tu..then korang boleh la tolong fikirkan cara untuk elakkan si Tiara tu rapat dengan Haiqal.”pinta Balqis semasa mereka bertiga sedang enak menjamu selera di sebuah restoran yang dilengkapi dengan kemudahan karaoke.Balqis pelik melihat Zati dan Ika yang asyik mendengar alunan suara seorang lelaki yang sedang tekun memetik gitarnya menyanyikan lagu syahdu,”Kau Ilhamku”.”Eh korang berdua ni pandang dia beria kenapa?”soal Balqis sambil mengagah-agah tangannya di hadapan Zati dan Ika yang duduk berhadapan dengannya manakala kedudukan Balqis membelakangi penyanyi itu.”Takdelah…bila dia nyanyi kan..macam terasa menusuk kat hati ni..”ujar Zati yang seolah-olah terpukau sambil matanya tidak lekang memandang penyanyi itu.”Aku akan datang ke restoran ni setiap hari mulai sekarang!”ujar Zati tiba-tiba bersemangat.”Huish..dia dah berjaya curi hati kau ke?”usik Balqis.”Eh tapikan kau rasa kalau kau datang setiap hari pun,dia akan perasan ke kehadiran kau?”soal Balqis ingin tahu.”Aku tak kisah semua tu..dapat jadi peminat dia secara senyap pun dah cukup.”jawap Zati yakin sambil kembali asyik melihat lelaki itu melontarkan vokalnya.Erm..maknanya kalau datang setiap hari akhirnya akan buat seseorang tu tersentuh la ek?Kalau macam tu aku nak Haiqal tau yang aku sentiasa sokong dia walaupun dalam diam..aku akan sokong dia buat selama-lamanya..ujar Balqis di dalam hati sambil tersenyum.

Sebaik sahaja keluar dari restoran itu,Balqis,Zati dan Ika segera menuju arah jalan raya untuk melintas.Apabila melihat lampu isyarat bertukar merah dan warna hijau untuk pejalan kaki,mereka bertiga segera melintas malangnya sebuah kereta meluncur dengan agak laju dan hampir-hampir melanggar mereka.Melihatkan keadaan yang kelam-kabut itu,lelaki yang memandu kereta itu segera memarkir keretanya ke tepi jalan dan keluar dari kereta menuju ke arah mereka bertiga yang masih tergamam akibat terkejut.”Cik,cik..saya minta maaf cik.Saya tak sengaja..”berulang kali lelaki itu memohon maaf kepada mereka.Ika yang lemah lembut itu tiba-tiba naik angin dan terus memaki lelaki itu,”Eh kau ni mabuk ke ar?Kitorang hampir-hampir mati tau tak?”soal Ika dengan kasar.”Saya betul-betul minta maaf cik..cik ada luka dekat mana-mana ke?”soal lelaki itu dengan rasa bersalah.”Kalau kitorang ada luka pun kau sibuk kenapa?”marah Zati yang sememangnya garang sedikit berbanding mereka bertiga.”Kalau cik ada luka dekat mana-mana,saya hantar pegi hospital.”jawap lelaki itu jujur.”Erm..takpelah..tak payah..kitorang ni terkejut je!”kata Balqis pula.”Erm kalau macam tu takpe lah cik..kalau cik rasa ada luka kat mana-mana,cik boleh hubungi saya.”terang lelaki itu sambil menghulurkan sekeping kad kepada Ika yang teragak-agak menyambutnya sebelum mereka bertiga berlalu pergi meninggalkan lelaki itu termangu-mangu sendirian.
*****************


Keesokan harinya,Balqis seperti biasa menuju ke restoran tempat Haiqal bekerja dan mengambil tempat di salah sebuah meja di dalam restoran itu sambil memerhatikan Haiqal yang mengambil pesanan tanpa membawa pen dan kertas.Balqis tahu Haiqal tidak memerlukan semua itu kerana Haiqal genius.Haiqal hanya perlu mendengar sekali sahaja sesebuah arahan atau permintaan dan akan mengingatinya dengan pantas.”Wah hebat betul lah budak tu ye..tak perlukan pen dengan kertas langsung nak ambil pesanan kita.”terdengar suara-suara yang memuji kepintaran Haiqal.”Haiqal..kau memang hebat..tapi banyak sangatlah perempuan dekat dalam ni,,dah la kau kacak sangat,adui macam manalah kalau ada orang nak mengorat kau?Masalah betul ni.”ujar Balqis bermonolog sendirian tanpa menyedari kehadiran Tiara di belakangnya.”Pada masa tu,kau kena mengaku kalah la pada permainan takdir!”sampuk Tiara tiba-tiba dan seperti biasa mencampakkan buku menu ke atas meja Balqis.”Balqis yang marah segera berdiri,”Eh kenapa kau ni?Aku bukan cari kau lah.”tinggi nada suara Balqis.”Aku ke sini untuk ambil order kau.”jawap Tiara sambil bersedia ingin menulis pesanan Balqis.”Kenapa bukan Haiqal yang ambil order aku?”soal Balqis tidak puas hati.”Sebab aku yang incharge ambil order..ok kau nak order apa?”soal Tiara kembali dengan acuh tidak acuh.”Apa-apa je la.”jawap Balqis juga dingin.”Erm..ok aku akan aturkan sesuatu yang special untuk kau!”kata Tiara tiba-tiba terfikir sesuatu untuk mengenakan Balqis sambil berlalu ke belakang restoran dengan perasaan gembira.

Di belakang restoran,Tiara sengaja memasukkan nasi goreng,mihun goreng dan chicken chop di dalam satu pinggan dan memasukkan hidangan lain sehingga membukit dan setelah berpuas hati,dia segera membawak hidangan itu keluar dan meletakkannya di atas meja Balqis.”Banyaknya!Macam mana aku nak habiskan ni?”soal Balqis sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.”Takpe,take your sweet time.Kalau tak cukup aku boleh tolong tambahkan lagi.”ujar Tiara yang sedang menahan gelaknya kerana berjaya mengenakan Balqis yang lurus bendul itu.Setelah bersusah payah melicinkan pinggan yang menggunung dengan makanan itu,Tiara datang lagi menghantar dessert pula.”Ini betul-betul nak bunuh aku ni…”ujar Balqis seorang diri apabila melihat sepinggan besar berisi muffin,kek,pastri dan pelbagai lagi.Selang setengah jam kemudian,Haiqal yang sejak dari tadi memerhatikan Balqis dengan ekor matanya sengaja lalu di hadapan meja Balqis untuk melihat keadaannya.”Haiqal!Em….boleh tak aku nak bungkus semua ni?”tanya Balqis sambil menunjukkan muffin dan kek yang tidak berupaya dihabiskannya.”Sorry..restoran ni tak benarkan take away.”ringkas jawapan Haiqal.”Ta…tapi ni semua kegemaran Haziq…membazir je kalau ditinggalkan macam ni..”luah Balqis bermonolog sendirian.

Haiqal yang mendengar Balqis menyebut nama adik kesayangan segera menyoal Balqis,”Haziq macam mana?Sihat ke?”soal Haiqal.”Em!Haziq sihat.Tapi kadang-kadang dia letih jugak la.”jawap Balqis ceria ingin memulakan perbualan malangnya...”Em..oklah kalau macam tu,aku ada kerja nak buat.”jawap Haiqal dan segera berlalu.Tiara yang sejak dari tadi memerhatikan mereka berdua segera menuju ke arah Balqis,”Cik nak bil ke?”soal Tiara tiba-tiba.”No thanks..aku kan tengah minum lagi ni.”jawap Balqis selamba.”Kau ni pelik betul la,dah habis makan pun nak duduk lagi kat sini.”ujar Tiara yang bengang.”Kan aku dah cakap aku tengah minum.”jawap Balqis lagi tidak mahu kalah.”Hmmph kalau kau rasa dengan cara ni kau boleh berjaya,kau silap.Dengan cara kau ni,akan buatkan Haiqal rasa rimas dan menyampah dengan kau!”marah Tiara dan segera berlalu.Malangnya kata-kata Tiara itu tidak terkesan sedikit pun di hati Balqis.Setelah jarum jam menunjukkan hampir pukul 10 malam dan kelibat Haiqal tidak kelihatan,Balqis segera menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.”Berapa semua ye?”soal Balqis sambil membuka dompetnya.”Semuanya RM45.20 cik.”ujar pelayan itu.”Hah?”Kenapa mahal sangat?”soal Balqis tidak percaya tetapi melihatkan kuantiti makanan yang dimakannya tadi,jumlah itu memang relevan.”Ini semua Tiara punya pasal la ni.”bebel Balqis sambil menghulurkan sehelai not RM50 kepada pelayan itu.”Adoi,pokai dah aku nak datang sini lagi.”bebel Balqis lagi sambil mengambil duit baki dan mula mengatur langkah untuk pergi.”Eh cik,cik..ini yang cik minta bungkuskan tadi.”ujar pelayan itu sambil menghulurkan plastic kepada Balqis.”Eh tapi saya tak bungkus apa-apa pun.”jawap Balqis kehairanan.”Oh ini Haiqal yang minta untuk bungkuskan.”jawap pelayan itu lagi.Balqis yang terkejut mendengar jawapan itu segera menyambut huluran plastik darinya dengan senyuman lebar.Walaupun kau dingin,tapi sebenarnya kau selalu fikirkan tentang orang lain.Mungkin sebab tu hati aku ni semakin sukakan kau hari demi hari,Haiqal!

2 komen anda:

MeGa_Lisa said...

Ei.......Bengang giler dengan Tiara tu.. giler pun tak bengang macam ni.. papepon.. aduhai... sweetnya haiqal.... suka perwatakan dia.. Chayo2!

PutriSalju said...

thanx MeGa_Lisa for liking it n jadi "pengomen tegar" kat cni..really appreciate it!^_^





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.