Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Saturday, August 8, 2009

Ceritera Cinta Kita 35


Sebaik sahaja Haiqal mencapai tangan si gadis, mereka berdua berlari sekuat hati dari samseng-samseng yang mengejari mereka berempat.Haiqal dan pasangannya..begitu juga Zek dan pasangannya.Masing-masing berlari berlainan arah tetapi samseng-samseng itu hanya mengejar Zek dan pasangannya sahaja manakala Haiqal dan pasangannya terus berlari kerana tidak tahu yang samseng-samseng itu hanya mengejar Zek sahaja kerana mencari pasal dengan mereka sebentar tadi.Puas Haiqal dan pasangannya berlari merentasi bangunan-bangunan ditengah-tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur itu begitu juga Zek dan pasangannya yang memilih melarikan diri di dalam pusat membeli-belah untuk menyukarkan samseng itu menjejaki mereka.

Aku tak tahu adakah Haiqal tersilap tarik tangan aku disebabkan kekecohan tadi tu…tapi yang pasti saat ini..aku rasa sangat bahagia..aku harap kitorang berdua boleh lari macam ni selama-lamanya..desis hati si gadis sambil tersenyum kecil.Hati si gadis benar-benar tersentuh apabila melihat jari jemarinya di genggam erat oleh Haiqal dan sesekali Haiqal menoleh ke sebelah memastikan si gadis masih mampu berlari dan tidak penat.”Ok,jom kita menyorok kat sini dulu.”ajak Haiqal sambil masih lagi tidak melepaskan genggaman eratnya sambil menarik si gadis bersembunyi di sebalik gerai-gerai jualan di tepi jalan.
**************

Sementara itu Zek dan pasangannya yang sedang dikejar oleh samseng seramai 3 orang itu sudah termengah-mengah kepenatan dan menyembunyikan diri di tangga untuk laluan keluar di pusat membeli belah itu.Nasib mereka berdua baik kerana samseng itu tidak berjaya menangkap mereka,jika tidak Zek pun tidak tahu apa yang akan berlaku padanya.Zek memandang sekilas kepada gadis di sebelahnya sambil tersenyum manis dan turut dibalas si gadis itu dan akhirnya ketawa mereka berdua pecah mengenangkan kepayahan mereka berdua meloloskan diri dari samseng-samseng itu.Ketawa mereka bergema di segenap ruang di laluan keluar yang sunyi itu.
**************


Setelah memastikan yang mereka berdua tidak dikejar oleh samseng-samseng itu,Haiqal dan pasangannya akhirnya berhenti berlari apabila terlihat sebuah bangku kecil untuk melepaskan lelah mereka setelah penat berlari.Suasana hening menyelubungi mereka berdua,dan akhirnya si gadis membuka mulutnya,”Kenapa kau tarik tangan aku?”soal si gadis penuh musykil.”Kenapa?Kau nak Zek ke yang tarik tangan kau?”soal Haiqal laju sambil merenung tepat mata Balqis,penuh dengan api cemburu!”Mestilah tak!Cuma….”jawap Balqis teragak-agak.”Ken..kenapa kau tak tarik tangan Tiara?”soal Balqis pula.Haiqal kemudiannya tersenyum kecil sebelum menjawab,”Zek habiskan duit,tenaga dan masa dia untuk cari orang untuk berlakon..dah la buat samseng tadi tu marah..kalau aku tak bagi dia chance untuk habiskan masa dia dengan Tiara,kan tak patut tu?”sinis nada Haiqal sambil memandang Balqis.”Maknanya…kau dah tahu semuanya ke?”soal Balqis betul-betul terkejut kerana Haiqal tahu rancangannya dan Zek.”Sebenarnya…aku ingat kau dengan Zek saling suka sama suka sejak dari mula lagi hinggalah apa yang berlaku dalam cinema tadi..lepas aku tengok perangai korang berdua dan perkara-perkara pelik yang berlaku tadi,nampaknya anggapan aku salah.”luah Haiqal panjang lebar sambil melontar jauh pandangannya ke arah kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan,ada nada kelegaan dari suaranya yang tidak bisa difahami Balqis.

“Aku..aku mintak maaf..aku cuma..bila aku dengar kau dengan Tiara nak keluar sama-sama,aku jadi tak tentu arah..”jawap Balqis sedikit tergagap sambil menunduk merenung rumput.”Tapi..kalau kau betul-betul sukakan Tiara,aku sanggup-“belum habis Balqis berkata-kata,”Jom kita pergi jalan-jalan.”potong Haiqal laju.Balqis yang terkejut segera memandang wajah Haiqal mencari kejujuran dari wajahnya.Haiqal yang sudah terlepas cakap segera menambah,”Ye..yela..alang-alang kita dah kat luar ni kan.”jawap Haiqal sedikit kelam-kabut tanpa memandang Balqis.”Aku nak tahu orang macam kau ni suka pergi mana..”perlahan suara Haiqal menutur kata.”Apa dia?”soal Balqis tidak berapa jelas.”Erm takde pape.So kita nak pergi mana ni?”soal Haiqal segera untuk mengelak soalan Balqis.”Lagipun aku ni bukannya tahu sangat tempat-tempat menarik dekat KL ni.”kata Haiqal lagi walaupun tidak masuk akal kerana dia anak jati KL namun Balqis yang lurus bendul itu segera menjawab,”Eh banyaklah tempat-tempat menarik dekat KL..ada KLCC,Menara KL..ha pastu ada Tasik Titiwangsa dengan Zoo Negara..ha Sunway Lagoon!Lepas tu..Chow Kit,Petaling Street!”teruja sungguh Balqis menyenaraikan kesemua tempat yang pernah dikunjunginya.”Dah..dah..macamlah kita boleh pergi semua tempat tu dalam satu hari ni!”jawap Haiqal tertawa gembira melihat reaksi teruja Balqis.Haiqal kemudiannya bangun dan terus berlari-lari anak sambil dikejar oleh Balqis dari belakang,sungguh bahagia ekspresi wajah Haiqal lewat tengah hari itu.
***************

Setelah merancang,mereka berdua membuat keputusan untuk menaiki bas awam untuk pergi ke tempat-tempat yang telah disenaraikan Balqis sebentar tadi.Balqis yang sejak dari tadi masih tidak lekang dengan senyuman manis di bibir mungilnya melontar pandangan ke luar tingkap bas selepas melihat Haiqal di sebelahnya hanya termenung jauh.Dari dulu lagi aku impikan yang kitorang berdua ni macam pasangan bercinta yang lain,naik bas duduk sebelah-sebelah,makan sama-sama,ataupun jalan-jalan je tanpa tujuan.Kebahagiaan yang aku rasa sekarang ni nampak mudah je untuk aku dapat tapi sebenarnya..sangat-sangat susah untuk aku rasakan.Kan bagus kalau masa boleh berhenti berputar supaya aku dan Haiqal selama-lamanya akan kekal begini?detik hati Balqis.Setelah turun dari bas,mereka berjalan-jalan di sekitar gerai-gerai yang terdapat di situ.
*************

Destinasi pertama mereka berdua ialah Taman Tasik Titiwangsa,iaitu menyewa bot kayuh untuk dua orang untuk melihat pemandangan indah sekitar Kuala Lumpur.Selepas hampir 10 minit mengayuh bot,masing-masing mendiamkan diri sambil melihat pemandangan sekitar tasik.Balqis yang perasan riak wajah Haiqal sedikit bosan memulakan bicara,”Lepas ni,kita pergi makan nak?Laparlah!”kata Balqis penuh ceria untuk menghidupkan suasana yang agak hambar.”Aku ada suka satu restoran nasi ayam dekat-dekat sini,nanti kita boleh pergi makan dekat sana.Ha cuba kau tengok ramai kan orang naik basikal dengan jalan-jalan kat tepi tasik?Karang kita boleh sewa basikal pulak!”ucap Balqis lagi tetapi Haiqal masih lagi tidak memberikan sebarang reaksi.”Haiqal?Kau boring ke?”soal Balqis akhirnya kerana rasa bersalah mengajak Haiqal menaiki bot.”Erm?Takdelah…Cuma aku tengah fikir kenapa aku keluar dengan kau.”jawap Haiqal pendek dan serentak dengan itu serta-merta raut wajah Balqis berubah sedih.
**************


Setelah hampir setengah jam meronda mengelilingi tasik,mereka berdua akhirnya mengayuh ke tebing tasik untuk turun disitu.Sebaik sahaja bot menghampiri tebing,Balqis melangkah agak luas untuk memijak tebing malangnya kakinya tergelincir dan menyebabkan dia terhuyung-hayang dan hampir terjatuh ke belakang.Manakala Haiqal yang melihat keadaan itu segera menangkap tangan Balqis dan setelah bersusah-payah mereka berdua berusaha untuk berdiri stabil di atas bot itu,akhirnya mereka berdua terjatuh ke dalam tasik!Balqis yang panik terus menjerit,”Tolong!Tolong!”terjerit-jerit Balqis berkali-kali meminta pertolongan.”Hey dah la tu!Aku boleh sentuh tanah la!”kata Haiqal sambil berdiri tegak sambil menunjukkan air tasik itu separas pinggangnya.Balqis yang baru perasan yang dia juga boleh memijak tanah hanya mampu tersengih malu.”Sejuknya….”ujar Balqis sedikit menggigil memeluk tubuhnya.

Haiqal segera menuju ke tebing dan berusaha untuk memanjat malangnya dia terjatuh beberapa kali.”Peliklah..nampak je tinggi tapi tak boleh panjat!”usik Balqis.Haiqal yang agak bengang dengan kata-kata Balqis terfikir sesuatu.Dia menyuruh Balqis memanjat dahulu dan menolak tubuh Balqis ke atas tebing untuk memudahkannya naik.Setelah Balqis berjaya naik,dia segera menghulurkan tangannya untuk menolong Haiqal pula.Haiqal segera menyambut tangan Balqis dengan kuat sehingga menyebabkan Balqis terjatuh kembali ke dalam tasik.”Aku tahu kau saja kenakan aku kan?”soal Balqis tetapi hanya dibalas dengan senyuman nakal oleh Haiqal.Padan muka kau,kutuk aku lagi!detik hati Haiqal sambil tersenyum riang.Akhirnya setelah berjaya menolak Balqis naik ke atas tebing kembali,Balqis menarik tangan Haiqal sekuat hati dan akhirnya mereka berdua terbaring kepenatan di tepi tebing itu.
**************

Dalam kesejukan yang semakin mencengkam itu,Balqis dan Haiqal segera berlalu ke tandas awam untuk mengeringkan badan mereka setelah membeli tuala yang dijual di gerai-gerai yang terdapat di situ kerana kebetulan berlangsung pesta jualan di situ dan terdapat juga fun fair di sediakan.Sebelum berlalu ke dalam tandas,Balqis memanggil Haiqal.”Em…tadi masa jalan-jalan dekat sini,aku berkenan tengok baju ni..aku rasa kalau kau pakai mesti nampak segak,so aku pun beli la untuk kau.”hulur Balqis sehelai baju kemeja yang masih terlipat kemas di dalam plastik.”Ye ke?”soal Haiqal sambil membelek-belek baju itu dan segera matanya tertangkap tag harga baju itu yang menjangkau hampir RM50.”Bak sini jap aku buang tag harga tu.”ujar Balqis kelam-kabut mengambil baju itu untuk membuang tag harga.”Mahal sangat…kau pakailah.”kata Haiqal tiba-tiba.”Kau..kau tak suka ek?Sorry…aku tak tahu kau suka yang jenis macam mana.”jawap Balqis lemah.Haiqal yang perasan raut wajah Balqis berubah segera berkata,”Balik nanti kau bagi aku baju ni.Sekarang ni kau pakai dulu.”ujar Haiqal sambil berlalu masuk ke dalam tandas.Balqis hanya memerhati langkah Haiqal dengan sebuah senyuman terhias di wajahnya.
**************

Kenapa setiap kata-kata yang dia ucapkan,jantung aku ni akan berdegup kencang ek?Aku rasa selesa sangat dengan dia,tak macam selalu…desis hati Balqis sambil menyarung baju kemeja Haiqal yang baru dibelinya ke badan.Sebaik sahaja dia keluar dari tandas,dia terlihat Haiqal sudah terpacak menunggunya dan mereka berdua kemudiannya singgah di sebuah cafe di situ dan memesan dua cawan teh o panas.”Sejak kecil,aku tak pernah tahu maksud ‘Alamak,macam mana semua yang aku rancang tak jadi!’.Setiap orang,setiap benda di sekeliling aku akan berlaku ikut apa yang aku rancang,yang aku nak.Sehinggalah aku masuk sekolah menengah,masa kau bagi surat cinta kau kat aku..aku rasa hidup aku ni dah tak mampu aku nak kawal macam biasa.”ujar Haiqal memulakan bicara antara mereka.”Boleh dikatakan hampir setiap hari hidup aku ni penuh dengan kerisauan,panik…”jelas Haiqal lagi.Kerisauan?Panik?Jadi selama ni apa yang aku bagi dekat Haiqal hanyalah benda-benda teruk je.Aku tak boleh terus susahkan Haiqal…detik hati Balqis sayu.”Sebab dalam hidup aku yang dulu,tak pernah sekali pun aku hidup dalam keadaan keliru dan risau.Jadi sebab tulah aku risau,aku nak lari dari semua tu.”kata Haiqal dan menyambung kemudiannya,”Mungkin kerana kau..kau adalah orang yang Tuhan hantar untuk menguji aku.”katanya lagi sekaligus memandang tepat mata Balqis.”Uji?”soal Balqis tidak faham.

“Yela..dari hidup yang membosankan dan takde apa-apa kerisauan,terima ujian macam ni buatkan hidup aku lebih bermakna.”terang Haiqal sambil tersenyum.”Ujian yang kau maksudkan kat sini….AKU?”tunjuk Balqis kepada dirinya sendiri.”Yep.”ringkas jawapan Haiqal.”So kau kata kau sanggup terima segala ujian tu maknanya kau sanggup terima aku???”soal Balqis tidak percaya.”Yep.Lagipun hidup ni kan penuh dengan pahit manis dan suka duka.”jawap Haiqal tenang sambil menghirup teh panas.”Jadi maksud kau,terima aku tu maknanya kau takkan buli aku dan takkan tak pedulikan aku lagi la kan?”soal Balqis lagi.”Takpelah kalau kau tak faham maksud aku.”jawap Haiqal ringkas.”Sape kata aku tak faham?Aku faham la..boleh tak kau berhenti anggap aku ni bodoh?Aku faham maksud kau.Maksud kau mulai hari ni kau takkan lari dari aku lagi…dan mungkin juga kau akan pertimbangkan untuk kahwin dengan aku!”marah Balqis sambil mulutnya lancar menutur kata hingga tersasul ayat tidak sepatutnya.Merah muka Balqis menahan malu.”Maksud aku,aku dah tak kisah kalau kau tinggal satu rumah dengan aku.”terang Haiqal.”Maknanya kau dah tak bencikan aku ke?”soal Balqis inginkan kepastian.

“Aku rasa kau ni susah nak difahami tu je..aku tak pernah bencikan kau.”jawap Haiqal lagi.Balqis tiba-tiba mengalirkan air matanya sebaik sahaja Haiqal berkata begitu dan menundukkan wajahnya ke lantai.”Kau okay tak ni?”soal Haiqal terkejut.”Aku sukakan kau!Dari zaman sekolah lagi aku sukakan kau.Walaupun aku ni bodoh,tak pandai masak dan bentuk badan tak cantik macam perempuan lain tapi..aku akan berusaha keras!Termasuklah dalam pelajaran!”ujar Balqis tiba-tiba mengangkat wajahnya dan bersemangat.”Betul ni?”soal Haiqal.”Betullah!Aku janji!”jawap Balqis laju.”Aku happy sangat kau sanggup ubah diri kau demi aku.”ujar Haiqal tersengih,dia tahu tidak mungkin Balqis akan mendapat markah tinggi tetapi dia tidak mahu mematahkan semangat Balqis.”So keputusan mid term exam nanti aku harap kau ada improvement lah ek.”ujarnya lagi sambil tersenyum manis pada Balqis.”Errrr….”jawap Balqis teragak-agak.
**************

Setelah selesai minum,Balqis mengajak Haiqal menyewa sebuah basikal untuk dua orang mengayuh,satu di hadapan dan satu di belakang.Balqis mengambil tempat di hadapan manakala Haiqal di belakang.Malangnya setiap kali mula mengayuh pasti Balqis tidak dapat mengawal basikal itu hingga hampir terjatuh ke dalam tasik.”Kau tau ke tak sebenarnya kayuh basikal ni?”soal Haiqal sedikit geram.Setelah beberapa kali Balqis masih tidak tahu mengawal dan akhirnya,”Dahla…bagi aku bawak..kau kayuh kat belakang ikut aku nanti.”ujar Haiqal membuat keputusan.Setelah posisi mereka bertukar barulah mereka boleh mengelilingi tasik Titiwangsa itu dengan tenang sambil menghirup udara segar dan pemandangan yang mendamaikan.Kalaulah jarak perhubungan antara aku dan Haiqal ni boleh diukur…then kali pertama aku bagi dia surat cinta tu dulu 60 markah.Macam mana pulak dengan pengakuan dia tak bencikan aku tadi?70 markah la!Em..tapi kalau dikira hari ni..keyakinan aku 90 markah!Haiqal tak pernah seselesa ni bila dengan aku.detik hati Balqis gembira.
***************


Puas berbasikal mereka akhirnya berjalan-jalan di sekitar gerai jualan dan fun fair yang di sediakan di situ.Balqis dan Haiqal singgah di sebuah gerai yang menawarkan orang ramai untuk menangkap ikan-ikan kecil sebesar saiz ikan bilis sebanyak mana yang boleh untuk mendapat hadiah patung beruang yang di tawarkan.Sedang Haiqal sibuk mengumpul ikan-ikan kecil yang berjaya di tangkap di dalam kolam kecil di gerai itu menggunakan tapis yang disediakan ke dalam mangkuk kecil yang di pegang Balqis,tiba-tiba Balqis menonggengkan mangkuk itu ke dalam kolam dan ikan-ikan kecil itu kembali berenang-renang bebas di dalam kolam kecil itu.”Kenapa?”soal Haiqal.”Aku kesian…aku tengok ada yang dah mati pun..”jawap Balqis perlahan.”Boleh tak kita main game lain?”soal Balqis.Haiqal menggangguk dan tersenyum memandang Balqis.
***************

Sementara itu,Zek dan Tiara juga menghabiskan masa bersama-sama pada petang itu.Mereka berdua singgah di pasar malam dan Tiara menunjukkan kelebihannya yang tidak pernah ditunjukkan sebelum ini kepada orang lain,iaitu makan dalam jumlah yang banyak!Boleh dikatakan tangannya penuh dengan pelbagai jenis makanan dan kemudian dia terlihat pula gerai apam balik.”Pakcik,bagi saya apam balik ni dua ek.”minta Tiara kepada penjual itu.Setelah membayar duit,Tiara segera membuka plastik apam balik itu dan memakannya,”Nak?”soal Tiara kepada Zek sambil mulutnya penuh dengan makanan.Tak sangka aku orang secantik dia ni kuat makan!desis hati Zek sambil tertawa tetapi hanya di dalam hatinya sahaja.

11 komen anda:

Noisy Tale of Nonoi said...

cerita ni makin best.. klu lah balqis tu boleh faham yang haikal dh mula sukakan dia......

PutriSalju said...

hehe...balqis tu naive sket n lurus bendul..=)

Anonymous said...

kn btl Haikal nie suke kt Balqis tp ego nk bg thu...

asmi' said...

sshnyer prmpuan nk phm hati laki...
n sshnyer laki2 nak faham hati prmpuan...

tula lumrah alam...
tpi sweet la diorg...
naperla balqis 2 lurus???

Noisy Tale of Nonoi said...

pu3, bila nk kluar new n3 ni?

PutriSalju said...

@anonymous:hehehe...kita nantikan ego haiqal tu sampai bila...=))

@asmi':hehehe...tu sifat balqis sejak lahir..tak boleh ubah dah..hihi

@angel onoi:esok malam...insya-Allah~

MeGa_Lisa said...

Bila dorang nak couple ni.. tak sabar lak.. hehehehe... slamat menyambut bulan Ramadhan n Merdeka!! hehhe

PutriSalju said...

hehe sabar MeGa_Lisa....kui3
selamat menyambut bulan ramadhan n merdeka~~~

Lsy said...

akakkk, cepat lh taruk n3 baru.

Syamimi Zaini said...

Rse mcm sy dh jatuh cinta ngan Haiqal la...!!

PutriSalju said...

hehe...silekan sYaMiMi97...=))





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.