Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Sunday, September 13, 2009

Ceritera Cinta Kita 38

Selepas Haiqal memberi persetujuan yang dia akan turut serta dalam percutian itu,hati Balqis benar-benar riang.Dia telah berjanji dengan Zati dan Ika untuk berjumpa dengan mereka di Restoran Happy! untuk mengkhabarkan berita gembira itu dan membawa risalah tentang percutian itu untuk ditunjukkan kepada mereka berdua.”Wah…..cantiknya tempat ladang teh ni…aku nak pergi kat sini….”ujar Zati sambil meneliti gambar-gambar di dalam risalah itu.”Untung kau Balqis,Haiqal nak pergi sekali!Yela bila difikir-fikir,macam mana Haiqal boleh setuju kan?”soal Ika pula sambil tersengih.”Ha ah,lepas tu kan korang berdua akan berjalan dalam kebun strawberi ni…lepas tu Haiqal pandang tepat ke wajah kau..lepas tu…lepas tu…”ujar Zati meninggikan suara tetapi belum sempat Zati menghabiskan kata-katanya,tiba-tiba “CUKUP!”jerit Joe yang tiba-tiba berdiri di sebelah mereka bertiga yang sedang duduk di meja makan.”Joe!Kau ni kenapa??”Zati yang terkejut dengan sergahan Joe memarahinya.”Qis!Qis tak mungkin setuju pergi ke percutian romantik dengan Haiqal kan???”soal Joe kelam-kabut.Sebenarnya Joe sejak dari tadi memasang telinga mendengar perbualan mereka di dapur tempatnya memasak.”Eh takdelah Joe…mana ada!”nafi Balqis laju.”Buk..bukan tiket tu untuk dua orang je ke?”soal Joe lagi.”Memanglah…sebenarnya aku nak bagi tiket tu kat Auntie Amiza dan Uncle Hashim tapi auntie tak nak.Akhirnya,dua-dua keluarga pergi!”terang Balqis gembira.

“Balqis!Nanti kau dengan Haiqal boleh la jalan-jalan berdua je kat ladang teh dan kebun strawberi tu,mesti romantik!”ujar Ika menambahkan kebimbangan Joe.”QIs!Bagi Joe ikut sekali!Joe akan lindungi Qis!”ujar Joe kemudiannya.”Joe…Joe nak pergi?”soal Balqis lambat-lambat.”Joe,Joe!Kau ikut kitorang jap!”ujar Zati sambil bangun dari meja dan bergerak ke tepi restoran diikuti oleh Ika.”Em…bukan tak boleh…tapi kalau kau pergi…macam pelik je…”ujar Balqis sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.”JOE!Sini kejap!”panggil Ika pula apabila melihat Joe masih lagi terpacak di tepi meja.Joe yang hampa berjalan perlahan menuju ke arah Zati dan Ika.”Kau ni bodohlah Joe!Tak paham isi hati wanita!”marah Zati yang agak kasar itu.”Apa maksud kau?”soal Joe tidak puas hati.”Yela…kau tu asyik muncul je dalam hidup Balqis..sebab tulah dia tak sukakan kau!”ujar Zati mula mereka-reka strategi.”Be…betul ke?”soal Joe seperti tidak percaya.”Betul…cuba kau tengok kenapa Balqis sukakan Haiqal?”tanya Zati kepada Joe yang tergaru-garu kepala tanda tidak faham.”Betul-betul…bagi perempuan..lagi lelaki tu tak pedulikan dia,lagilah perempuan suka!”ujar Ika pula mengukuhkan kata-kata Zati.”Perempuan ni kalau makin dikejar,makin dia rasa nak lari..!”tambah Ika lagi sambil mengenyitkan mata kepada Zati.

“Jadi apa yang aku kena buat sekarang ni…?”soal Joe sedikit kecewa sambil mengerling kepada Balqis yang sedang enak meratah lauk-pauk di atas meja makan.”Aku rasa kau kena sabar sikit,cuba bertahan untuk tak jumpa Balqis sepanjang cuti sem ni!”ujar Zati memberi cadangan.”Tak jumpa langsung??Mana boleh….terseksalah aku camtu…”bantah Joe laju kerana setiap hari hatinya akan gembira tatkala melihat kelibat Balqis samada di cafeteria universiti atau Restoran Happy! walaupun Balqis tidak mempedulikannya.”Adoiyaiiii Joe…kau kenalah buat macam kau dah tak wujud dalam hidup Balqis..dengan cara ni,dia akan rasakan sesuatu yang…kurang!Ha kurang dalam hidup dia!”tergagap sedikit Zati mereka cerita.”Ha lepas tu…perlahan-perlahan dia akan mula fikirkan tentang kau..dan akhirnya dia akan automatic kembali ke sisi kau!”tambah Ika berpura-pura gembira untuk mengenakan Joe yang tidak pernah serik dengan Balqis itu.

Bukan Zati dan Ika tidak kesian pada Joe tetapi bagi mereka cinta tidak boleh dipaksa,cinta perlu datang dari hati yang ikhlas.”Jadi maknanya bermula dari sekarang,aku kena berpura-pura tak pedulikan Qis dah??”soal Joe akhirnya setelah termakan dengan kata-kata Zati dan Ika.“YES!”jawap Zati dan Ika serentak sambil masing-masing tersenyum kegembiraan kerana rancangan mereka berjaya.Akhirnya mereka bertiga kembali ke meja makan setelah selesai berbincang.Balqis yang sejak dari tadi memerhati mereka bertiga memandang pelik ke arah Joe yang seperti sudah hilang semangat tidak seperti mula-mula tadi.”Balqis,selamat bergembira pergi bercuti tu ek..bye..”ucap Joe dengan muka sedih dan kemudian terus melangkah lemah ke dapur.”Aik,kenapa dengan Joe tu?Pelik semacam je?”soal Balqis yang tidak tahu-menahu tentang rancangan Zati dan Ika.”Erm..ntah,tak tau la…”jawap Zati dan Ika selamba.
***************

Malam sebelum mereka bertolak ke Cameron Highlands, di ruang tamu keluarga di tingkat bawah,Puan Amiza membawa sepinggan buah-buahan untuk Encik Hashim yang sedang asyik menonton tayangan larut malam di kaca televisyen.”Papa…abang nak ikut kita semua pergi Cameron Highlands tau!”ujar Puan Amiza dengan raut wajah gembira.”Yeker?Pelik betul…ni mesti jasa Balqis ni…”ujar Encik Hashim sambil mengambil sepotong epal dan menelannya.”Ha ah..sejak abang kecik lagi,dia mana suka pergi bercuti semua ni..”tambah Puan Amiza bersetuju dengan kata-kata Encik Hashim.”Itulah…kalau dia ikut pun sebab kena paksa dengan mama…”usik Encik Hashim yang sememangnya kaki mengusik itu.”Amboi…..kena paksa dengan mama??”marah Puan Amiza sambil bercekak pinggang dan mencubit paha Encik Hashim yang sudah ketawa terbahak-bahak.
**************


Awal pagi keesokan harinya,mereka sekeluarga termasuklah Balqis menaiki MPV milik Encik Hashim bertolak ke Cameron Highlands yang memakan masa 3 jam perjalanan.Sepanjang perjalanan ke tempat peranginan itu,mata mereka asyik dan khusyuk memandang ke luar memerhatikan keindahan pemandangan bukit-bukau disitu dan kedinginan kawasan tanah tinggi itu yang terkenal dengan penanaman teh dan ladang strawberi.Selang beberapa minit kemudian,tersergam indah resort yang akan menjadi tempat penginapan untuk percutian 3 hari 2 malam mereka.”The Lakehouse Resort” terpampang di papan tanda yang berukir kayu keinggerisan yang mengarahkan penginap membelok ke kiri.”Wah cantiknya resort ni!!!!!!!!”jerit Balqis yang ternganga melihat corak keinggerisan di seluruh pelusuk kawasan resort itu.Reka bentuk bangunan-bangunan itu benar-benar seperti mereka berada di kota lama Inggeris.Haiqal yang kebiasaanya tidak berperasaan juga turut leka memerhatikan keindahan kawasan peranginan itu.


Sebaik sahaja menjejakkan kaki di depan pintu gerbang pusat peranginan itu,Balqis yang tidak mahu melepaskan peluang segera mencapai kamera SONY CYBERSHOT milik Puan Amiza di dalam beg galas dan mengajak Haziq menangkap seberapa banyak gambar yang boleh berlatarbelakangkan pemandangan yang indah itu.Dia bergilir-gilir dengan Haziq mengambil gambar masing-masing kerana Haiqal tidak mahu gambarnya ditangkap.Encik Hashim dan Puan Amiza yang sejak dari tadi menghilang untuk urusan check-in bilik memanggil Balqis,Haziq dan Haiqal yang berada di luar bangunan resort.”Dah jom kita masuk,papa dah check-in bilik kita!”lambai Puan Amiza kepada mereka di luar.
*************

Selepas selesai check-in bilik,mereka sekeluarga termasuk Balqis menikmati makan tengah hari di restoran yang terletak berhampiran dengan resort mereka.”Lepas ni kita nak pergi mane mama?”soal Haziq sambil mengunyah dengan lahap spaghetti carbonara yang dipesannya.”Emmmmm mama nak pergi tempat jual-jual sayur dengan buah-buahan segar!”jawap Puan Amiza dengan mata bersinar-sinar.Sebenarnya itulah tujuan utama Puan Amiza datang ke Cameron Highlands.”Ala mama ni,tak best la…Haziq nak pergi tengok ladang teh dengan kebun strawberi….”rungut Haziq sambil menarik muka masam.”Ala…erm macam mane ek…ha!Abang dengan Qis tolong bawak Haziq jalan-jalan boleh?Mama dengan papa pergi beli sayur-sayur ngan buah-buah semua tu.Ok?”soal Puan Amiza tersenyum nakal sambil mengenyitkan mata pada Balqis.”Err..err…ok je..auntie..”jawap Balqis kelam-kabut sambil memandang Haiqal yang tidak memberikan sebarang respon.”Boleh tak abang?”soal Puan Amiza sekali lagi ingin mendapatkan kepastian.Haiqal yang memandang sekilas ibunya hanya menggangguk perlahan dan kembali menyuapkan makanan ke mulutnya.



Destinasi pertama yang dituju oleh Haiqal,Balqis dan Haziq ialah ladang teh yang terletak di Gunung Brinchang.Balqis yang teruja dengan pemandangan bukit-bukau yang menghijau itu segera berlari-lari disekeliling kawasan itu sambil melambai-lambai Haiqal dan Haziq yang sudah jauh dibelakang ditinggalkannya.Haiqal hanya tersenyum kecil melihat telatah Balqis yang lebih sudu dari kuah itu kerana sepatutnya tujuan mereka berdua ke sini ialah untuk menemankan Haziq.”Ala!Nape Balqis tu over sangat abang??”soal Haziq sambil berlari-lari anak ke arah Balqis.Disini,mereka dapat mengetahui bagaimana teh dihasilkan dari saat ianya dipetik sehingga menjadi serbuk teh.Setelah puas Balqis dan Haziq bergambar,mereka bertiga melepaskan lelah di Kafe Boh Centre yang terletak berhampiran lereng bukit itu dan sempat membeli beberapa kotak teh Boh untuk dibawa pulang.Kemudian Balqis mengajak pula mereka berdua ke Strawberry Farm di mana mereka bertiga merasai sendiri pengalaman memetik buah-buah strawberi segar yang terdapat disitu dan membeli beberapa barangan makanan berasaskan strawberi seperti jem strawberi,teh perasa strawberi dan beberapa barang makanan lain.

Balqis juga turut membelikan rantai kunci berbentuk strawberi untuk sahabat-sahabat baiknya iaitu Zati,Ika,Joe dan tidak lupa Zek.Sedang Balqis berjalan-jalan di gerai-gerai disitu,dia terpandang sebuah kusyen kecil berbentuk strawberi yang tergantung patung Hello Kitty yang kecil seperti sedang berpaut pada kusyen kecil strawberi itu.Balqis yang sudah berkira-kira untuk membeli kusyen kecil itu segera menyeluk poketnya malangnya dia sudah kehabisan wang tunai kerana dia hanya mengeluarkan sedikit sahaja duit dari mesin ATM tadi.Aku pinjam Haiqal dululah!Balqis segera berpaling memandang Haiqal malangnya Haiqal tidak langsung memandangnya dan ini membuatkan Balqis berasa segan dan tidak jadi untuk meminjam duit Haiqal.Dengan perasaan yang sedikit hampa,Balqis kembali meneruskan langkahnya ke gerai seterusnya.Selepas itu mereka singgah pula ke Rose Valley Village yang terdapat pelbagai jenis bunga ros dijual dengan harga yang berpatutan.Balqis membeli sedozen bunga ros merah dan sedozen bunga ros putih kerana Puan Amiza telah memesan bunga-bunga itu sebelum mereka berangkat tadi.Selepas itu,mereka juga turut berkunjung ke Butterfly Garden, Cactus Valley dan Wild Orchid Farm sekadar mengambil gambar dan melihat-lihat cenderamata yang dijual.





*************
Malam itu,Balqis menunjukkan kesemua gambar yang telah mereka tangkap kepada Puan Amiza dan Encik Hashim.”Eh kenapa semua gambar abang bergegar dan tak pandang kamera ni?”soal Puan Amiza sambil menekan kamera touch screen itu.”Ala abang tu tak sporting langsung!Haziq dengan Balqis je yang asyik tangkap gambar!”bentak Haziq sedikit tidak puas hati dengan sikap abangnya.Puan Amiza yang sememangnya tahu perangai Haiqal yang sebegitu hanya tersenyum tawar sahaja mendengar rungutan Haziq itu.Balqis kemudiannya segera teringat ayahnya yang berjanji akan datang pada malam itu segera mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor ayahnya,”Hello ayah…ayah dah kat mana ni?”soal Balqis ceria.”Ayah dah on the way ni..dalam sejam lagi sampailah.”jawap Pakcik Bakri di hujung corong telefon,dia terpaksa datang pada sebelah malam kerana perlu menguruskan restorannya di siang hari.”Ok…drive elok-elok tau ayah..bye!”ujar Balqis lalu kembali berbual dengan Puan Amiza.Haiqal yang sejak dari tadi menonton televisyen segera bangun dari sofa yang didudukinya dan berjalan menghala ke pintu hadapan bilik mereka.”Abang nak pergi mana?”soal Puan Amiza laju.”Saje,nak ambik angin.”jawap Haiqal pendek dan segera menghilang disebalik pintu.”Kalau macam tu,Haziq nak ikut jugaklah!”ujar Haziq laju sambil menghala ke pintu.”Haziq!Jangan nak ikut-ikut abang tu..”jawap Puan Amiza sebelum sempat Haziq keluar.

”Eh Qis tadi cakap nak keluar ambik angin kan?”soal Puan Amiza kepada Balqis tiba-tiba.”Erm?Takde pulak Qis cakap nak ambik angin rasanya…”jawap Balqis yang lurus bendul itu.”Eh pemandangan waktu malam kat luar tu CANTIKKKKK TAUUU!”sengaja Puan Amiza menegaskan kata-katanya sambil mengenyitkan matanya kepada Balqis.”Ohhh….ohh…ha ah la auntie..ok Qis pergi sekarang!”jawap Balqis selepas dapat menangkap maksud Puan Amiza itu.”Ok,pergi elok-elok.Pakai sweater tu,sejuk kat luar…”ujar Puan Amiza tersengih gembira sementara Encik Hashim yang memerhati gelagat isterinya itu hanya mampu menggeleng kepala sahaja.Balqis yang kelam-kabut keluar untuk mengejar Haiqal itu segera turun ke lobi kerana tidak tahu ingin mencari Haiqal di mana.Sampai sahaja di bawah,Balqis ternampak Haiqal yang sedang berjalan keluar dari pintu masuk resort dan berjalan-jalan mengambil angin di luar.Haiqal kemudiannya berhenti di tepi tanaman bunga ros yang banyak disekitar resort itu dan membelakangi Balqis yang semakin menghampirinya.Kenapa aku rasa Haiqal nampak sedih dan macam bermasalah je ek?soal Balqis di dalam hati.”Kenapa kau ikut aku?”soal Haiqal tiba-tiba.”HAH?Err….errr….”jawap Balqis teragak-agak kerana Haiqal sedar kewujudannya walaupun tidak memandang ke belakang.

6 komen anda:

SailorJupiter said...

kenapa haiqal mcm tak happy jer??

PutriSalju said...

nantikan di next entry...^__________^

Yeun Yie said...

betul tu..asl haoqal x happy??

cool btul la dia tu..huh~ ksian joe, kena tipu ngan zati n ika..huh~

PutriSalju said...

hehe,ada sesuatu yang akan berlaku sebenarnya...
saspens skit..hehe
zati n ika betol2 nak wat joe jauhkan diri dari balqis..sian joe kan..hihihi

Hana Norisa said...

btul lah...npe haiqal sedih...
mmm....musykil3...

PutriSalju said...

soalan Hana Norisa sudah terjawap di entri baru..=))

enjoy ur reading ya~
n do drop ur comment..^__^





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.