Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Sunday, July 19, 2009

Ceritera Cinta Kita 32


“Kau dah ok ke ni?”tanya Haiqal sambil memegang lengan kanan Balqis memimpinnya berjalan keluar dari bas sambil diperhatikan oleh Tiara dengan muka masam.”Aku dah ok sikit ni.”jawap Balqis sambil tersenyum manis menampakkan pipi gebunya.Tiara geram melihat Haiqal melayan Balqis dengan mesra sekali seperti orang disekeliling mereka tidak wujud sejak dari saat Haiqal mendukung Balqis sehinggalah Balqis diberikan rawatan oleh petugas di kem latihan itu.Memandangkan hari itu merupakan hari terakhir mereka semua di kem latihan itu,sebaik sahaja tamat perlawanan antara Tiara dan Zek dengan Balqis dan Haiqal,kesemua ahli kelab Tenis bergegas pulang menaiki bas yang sudah disediakan. Sesampainya di universiti kesemua pelajar mengambil haluan masing-masing untuk pulang ke rumah sementara itu Haiqal masih setia memimpin lengan Balqis kerana risaukan keadaan Balqis yang terdengkot-dengkot itu dan membuat keputusan untuk menghantar Balqis pulang ke rumah fletnya.
**************

Semasa mereka berdua sedang berjalan kaki,Haiqal memegang lengan Balqis penuh cermat,”Kaki kau camne sekarang?”soal Haiqal.”Oh aku masih boleh jalan lagi tapi kena perlahan-perlahan…lagipun takpe la..kitakan ada banyak masa lagi ni..”jawap Balqis tersipu-sipu.Haiqal yang seolah-olah tersedar dari dipukau segera melepaskan tangannya yang erat memegang lengan Balqis,”Tapi aku takde masa.Kalau kau ada banyak masa tu masalah kau,bukan aku.”balas Haiqal kasar sambil berjalan laju meninggalkan Balqis di belakang seorang diri.Balqis segera mengejar langkah Haiqal yang agak laju meninggalkannya sambil berlari-lari anak dengan keadaan terdengkot-dengkot.Haiqal yang mengerling dengan ekor matanya terlihat gelagat Balqis itu,Kesian la pulak aku tengok dia ni…desis hati Haiqal.Aku betul-betul harap aku boleh jalan berpimpin tangan dengan dia,jalan disisi dia bersama-belum habis Balqis menghabiskan monolog dalamannya Haiqal yang sedang laju berjalan tiba-tiba duduk dalam keadaan mencangkung.”Erk kenapa ni Haiqal?”soal Balqis pelik.”Aku dukung kau,cepatlah.”kata Haiqal serius.Balqis yang teragak-agak akhirnya memaut leher Haiqal perlahan-lahan dan Haiqal pula menarik kedua-dua kaki Balqis untuk dikepit di celah lengan sasanya.
*************


Setelah hampir setengah jam berjalan,mereka masih tidak sampai-sampai lagi ke rumah Balqis,”Kau pasti ke ni jalannya?”soal Haiqal yang sudah letih mendukung Balqis.”Yer…kita dah nak sampai dah ni..”jawap Balqis pula.”Cik Balqis,dari 20 minit lepas kot kau dah cakap nak sampai..nak sampai..tapi tak sampai-sampai gak.Aku cakap ambik je teksi tak nak..”bebel Haiqal seperti mak nenek.”Ala..bukan jauh sangat pun,kita dah nak sampai ni..ni shortcut ni..ha sekarang masuk belah kiri ni..”jawap Balqis lembut sambil setia memaut leher Haiqal.Setelah memasuki ke lorong yang ditunjukkan Balqis,Haiqal terlihat sebuat flet setinggi 15 tingkat tersergam di hadapan matanya.Dan memandangkan Balqis duduk di tingkat 7 mereka terus menghala ke lif.

LIF DALAM KERJA-KERJA PEMBINAAN

Haiqal tiada pilihan lain melainkan mendukung Balqis sehingga ke tingkat 7,sepanjang perjalanan menaiki tangga ke tingkat 7,Haiqal dan Balqis hanya diam sahaja.Sampai sahaja di tingkat 7,Balqis sudah tidak dapat menahan diri dari bertanya pada Haiqal tentang sesuatu yang membelenggu fikirannya sejak malam semalam.”Erm…erm…Tiara dah luahkan perasaan dia kat kau kan?Ap..apa kau jawap eh?”soal Balqis lambat-lambat kerana takutkan soalannya menyebabkan Haiqal naik angin.”Kau tak payah tau,bukan ada kaitan dengan kau pun.”laju Haiqal membalas.”Betul tu..”jawap Balqis sedikit sedih.”Ala yang kau pun..nampak mesra semacam je dengan si Zek tu..”kata Haiqal pula,ada nada cemburu dari kata-katanya yang tidak dapat ditangkap oleh Balqis yang lurus bendul itu.”Eh,mana…mana ada!Aku dengan dia berbincang tentang…..adalah..”jawap Balqis tergagap kerana topik perbincangannya dengan Zek selama ini berkisarkan Haiqal sahaja.
**************

“Mana kuncinya?”soal Haiqal setelah 5 minit berlalu mereka berdua masih lagi berdiri di hadapan pintu rumah Balqis sementara Balqis masih lagi menyelongkar beg pakaiannya yang tergantung di bahu Haiqal.”Kejap..kejap..nak jumpa dah ni..erm bak sini beg ni.”ujar Balqis sambil mengeluarkan begnya dari bahu Haiqal.”Peliknya…aku rasa aku ada letak kat sini pagi tadi,mana pulak perginya kunci ni..”rungut Balqis sambil tangannya ligat menyelongkar kesemua barang di dalam beg itu.Sementara itu Haiqal yang menghampiri pintu rumah Balqis segera terpandang pintu rumah yang sedikit terbuka,”Dah,dah tak payah cari lagi..pintu rumah kau tak berkunci pun.”kata Haiqal sambil membuka pintu itu lebih luas lagi.”Hah???Tak berkunci?Ayah ni pelupa betullah…pintu rumah pun boleh terlupa kunci.”ujar Balqis sambil menghampiri Haiqal.”Wow,kosongnya rumah kau!”jerit Haiqal terkejut apabila dia melemparkan pandangan ke dalam rumah itu,betul-betul kosong!”Ken..kenapa boleh jadi camni?Ada pencuri masuk rumah ke???”soal Balqis yang sudah cemas itu.”Ayah!Ayah!”panggilnya berulang kali di dalam rumah yang sudah kosong itu.

Tiba-tiba Balqis dan Haiqal terdengar suara orang berbual di dapur,”PENCURI!PENCURI!”jerit Balqis lantang sambil berlari keluar rumah meminta pertolongan diikuti oleh Haiqal yang sudah menggunakan raket tenis sebagai pelindung mereka dan dihayunkan di hadapan dua orang lelaki yang sedang berbual itu.”Hah ada pencuri??Mana?Mana?”soal lelaki yang kemas memakai kot itu sambil menoleh kiri dan kanan.”Tolong!Tolong!Ada pencuri dalam rumah saya!Tolong telefon polis!”jerit Balqis berulang kali seperti orang histeria itu.”Mana pencurinya?Siapa?”soal lelaki yang berkot itu.”Kaulah!Pencuri!Dua-dua pencuri!”jerit Balqis lagi.”Cik,tolong berhenti menjerit..saya bukan pencuri..saya ejen hartanah.”kata lelaki itu lagi sambil mengeluarkan kad namanya dan dihulurkan kepada Haiqal yang nampak lebih tenang.Haiqal segera menyambutnya dan setelah memastikan mereka berdua bukannya pencuri,Haiqal segera menenangkan Balqis.”Tapi mana tuan rumah ni encik?”soal Haiqal.”Ohhh tuan punya rumah ni dah jualkan rumah ni pada pihak bank jadi penyewa yang dulu kena berpindah.”terang lelaki itu lagi sambil seorang lagi lelaki di sebelahnya mengangguk membenarkan kata-kata rakannya.
**************

Puas Balqis menelefon telefon bimbit ayahnya tetapi tidak berjawap langsung.”Aku tak dapat cari mana ayah aku..”keluh Balqis.”So macam mana?Budak yang takde rumah?”perli Haiqal sambil tersengih.”Dahla…jom..”ajak Haiqal sambil menyandang kembali beg pakaian Balqis dibahunya.”Pergi mana?”soal Balqis.”Rumah akulah..nak pergi mana lagi?”jawap Haiqal selamba sambil membongkokkan badannya untuk memudahkan Balqis memanjat belakang badannya.”Tapi…”belum habis Balqis bersuara,”Takde tapi-tapi dah..biar aku dukung kau.”jawap Haiqal menarik Balqis ke belakangnya.Sebaik sahaja Balqis sudah pun didukung Haiqal,Haiqal segera menuruni tangga flet itu dengan laju.Sampai di bawah,”Kalau aku tinggalkan kau sorang-sorang dekat sini confirm mama kerat aku jadi 14 bahagian!”kata Haiqal dengan nada bergurau sambil berjalan menghala ke kawasan rumahnya.Pergi ke rumah Haiqal?Satu perasaan gembira yang tak dapat aku ungkapkan…tapi dalam masa yang sama aku takut..takut kebahagiaan yang aku rasa saat ni akan hilang..ucap hati kecil Balqis.
**************


Sesampainya Haiqal di depan pagar rumahnya,dia segera terpandang tulisan di kain rentang yang digantung di pagar “Selamat Kembali Balqis!”.”Erm..turunkan aku..”kata Balqis sambil Haiqal merendahkan badannya.Haiqal kemudiannya memandang tajam tepat ke mata Balqis,”Sumpah!Sumpah aku tak tahu apa-apa!”kata Balqis laju apabila melihat reaksi Haiqal seperti singa lapar itu.Tiba-tiba Haziq yang membawa sebakul gula-gula dari dalam rumah memberikan gula-gula kepada jiran-jiran mereka yang lalu lalang.”Haziq!Apa Haziq buat tu?”soal Haiqal pelik.”Ntah mama suruh Haziq bagi gula-gula kat jiran.”jawap Haziq malas sambil mengagihkan gula-gula itu kepada jiran-jiran mereka yang memerhati sejak dari tadi.Puan Amiza yang muncul secara tiba-tiba dari pintu pagar segera menjerit tatkala melihat wajah Balqis,”Balqis!Rindunya auntie dekat Qis!”jerit Puan Amiza sambil meluru memeluk erat Balqis yang tergamam tidak faham.”Mama,apa maksud semua ni?”soal Haiqal marah.”Apa pulak maksudnya lagi?Dah terang-terang tulis dekat kain rentang ni,”Selamat Kembali Balqis”.”jawap Puan Amiza selamba.

”Qis,auntie dah siapkan bilik Qis tau,jom kita masuk.”ajak Puan Amiza.”Haih,kenapalah kitorang mesti terperangkap dengan rancangan ibubapa kitorang?”soal Haiqal kepada dirinya sendiri.Puan Amiza hanya menjeling dan tidak mempedulikan kata-kata Haiqal.”Eh lupa pulak saya nak kenalkan,ini bakal menantu saya..Balqis.”ujar Puan Amiza memperkenalkan Balqis yang sudah tersenyum malu-malu itu kepada jiran-jirannya.”Mama!”jerit Haiqal tetapi tidak dihiraukan Puan Amiza.”Comelnya dia…”ujar jiran-jiran mereka memuji Balqis.”Terima kasih..”jawap Balqis malu-malu sambil menyalam mereka.Haiqal yang memerhati saja sejak dari tadi segera masuk ke dalam rumah apabila terlihat Balqis memandangnya dengan tersengih-sengih.
**************

“Eh bagitaulah aku malam ni diorang datang sini sebab apa?”soal Joe ingin tahu kepada Wati.Ini kerana Pakcik Bakri awal-awal telah memesan supaya memasak lauk lebih banyak sedikit dan istimewa untuk keluarga Encik Hashim.”Boleh tak kau berhenti tanya?Dari tadi asyik tanya je..pening kepala aku.Lagipun bukan boss kata dah kau jangan datang?”soal Wati kembali sambil tangannya lincah memotong sayur.Wati tahu bossnya menyuruh Joe bercuti kerana tidak mahu Joe menjadi sasau apabila mendapat tahu Balqis dan Haiqal kembali duduk sebumbung.”Ha tula yang buat aku lagi pelik bila boss suruh aku jangan datang.Ala kau bagitau lah aku kenapa malam ni istimewa sangat?”desak Joe lagi sambil menolak-nolak bahu Wati.”Ishhhh rimaslah aku…kau boleh diam tak?Aku nak masak ni!”marah Wati sambil menyiku Joe.”Ok,kalau macam tu biar aku yang masak.”kata Joe sambil mengambil pisau dari tangan Wati.Wati yang geram segera merampas kembali pisau itu dari tangan Joe.”Kau pergi balik dan buat apa kau nak.Hari ni kan kau cuti,kau buatlah hal kau dan biar aku yang handle semua ni.”kata Wati lagi.Pakcik Bakri yang terdengar kekecohan di dapur menjenguk keadaan mereka,”Boss,saya rasa bahayalah Joe ada kat sini.Dia tu terlalu cintakan Balqis,dia boleh jadi gila kalau tahu boss dengan Balqis dah pindah balik rumah Haiqal.”terang Wati perlahan kepada Pakcik Bakri apabila melihat Joel menuju ke tandas.

“Itulah..aku tak tahu macam mana nak suruh dia balik!”kata Pakcik Bakri.”Kita kena fikir dengan pantas ni boss.”ujar Wati pula.Tiba-tiba…”Ayah!Sofea dah datang!”terdengar jeritan Balqis dari luar restoran memanggil ayahnya.”Alamak!”jerit Pakcik Bakri sambil menepuk dahinya perlahan.Haiqal yang tersedar kedatangan Balqis segera meluru ke hadapan.”Balqis!Kau dah balik akhirnya!”ujar Joe gembira setelah hampir seminggu tidak bertemu dengan Balqis.”Pakcik Bakri..”tegur Haiqal yang tiba-tiba muncul dari belakang Balqis bersama ahli keluarganya.”Ye Haiqal..duduk-duduk.”pelawa Pakcik Bakri sambil menyambut huluran tangan Haiqal.Sebaik sahaja ternampak wajah Haiqal,Joe terus meluru ke arah Pakcik Bakri.”Boss,kenapa boss ajak dia makan sekali?”tanya Joe lurus bendul.Pakcik Bakri yang malas melayan Joe segera menariknya ke belakang,”Joe pergi belakang buat kerja..customer dah datang tu.”kata Pakcik Bakri kelam-kabut.”Eh Sofea,macam mana dengan kaki Sofea?Dah ok?”soal Pakcik Bakri sedikit risau.”Oh,kaki Sofea dah ok dah ayah.”jawap Balqis ceria.”Kenapa kaki Qis cedera?Ini mesti sebab Haiqal buli Balqis sepanjang dekat kem latihan ni!”kata Joe serkap jarang.”Mana ada aku buli dia.”jawap Haiqal selamba sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

“Tapi kenapa tiba-tiba macam ada sambutan istimewa je malam ni?”soal Joe tiba-tiba apabila melihat pelbagai hidangan tersaji di atas meja.”Sebenarnya…kami ni nak menyambut penyatuan dua keluarga kembali,keluarga Encik Bakri dan keluarga Encik Hashim!”ujar Puan Amiza tersengih-sengih.”Penyatuan dua keluarga kembali?Maksudnya?”soal Joe sudah tidak senang duduk.”Aku nak pergi belakang,nak masak apal lagi yang patut!”kata Pakcik Bakri sambil mengheret Joe yang degil itu ke belakang bersamanya.

1 komen anda:

Yeun Yie said...

ala~ jngn bgi joe tau..x ok la.. tpi kn cute la haikal dukung balqis..hahaha..nik lagi..~





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.