Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Tuesday, June 16, 2009

Ceritera Cinta Kita 13


“Arghhhhhhh aku tak tau macam mana nak buat ni,ini serius..”walaupun dalam keadaan tertekan Balqis masih lagi sempat bernyanyi-nyanyi dan mengajuk percakapan kartun Wonderpets yang selalu ditontonnya pada setiap petang bersama-sama dengan Haziq.”Siapa yang dapat tolong aku ni?English,Sejarah,Sains…semua ni aku takkan dapat siapkan malam ni!Aku tak faham dan aku tak boleh buat!!!!”jerit Balqis di dalam biliknya.”Seronok betul jadi Haiqal,dah seronok-seronok berpoya-poya kat luar balik rumah tidur lena.Aku?masih tak siap-siap lagi,tension betul!”bebel Balqis lagi.Kemudian Balqis mula berangan-angan,”Kalau jadi Nobita kan best, Doraemon sentiasa ada disisi untuk bantu…tapi aku?HAH!!!!!!aku pun ada Doraemonku!”jerit Balqis,di dalam kepalanya sudah tergambar Doraemonnya.

Di depan pintu bilik Haiqal, dia berdoa,”Ya Allah, aku masuk bilik lelaki ni sebab nak ambil buku dia je lepas tu aku keluar balik cepat-cepat.”doa Balqis sambil menadah tangannya.Kemudian dia perlahan-lahan memusing tombol pintu bilik itu,”Yes,tak berkunci.”katanya perlahan sambil memasuk bilik itu.”Gelapnya,aku ni dah la rabun malam..”ujar Balqis perlahan.Dalam kegelapan dia membuka lampu suluh yang awal-awal sudah disedianya.Balqis kemudian menyuluh katil Haiqal dan dilihatnya Haiqal sedang nyenyak tidur.Haziq tidur di bilik Puan Amiza memandangkan ayahnya tiada.Kemudian Balqis mula menghalakan lampu suluhnya ke arah meja studi Haiqal.”Banyaknya buku,mana satu buku yang aku cari-cari ni?”ngomelnya lagi.Tiba-tiba Balqis ternampak sebuah buku lukisan milik Haziq di atas meja yang bertajuk “Diari Pemerhatian Si Balqis Yang Lembab ” yang dilukis setiap hari oleh Haiqal bergantung pada perkara bodoh yang dilakukan Balqis pada hari itu,lalu membukanya.”Cess, berani budak kecik ni lukis muka aku buruk camni,siap ada perkataan kutuk-kutuk aku lagi,nanti dia.”terkumat-kamit mulut Balqis.

Balqis kemudiannya memadam tulisan itu dan menggantikan dengan perkataan “Si Cantik Balqis” dan beberapa perkataan lain yang memuji dirinya.“Eh,aku ni..!kembali teruskan misi mencari buku Haiqal,buku oh buku kau kat mane,Balqis nak pinjam kau kejap je…keluarlah sayang.”kata Balqis seolah-olah buku itu memahami percakapannya.Balqis terus menyuluh di sekeliling bilik itu dan akhirnya dia ternampak beg sekolah Haiqal!Sekelip mata sahaja buku itu sudah berada di dalam pelukannya.”Oh buku,kenapa kau nampak comel sangat hari ni?”rapu Balqis yang sangat gembira.Balqis yang riang gembira melangkah untuk keluar dari bilik tetapi tiba-tiba tangannya disambar seseorang,dalam kesamaran dia ternampak wajah Haiqal.”Apa kau buat kat sini?”tanya Haiqal kasar.”Erk..aku..aku nak balik bilik la ni.”kata Balqis sebelum berlalu.Haiqal segera menariknya ke tepi dinding.

”Apa kau buat masuk bilik aku malam-malam buta ni?Ah,aku tau kau nak goda aku ek?”soal Haiqal dengan nada suara terkejut yang dibuat-buat.”Mestilah tak!”balas Balqis laju.”Jadi sebab apa?”tanya Haiqal yang sudah merapati Balqis.Balqis sudah tidak boleh berlari ke mana lagi,dia sudah terperangkap di dinding.Haiqal semakin merapatkan mukanya ke wajah Balqis sehingga Balqis boleh dengar dengan jelas bunyi nafasnya,”Berani betul kau masuk bilik aku,kan Joe pernah cakap genius pun kadang-kadang boleh bertukar jadi monster?”usik Haiqal lagi yang wajahnya sudah tinggal beberapa inci sahaja dari wajah Balqis.”Haiqal,jangan Haiqal..kita patut kahwin dulu kalau nak buat benda-benda macam ni.”rayu Balqis yang tidak sedar dia sudah mengeluarkan perkataan ‘kahwin’.Haiqal yang mendengar ayat itu,terus mengundur kembali ke belakang sambil tergelak-gelak,”Berani kau ketawakan aku!”marah Balqis yang sudah malu.”Rupa-rupanya kau masih ada perasaan pada aku.Kahwin?Sape nak kahwin dengan kau?”kata Haiqal yang masih ketawa itu.”Kau..kau berhenti pandang hina pada orang lain!Kenapa kau buat aku macam ni?aku tak nak buku ni,ambillah balik!”marah Balqis sambil menghempaskan buku itu di atas meja Haiqal.”Betul kau taknak buku ni?”usik Haiqal lagi.”TAKNAK!”jawap Balqis sambil berlalu ke biliknya dan menghempaskan pintu sekuat-kuat hatinya.

“Apa yang hebat sangat jadi genius?Kau ingat semua orang bodoh ke?Macamlah aku nak sangat buku tu,geram betullah aku!!”jerit Balqis di dalam biliknya.Haiqal yang mula sedar kesilapannya kerana mempermainkan Balqis mula terfikir sesuatu.
************

Sementara itu Balqis di dalam biliknya seperti biasa sudah tertidur.Tiba-tiba dia membuka matanya,”Ah,tak boleh-tak boleh,aku tak boleh tidur selagi tak siapkan.”geleng Balqis berkali-kali.”Kalaulah aku ada mesin yang boleh berhentikan masa..alangkah seronoknya..”rapu Balqis seorang diri.Dia terus turun ke bawah untuk membuat air nescafe bagi menghilangkan rasa mengantuknya.Semasa dia yang sedang mamai itu terhuyung-hayang turun dari tangga,dia terdengar bunyi kotak muzik dimainkan dan tiba-tiba dia terpandangkan cahaya yang datang dari meja makan.Pandangannya jatuh pada sebuah buku yang diletakkan di dalam keadaan menegak di atas meja itu sambil dikelilingi berbagai jenis kotak muzik yang kebiasaanya diletakkan di sudut hiasan di ruang tamu rumah itu.”WOW!Aku tak sangka yang aku ni pun ade doraemon untuk tolong aku…”kata Balqis kagum.

Di depan buku itu terlekat sebuah nota kecil,”Kau boleh gunakan aku bila-bila masa je”.
Balqis yang sungguh gembira itu terlompat-lompat di ruang makan tanpa disedari yang perlakuannya diperhatikan oleh Haiqal di sebalik dinding dengan sebuah senyuman.”Kau gunalah buku tu puas-puas ye.”Haiqal tiba-tiba bersuara di sebalik dinding itu.Balqis yang sememangnya lurus bendul itu terkejut,”Siapa?Siapa kau?”katanya kelam-kabut.Tiba-tiba Haiqal keluar dari sebalik dinding itu.”Kau buat apa kat sini?”tanya Balqis lurus.”Aku memancing..penat aku tunggu ikan tu datang..”kata Haiqal memerli.”Apa maksud kau?”tanya Balqis yang masih tidak faham-faham itu.”Umpannya dah ada depan mata,taknak ke?melihatkan kau yang dah berusaha bersungguh-sungguh ni,aku sudi tolong kau.”kata Haiqal.Balqis yang gembira itu segera mengambil buku-bukunya sementara Haiqal sudah siap menanti di pondok di tepi kolam renang.

Setelah selesai dari satu subjek ke subjek yang lain, kini tinggal satu subjek lagi,Matematik.Balqis sedang berusaha membuat salah satu soalan dan menunjukkan jawapannya kepada Haiqal.”Erm,betul jugak ni tapi tak tepat,jawapannya 9 bukan 8.”tunjuk Haiqal.”Tapi takpela,tak payah betulkan.Kalau semuanya betul,mesti cikgu kau tak percaya kau yang buat pulak kan.”kata Haiqal.”Betul tu,kau ni memang genius la Haiqal.”puji Balqis.Haiqal seperti biasa tidak memberi sebarang respons.’Akhirnya..sebelum cuti sekolah ni tamat,aku dapat luangkan masa bersama-sama dengan Haiqal…bahagianya.’ucap Balqis di dalam hati dan mula berangan-angan seperti biasa.
**************

Puan Amiza yang sedang memerhati dari balkoni biliknya hanya tersenyum penuh makna melihat mereka.
**************

“Ok,dengar sini semua,dalam kelas kita buat kali pertamanya seorang pelajar dapat menyiapkan kesemua kerja rumah yang saya beri untuk cuti.”kata Cikgu Azman.”Siapa,siapa?”soal mereka sesama sendiri.”Balqis Sofea binti Bakri!”ujar Cikgu Azman gembira.”Wah,Balqis kau memang Haiqal Ariff Versi Kelas F la.!”puji Ahmad.”Betul tu, ni semua mesti sebab kau studi dengan Haiqal selalu kan.”teka Zati pula.”Tapi yang paling penting ialah kesungguhan dan semangat Balqis untuk menyiapkan kerja rumah yang saya bagi ini,berikan dia tepukan yang gemuruh!”teriak Cikgu Azman yang gila-gila itu disertai sorakan dan tepukan dari pelajar-pelajar kelas F.”Kamu semua patut belajar dari Balqis,memandangkan kamu semua akan menghadapi peperiksaan SPM pada hujung tahun ni.Saya sangat berharap kamu semua dapat masuk ke universiti dan dapat kerja yang bagus walaupun agak mustahil tapi yang penting kamu semua mesti ada tujuan,tanpa tujuan kamu semua akan gagal.”syarah Cikgu Azman panjang lebar.”Baiklah saya akan edarkan borang tentang universiti pilihan kamu semua selepas ini.Saya berharap ada antara kamu yang mengisi Universiti Malaya sebagai pilihan.”kata Cikgu Azman walaupun dia tidak yakin dengan kemampuan anak muridnya tetapi dia juga tidak mahu mengecewakan mereka.”Kalau kamu semua tidak yakin dengan UM,kamu juga boleh memohon untuk universiti yang bekerjasama dengan sekolah kita selama ini untuk memohon,universiti itu terletak 1 km sahaja dari sekolah kita.”kata Cikgu Azman lagi sambil mengedarkan borang itu.

“Joe!Joe!Kau dah isi ke borang tu?”tanya Ahmad dan Rizal.”Belum lagi.”jawab Joe malas.”Cepatlah isi,cikgu suruh hantar tu.”desak Rizal.”Yelah,yelah aku baru je ingat nak relaks-relaks tahun ni.”kata Joe yang memang malas belajar itu.”Qis,ape plan kau?”tanya Zati kepada Balqis.”Aku ingat nak mohon masuk universiti yang bekerjasama dengan sekolah kita tu la.”kata Balqis penuh harapan.”Nanti terpaksala kau berpisah dengan ‘suami tercinta’ kau tu.”perli Ika pula.”Bukannya dia suami aku pun.”kata Balqis sedikit sedih.”Ala,diorang dah ditakdirkan berpisah suatu hari nanti.Lagipun dengan tahap kepandaian Haiqal tu, mestilah dia masuk UM tapi tempat tu pulak adalah tempat yang mustahil Balqis akan dapat masuk.”kata Ika lagi.’Aku tahu satu hari nanti kitorang akan berpisah tapi aku tak tahu kenapa hati aku dapat rasakan yang kitorang akan bersama selama-lamanya.Tapi realitinya,sebaik saja rumah aku siap dibina balik dan lepas aku tamat sekolah menengah nanti, mesti kitorang akan berpisah jugak.’ngomel Balqis di dalam hati.’Satu je caranya kalau taknak berpisah,iaitu…’belum habis Balqis menghabiskan ayatnya,tiba-tiba.”Qis tengok ni,jom kita kahwin!”teriak Joe sambil menunjukkan borang yang telah siap disinya.

Borang itu perlu diisi dengan 3 universiti pilihan dan Joe telah mengisinya dengan caranya yang tersendiri.”Tengok ni Qis,first sekali kita bercinta…kedua kita kahwin dan mempunyai 2 orang anak..dan yang ketiga di rumah baru kita,kita besarkan anak-anak kita!Macam mana Qis?”terang Joe bersemangat.”Joe,kau tak boleh rancang masa depan orang.”balas Balqis geram.”Tapi Qis,kau tak rasa rancangan aku ni hebat ke?”tanya Joe masih tidak faham.”Hebatlah sangat,lepas tu nanti Cikgu Azman marah baru kau tahu.”marah Balqis.”Ape pulak,aku serius ni.”kata Joe.Balqis yang malas melayan kerenah Joe itu mula melayang-layang fikirannya.’Kalaulah aku boleh tengok apa yang Haiqal isi dalam borang dia.’harapnya.
**************

“Eh,eh..tak sangka terserempak kau dekat sini!”kata Balqis yang teruja melihat Haiqal.”Dahtu,dah jalan ke rumah kita sama.”kata Haiqal acuh tidak acuh.”Oh…ha ah kan.”kata Balqis sambil menepuk dahinya.”Erm kalau macam tu kita jalan sama-sama jelah ye.”kata Balqis yang tidak disambut dengan apa-apa jawapan dari Haiqal.”Em…em..pasal universiti tu kan..kau dah pilih ke?Universiti mana yang kau pilih?Mesti UM kan?”soal Balqis seperti polis pencen.”Apa kaitan dengan kau?”tanya Haiqal sinis.”Dia ni kan…”kata Balqis perlahan,geram.”Ala aku bukannya saingan kau pun,bagi jelah tau aku.”pujuk Balqis lagi.”Aku tak apply UM.”jawab Haiqal pendek.”Kau tak apply?Dah tu siapa yang apply?”soal Balqis yang agak lembab itu.”Takde sebab kenapa aku perlu masuk UM.”kata Haiqal lagi.”Jadi..maknanya..kau akan belajar dekat universiti yang bekerjasama dengan sekolah kita tu la kan?”tanya Balqis gembira.”Aku dah bagitau apa yang aku nak bagitau, yang lain tu bukan urusan kau.”kata Haiqal yang kemudiannya laju berjalan meninggalkan Balqis di belakang.

Balqis yang ketinggalan di belakang itu mula memikirkan kenapa Haiqal tidak mahu memasuki UM.Tiba-tiba dia terfikir satu sebab yang tidak masuk akal,”Sebab aku ke?”tanya Balqis sambil mengejari Haiqal yang semakin laju di hadapan.”Betul ke sebab aku kau taknak masuk UM?Yeker?”tanya Balqis yang lurus itu.Haiqal tiba-tiba berhenti,”Selepas ni,apa jalan yang aku pilih pun,kau tak akan dapat kejar.”kata Haiqal sebelum berlalu.”Siapa kata aku tak dapat kejar?Siapa kata?”soal Balqis yang mula mengejari Haiqal.Haiqal yang sedar dirinya dikejar Balqis mula berlari dan kemudiannya mereka berdua berlari pulang ke rumah.Sebenarnya Balqis betul-betul tidak faham maksud ayat Haiqal kepadanya tentang ‘kejar’ itu.


Ada pihak yang tak suka/tak senang putri guna gambar pelakon taiwan utk cerita ni.apa pendapat anda?patut tak putri buang?atau kekalkan?tlg komen ye para pembaca.putri amat mementingkan pendapat anda semua supaya putri yang setahun jagung dalam dunia penulisan ini boleh terus berkarya..thanx semua~

7 komen anda:

eija said...

sbg cpt yek..

la ap mslah nya guna pelakon taiwan.
bgi eja mna2 pn blh..
janji jln cite mnarik..

Anonymous said...

no hal, guna jer, x kisah pun

Gadis blogger said...

lorh..
gune je..
pedulikan deorg tuh..

MeGa_Lisa said...

never mind la put3.. guna je.. gmbr tu hanya alat bantuan untuk meningkatkan imaginasi je...hehehe.. tak payahlah padam..

PutriSalju said...

thanx guys..ok putri kekalkan..=))
keep reading ya!^_^

Anonymous said...

okey jerk gambar2 ni... terbayang citer iswak tapi guna dialog melayu... hehehe...

PutriSalju said...

hehee...ok thanx anonymous..keep on reading ok!^_^





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.