Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Sunday, June 21, 2009

Ceritera Cinta Kita 18


Keputusan SPM dikeluarkan hari ini.Balqis merasa begitu cemas sekali kerana keputusan inilah yang akan menjadi penanda aras baginya sama ada dapat melanjutkan pelajaran ke universiti yang sama dengan Haiqal ataupun tidak.Sebaik sahaja melangkah ke dewan utama Sekolah Seri Angsana,Balqis terserempak dengan Joe,Ahmad,Rizal,Zati dan Ika yang sedang berkumpul dan berborak sesama sendiri.Balqis berjalan menghampiri mereka,”Eh Qis,kenapa kau datang lambat ni?Pergilah ambil result kau..cepatlah!”desak Zati dan Ika.Debaran di dada Balqis semakin memuncak apabila menghampiri ke meja yang tertulis “KELAS F”.”Ha,Balqis..ini slip keputusan SPM kamu..”hulur Cikgu Azman sambil tersenyum.Perlahan-lahan Balqis mengumpul kekuatannya sebelum melihat slip itu dan sebaik sahaja dia terpandang keputusannya,dia seolah-olah tidak percaya!Semua subjek aku lulus???Terima kasih tuhan!ucap Balqis di dalam hati sambil menutup matanya syahdu.

Zati,Ika,Ahmad,Rizal dan Joe menghampiri Balqis apabila melihat dia yang sedang tersenyum-senyum itu.”Wah,nampak macam ada berita baik je nak kongsi?”sergah Ika dan yang lain-lain yang tiba-tiba muncul di sebelah Balqis.”Erm…oklah,walaupun takde A tapi aku tak gagal mana-mana subjek..korang pulak macam mana?”soal Balqis ingin tahu.”Aku dengan Zati lebih kurang kau la, cuma aku ada satu gagal,Zati pulak dua gagal.”ujar Ika.”Korang bertiga?”tanya Balqis.”Joe gagal hampir semua subjek Qis,macam tu gak dengan Ahmad dengan Rizal tapi diorang ok lagi la dari Joe.”jawap Joe tenang,”Takpelah,kita jangan sedih-sedih hari ni,malam ni kan kita satu kelas nak pergi makan kat restoran seafood!”jerit Balqis menaikkan semangat kawan-kawannya.Agaknya Haiqal dapat berapa ek?detus Balqis di dalam hati sambil mencari bayangan Haiqal yang tiada langsung di dalam dewan itu.

“Tahniah Haiqal,kamu telah mengharumkan nama Sekolah Seri Angsana dengan mendapat 12A1 dalam semua subjek yang kamu ambil.”puji pengetua dan menyambung,”Awak bukan sahaja dapat 12A1 bahkan juga markah penuh untuk kesemua subjek,saya bangga dengan kamu.”pujinya lagi sambil berjabat tangan dengan Haiqal.Haiqal mengucapkan terima kasih sebelum keluar dari bilik pengetua.Dia mengerling ke arah slip keputusannya,”Kenapa aku tak rasa gembira?”soalnya pada diri sendiri.
**************

Malam itu Balqis dan kesemua bekas pelajar kelas F termasuk guru kelas mereka,Cikgu Azman telah menempah sebuah restoran seafood untuk mereka semua makan bersama untuk kali yang terakhir sebelum mereka membawa haluan masing-masing.”Cikgu rasa gembira sangat hari ni,cikgu harap kamu semua akan berjaya dalam hidup dan….bertemu dengan cinta sejati yang membawa kepada perkahwinan yang bahagia.”ucap Cikgu Azman berpuitis.”Kalau tak bahagia,kahwin lagi satu!”seloroh Cikgu Azman dan disambut dengan gelak ketawa pelajar kelas F.”Ha makanan dah sampai…jom kita makan.”ajak Cikgu Azman.Aku akan pastikan aku dapat cinta Balqis malam ni!getus hati Joe penuh semangat.Joe kemudiannya menghampiri Balqis dan mengambil tempat duduk di sebelah Balqis.”Qis,jom kita berduet nak?”ajak Joe.Ini kerana di restoran ini,betul-betul di sebelah meja mereka, tersedia sebuah set karaoke untuk para pelanggan menggunakannya secara percuma.”Ehhhhh taknaklah aku…suara aku tak sedap.”geleng Balqis laju.

“Ala,tak kisahlah sedap ke tak..Joe nak nyanyi dengan Qis..please..”rayu Joe dengan muka sedih yang dibuat-buat.”Erm…ok..ok..”jawap Balqis yang cepat lemah jika dipujuk.Mereka berdua kemudiannya memilih untuk menyanyikan lagu Sandarkan Pada Kenangan yang dipopularkan oleh Jamal Abdillah dan Sarah Raisuddin.Hari nilah hari yang paling gembira seumur hidup aku,dapat berduet lagu cinta dengan Balqis.Aku akan nyanyi dengan bersungguh-sungguh untuk buat Balqis jatuh cinta pada aku..aku mesti buat dia tersentuh dengan-”Joe,cepatlah lagu dah mula tu!”tegur Balqis apabila melihat Joe sedang terkumat-kamit.

Kenangan manis kau dan aku
Takkan terluput
Duri ranjau dalam bercinta
Lumrah dunia

Sayang menyayang
Cinta dikenang
Perasaan menjadi rindu

Oh...
Lihatlah diriku yang kehilangan
Tanpa kasih mu sayang
Siapalah aku

Sayang menyayang
Saling percaya
Punca kasih berpanjangan

Mengapa kita harus bersengketa
Kerana fitnah dan salah sangka
Apa yang telah terjadi pada kenangan
Sememangnya aku tak pernah melupakannya
Mengapa mesti ada perasaan benci
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan

Marilah kasih
Kita saling sayang menyayang
Kalaulah ada benci
Kita sandarkan pada kenangan


Sedang asyik mereka berdua bernyanyi tiba-tiba Balqis terhenti,”Haiqal!”ujarnya perlahan apabila terlihat sekumpulan pelajar kelas A yang juga turut mengadakan jamuan perpisahan kelas mereka di restoran yang sama.”Dahlah dapat keputusan teruk,suara pun teruk.”kutuk mereka.”Alamak…macam mana diorang boleh ada kat sini…malunya aku..”ujar Balqis perlahan.Cikgu Azman yang terlihat semangat pelajarnya mulai luntur sebaik sahaja melihat pelajar kelas A ada disitu segera berkata,”Kelas,jangan risau..walaupun kamu semua dapat keputusan yang tak memuaskan tapi kamu semua tetap istimewa di hati cikgu sampai bila-bila.”ujarnya bersungguh-sungguh.Cikgu Elina,guru kelas A yang terdengar kata-kata Cikgu Azman tiba-tiba bangun dan berkata pada anak muridnya,”Kelas,saya sangat bangga dengan kamu semua kerana dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM.”ujarnya lantang sehingga dapat didengari jelas oleh kesemua pelajar kelas F.”Kelas,tak semestinya dengan akademik je kita boleh berjaya,kepandaian bukan jalan singkat kepada kejayaan,apa yang kita belajar dalam proses kita belajar tu yang paling penting.”balas Cikgu Azman pula.

“Tak macam sesetengah orang yang dapat keputusan teruk,kamu semua sekurang-kurangnya dah nampak masa depan kamu.”perli Cikgu Elina.Cikgu Azman yang berang terus ke meja sebelah,”Jadi awak nak cakap anak murid saya takde masa depan,macam tu?”marah Cikgu Azman.”Saya tak cakap macam tu, tapi dah jelas kan.”sinis suara Cikgu Elina.”Ingat dengan kepandaian boleh membezakan seseorang tu baik atau jahat ke?Semuanya menggunakan perasaan dan hati.”balas Cikgu Azman lagi.”Awak ni saya cakap lain,awak cakap lain..tak faham-faham.”perli Cikgu Elina.”Apa yang saya tak faham?”balas Cikgu Azman.”Malaslah nak gaduh,kalau korang tu bijak sangat,kenapa mintak tolong Haiqal ajar?Kalau dia pengsan sebab letih ajar korang yang tak faham-faham ni macam mana?Siapa nak tanggungjawab?”tanya Cikgu Elina bertalu-talu.”Cikgu,dahlah cikgu jangan gaduh lagi.”pujuk pelajar kelas F kepada Cikgu Azman.

Tiba-tiba Haiqal yang diam memerhati bersuara,”Jangan risau cikgu,saya takkan pengsan hanya kerana ajar diorang,senang sangat ajar diorang ni.”ujar Haiqal sinis sambil menjeling pada Balqis.”Siapa..siapa yang kau kata senang sangat tu?”ujar Balqis yang sudah geram.”Diorang ni memang dah melampau!Korang nilaikan manusia berdasarkan kepandaian,korang tak rasa benda ni kejam ke?”marah Balqis.”Entah,tak pernah fikir pulak.”ujar Haiqal yang berasa puas apabila dapat mengusik Balqis.”Kau ni kan..memang tak guna…suka sakitkan hati orang,mulut jahat!”marah Balqis berapi,hilang sebentar perasaan cintanya kepada Haiqal.”Tapi,orang nilah yang kau suka kan?”bisik Haiqal perlahan di telinga Balqis.Kebetulan seorang pelajar kelas A terdengar dan berkata pada kawannya di sebelah,”Ha ah la,dah la dulu dia pernah bagi surat cinta pada Haiqal,tapi kena reject!”gelak mereka semua.”Lepas tu,aku dengar dia bagi pulak alat mesin urut yang orang tua punya.”terkekeh mereka semua mentertawakan Balqis.Balqis yang sudah hilang sabar itu tiba-tiba berkata,”Kau yang cari pasal dulu,so jangan salahkan aku,tepi!”jerit Balqis kepada Haiqal disebelahnya.

Balqis kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari poket seluar jeansnya.”Tengoklah ni,gambar Haiqal masa kecik-kecik dulu!”jerit Balqis sambil menayangkan gambar Haiqal memakai skirt yang pernah dicurinya dari album gambar dahulu.Kesemua pelajar mengerumuni Balqis dan bertanya,”Eh,ni kan budak perempuan?Apa kena mengena dengan Haiqal pulak?”soal mereka.”Ha,yang nilah yang korang tak tahu..si cantik Haiqal!”jerit Balqis lagi.”Aku memanglah dah pulangkan negatif kat kau tapi aku dah buat copy banyak-banyak gambar ni sebelum tu!”ujar Balqis sambil menjelirkan lidah kepada Haiqal.Haiqal yang malu-malu terus berebut untuk merampas gambar itu dari tangan Balqis tetapi malangnya Balqis bertindak pantas dengan memasukkan gambar itu kembali ke dalam poketnya.Haiqal yang sudah terlampau geram tiba-tiba menarik tangan Balqis dan melangkah laju ke hujung jalan.”Qis,Qis kau nak pergi mana?”jerit Joe.

“Haiqal,kenapa kau tarik aku ni?Sakitlah!”ujar Balqis sambil cuba melepaskan tangannya tetapi Haiqal tetap menggenggam kemas tangannya.Tiba di tepi sebuah tangga Haiqal berhenti dan melepaskan tangan Balqis.”Seronok kau ye?Tunjuk gambar aku kat semua orang?”tengking Haiqal.”Aku..aku dah tak peduli lagi,semua orang kutuk aku sebab sukakan kau,jadikan bahan ketawa…ok!Mulai hari ni,aku takkan sukakan kau lagi!Aku akan lupakan segala-galanya pasal kau!”balas Balqis menengking juga.”Hebatlah ni?Kau ingat kau boleh lupakan segala-galanya pasal aku ke?”cabar Haiqal.”Aku boleh!Lepas ni masuk je universiti,aku akan cari lelaki yang 100 kali lagi kacak dan baik dari kau!”balas Balqis kasar.”Eh bukan 100,tapi 1000 lagi yang lebih baik!”jerit Balqis sambil berlalu untuk turun dari tangga malangnya dia terpijak kaki Haiqal dan mereka berdua jatuh bersama beberapa anak tangga sebelum tercampak ke bawah.

Balqis tidak dapat mengelak apabila dia terjatuh betul-betul di atas badan Haiqal dan tanpa disangka-sangkanya,bibirnya tepat mengenai bibir Haiqal juga.CHUP!!!!!!!Balqis yang amat terkejut terus berusaha bangun dari badan Haiqal dan kemudiannya jatuh terduduk di sebelah Haiqal yang masih terbaring kaku.Aku tercium dia!Matilah aku!First kiss aku!jerit Balqis di dalam hatinya.Mukanya sudah merah padam dan tidak sanggup memandang Haiqal.Haiqal yang juga terkejut seperti terkena kejutan elektrik tiba-tiba terbangun dan terduduk.Dia kemudiannya terpandang Balqis dan pandangan mereka bertaut sebentar.Haiqal yang sudah tidak tahu memberikan reaksi apa,tiba-tiba menjelirkan lidahnya dan terus bangun dan berlalu dari tempat itu.Malunya aku!!!!!!!!!Tak pernah aku rasa malu macam ni seumur hidup!teriak Haiqal di dalam hati.Balqis masih lagi tergamam disitu,memandang Haiqal yang sudah menjauh.Macam mana aku nak berhadapan dengan dia lepas ni?

4 komen anda:

wani said...

hai cik puteri salju..
cite ni makin menarik..
psti lpas ni haiqal jtuh cinta ngn balqis kn..
sweeeeeeet...
keep on writing..

PutriSalju said...

hehe,thanx alot wani..
papepon keep on reading too utk ikuti kisah cinta haiqal n balqis k..=)

pembaca setia said...

haikal mcm suka jer ngan balqis ..tapi malu nak ngaku..smbg cepat ye..hehehe

PutriSalju said...

hehe,haiqal mmg keras hati...keep on reading k pembaca setia~





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.