Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Tuesday, June 23, 2009

Ceritera Cinta Kita 20


Malam itu seperti yang dijanjikan Balqis kepada Haziq,Balqis dan Pakcik Bakri merancang untuk membelanja Encik Hashim sekeluarga makan malam di restoran mereka,Restoran Happy.Pakcik Bakri dan pembantunya,Wati begitu sibuk di dapur memasak pelbagai jenis lauk manakala Balqis yang tidak tahu memasak hanya mengemas dan menghias meja sebelum hidangan diletakkan.Pakcik Bakri sengaja memilih malam ini kerana keesokan harinya Haiqal akan menduduki peperiksaan kemasukan ke UM untuk jurusan yang bakal diambilnya.
***************

Setengah jam kemudian seperti yang dijanjikan,Encik Hashim,Puan Amiza,Haiqal dan Haziq tiba di depan Restoran Happy.Balqis yang tersenyum melihat kedatangan mereka segera mempelawa mereka duduk di meja yang sudah tersedia pelbagai hidangan.”Auntie,uncle,Haiqal,Haziq jemputlah makan.”pelawa Balqis ceria.Kacaknya dia malam ni…desis hati Balqis sambil matanya melirik ke arah Haiqal yang ringkas memakai seluar jeans dan sweater gaya seperti rappers berwarna kelabu dan mempunyai hood di belakangnya.”Buat susah-susah aje belanja kami sekeluarga ni,Bakri..banyak betul kau masak ni.”ujar Encik Hashim melihat pelbagai hidangan disajikan di atas meja itu.”Eh takdelah susah,kau sekeluarga banyak berjasa pada aku,pada Balqis..ni jelah caranya aku mampu balas.”ujar Pakcik Bakri merendah diri.”Lagipun esokkan Haiqal nak ambik periksa untuk masuk UM tu kan..jadi aku sajelah nak bagi semangat kat dia.”sambung Pakcik Bakri lagi.”Oh…terima kasih la banyak-banyak Bakri.”ujar Puan Amiza pula.”Ha,kejap-kejap menu akhir yang paling special tak sampai lagi..Wati oooohhh Wati!”jerit Pakcik Bakri memanggil pembantunya membawakan menu yang terakhir.

“Ha,dah sampai pun..Wati,kenalkan ini Encik Hashim,Puan Amiza,Haiqal dan Haziq.”tunjuk Pakcik Bakri.”Shim,nilah pembantu aku kat restoran ni selama 2 tahun ni,Wati namanya.”ujar Pakcik Bakri pula kepada Encik Hashim.Kemudian Wati yang berbadan gempal itu bersalaman dengan Puan Amiza dan kemudiannya dia menjeling ke arah Haiqal,Handsomenya mamat ni!detik hatinya sambil tidak berkelip memandang Haiqal.”Wati..Wati!”panggil Pakcik Bakri apabila melihat Wati yang seperti dipukau itu hinggakan dia melambai-lambai di hadapan Wati juga tidak dihiraukan.”Wati…pergi ambik order dekat meja sana tu..ada customer panggil!”ujar Pakcik Bakri dengan nada yang kuat untuk menyedarkan Wati.”HAH??Apa boss?Erk…ok,ok..bye Haiqal!”ujar Wati tersengih-sengih sebelum berlalu.Kemudian mereka semua menikmati kesemua hidangan dengan begitu berselera sekali hinggakan Haiqal yang jarang makan banyak itu pun menambah nasi 3 kali,lain pula dengan Balqis yang kuat makan itu,sudah 4 kali dia menambah nasi.Sehinggakan akhirnya dia tersandar kekenyangan sambil memerhatikan sahaja ibu bapa mereka berborak.

Akhirnya Balqis turut tertidur di kerusinya kerana terlampau kenyang dan mengantuk.Tiba-tiba Balqis yang sememangnya mempunyai tabiat bercakap dalam tidur itu bersuara,”Kalau nak masa depan yang cemerlang,budak lelaki dalam Malaysia ni kena masuk UM..lepas grad diorang bolehlah jadi boss kan?”ujar Balqis walaupun matanya tertutup rapat,cuma tangannya sahaja yang bergerak-gerak.”Budak perempuan Malaysia pulak kenalah lemah lembut, bodoh ke pandai semua tu tak penting…”kemudian dia merengek-rengek dengan bahasa yang tidak difahami dan kemudiannya tidur dengan lena kembali.Keluarga Encik Hashim semuanya tergamam melihat Balqis bercakap dalam tidur termasuklah Haiqal.Pakcik Bakri yang menyedari keadaan itu segera menerangkan kepada mereka bahawa Balqis mempunyai tabiat bercakap semasa tidur jika dia tidur dalam keadaan yang tidak selesa.”Eee…macam orang gila je,cakap dalam tidur!”ujar Haziq sambil tergelak-gelak.”Haziq,tak baik cakap macam tu!”ujar Puan Amiza menampar perlahan mulut Haziq.

Sepuluh minit kemudian Balqis terjaga dari tidurnya yang tidak selesa itu lalu memandang sekeliling,”Kenapa semua orang pandang Qis?”soal Balqis sambil meneliti baju dan meraba-raba mukanya.”Eh..takde pape..sedap tengok Balqis tidur.”laju Puan Amiza menjawap apabila dilihatnya Haziq ingin membuka mulut.”Eh,sorry sorry..Qis tertidur tadi.”ujar Balqis pula.Tiba-tiba Balqis ternampak kelibat Joe menuju ke arahnya..JOE??Kenapa dia datang sini?soalnya di dalam hati sambil menggosok-gosok biji matanya,tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Joe semakin menghampiri dan tersenyum memandang Balqis,”Hai Qis!”ujar Joe ceria.

“Kau buat apa kat sini Joe?”soal Balqis mulai pelik.”Joe..Joe sebenarnya dah buat keputusan nak kerja kat sini,jadi CHEF!”jawap Joe bersemangat.”CHEF???”soal Balqis bertambah pelik.”Inilah tempat yang akan Joe kerja,Joe start minggu depan..ala kan Joe pernah bagitau korang dulu Joe dah dapat kerja,kat sinilah.Puas Joe merayu barulah ayah Qis setuju.”jelas Joe.”Ohhhhh…”ujar Balqis sambil terangguk-angguk.”Lepas Joe dah belajar macam-macam kat sini,kita kahwin lepas tu kita uruskan restoran ni,mesti nanti ayah happy!”jelas Joe yang sudah memulakan perangai lurus bendulnya.Balqis yang malas melayan Joe menoleh ke arah ayahnya.”Ayah,betul ke ayah ambik Joe bekerja dekat restoran ni?”soal Balqis kepada ayahnya.”Mestilah betul,dengan bakat semulajadi Joe ni,Joe mesti mahir dalam masa yang singkat je,kan ayah?”soal Joe kepada Pakcik Bakri,Joe memang gemar memanggil Pakcik Bakri dengan panggilan ‘ayah’ walau sudah berkali-kali dilarang oleh Pakcik Bakri.”Banyaklah kau punya ayah ye!Mulai hari ni kena panggil pakcik,Boss!”ujar Pakcik Bakri berpura-pura garang.”Ba..Baik Boss!Walau macam mana susah pun saya sanggup berusaha!”ucap Joe bersemangat.
***************

Apabila Puan Amiza dan Encik Hashim bangun dari meja itu untuk ke bahagian dapur berborak dengan Pakcik Bakri,Joe mengambil kesempatan untuk duduk di meja tersebut dan mengambil tempat di sebelah Balqis.Dia kemudiannya menjeling kepada Haiqal,”Hey Haiqal,aku rasa lebih bagus kalau kau masuk je universiti ABC ape ke,jadi dengan cara tu kau mesti lagi jauh dari Balqis.”kata Joe tiba-tiba.”Lagipun kita berdua ni kan dunia berbeza,jadi akulah yang mesti rapat dengan Balqis.”kata Joe lagi.Haiqal mendiamkan diri kerana tiada mood melayan kerenah tiga suku Joe.Tiba-tiba Pakcik Bakri,Encik Hashim dan Puan Amiza menghampiri ke meja makan semula,”Eh Joe,kau kata nak jadi CHEF TERHEBAT kan?Ha jom kite ke dapur ye sayanggggg!”ujar Pakcik Bakri sambil menarik Joe.”Ok Boss!”jawap Joe sambil menghilang ke dapur.Balqis kemudiannya tertidur kembali akibat kekenyangan.

“Ha..abang,abang minat masak tak?Kalau abang tak nak masuk UM takpe,abang boleh jadi Chef..mama tak kisah!”ujar Puan Amiza yang sporting itu.”Mama…kalau abang jadi chef,apa jadi dengan company kita?Mama tak nak abang belajar dekat UM ke?”soal Encik Hashim yang sudah mulai marah itu.”Ala papa..Haziq kan ada.Haziq boleh tolong abang uruskan company tu.”jawap Puan Amiza.”Haziq?Nak tunggu dia besar berapa tahun lagi la papa nak rehat?”soal Encik Hashim tidak puas hati.”Lagipun kan kita berdua dah bincang pasal benda ni..bila Haiqal grad nanti,dia akan uruskan syarikat,mama dah lupa ke?”soal Encik Hashim mengingatkan Puan Amiza.”Mama tau tu,tapi kalau abang dah minat,kita janganlah paksa dia.Lagipun apa salahnya jadi chef?Ramai orang jadi chef boleh jadi kaya dan buka banyak cawangan.”kata Puan Amiza pula.”Papa tak cakap kerja sebagai Chef ni tak bagus,tapi dalam keadaan kita sekarang ni mama rasa abang patut jadi chef ke atau uruskan syarikat kita tu?”soal Encik Hashim lagi.”Mama,kalau abang uruskan syarikat kita tu,dia masih lagi boleh berkahwin dengan Balqis!”ujar Encik Hashim yang sudah tahu niat sebenar Puan Amiza yang beria-ia inginkan Haiqal menjadi Chef secara tiba-tiba itu,semuanya gara-gara takut Balqis akan menyukai Joe.

Tiba-tiba tanpa disangka-sangka…”Haiqal!Dia sebenarnya ada keputusan dia sendiri..dia nak tentukan masa depan dia sendiri..tak kisahlah dia nak masuk UM atau nak jadi Chef,kita kena hormat pandangan dia..Haiqal sebenarnya..banyak yang dia risau jadi kita kenalah….”Sepi!Balqis tertidur kembali.”Eh macam mana dia boleh dengar kita bercakap dalam tidur ni?Pelik betul.”ujar Puan Amiza tersengih-sengih,manakala Haiqal pula terkejut kerana Balqis sanggup mempertahankannya walaupun dia sedang mengigau!
***************


Sementara itu di dalam kereta yang dipandu Encik Hashim,Haziq duduk di tengah-tengah di apit oleh Balqis dan Haiqal yang masing-masing duduk di tepi tingkap.Balqis dan Haziq sudah tertidur lena di dalam kereta manakala Haiqal melontarkan pandangan ke luar melihat pemandangan malam di KL.Tiba-tiba Haiqal terdengar sesuatu…”Haiqal..kau tahu tak…aku sebenarnya tak nak kau masuk UM..aku harap sangat-sangat dapat belajar satu U dengan kau..tapi kau pandai sangat..kau kena tolong orang ramai,aku tak mampu nak buat tu semua..kau tahu tak susah untuk aku lepaskan kau-“Uwekkk!!Balqis yang sedang mengigau itu tiba-tiba termuntah dan hampir-hampir terkena Haziq di sebelahnya.Haziq yang sedang nyenyak tidur turut terjaga dan berlari ke atas riba Haiqal.”Abang…gelilahhh..”ujar Haziq yang masih mamai.”Kenape tu abang?”soal Puan Amiza yang terdengar kekecohan di belakang.”Balqis muntah..”Uwek!Sekali lagi Balqis muntah tetapi kali ini betul-betul di atas seluar Haziq!”Eee…”Haziq yang sudah kegelian turut termuntah apabila melihat muntah Balqis.Pening kepala Haiqal dibuatnya dengan mereka berdua.

2 komen anda:

Lieza said...

hahahhaha.. kelako la... siap muntah lagii... ekekekek

PutriSalju said...

hehe..tula..cian haiqal kan





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.