Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Wednesday, June 24, 2009

Ceritera Cinta Kita 22


Pada malam itu,suasana di ruang tamu rumah banglo itu sedikit tegang,tidak seperti kebiasaan yang riuh rendah penuh dengan gurauan dan usikan.Encik Hashim,Puan Amiza dan Haiqal sedang duduk termenung di sofa dan berpura-pura menonton tv walaupun fikiran mereka melayang jauh.Pakcik Bakri yang turut berada di ruang tamu itu terasa cukup bersalah dan setelah setengah jam berlalu,Pakcik Bakri sudah tidak dapat menahan rasa hatinya lagi lalu…”Shim,aku mintak maaf sangat-sangat Shim!”ujar Pakcik Bakri sambil melompat ke sofa yang diduduki oleh Encik Hashim.”Bak!Apa kau buat ni?”terkejut Encik Hashim kerana tiba-tiba sahaja disergah begitu,begitu juga Haiqal dan Puan Amiza yang tergamam melihat tingkah laku Pakcik Bakri.”Shim,aku mintak maaf Shim..ni semua salah anak aku,Sofea…aku mintak maaf Shim!”kata Pakcik Bakri sambil menggoncang tangan Encik Hashim berkali-kali.”Bak..”ujar Puan Amiza cuba menenangkan Pakcik Bakri.”Sofea yang sebabkan Haiqal tak dapat ambik exam tu,aku tahu yang kau menaruh harapan tinggi untuk Haiqal masuk ke UM tapi sekarang ni…aku tak tahu macam mana aku nak tebus kesalahan Sofea ni..aku mintak maaf Shim..”ujar Pakcik Bakri berkali-kali tanpa jemu.Dia berasa bersalah kerana terasa telah memusnahkan impian kawan baiknya.

Tiba-tiba Encik Hashim berdiri dan menyilangkan tangannya ke dada,”Bak..aku tak marah Balqis..secara jujurnya aku tahu abang memang taknak masuk ke UM..dia saja gunakan insiden Balqis tu sebagai alasan untuk dia tak ambik exam tu..”luah Encik Hashim sambil menjeling ke arah Haiqal yang tunduk sejak dari tadi.”Shim…kau janganlah salahkan Haiqal…anak aku yang bertanggungjawab dalam hal ni..”balas Pakcik Bakri pula sambil berdiri di sebelah Encik Hashim.Puan Amiza yang melihat keadaan itu segera berkata,”Bak,tak payah risau sangat..lagipun kalau difikirkan dari sudut positif,abang bolehlah bersama dengan Balqis…pergi ke universiti bergandingan bersama-sama!”sampuk Puan Amiza yang tiba-tiba ceria itu.”Kitorang tak pernah bergandingan bersama.”laju Haiqal membalas.Tanpa mereka sedari,Balqis mendengar kesemua perbualan mereka apabila dia terjaga dari tidurnya selepas balik dari hospital tadi dan ingin turun ke bawah untuk mengambil air.Aku kena buat sesuatu supaya tak menyusahkan Haiqal dan keluarga dia lagi..desis hatinya sayu.
****************

Akhirnya setelah yakin yang kesemua penghuni rumah banglo itu sudah melelapkan mata,Balqis yang sememangnya berfikiran singkat itu terus bergegas ke biliknya dan mengeluarkan semua pakaiannya di dalam almari dan memasukkannya ke dalam beg.Setelah beg-begnya penuh berisi barang dia membuka pintu perlahan-lahan dan terlihat suasana gelap di bahagian tangga kerana lampu tidak dibuka.Balqis kemudiannya turun ke bawah dengan membawa kesemua begnya tetapi sedang dia memijak anak tangga yang terakhir,dia tersadung pada salah sebuah begnya dan beg itu jatuh melantun-lantun sehingga ke bawah.Balqis yang rabun malam itu segera menggagau begnya yang jatuh itu untuk mengelakkan penghuni rumah banglo itu dari terjaga.

Haiqal yang rupa-rupanya belum masuk tidur sedang duduk termenung di balkoni di sebelah ruang tamu sambil menikmati kopi.Dia yang terkejut dengan bunyi bising di tangga segera bergegas untuk melihat namun..”Berat ke?Nak aku tolong?”perli Haiqal apabila melihat gaya Balqis yang seperti tidak mahu pulang ke rumah itu lagi,penuh dengan berbagai-bagai beg dan barang.”Kau…!”terjerit kecil Balqis,tidak disangkanya Haiqal belum tidur lagi.”Kenapa ni?Kau baru sembuh dan sekarang nak pergi pulak?”semakin sinis suara Haiqal.”Kenapa kau tak tidur lagi?”soal Balqis sedikit mengeluh.”Lain kali kalau nak lari dari rumah,jaga-jaga sikit pergerakan tangan dengan kaki kau tu.Jangan bagitau satu dunia yang kau ada dekat situ.”perli Haiqal lagi tetapi kali ini dia menyembunyikan senyumannya apabila melihat Balqis yang sudah menggelabah itu.”Aku..aku malu nak duduk dalam rumah ni lagi,aku kena pergi..kau jangan cuba halang aku..aku dah nekad!”ujar Balqis yang kononnya tegas dengan keputusannya.

“Aku takkan halang kau..”Haiqal tersengih dan kemudian menyambung,”Tapi aku nak bagitahu yang kau ni tak bertanggungjawab rupanya..nampaknya macam kau dah lupakan Pakcik Bakri?Kau nak tinggalkan dia keseorangan ke?”soal Haiqal bertalu-talu sambil mendekatkan wajahnya ke muka Balqis.Balqis yang tiba-tiba teringat kejadian ngerinya dengan Haiqal aka ‘tercium mulut’ sewaktu malam jamuan perpisahan kelasnya segera menjarakkan diri dari Haiqal untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.”Mestilah tak!Aku cuma…aku fikir kalau aku keluar dari rumah ni…aku..”jawap Balqis teragak-agak.”Sengal,hanya sebab aku tak ambik exam kau nak lari dari rumah?”soal Haiqal sambil tertawa.Sengal??Berani dia-”Kau ni kelakarlah.”tambah Haiqal lagi.”Aku rasa selama aku tinggal kat sini aku selalu buat kau bernasib malang,walaupun aku tahu apa yang aku cakapkan sekarang ni dah tak berguna lagi tapi aku tak tahu kalau aku terus tinggal kat sini,entah apa lagi yang aku akan susahkan kau.”terang Balqis.Lagipun kau masih lagi orang yang aku cinta..desis hati kecil Balqis.

“Sebenarnya sebab aku tak pergi ambik exam bukan salah kau langsung.”ujar Haiqal tiba-tiba sambil berjalan menuju ke balkoni sambil diikuti Balqis dibelakangnya.”Masa aku bawak kau ke klinik tu,sempat lagi sebenarnya kalau nak pergi balik..tapi tiba-tiba aku terfikir kenapa aku nak masuk UM?Puas aku cari tapi tak jumpa sebabnya..”zahir Haiqal akhirnya apa yang terbuku dihatinya selama ini.”Tapi aku akui,sejak kau tinggal dekat sini,hidup aku dah tak boleh dijangka lagi..aku dah tak boleh agak apa yang akan berlaku.Semua ni berbeza dari hidup aku yang dulu..dan sebenarnya agak menyeronokkan jugak.”ujar Haiqal sambil melemparkan senyuman kepada Balqis.”Jadi kesimpulannya aku nak bagitau aku tak kisah kalau benda ni berterusan..”ujar Haiqal lagi penuh makna.”Maksud kau,kau nak aku tinggal kat sini?”soal Balqis teruja, dia seolah-olah dapat mengagak apa yang dimaksudkan Haiqal.”Aku dah bagitau apa yang aku nak bagitau,jadi sekarang ni semuanya terpulang kat kau.”jawap Haiqal penuh simbolik.

”Kau tak jadi masuk UM ke?Jadi maknanya kau masuk satu universiti dengan aku la kan?”soal Balqis yang sudah mendapat tawaran melanjutkan pengajiannya di universiti yang bekerjasama dengan sekolahnya termasuklah Zati dan Ika yang juga tersenarai.”Kau ni…betul-betul paksa aku ni,dahla aku tak peduli..aku nak masuk tidur..”ujar Haiqal sambil berlalu naik ke tingkat atas.”Tunggu!Aku..aku janji aku akan cuba untuk tak susahkan kau lagi,jadi confirm ek aku boleh terus duduk sini?”soal Balqis yang masih tidak faham maksud kata-kata Haiqal sebentar tadi.”Yelah tu..erm aku rasa baik kau pergi bawak balik semua beg-beg kau ni naik atas,kalau mama aku nampak yang kau nak lari dari rumah gerenti takde sorang pun akan tidur malam ni.”ujar Haiqal sinis sambil terus memanjat anak tangga ke atas dan menghilang di balik pintu biliknya.
***************

“Qis!Qis!Cepat Qis…ni hari pertama masuk universiti,Qis tak boleh lewat!”terdengar jeritan Puan Amiza di depan pintu biliknya.”Erk…ye auntie..kejap ye!”sahut Balqis pula.”Pilih je antara dua tu,dua-dua nampak cantik kalau Qis pakai!”jerit Puan Amiza lagi,dia memilih baju itu khas untuk hari pertama Balqis di universiti.Sebenarnya Balqis lambat bersiap kerana dia buntu memikirkan pakaian yang diberi oleh Puan Amiza kerana kedua-duanya menampakkan dirinya pelik dan bukan gayanya,tetapi dia harus memilih salah satu baju itu dan akhirnya dia membuat keputusan untuk menyarung blouse berwarna merah jambu itu ke tubuhnya.Tak over ke aku pakai camni?Macam nak pergi interview kerja je?tenung Balqis pada dirinya.Balqis kemudiannya menyolek mukanya hanya dengan bedak compact dan secalit gincu.”Cepat Qis,auntie tak sabar nak tengok penampilan Qis,mesti cantik!”kedengaran suara Puan Amiza yang ceria di depan pintu.”Ok,dah auntie.”lalu Balqis membuka pintu biliknya.”Ha…..cantiknya Qis pakai camni,dah-dah jom kita turun breakfast cepat.”ajak Puan Amiza menarik tangan Balqis turun.

“Ok,Qis duduk dulu sarapan ok.”ujar Puan Amiza sambil berlalu ke dapur.Haiqal dan Haziq yang tercengang melihat gaya Balqis segera terkekeh ketawa.”Baju dia pakai macam orang yang jaga dekat lif dekat shopping complex kan bang?”bisik Haziq yang nakal kepada Haiqal di sebelahnya.”Selamat datang,cik nak pergi tingkat berapa?”ajuk Haziq betul-betul seperti pekerja di dalam lif.”Kalau tak menyusahkan cik,saya nak ke tingkat 12 bahagian kanak-kanak.”balas Haiqal pula dan kemudian mereka dua beradik ketawa terbahak-bahak melihat penampilan Balqis.Balqis hanya memandang mereka atas bawah dan menjeling,dia malas mahu mengambil pusing kerenah dua beradik yang selalu mengenakannya itu.”Abang!Kenapa abang tak pakai baju yang mama dah letak atas katil tadi?”soal Puan Amiza apabila melihat Haiqal hanya memakai T-shirt biasa dan seluar jeans sahaja.”Sape nak pakai sut warna pink?”laju Haiqal menjawap.“Eh,mama sediakan supaya sepadan dengan baju yang Qis pakai ni tau.Abang ni betul-betul kecewakan mama la.”ujar Puan Amiza lagi.”Ok,ok cepat sarapan,lambat dah ni.”
***************

Macam tak percaya je yang aku dengan Haiqal sekarang ni dah masuk ke alam universiti dan aku masih lagi mengejar dia dari belakang…tapi takpe,kitorang masuk ke universiti yang sama.YEAY!!jeritnya di dalam hati sambil menapak laju mengejar Haiqal yang jauh di hadapan.Tiba-tiba,PYEKKKK~”Hah,aku terpijak taik kucing la plak!”jerit Balqis sambil melihat ‘benda’ itu sudah lenyek dipijaknya.Haiqal yang terdengar jeritan Balqis segera menghampirinya.”Kenapa ni?Cuba angkat kaki kau.”arah Haiqal.”Busuknya!Kau ni memang sengal la,malaslah aku nak layan.”kata Haiqal sambil menutup hidung dan terus berjalan semula.”Macam ni ke cara dia nak menolong?Tak gentleman langsung!Patutnya dia cakaplah ‘Kau tak apa-apa ke?Boleh aku tolong?’Ini tak…herghhh.”gumam Balqis seorang diri sambil menjeling kepada Haiqal yang sudah semakin jauh.”Oiiiiiii,cepatlah!!!”jerit Haiqal dari jauh.”Ha…kejap-kejap!”sahut Balqis sambil menggesel kasutnya pada rumput-rumput di situ sebelum berlari ke arah Haiqal.

2 komen anda:

Gadis blogger said...

hahahahha..
bygkan lau haiqal pki bju wrne pink...(gelak2)
na n3 lgik!
hee~
;p

PutriSalju said...

hehe,tu la...xmungkin haiqal nak pakai pink..=)
ok putri cuba masukkan n3 baru by tomorrow ok~





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.