Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Friday, June 26, 2009

Ceritera Cinta Kita 23

Sepanjang perjalanan Balqis dan Haiqal ke universiti mereka, Balqis hanya tersenyum-senyum memikirkan yang mereka berdua akhirnya dapat menempuhi alam universiti bersama-sama manakala Haiqal pula seperti biasa sudah laju meninggalkan Balqis di belakang yang tidak dapat mengejar langkahnya yang panjang itu.Sesampainya mereka berdua di depan pintu pagar utama,mata mereka segera tertancap pada ukiran batu ditepi pintu pagar utama itu,Universiti Kebangsaan Sri Pavillion.”Wow,Haiqal!Macam nama shopping complex kan?”kata Balqis tersengih-sengih.”Kau ni..sengal!”ujar Haiqal sambil menjelirkan lidah lantas terus menuju ke dalam pintu gerbang itu.”Hey,tunggulah aku!”jerit Balqis sambil terkocoh-kocoh mengikut Haiqal dari belakang.

Wow,cantiknya U ni…kagum Balqis di dalam hati.Di sepanjang jalan penuh dengan persekitaran yang menghijau dan kelihatan ramai pelajar universiti itu sedang berjoging dan berbasikal,tiba-tiba apabila Balqis melihat disebelah kirinya, sebuah tasik terbentang indah di depan matanya dan terdapat pondok-pondok kecil di sekeliling tasik itu serta jambatan berbentuk melengkung ditengah-tengahnya.Kemudian semakin jauh dia berjalan mengikuti Haiqal,dia terlihat pula reka bentuk bangunan-bangunan itu seperti bangunan tinggalan inggeris yang tersergam indah,yang menempatkan pelbagai fakulti dari perubatan, kejuruteraan, perniagaan, sains,teknologi dan pelbagai lagi.



















Haiqal yang mula perasan Balqis masih mengikutinya segera berjalan lebih laju tetapi Balqis juga pantas mengejarnya,sudahnya Haiqal yang sudah geram itu menoleh ke belakang secara tiba-tiba,”Berapa lama lagi kau nak ikut aku ni?Kau ambik course Biologi macam aku ek?”soal Haiqal sedikit kasar.”Eh takdelah,aku ambik course Pendidikan Kanak-kanak.”jawap Balqis yang lurus bendul itu tanpa memahami Haiqal memerlinya.”BALQIS!!!!!Kitorang rindu kat kau sangat-sangat!”terdengar jeritan dari belakang,Balqis segera memandang mereka,Zati dengan Ika rupanya..Balqis tersenyum kemudian menoleh ke arah Haiqal semula malangnya Haiqal sudah menghilang di sebalik bangunan.Dia terjengah-jengah mencari-“Balqis!Dia dah pergilah,apa yang kau terjenguk-jenguk lagi tu.”ujar Zati sambil menepuk bahu Balqis.”Wow,cantik rambut kau Zati,Ika pun amboi seksi nampak…”ujar Balqis ceria menegur fesyen rambut Zati yang sengaja di kerintingkan seperti rambut afro dan Ika yang berskirt jeans agak ketat paras lutut yang lebih ladylike,sesuai dengan perwatakannya yang sedikit lembut itu.

“Eh,kau pun apa kurangnya…cantik baju,match pulak tu dengan kasut..”perli Zati yang sudah tersenyum-senyum melihat pakaian Balqis seperti tidak kena gaya itu.”Adoiyai…nak buat macam mana,auntie Amiza suruh aku pakai.”jawap Balqis sambil meneliti dirinya yang berpakaian pelik itu.”Aku tengok dah macam staff kat fakulti je pakaian kau ni!”komen Zati lagi sambil Ika mengiakan.”Banyakla korang.”ujar Balqis sambil memaut bahu kedua-dua rakan baiknya dan berjalan.”Eh,kita bertiga satu course kan?”soal Ika tiba-tiba.”Yerla…kelas kita mana ek?”soal Zati pula mencari-cari papan tanda yang tertulis fakulti pendidikan kanak-kanak.”Tapi…aku peliklah..”luah Ika tiba-tiba.”Cuti hampir 7 bulan ni,sikit pun Haiqal tak terpikat dengan Balqis.”luahnya lagi sambil mengurut-ngurut dagunya seperti memikir sesuatu.”Ala,apa nak dihairankan Ika…Balqis kawan kita ni taklah cantik sangat..”jawap Zati sambil memicit pipi gebu Balqis.”Ouch!Sakitla…”Balqis menjerit.

Tiba-tiba sedang mereka berjalan menghala ke arah bangunan yang tertera “Fakulti Pendidikan Kanak-Kanak”,mereka terlihat sekumpulan kanak-kanak lebih kurang 30 orang berlari memasuki ke dalam bangunan itu dan hampir-hampir terlanggar mereka bertiga yang juga ingin masuk ke dalam bangunan itu.”Apa budak-budak ni buat kat sini?”tanya Balqis pelik.”Eh,eh..diorang masuk kelas kitalah!”jerit Zati pula apabila melihat dari jauh kelas mereka telah diserbu oleh kanak-kanak yang ramai itu.
***************

“Memandangkan hari ni merupakan hari pertama kita, saya jemput khas kanak-kanak ini dari Tadika Little Angel untuk membiasakan kamu semua berinteraksi dengan kanak-kanak.Saya percaya kamu semua sangat menyukai kanak-kanak,sebab tulah kamu pilih jurusan ni kan?Jadi terpulanglah kepada kamu semua cara untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka.”terang pensyarah mereka.Balqis yang sememangnya berperangai agak kebudak-budakan itu memang mudah menyesuaikan diri dengan mereka sehinggakan kanak-kanak itu berebut-rebut mahu bermain dengannya.
***************

Tamat sahaja kelas mereka untuk hari pertama di universiti,Balqis,Zati dan Ika mengambil peluang untuk melihat dan berjalan-jalan di sekitar kawasan kampus mereka kerana terdapat bazar-bazar kelab di buka di sepanjang jalan untuk pendaftaran ahli baru.”Wow,ramainya orang hari ni kan.”luah Zati yang melihat pelbagai ragam manusia yang lalu-lalang di depan mereka.”Ha ah la,bestnya!Betul-betul seronok la masuk universiti ni kan..”kata Balqis yang teruja itu,tetapi tiba-tiba dia dapat merasakan ada orang seperti memerhatikan mereka dari ekor matanya,segera dia menoleh.Namun tiada sesiapa yang sedang memandang mereka,setiap kali dia terasa diintai,dia akan menoleh tetapi tidak ditemui wajah sesiapa yang dikenalinya.”Tapi!Apa yang lagi seronok ialah kelab-kelab yang kita boleh masuk dalam U ni.Aku sampai tak tahu kelab mana nak masuk!”kata Ika pula dalam keriuhan.”Agaknya dalam banyak-banyak kelab kat U ni, kelab apelah yang Haiqal masuk..kan best kalau aku boleh satu kelab dengan dia…”kata Balqis yang sudah mula tersenyum-senyum seperti kambing dapat daun itu.”Kau takyah berangan la Balqis,sejak bila Haiqal nak masuk kelab-kelab semua ni,zaman sekolah dulu pun dia tak aktif langsung.”bantah Zati menafikan.”Betul jugak cakap kau tu.”balas Balqis pula sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Wei,wei..sebenarnya kan aku dari tadi rasa macam ada orang tengah perhatikan kita la..”luah Balqis akhirnya.”Kau biar betul Qis,jangan takutkan aku..”balas Ika yang sudah memandang sekeliling dengan perasaan cuak .”Hey,aku selalu dengar dekat U kan ramai orang gatal…”tambah Ika lagi.”Hey,korang berdua ni jangan merepek la,mana ada orang pandang kita..perasaan kau je tu.Oklah aku nak gi tengok kelab-kelab yang banyak kat depan tu..bye!”kata Zati pula yang sudah berlalu,teruja untuk melihat-lihat kelab yang akan dipilihnya.Sebenarnya memang ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka terutamanya memerhatikan Balqis dengan penuh minat.

Ika yang meminati kelab seperti teater telah menghilang begitu juga Zati yang meminati kelab nyanyian.Kini,tinggallah Balqis keseorangan melihat kelab-kelab yang sesuai dengannya,tetapi setelah mengunjungi kesemua kelab itu,hatinya tidak terbuka untuk memilih mana-mana kelab sebaliknya fikirannya sibuk memikirkan kelab yang dimasuki oleh Haiqal.Apa sahaja yang dilakukannya,nama Haiqal tidak pernah padam dalam hati dan ingatannya.
***************

Keesokan harinya Balqis mengajak Zati dan Ika mengintip Haiqal di fakultinya.“Wah…tengok cepat..siap ada jamuan lagi untuk menyambut kedatangan pelajar baru!”kata Zati yang sedang terintai-intai di pintu masuk bangunan Fakulti Sains dan Kejuruteraan itu.”Aku macam dapat rasa je tempat ni untuk orang yang high standard..”luah Ika kagum sambil meneliti setiap dekorasi di dalam bangunan itu.”Eh,tapi kan kenapa Haiqal tak masuk UM ar?”soal Ika pelik.”Aku kadang-kadang tak faham la apa yang genius fikir tapikan aku dengar cerita yang fakulti Sains dan Kejuruteraan kat U kita ni,pelajar-pelajar dia semua orang-orang yang pandai-pandai dari seluruh negara..bukan calang-calang orang la.”tambah Ika lagi.”Owhhhh….”luah Balqis dan Zati serentak,kagum.”Eh,tapikan apasal kita terhendap-hendap dekat depan pintu ni ar,nape tak masuk je?”kata Ika pula tiba-tiba.”Entahlah,aku rasa macam tengah lalu depan kelas A,rasa rendah diri pulak kalau tiba-tiba budak kelas A nampak kita kat sini,mesti diorang jerit..Eh,budak kelas F la!”ajuk Balqis.

“Hey budak kelas F!”tiba-tiba terdengar suara dari arah belakang mereka,mereka segera menoleh.Budak kelas A!Masin mulut aku!desis hati Balqis.“Eh,apa korang buat kat depan ni?”tiba-tiba sekumpulan pelajar yang ingin masuk ke dalam bangunan itu bertanya mereka.”Kau ni Balqis dari kelas F kan?Cari Haiqal ke?Haiqal ada dalam makmal Biologi.”jelas budak itu tanpa perlu ditanya.”Oh…thanks!”jawap Balqis ceria.Sedang mereka bertiga menuju ke makmal Biologi di tingkat 3 mereka melontarkan pandangan ke sekeliling,”Tak banyak budak perempuan la kat fakulti ni.Mesti kau tak risau Balqis.”kata Ika.”Tapi memang tak payah risau pun.Haiqal tu bukannya mudah tertarik pada mana-mana perempuan,kecuali lah…kalau perempuan tu macam Qis yang tak pernah putus asa ni,aku tak tahulah.”celah Zati pula.
****************

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam makmal Biologi itu,mereka bertiga melihat-lihat keadaan sekeliling.Balqis yang tiba-tiba mengambil salah satu botol mengandungi cecair itu tiba-tiba ditegur,”Cik,tolong jangan sentuh sesuka hati barang-barang ni ye.Haiqal ada dekat hujung sana.”tunjuk salah seorang pelajar dalam makmal itu.”Oi Haiqal,’housemate’ kau datang cari kau!”jerit salah seorang dari mereka sambil ketawa.Balqis semakin tidak sedap hati apabila melihat seorang perempuan duduk disisi Haiqal yang segak memakai kot makmal.Dari pandangan mata Balqis,mereka berdua kelihatan begitu sepadan sekali,sama cantik sama padan.Haiqal mengerling sedikit kepada Balqis tetapi tidak mempedulikan kedatangan Balqis dan masih lagi meneliti bahan uji kajinya di atas meja makmal.

”Hai…”tegur Balqis sambil memandang gadis di sebelah Haiqal,Cantiknya dia…”Ada apa kau cari aku?”soal Haiqal sambil menatap wajah Balqis.”Ak…aku..saje nak tengok..kerusi dekat fakulti kau ni..same ke dengan kerusi dekat fakulti aku.”lalut Balqis sambil berpura-pura membelek kerusi Haiqal.”Jadi dah jumpa jawapannya?”perli Haiqal yang tahu tujuan kedatangan Balqis.”Erm..nampaknya samalah!”jawap Balqis dengan ketawa yang dibuat-buat.Zati dan Ika hanya berpandangan sesama sendiri melihat tingkah laku pelik Balqis.Tiba-tiba gadis disebelah Haiqal menegur,”Haiqal,dia ni girlfriend Haiqal ke?”soal gadis itu memandang Balqis atas bawah.”Tak mungkin.”jawap Haiqal sambil membuat muka kepada Balqis,dia sengaja ingin mengusik Balqis.Gadis itu berasa lega mendengar jawapan Haiqal.”Erm,lepas ni kita lunch sama-sama nak Haiqal?”soal gadis itu mengada-ngada.”Tengoklah dulu Tiara,aku ada hal.”jawap Haiqal acuh tidak acuh sambil menumpukan kembali kepada eksperimennya yang tergendala.


Nota PutriSalju:gambar-gambar di atas hanyalah imaginasi penulis..terima kasih~

4 komen anda:

Anonymous said...

nmpkny Balqis dah ada saingn nmpknya...
Haikal nie plk cam x ada prasaaan aje...
cian kat Balqis kan...

PutriSalju said...

hehe,Haiqal mmg mcm tu...
Balqis yang kena berusaha..hehe

aqua_apple said...

yeay,,,bestnye cite nie,..nak lagiiiiii..eheh..
chayyok2!! putri salju

PutriSalju said...

thanx aqua_apple..keep on reading ok~





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.