Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Saturday, June 27, 2009

Ceritera Cinta Kita 24


“Apa dia kata?Tak mungkin?Dahla dah cium aku..berani dia kata tak mungkin?Habis first kiss aku musnah di tangan dia..eh mulut dia.Huh!”terkumat-kamit mulut Balqis berkata seorang diri di depan cermin di dalam tandas di fakultinya.”Tapi…bukan aku ke yang kiss dia?Alamak!!!!!Malu malu malu!”marah Balqis pada dirinya sambil menampar-nampar pipinya berulang-kali.Apabila dia teringat peristiwa nan satu itu,pasti wajahnya akan bertukar warna kemerah-merahan menahan malu.
***************

Petang itu sedang Balqis membasuh pinggan mangkuk di dapur,fikirannya melayang jauh memikirkan tentang Haiqal dan perempuan cantik itu.”Eh Qis,Qis cuci pinggan yang tak kotor ni..”tegur Puan Amiza apabila melihat Balqis seperti tidak berpijak di bumi yang nyata.”Erm..owh..”jawap Balqis sambil mengambil pinggan yang kotor serta mencucinya dan masih lagi termenung, tidak memandang langsung kepada pinggan yang sedang dicucinya.Sementara itu Puan Amiza yang baru selesai membuat pizza mengeluarkan pizza yang masih panas itu dari dalam microwave.”Emmmm sedapnya bau dia…”ujar Puan Amiza ceria sambil menghidu bau pizza itu.Dia kemudiannya meletakkan pizza itu di sebelah tempat Balqis sedang mencuci pinggan kerana ingin ke tandas.Sebaik sahaja dia kembali ke dapur,”Qis!Pizza auntie!”jerit Puan Amiza kelam-kabut apabila melihat Balqis sedang ‘mencuci’ pizza itu yang disangkanya pinggan.”Qis tak apa-apa ke?”soal Puan Amiza membelek-belek jari Balqis kerana dia tahu pizza itu sangat panas kerana baru siap dimasak.

Apabila melihat Balqis yang tiada sebarang ekspresi di wajahnya,Puan Amiza segera bertanya,”Qis kenapa?Qis tak sihat ke atau ada apa-apa jadi kat U tadi?”tanya Puan Amiza risau sambil mengusap-usap kepala Balqis.”Semalam auntie tengok Qis bukan main seronok lagi dapat masuk U sama dengan abang.Ada apa-apa yang buat Qis sedih ke?Qis betul-betul nampak bermasalah.”tanya Puan Amiza lagi.”Auntie..Qis rasakan Haiqal sukakan perempuan yang bijak dan cantik jerla..”luah Balqis akhirnya segala yang membelenggu perasaannya.”Kenapa tiba-tiba Qis rasa macam tu?Jangan-jangan…Jangan-jangan ada perempuan lain nak ngorat abang jugak?”teka Puan Amiza.Balqis mengangguk lemah, ”Perempuan tu cantik,pandai…macam Haiqal..tapi versi perempuan.”jawap Balqis.”Qis,mencintai seseorang bukan macam kita tengok cermin,kita tak cari orang yang sama macam kita..kalau macam tu bosanlah hidup betul tak?”ujar Puan Amiza ceria untuk menaikkan semangat Balqis.

“Tapi auntie nak bagitau Qis,asalkan Qis sentiasa jumpa abang dekat U,mesti perempuan tu takde peluang nak dekat dengan abang.Auntie tak tahu macam mana orangnya dia,tapi bagi auntie Qis yang paling sesuai dan terbaik untuk abang!”kata Puan Amiza lagi sambil menepuk-nepuk bahu Balqis.
***************

Malam itu apabila semua sudah masuk tidur,Balqis masih lagi mundar-mandir di tepi kolam renang rumah banglo itu,dia tidak boleh tidur memikirkan Haiqal dan perempuan itu.Kenapa kita mesti cintakan seseorang?Adakah dia akan lebih bahagia apabila cintakan aku dari budak perempuan yang pandai dan cantik tu?soal Balqis bertalu-talu di dalam hatinya.Tiba-tiba,dia ternampak dalam kesamaran cahaya lampu,ada lembaga hitam menuju ke arahnya.Hah ape tu?desis hati Balqis yang sudah takut dan cemas itu.Semakin lembaga itu menghampiri semakin panik Balqis jadinya namun apabila cahaya bulan tiba-tiba terang,”Huh,Haiqal!Terkejut aku!”ujar Balqis mengurut-urut dadanya yang berombak kencang sebentar tadi.”Kau kenapa?Macam nampak hantu je?”soal Haiqal pelik.”Takde pape..”jawap Balqis ingin berlalu tetapi kemudian dia berhenti,”Budak perempuan…yang hari ni..tu..”sebut Balqis tersekat-sekat ingin mencari ayat yang sesuai.”Oh,Tiara ke?”soal Haiqal.”Nama dia pun kau ingat kan…”kata Balqis sedikit terkilan.

“Untuk aku,ingatkan nama orang,sesuatu yang susah ke?”soal Haiqal memerli Balqis yang sememangnya sukar mengingat nama orang.”Erm..betul gak..apa..pendapat kau tentang dia?”soal Balqis ingin tahu.”Kenapa?Kau jealous ke?”soal Haiqal mula ingin mengenakan Balqis yang sudah tersipu-sipu itu.”Aku?Takdelah.”nafi Balqis.”Aku dengar masa dia sekolah dulu,dia jadi ratu cantik sekolah selama 3 tahun berturut-turut dan dapat nombor lima dalam senarai peperiksaan SPM baru-baru ni dalam negeri.Hmm…jarang aku jumpa gadis yang lengkap,cantik dan bijak.”sengaja Haiqal menokok tambah cerita untuk membuatkan Balqis cemburu.”Hebatnya dia…tapi kenapa dia masuk U kita?Ntah-ntah sebab kau?”teka Balqis yang sudah mula berimaginasi itu.Haiqal hanya menjungkitkan bahu dan terus berlalu masuk ke dalam rumah sambil menyembunyikan senyumannya.Haiqal tidak tahu mengapa,tetapi membuat Balqis menggelabah dan kelam-kabut adalah hobi terbarunya.
***************

“Haih…boring betul la kena makan sorang-sorang..Zati dengan Ika ada aktiviti kelab diorang pulak.”bebel Balqis sambil meneliti menu di papan tanda di kaunter di medan selera di universitinya.”Entah kelab apa pulak yang Haiqal join ek?”soal Balqis pada dirinya sendiri.”Em,malaslah fikir pasal dia..baik aku fikir nak makan apa..Set A ada nasi goreng daging kunyit,sup panas dengan teh o ais.Tapi Set B pun nampak sedap jugak!”ngomel Balqis agak kuat.Dia tidak sedar yang Haiqal sedang berdiri di belakangnya memerhatikan gelagatnya.”Perlu ke baca kuat-kuat?”tegur Haiqal.Balqis yang terkejut segera menoleh,”Haiqal!”jerit Balqis sambil mengurut-urut dadanya kerana terkejut.”Kenapa kau terkejut gila-gila?Erm..bagi saya Set A ye kak.”minta Haiqal kepada kakak yang sedang menunggu pesanan Balqis sejak dari tadi di kaunter itu.”Saya..saya nak..”kata Balqis terputus-putus kerana masih tidak tahu ingin memilih.”Set F takde la..”perli Haiqal.”Sape kata aku nak Set F?Lagipun mana ada Set F…kak saya nak Set A!”laju Balqis membuat pesanan kerana terasa disindir oleh Haiqal.Tak guna kau Haiqal..perli aku la tuh!”marah Balqis di dalam hati sambil menjeling Haiqal.

Selang 5 minit mereka menunggu di kaunter,dua set makanan yang sama dipesan oleh Balqis dan Haiqal siap tetapi yang membuatkan Haiqal pelik Set A sangat sedikit nasi yang dibubuh,lebih kurang 2 sudu saja manakala dagingnya pula ada 3 ketul sahaja itupun dipotong kecil manakala Balqis pula berlebih-lebih,nasinya penuh satu pinggan begitu juga daging yang besar-besar.”Bayar sekali ke dik?”soal kakak yang menjaga di kaunter bayaran.”Asing-asing ye kak.”jawap Balqis sambil mengeluarkan duit dari dompetnya.Haiqal yang tidak puas hati segera bertanya,”Merepek betullah.Saya pesan sama dengan dia,Set A tapi kenapa saya punya sikit sangat ni?”soal Haiqal geram.Tiba-tiba kedengaran suara yang cukup biasa di pendengaran mereka di sebalik dapur kedai itu.”Apa yang kau complaint tu?Apa-apa boleh bagitau aku.”kata suara yang berlagak itu dari sebalik dapur,kemudiannya terjengul wajah Joe yang memakai apron dari dapur dan menghampiri Balqis dan Haiqal.”Kau dah cukup besar dan tinggi,tak payah makan banyak-banyak.Cukuplah banyak ni,jangan bazirkan sumber negara.”lalut si Joe yang sememangnya tidak puas hati dengan Haiqal dari dulu.

Kemudiannya pandangannya segera berkalih pada Balqis pula,”Hehe..Qis cukup tak ni?Nak Joe tambah lagi?”soal Joe tersengih-sengih seperti kera dapat bunga itu,berubah intonasinya dari kasar kepada lembut.”Adoiyai…terlebih cukuplah Joe.Tapi kenapa kau ada kat sini?Bukan ke kau kerja dekat restoran ayah aku?”soal Balqis pelik.”Memanglah,tapi Joe kerja dekat restoran ayah Qis waktu malam,kat sini pulak Joe kerja waktu siang.”jawap Joe.”Joe nak kumpul duit banyak-banyak lepas tu kahwin dengan Qis,supaya Qis dapat lepaskan diri dari dia ni.”jeling Joe pada Haiqal.”Nape Haiqal?Mesti kau terkejut dan tergamam sampai tak boleh bercakap kan?”soal Joe kepada Haiqal dengan rasa bangga.”Em…memang terkejut,cita-cita kau semuanya berkaitan dengan perempuan..sedih betul..”sinis nada Haiqal sambil berlalu.”Woi Haiqal!Qis bukan perempuan biasa la!Dia tu princess tau!”rapu Joe.

“Kak,boleh tak akak keluar tengok ni kejap?Sikit sangat ni.”jerit Haiqal sambil meletakkan menunya di atas meja di kaunter.Kemudian tergesa-gesa seorang wanita keluar dari dapur,”La…kenapa sikit sangat-sangat ni??”soal wanita itu pelik.”Takpe dik,akak pergi tukar kejap ye.”kata wanita itu lagi sambil mengambil pinggan itu dan berlalu ke dapur.”Ala kak,tak payah layan je dia tuh!”jerit Joe.Tidak lama kemudian,wanita itu keluar semula dan membawa pinggan yang penuh dengan berbagai-bagai lauk.”Nah handsome guy…akak tambah lagi banyak.Lain kali kalau tak cukup,carik je akak ok..akak bagi extra.”kata wanita itu yang tidak jemu-jemu memandang Haiqal.”Terima kasih kak.”kata Haiqal sambil mengambil hidangan itu dan berlalu mencari tempat duduk.”Akak ni bazirkan sumber negara je la.”ngomel Joe yang masih tidak puas hati itu.

Balqis juga yang sedang mencari-cari tempat duduk akhirnya terjumpa sebuah meja kosong dan segera memanggil Haiqal yang masih tercari-cari tempat duduk.”Haiqal,sinilah!”jerit Balqis memanggil.Haiqal yang terpandang ke meja di belakang meja Balqis yang dipenuhi dengan rakan-rakannya sekelasnya segera mengambil tempat di meja mereka di sebelah Tiara dan hanya mengerling kepada Balqis di meja hadapan mereka.Tiara yang perasan keadaan itu segera berpura-pura,”Eh,Balqis…sorilah dah penuh,tak boleh nak ajak duduk semeja.”kata Tiara sambil menjeling Balqis.”Eh takpe,aku boleh duduk sini.”jawap Balqis dan berpusing ke hadapan semula sambil mencebikkan bibirnya tetapi telinganya turut terdengar perbualan mereka di belakangnya.”Haiqal,ini presiden Kelab Tenis..abang Wan.”kata Zek,kawan lama Haiqal yang kebetulan merupakan pelajar di universiti ini.Zek merupakan kawan baiknya sewaktu di sekolah lamanya dahulu sebelum memasuki Sekolah Seri Angsana.

Haiqal hanya tersenyum dan bersalaman dengan Abang Wan selepas diperkenalkan Zek.Sementara itu Balqis pula hanya memasang telinga mendengar perbualan di belakangnya.Rapat betul Haiqal dengan si Tiara tu,sampai lunch pun sama-sama.ngomel Balqis di dalam hati sambil menyumbatkan makanan ke dalam mulutnya.”Untuk kau Haiqal,aku mintak Abang Wan sendiri bercakap dengan kau.Lagipun,Tiara pun dah setuju nak join kelab ni.”kata Zek lagi.”Please,janganlah hampakan harapan aku lagi..tak cukup ikhlas lagi ke aku?”rayu Zek untuk kali yang entah keberapa.

”Aku kan selalu tolong kau waktu kat sekolah dulu,kali ni kau tolonglah aku pulak..”rayunya lagi.Lama Haiqal terdiam,”Ok..apa yang perlu aku buat?”akhirnya Haiqal mengalah.”Hah,macam nilah.Dengan adanya kau dan Tiara,mesti kita boleh masuk championship tahun depan!”kata Zek bersemangat.”Petang ni kitorang ada aktiviti dekat bilik kelab,kau datanglah sekali.”kata Zek lagi.”Ok..aku datang nanti.”balas Haiqal memberikan persetujuan.Balqis yang antara dengar dan tidak tiba-tiba menoleh ke belakang dan bertanya lelaki yang bernama Zek yang betul-betul duduk di belakangnya.”Senior,apa nama kelab senior tu?”tanya Balqis ingin tahu.Zek yang tidak mengendahkan pertanyaan Balqis segera menyambung kata-katanya,”Oklah,kita jumpa petang nanti.”ucap Zek.”Kau tak jawap soalan aku lagi!”marah Balqis tapi tidak dihiraukan Zek dan terus berlalu.Geram betul aku..tanya pun tak boleh ke?bebel Balqis di dalam hati.”Haiqal,mulai hari ni kita bukan je belajar dalam satu kelas yang sama,tapi kelab pun sama kan.”luah Tiara teruja dan kemudiannya turut meminta diri.Balqis segera menghampiri Haiqal,”Kau masuk ke kelab tu?”soal Balqis laju.”Aku….taknak….bagitahu….kau.”jawap Haiqal tersenyum sinis dan kemudian turut bangun dari mejanya dan berlalu.”Kalau kau tak bagitau ingat aku takkan tahu ke?Aku ni Detective Conan tau!”jerit Balqis.
***************

Puas Balqis mengekori jejak Haiqal sepanjang petang itu untuk mengetahui kelab yang disertai Haiqal,ke mana sahaja Haiqal pergi dia akan ekori senyap-senyap dari belakang di sepanjang laluan yang menempatkan kesemua bilik pelbagai jenis kelab di universiti itu.Haiqal yang dapat merasakan Balqis mengekorinya cuba mengelirukan Balqis dengan memasuki ke salah sebuah kelab dan kebetulan tiba-tiba telefon bimbit Balqis berbunyi,Haiqal mengambil peluang keluar semula dari bilik kelab itu dan menuju ke kelab Tenis,dia yakin Balqis tidak akan dapat menjejaknya.

”Handset ni time nilah dia nak berbunyi.”marah Balqis sambil menutup terus telefon bimbitnya.Dia kemudiannya perlahan-lahan melangkah ke bilik kelab yang dilihatnya Haiqal masuk sebentar tadi.Sampai di muka pintu,”Saya nak join kelab ni!”jerit Balqis bersemangat sambil mengangkat tangan kanannya.Tiba-tiba dia terkejut apabila mendapati Haiqal tiada di dalam bilik itu,puas di carinya,yang hanya dilihatnya di sebelah kirinya ada sekumpulan pelajar sedang berlatih membuat CPR dan sebelah kanannya pula sekumpulan pelajar lelaki yang gilakan anime dari Jepun,penuh dengan lukisan-lukisan watak anime itu di atas meja mereka.”Awak nak join kelab CPR diorang ke kelab Anime kitorang?”soal mereka teruja.

2 komen anda:

MeGa_Lisa said...

Aduhai put3.. tak sukalah watal tiara tu.. macam saya pulak yang lerlebih kecewa dulu..hehehe... nyway.. chayo2..

PutriSalju said...

hehe..Tiara pesaing cinta Balqis,so Balqis kena lebih berusaha..=)
thanx 4 ur support.^_^





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.