Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Friday, June 5, 2009

Ceritera Cinta Kita 3


Mereka bertiga sungguh terkejut apabila mendapati Joe, Ahmad dan Rizal sedang mengutip derma bagi pihaknya di pondok menunggu sekolah. Dia yang berasa geram mula mengatur langkah untuk pergi sebelum dikesan oleh pelajar lain.”EH,eh itu bukan Balqis Sofea ke?”jerit satu suara di sebelah kanannya.”Yalah,ni lah budak yang si Joe tengah tolong mintak derma tu!”kata satu suara lagi.Joe yang terpandang kelibat Balqis segera menjerit”Ha, tu lah Balqis Sofea!mangsa kejadian gempa bumi tu!!”.

Balqis sudah terperangkap.Mahu tidak mahu dia telah ditarik oleh Joe untuk berdiri di atas kerusi di situ dan memperkenalkan diri.Malu betul Balqis.Siap la ko lepas ni Joe,desis hatinya.

“Woi,derma la sikit,kedekut betul la kau ni.”tiba-tiba terdengar suara Ahmad dan Rizal yang sedang meminta derma pada pelajar-pelajar yang lalu lalang.Macam samseng peras ugut je lagaknya.”Wei, kau jangan paksa aku, aku bagitau pengetua nanti.”bantah pelajar itu.”Laa…mintak derma kan kerja yang mulia lagi dihormati, apsal kau nak bagitau pengetua pulak?”marah Joe pula.

“Wahhhhhh,Haiqal laa…handsomenye die!”jerit budak-budak perempuan yang ada di situ.Serta-merta Balqis menoleh dan belum sempat dia menghalang, Joe sudah terlebih dahulu menapak kearah Haiqal.”Woi Haiqal, dermalah untuk Balqis. Dia kan mangsa gempa bumi semalam.”arah Joe sambil menarik-narik beg Haiqal menghalangnya berjalan.

”Tolong ketepi sikit. “serius nada Haiqal.”Kau ni memang tak berhati perut langsung la Haiqal,kau dah lupa ke siapa yang menyebabkan Balqis jadi menderita macam ni?hah?”marah Joe tetapi dibalas selamba oleh Haiqal “Aku tahu, gempa bumi Skala 2”.”Emmmm,aaaaa,maa..maa..maksud aku bukan tu la,maksud aku kau patut bertanggungjawab!”balas Joe kelam kabut.Lucu sungguh reaksi Joe ketika itu.

“Aku tak mintak pun gempa bumi tu berlaku.”semakin sinis jawapan Haiqal menaikkan lagi darah Joe yang sudah malu-malu kera.”Ahhh,aku tak peduli,kau kena derma jugak!”marah Joe ingin menutup malunya.”Susah betul cakap dengan orang macam kau ni,Ok fine aku derma!”kata Haiqal.Sambil Haiqal mengeluarkan sehelai not warna merah untuk dimasukkan dalam tabung derma, tiba-tiba Balqis yang sejak dari tadi diam mula menghampiri mereka dan tanpa di sangka-sangka mencampakkan duit yang diberi oleh Haiqal.

”Berhenti pandang rendah pada orang,Haiqal!Aku silap sebab sukakan kau selama hampir 2 tahun ni,buang masa aku je!”jerit Balqis.”Daripada aku mintak tolong kat kau, baik aku mati aje!”.Balqis benar-benar turun hantu.

“OK, ingat kata-kata kau tu.”balas Haiqal sambil berlalu.”Betul la, aku paling benci orang macam kau yang suka pandang rendah kat orang lain!Bajet bagus!”teriak Balqis pada Haiqal yang sudah semakin menjauh bersama rakan-rakan kelas A nya.

“Sambung balik, sambung balik.”Joe yang lurus bendul itu meneruskan kembali kutipan dermanya dan mengira-ngira jumlah derma yang dikumpulkan setakat ini.”Wah, Balqis ade orang derma RM50 la, siapa la yang baik hati tu kan.”sorak Joe gembira.Zati dan Ika hanya mampu menggeleng melihat gelagat Joe, Ahmad dan Rizal yang muka tebal itu sambil mengurut-urut bahu Balqis cuba untuk menenangkannya.Sebenarnya Balqis turut terharu kerana Joe, Ahmad dan Rizal sanggup menolongnya tetapi rasa marahnya pada Haiqal telah mengenepikan segala perasaannya sekarang ini.

******************

Malam itu di depan sebuah restoran, Pakcik Bakri yang merupakan seorang chef merangkap pengusaha sebuah restoran kecil, Restoran Happy! sedang mengangkut saki baki barang-barangnya yang terselamat dalam gempa bumi semalam ke dalam lori. Pembantu di restorannya, Wati yang berbadan gempal itu meminta diri untuk pulang.Balqis yang sudah siap menunggu ayahnya di dalam lori bertanya ayahnya,”Ayah,rumah yang kita nak duduk lepas ni takkan runtuh lagi kan?”tanya Balqis.”Kali ni takkan runtuh punya,jangan risau.”yakin sungguh ayahnya menuturkan kata.

Dalam perjalanan,ayahnya menerangkan “Sementara kita nak cari rumah baru ni, kita tumpang dulu rumah kawan lama ayah.”jelas Pakcik Bakri.Balqis hanya menggangguk faham.Tidak sangka dengan nasibnya yang berubah mendadak,terpaksa pula menumpang di rumah orang tidak dikenali.Setelah hampir 15 minit perjalanan dari restorannya, Pakcik Bakri memberhentikan lorinya betul-betul di hadapan sebuah rumah banglo.

”Ayah,Sofea seganla duduk rumah diorang.”luah Balqis tiba-tiba.”Ala,takde pape Sofea, jangan risau.Lagipun ayah dengan kawan ayah tu tadi borak-borak pasal Sofea tau.”kata ayahnya.”Borak pasal Sofea?”tanya Balqis.”Ha ah, dia pun ada anak lelaki yang sebaya dengan Fea, rasanya satu sekolah dengan Fea.Dah-dah,jangan pikir lagi,jom kita keluar.”jelas ayahnya sambil membuka pintu lori.

Pakcik Bakri membunyikan loceng sementara Balqis terpegun melihat keindahan rumah banglo yang tersergam indah itu.”Besarnya rumah kawan ayah ni..”luah Balqis dengan rasa kagum.Sambil matanya mendongak memerhati rumah banglo dua tingkat itu, matanya tertangkap tulisan yang diukir khas dengan stail Inggeris, tertulis “Hashim bin Hussain”.Macam nama ayah Haiqal lak, tak mungkin,tak mungkin..nafi Balqis dalam hatinya walaupun dia sedikit gusar.

************

“Bakri!!!sudi gak kau datang duduk rumah aku.”ucap Encik Hashim gembira setelah membuka pintu pagar banglonya.’Huh,lega hati aku, muka pakcik Hashim ni tak macam Haiqal langsung pun.’bisik hati Balqis apabila melihat fizikal Encik Hashim yang agak berisi dan rendah orangnya.”Shim,kenalkan inilah satu-satunya anak aku, Balqis Sofea.”ayah memperkenalkan aku pada Encik Hashim sambil aku tersenyum menghulurkan tangan bersalaman dengannya.”Cantik anak kau Bakri, macam arwah maknya..”puji Encik Hashim.Balqis hanya tersimpul-simpul malu apabila dipuji sebegitu.’Perasan betul aku ni.Biarlah.’bisiknya di dalam hati.

“Biar aku panggil anak teruna aku tolong kau angkat barang.”kata Encik Hashim.”Eh, takpe la Shim, kami boleh buat sendiri, bukan banyak sangat pun.”ujar ayah diikuti aku yang menggangguk kepala tanda bersetuju.”Ala, takpe.Abang,abang meh sini kejap,tolong Pakcik Bakri angkat barang-barang dia dari lori ni ha.”terjerit-jerit Encik Hashim memanggil anak sulungnya yang dipanggilnya abang sejak dari kecil lagi.Mengikut cerita ayah, Encik Hashim mempunya 2 orang anak lelaki sahaja.Balqis terus ke ruang hadapan lori untuk mula mengangkat barang-barangnya.Sementara itu..

“Assalamualaikum Pakcik Bakri, saya abang yang sulung.”tegur anak lelaki Encik Hashim yang sedang bersalaman dengan Pakcik Bakri.”Waalaikumussalam, segak betul anak teruna kau ni Shim, ade lesung pipit sebelah kiri je,betul-betul muka mak dia la.”kata Pakcik Bakri.”Yela, kalau ikut aku, takdelah tinggi mendongak macam ni.”sambut Encik Hashim dengan gelak tawa.

Balqis yang terdengar riuh rendah ketawa di belakang lori lantas menuju ke arah mereka dan alangkah terkejutnya dia apabila terpandangkan sesusuk tubuh yang amat dikenalinya sedang memandang sinis padanya.Ok ow…takkanlah…

1 komen anda:

~Siti Fatimah~ said...

Huhu...suspennye..:)mgg suke citer2 yg suspen ni..





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.