Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Sunday, June 7, 2009

Ceritera Cinta Kita 4

“Haiqal!”bergema nama itu disetiap rongga badannya.Balqis yang terpandang Haiqal sedang merenung tajam ke arahnya segera berpaling ke arah lain dan berpura-pura memunggah barang-barang yang ada di dalam lori dan segera mengikuti langkah ayahnya dan Encik Hashim ke dalam rumah.
************
“Mama,mama diorang dah sampai ni, cepatlah.”jerit Encik Hashim dari muka pintu rumah.Puan Amiza yang sememangnya teruja ingin berjumpa dengan Balqis sudah pun menyiapkan sebiji kek coklat khas untuk kedatangan Pakcik Bakri dan Balqis.”Ha, yang ni mesti Balqis kan??Comelnya diaaaa.”puji Puan Amiza dengan ceria sekali.’Seronok betul auntie ni tengok aku datang,takut lak aku.’desis hati Balqis.Tanpa membuang masa Balqis segera menghulurkan salam dan sambut mesra dengan pelukan dan ciuman dari Puan Amiza.Kemesraan yang dipamerkan Puan Amiza melegakan hati Balqis.

“Jom Balqis, auntie dah sediakan kek coklat yang paling istimewa untuk Balqis tau.”jelas Puan Amiza. “Terima kasih auntie, buat susah-susah aje.”kata Balqis sekadar berbasa-basi.”Jangan malu-malu,makan la kek ni, buat macam rumah sendiri je ok!”ujar Puan Amiza ceria sambil tangannya pantas menghulur sepotong kek kepada Balqis.

”Adoi,penatnya angkat barang tadi, banyak juga barang aku ni.”kata Pakcik Bakri kepada Encik Hashim dan Haiqal.Ya,Haiqal.Lelaki itu berada di depan mata Balqis kini.Dia tidak tahu ingin melarikan wajahnya ke arah mana.”Terima kasih la Haiqal tolong pakcik angkat barang-barang ni.”tambah Pakcik Bakri lagi.Haikal hanya tersenyum nipis sahaja.Mereka semua kemudiannya berkumpul di ruang tamu sambil menghirup teh dan menjamu kek yang dihidang Puan Amiza.

“Auntie dengar kamu berdua ni satu sekolah tapi lain-lain kelas ye?”tanya Puan Amiza kepada Balqis.”Ye auntie..”teragak-agak Balqis menjawab.”Ooo, dah kenal la korang ni ye?Pernah terserempak ke?”tanya Puan Amiza lagi.”Aa…ye..”belum habis Balqis berkata-kata, Haiqal tiba-tiba bersuara “Walaupun kelas kitorang jarak dia jauh sangat tapi tak tahulah kenapa sejak akhir-akhir ni kitorang jadi rapat semacam, kan Balqis??”jawap Haiqal dengan nada yang amat sinis.’Perli aku la tuh,nanti ko Haiqal Ariff’,bergema suaranya di dalam hati.”Ye..yer.”Walaupun geram tetapi dia harus berlakon juga.

“Ha, kalau macam tu baguslah. Lepas ni bolehlah Balqis teman auntie buat kek, shopping…rasa macam ada anak perempuan jer.”ujar Puan Amiza yang memang dari dulu menginginkan anak perempuan tetapi sudah ditakdirkan kedua-dua anaknya lelaki.”Kalau Miza nak tau, saya pun rasa macam dapat sorang anak lelaki je.”kata Pakcik Bakri kepada Puan Amiza.”Eh,bukan sorang tapi dua…”kata Encik Hashim pula.Pakcik Bakri lantas menyambung “Eh,terlupa pula, 2 orang anak lelaki…”katanya.Serentak dengan itu seorang budak lelaki yang montel turun dari tingkat atas banglo itu.

“Ha itulah anak bongsu aku, Haziq Aiman,baru darjah tiga…salam Pakcik Bakri ni..”arah Encik Hashim pada budak itu.’Semacam je budak tembam ni pandang aku,sejibik eh sebijik macam abang dia,sama je perangai dua ekor ni!’teka Balqis.”Sedap betul kek buatan Miza ni, macam beli kat kedai.”puji Pakcik Bakri.Puan Amiza yang sememangnya menggemari mencuba pelbagai resepi masakan terutamanya membuat kek berasa kembang apabila dipuji sebegitu.Tiba-tiba si budak montel tu datang ke arah Balqis sambil memegang sebuah buku sekolah.

“Kak Balqis, boleh tolong bagitahu apa maksud peribahasa ni tak?”tanya Haziq.’Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’.Macam senang je ni tapi apsal aku tak ingat,detus hati Balqis.”Ke kak Balqis tak tahu?”tanya Haziq.”Ehhhh,mestilah tahu…kak Balqis kan lagi besar dari Haziq..”ujar Balqis yakin.”Maksudnya….maksudnya…macam mana susahpun hidup kita…err…err..kita jangan cari jalan mudah..ha tu lah maksud dia.”belasah Balqis.”Bodoh!Hidup dengan orang macam kau ni lama-lama aku pun jadi bodoh sekali!”bentak Haziq tiba-tiba.”Haziq, apsal kurang ajar sangat ni?Cepat mintak maaf kat Kak Balqis!”marah Encik Hashim dan Puan Amiza.

“TAKNAKKKKKKK!!!”jerit Haziq lagi sebelum berlari menuju ke tingkat atas.”Kami mintak maaf Bakri, tak tahulah nape kurang ajar betul dia tu malam ni.”ujar Encik Hashim meminta maaf.”Eh,takpe-takpe,budak kecik memang macam tu..takpe,aku tak kisah pun.Sofea pun tak kisah.”kata Pakcik Bakri sambil menjeling ke arah Balqis yang sedang terangguk-angguk.”Eh,jom Balqis, kita naik tingkat atas,tengok bilik Balqis!”kata Puan Amiza menceriakan keadaan kembali.

Sebaik sahaja Balqis melangkah ke tingkat atas, dia terpegun melihat koleksi kereta mainan yang terpamer dengan banyak di dalam almari kaca. “Yang tu semua koleksi Uncle tu, ada yang dia buat sendiri.”jelas Puan Amiza apabila melihat Balqis merenung ke arah kabinet.Kemudian dia ternampak pula litar kecil untuk kereta mainan seakan-akan Tamiya di situ.Kagum sungguh dia.”Takpe, kita tinggalkan semua benda tak penting ni dulu, auntie nak tunjukkan yang lagi penting.”ujar Puan Amiza sambil menarik tangan Balqis kearah sebuah bilik di hujung sekali bersebelahan tandas.”Tengok ni, ‘Balqis’s Castle’!”tunjuk Puan Amiza pada sekeping papan comel yang tertera perkataan itu yang tergantung di pintu bilik.’Bila masa la auntie Miza ni pegi tempah benda ni’ujar Balqis kagum di dalam hati.

http://www.decoratingstudio.com/archives/Home_Decor_Decorating_Class/images/girls_room.jpg

Sebaik sahaja Balqis membuka pintu bilik itu,alangkah terkejutnya dia..”Cantiknya bilik ni auntie!”Balqis terjerit kecil dek terlampau kagum atau lebih tepat lagi JAKUN!European Style yang diimpikannya!”Katil ni auntie beli special utk Balqis,cuba duduk,empuk tau.”terang Puan Amiza.”Balqis,kamu tau tak?Auntie sebenarnya dari dulu teringin nak anak perempuan..nak hias bilik dia dengan langsir lace,nak buat ala-ala European Style!”terangnya lagi.”Auntie seronok sangat bila dapat tahu kamu nak duduk sini, habis auntie keluarkan semua koleksi lace yang auntie simpan dulu untuk hias bilik ni.”ujarnya.Balqis sungguh terharu dengan kata-kata Puan Amiza itu.

“Dulu bilik ni bilik Haziq,tapi sejak kau datang, kami berdua terpaksa berhimpit dalam satu bilik!”tegur Haiqal yang tiba-tiba berada di pintu bilik.”Eh,ada mama suruh abang bising-bising datang sini ke?Dah,jangan pedulikan si Haiqal ni..auntie nak sediakan makan malam,Balqis rehat ok.”ucap Puan Amiza lembut.”Balqis nak tol..”kata Balqis.”Abang tolong Balqis apa yang patut untuk kemas barang-barang dia dalam bilik ni.”potong Puan Amiza sebelum berlalu meninggalkan mereka.”Hmmmm…ada pape yang kau nak aku tolong ke?”tanya Haiqal acuh tak acuh.

“Er..tak..takk,aku boleh buat sendiri.”terketar-ketar Balqis menutur kata tanpa memandang langsung ke arah Haiqal,degupan jantungnya sangat kencang ketika ini.”Em,betullah tu..kau kan rela mati daripada terima pertolongan aku?”perli Haiqal.”Aku tak kisah kau nak duduk sini lama mana pun, janji kau tak kacau hidup aku.”tegas bunyi suara Haiqal sebelum dia berlalu kebiliknya yang terletak bertentangan dengan bilik Balqis.’Nampaknya aku dah salah pilih tempat untuk tinggal ni’detik hati Balqis sayu.




5 komen anda:

Anonymous said...

ni cita itazura na kiss kan?
knapa x create cita sendiri?
x best ar baca cita y tau dah

PutriSalju said...

yep ni cite itazura na kiss..tapi utk makluman awk,citer ni saya tak amek 100% dari itazura na kiss..sy amek taiwan version,it started with a kiss..dan setahu sy xramai yg tau citer tu lagi,maybe sbb awk dah baca tp dikalangan kawan2 saya ramai yg xtau kewujudan cerita ni..dan utk pengetahuan cik anonymous,saya first time tulis novel seumur hidup saya,itupun disebabkan saya minat sgt citer ni,saya mengharapkan sokongan semua..papepon thanx sudi singgah dan baca~=))

maziesaka said...

rasa-rasa citer ni buat sampai dia dah kahwin gak ker? iyerlah kan ada it startes with a kiss 2 kan... 2-2 sy dah tgk(japan version n taiwan version)... jln citer lebih kurang tapi pengolahannya lain... tak sama.. best2 wpun dah tgk semua version... sekarang malay version plak... hehehe... apapun chaiyok...

ummihany said...
This comment has been removed by the author.
PutriSalju said...

to maziesaka...putri ikut betol2 jalan cerita iswak yang 1st tp ade putri olah ikut kesesuaian masyarakat kita sket2..kalo pembaca semua request sambungan mayb putri akan buat..thanx for support okies..=)





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.