Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Monday, June 8, 2009

Ceritera Cinta Kita 5

“Balqis!macam mana baju tidur yang auntie bagi tu,muat tak,ok tak?”jerit Puan Amiza dari luar biliknya.”Ahhh,ok auntie,cantik..terima kasih auntie..”ujar Balqis sambil merenung dirinya di depan cermin yang baru selesai menyarung baju tidur gaun labuh yang penuh dengan lace.’Auntie Amiza ni sure kuat berangan ni,tengok la bilik aku ni..dah macam Alice in Wonderland je aku rasa.’detus Balqis.Penuh dengan warna putih dan sangat-sangat terserlah European Style nya kerana warna putih dan pink serta kain jenis lace sahaja yang mendominasi bilik tidurnya ini.



“Ini malam pertama aku kat rumah ni, apa yang terjadi lepas ni aku serahkan pada takdir…”ujar Balqis sendirian di atas katil empuknya.”Best gak tido atas katil penuh lace ni,sejukkkk….bestnya!”kata Balqis sambil berguling-guling di atas katilnya.

************

Pagi keesokan harinya…

“Apsal aku rasa macam dalam mimpi jer ni?”ucap Balqis di dalam hati.Perlahan-lahan dia membuka matanya dan ..’Aku sekarang ni tengah duduk bersarapan semeja dengan Haiqal!Betul-betul dia duduk depan aku plak tu.”getus hatinya.’Inilah breakfast pertama kitorang dan..’tiba-tiba khayalannya mati apabila namanya dipanggil “Balqis,Balqis tak lena ke tidur malam tadi?”tanya Encik Hashim yang sedang membaca surat khabar tiba-tiba.Barulah Balqis tersedar yang Encik Hashim dan Haziq turut berada di meja makan tersebut.”Haziq yang tak lena tidur adalah.”balas si nakal Haziq selamba.



Puan Amiza yang muncul dari dapur membawa sepinggan telur goreng bertanya pada Balqis “Balqis tak biasa ye dengan makanan kat rumah kami?”teka Puan Amiza apabila melihat Balqis yang seolah-olah tiada selera.”Eh..takdelah auntie..sedap auntie masak.”kelam kabut Balqis menjawab.”Encik Hashim..berapa kali dah mama pesan jangan baca paper masa tengah makan,tak elok.”ujar Puan Amiza.”Ok,ok baiklah Cik Puan Amiza.”balas Encik Hashim tersenyum sambil melipat surat khabar.”Oklah,abang nak pergi sekolah.”kata Haiqal tiba-tiba sambil bangun dan menggalas begnya serta mencium tangan ibubapanya.Dia kemudiannya terus menghala ke pintu hadapan untuk memakai kasut.



“Eh,Balqis kan satu sekolah dengan abang..pergilah sekolah sama-sama.”kata Puan Amiza sambil tersengih-sengih.’Auntie ni biar betul,takkanlah Haiqal nak bagi aku pergi dengan dia’jawab Balqis di dalam hati.”Haziq pun nak ikut abang pergi sekolah jugak…”sampuk Haziq.”Haziq tak payah ikut, nanti mama hantar Haziq naik kereta ok.”laju Puan Amiza menjawab.Balqis yang melihat Haiqal sudah semakin jauh tergesa-gesa mengikat tali kasutnya dan mengejari Haiqal.’Laju betul mamat ni jalan,taulah kaki kau panjang tapi janganlah seksa aku yang kaki pendek ni’getus Balqis di dalam hati.



”Balqis pergi dulu auntie,uncle.”ucap Balqis sebelum berlari mengejari Haiqal.’Kalaulah aku tau aku akan tinggal sebumbung dengan dia,aku takkan bagi surat cinta tu dulu!’jerit Balqis di dalam hati.Dia berlari sekuat hatinya mengejari Haiqal dan tiba-tiba dia rasa kakinya tak sempat nak brek dan….BUKKKK!!”Woi,sakitlah!”jerkah Haiqal.”So..sorry..sorry Haiqal, aku tak sengaja langgar kau.Aku tak sempat brek tadi sebab aku tengah fikir…..”terang Balqis gugup.



”4 perkara penting!”potong Haiqal tiba-tiba.”PERTAMA,Jangan nak langgar-langgar aku lepas ni sebab aku ni bukannya tembok!Dan jauhkan diri kau dari aku atas dasar keselamatan.”arah Haiqal.”Eh,aku bukan sengajalah,hidung aku pun sakit lepas langgar kau tadi.”kata Balqis sambil mengurut-urut hidungnya yang mancung.”KEDUA,aku hanya tunjukkan kau jalan ke sekolah sekali ni aje,lepas ni kalau kau sesat tu semua bukan urusan aku..”jelas Haiqal.”Yalah…”sahut Balqis.



”KETIGA,jangan bagitahu siapa-siapa pun yang kau tinggal dekat rumah aku sekarang,aku taknak orang gosipkan kita berdua.””Dan yang AKHIR SEKALI,kalau terserempak dengan aku dekat sekolah,kau jangan tegur aku,buat macam kita tak pernah kenal.FAHAM??”soal Haiqal dengan nada yang kasar.”Yalah, aku paham……”balas Balqis perlahan.

************

“Hish, tak pernah lagi seumur hidup aku naik bas yang penuh berhimpit macam ikan sardin dalam tin ni.”luah Balqis sendirian.”Kenapalah kau berlagak sangat ha Haiqal?Aku tau la kau tinggi,senang je tengok kau pegang pemegang kat siling bas tu kan..”sambung Balqis lagi apabila melihat Haiqal berdiri dengan senang di bahagian belakang bas berbanding dengannya yang berdiri di celah-celah orang ramai di bahagian depan.



”Eyyy,apasal aku rasa macam..macam ada orang RABA aku je nih!”jerit Balqis dalam hati.Dia dapat merasakan yang jari jemari si peraba sudah mula menjalar ke bahagian punggungnya.”Apa aku nak buat ni?macam mana ni?”jerit Balqis di dalam hatinya lagi.”Oi Haiqal,pandanglah sini,pandanglah.Aku perlukan pertolongan kau ni!”detus Balqis di dalam hatinya.Malangnya Haiqal langsung tidak memandang kearahnya.Sebaik sahaja bas berhenti,kelam-kabut Balqis turun menyelamatkan diri.”Tunggu Haiqal.”jerit Balqis sebaik melihat Haiqal sudah berjalan menjauhi perhentian bas.



“Kan aku dah kata, jangan bercakap dengan aku.”balas Haiqal dingin.”Aku rasa kau sedar dalam bas tadi aku kena raba kan?Kau nampak kan?”tanya Balqis.”So?”ringkas sahaja jawapan dari Haiqal menambahkan sakit hati Balqis.”Dah tu kau buat tak nampak je ke?Bukan nak tolong aku..”balas Balqis geram.”Ramai sangat orang dalam bas masa tu,aku kan kat belakang..susah nak ke depan.Lagipun…kau kan pernah kata yang kau tak perlukan pertolongan aku??”soal Haiqal.”Entah-entah kau ni perasan je tak..aku rasa orang tu tak sengaja terlanggar kau,jangan perasanlah.”sinis nada Haiqal.



“Aku rasa dari sini ke sekolah,kau dah tahu jalan kan,so bye-bye!”perli Haiqal sambil berlalu.”Hish, dia ni bukan manusia ke?takde perasaan langsung!”ngomel Balqis seorang diri.

**************



“Hish,geramnya…….!!”jerit Balqis di dalam kelas tiba-tiba.”Kau kenapa Qis?”tanya Zati.”Ada ke dia boleh cakap aku ni perasan je ada orang raba!!Dia memang melampau,terang-terang aku dapat rasa ada tangan orang raba punggung aku!”bebel Balqis lagi.”Hah,siapa raba kau Qis?”tanya Ika pula terkejut.”Korang tau tak sejak 2 hari lepas, aku asyik kena raba je dalam bas!Dan yang lagi sakitkan hati aku si Haiqal tu…”cerita Balqis tanpa disedari yang mulutnya terlepas.”Huh?Haiqal???Dia ke peraba tu?”tanya mereka berdua serentak.”Bukan..bukan dia..”jelas Balqis.”Habis tu?”soal Ika.”KETIGA,jangan bagitahu siapa-siapa pun yang kau tinggal dekat rumah aku sekarang,aku taknak orang gosipkan kita berdua.”terngiang-ngiang amaran Haiqal ditelinganya.



“Kalau aku dapat la peraba tu,aku bagi dia rasa tumbukan maut aku!”luah Balqis geram sambil menayangkan penumbuknya.’Nasib baik diorang tak perasan aku tersasul nama si Haiqal tu,lega’desis Balqis di dalam hati.”Dah,dah jangan marah-marah lagi.”pujuk Zati dan Ika.”Macam nilah,lepas habis exam ni, kita tubuhkan satu kelab,”Kelab Anti-Peraba.Lepas itu siaplah dia…”tokok Zati pula.”EXAM?ye,exam kali ni aku takkan kalah pada dia..”ujar Balqis yang tiba-tiba bersemangat.”Buku..buku,mana buku?Eh apa yang masuk exam nanti ha?”soal Balqis sambil mengeluarkan semua bukunya.”Manalah kitorang tau…”kata Zati lagi.

2 komen anda:

MeGa_Lisa said...

hehehe.. lucula.. tapi lama2 macam annoying lak haiqal ni.. cian Balqis... chapter 6 lagi ye..hehe

PutriSalju said...

haiqal mmg agak annoying gak la..hehe,keep reading k MeGa_Lisa~





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.