Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Wednesday, June 10, 2009

Ceritera Cinta Kita 7

Sambil mendengar Cikgu Azman mengajar di hadapan, fikiran Balqis kembali melayang ke peristiwa malam tadi sewaktu Puan Amiza menunjukkannya gambar Haiqal memakai skirt di waktu kecil.”Kelakar,kelakar..sakit perut aku.”ngomel Balqis sendirian.Sekejap-sekejap dia menekup mulutnya dengan tangan pabila dirasakan tawanya akan pecah.Zati dan Ika yang perasan dengan tingkah laku pelik Balqis mula bertanya sesama sendiri “Eh,kenapa Qis asyik ketawa sorang-sorang je dari tadi ha?”soal Ika.”Aku rasa dia dah tak betullah sejak dia declare nak masuk senarai TOP100 tu.”balas Zati sambil tersengih-sengih.”Maknanye Qis betul-betul maksudkan kata-kata dia hari tu ke?”tanya Ika terkejut, disangkanya Balqis hanya bergurau.”Ala Qis, kalau kau tak dapat masuk list tu pun orang tak kisah,lagipun diorang bukan percaya pun kau akan dapat.”kata Ika kepada Balqis tiba-tiba.

Balqis yang masih terbayang-bayang rupa comel Haiqal dalam gaun pink nya terus memandang kearah mereka “Takpelah, asalkan aku percaya aku boleh buat,mesti aku boleh buat.Basya Balqis!”kata Balqis memberi semangat pada dirinya sendiri.”Eh Qis, aku betul-betul risau keadaan kau sekarang, kau duduk kat mana sekarang ar?”tanya Joe yang tiba-tiba mencelah.”Kalau ye pun bagilah tau aku kat duduk kat mana,boleh aku ambil kau pergi sekolah tiap-tiap hari.”katanya lagi menawarkan diri.”Aku..aku..tinggal dekat rumah kawan ayah aku..”jawap Balqis teragak-agak.”Tak kisah la kat mane pun,bagi tau aku,aku sanggup ambil kau hari-hari.”rayu Joe.’Ala Joe ni dah buat dah’getus Balqis di dalam hati.
***************
Pada waktu rehat..
Secara tiba-tiba dengan tidak disangka-sangka,wajah Haiqal terjengul di muka pintu kelas F.”Qis!Qis!Haiqal datang sini cari kau la!”jerit salah seorang rakan sekelasnya.”Huiyoo,Haiqal cari kau Qis, ntah-ntah dia dah sukakan kau tak?”teka Zati.”Apa dia?Mana boleh!Woi Haiqal,kau dah terlambat!”marah Joe si lurus bendul itu.”Aku pun taknak datang sini sebenarnya..Balqis Sofea!Boleh bawak beg sekolah kau keluar kejap tak?”arah Haiqal kasar.Balqis yang terkejut kelam-kabut bangun dan mengikut langkah Haiqal yang laju menuju kearah padang sekolah.Haiqal tiba-tiba berhenti di tepi pokok-pokok di sudut padang.”Aku rasa mama tertukar benda ni.”hulur Haiqal kepada Balqis.Rupa-rupanya Puan Amiza sengaja menukarkan bekal makanan berwarna pink milik Balqis dengan Haiqal.”Erk..ohhhh.”angguk Balqis.

“Eyy,aku nampak macam diorang tukar-tukar something la.”kata Zati kepada Ika,Joe,Ahmad dan Rizal yang sedang terhendap-hendap mereka berdua di sebalik pokok-pokok disitu.”Takkanlah diorang tukar-tukar diari plak?”teka Ahmad.”Syhhhhhhh…diamlah,aku tak dengar apa yang diorang cakap.”marah Ika pula.”Kau tinggal serumah dengan aku pun dah cukup buat aku menyampah,sekarang ni terpaksa satu sekolah pula dengan kau.”ujar Haiqal kasar.”Tulah..aku takut satu hari nanti kita tertukar uniform sekolah pulak.”ujar Balqis menyembunyikan senyum.”Eh,macam mana lak boleh tertukar uniform sekolah,kau jangan merepeklah.”marah Haiqal.”Sebab…masa kau kecik-kecik kan kau sukaaaaaaaa pakai skirt,tengok ni..comellah kau waktu kecik!”tunjuk Balqis sekeping gambar Haiqal yang dicurinya dari album gambar yang ditunjukkan Puan Amiza malam tadi.Balqis yang sudah tidak dapat menahan tawanya,tergelak terbahak-bahak.

“Erk,mana kau dapat gambar ni ar?”soal Haiqal yang cuba merampas gambar itu dari tangan Balqis tetapi sempat disorok Balqis di belakangnya.”Mama kau tunjukkan kat aku,lagipun aku dah tengok kesemuanyaaaaaaaa.”kata Balqis sinis.”KAU…kau nak apa ar?Bagi balik kat aku.”ujar Haiqal sambil berebut gambar itu dengan Balqis.Balqis cuba mengelak dengan berpusing-pusing di celah-celah pokok dan berlindung di sebalik pokok-pokok disitu sambil dikejar oleh Haiqal.”Tak nak bagi…!!”jerit Balqis.Setelah kepenatan mengejari Balqis yang cekap itu,Haiqal terduduk di tepi pokok.Joe dan yang lain-lain memerhati dengan penuh tanda tanya.Joe betul-betul bengang melihat kemesraan mereka.”Ok,ok aku bagi balik kat kau gambar ni.”kata Balqis akhirnya.Segera Haiqal merampas gambar itu dari tangan Balqis.

“Tapi negatifnya masih ada pada aku!”ujar Balqis senyum mengejek.”Kau ni kenapa?Macam nak ugut aku je.”kata Haiqal pelik.”Kalau kau nak balik negatif ni boleh, tapi dengan satu syarat.”kata Balqis dan kemudiannya dia menyambung “Kau kena jadi tutor aku,maksud aku ajar aku untuk exam yang akan datang ni.”terang Balqis.”Ajar kau?”soal Haiqal pelik.”Ya,ajar aku supaya aku lulus dan dapat masuk senarai TOP100!”kata Balqis lagi.”Jangan mimpilah,sampai bila-bila pun kau takkan boleh punya.”ujar Haiqal dengan senyuman sinis.”Oh,okey..lepas ni aku nak cuci la negatif ni banyak-banyak lepas tu nak tampal kat notice board sekolah dan bagi copy gambar ni untuk setiap seorang pelajar sekolah ni,kau tak kisah kot?”ugut Balqis.”Okey,aku ajar kau.”balas Haiqal laju.

“Geramnya aku wei,tengoklah diorang berdua tu rapat semacam je aku tengok!”marah Joe tiba-tiba.Joe segera keluar dari tempat persembunyian mereka berlima tetapi sempat ditahan oleh mereka.”Tapi kau kena ingat,biasanya senarai TOP100 tu didominasi budak-budak kelas A dan kelas B je,untuk seseorang yang macam kau dari kelas F ni…kau berharap pada keajaiban jela.”perli Haiqal yang tiba-tiba mendekatkan wajahnya betul-betul dihadapan muka Balqis.”Tapi kau kan genius,ke kau tak yakin dengan kemampuan kau?”sinis pertanyaan Balqis.”Kemampuan kau yang aku tak yakin.”balas Haiqal pula.”Oklah,malam ni aku akan start tutor kau.”beritahu Haiqal sebelum berlalu.Balqis mengukir senyum kemenangan.Sementelah itu,rakan-rakannya keluar dari tempat persembunyian mereka dan menyerbu Balqis.

“Qis,apa yang kau bualkan dengan Haiqal??”tanya Zati dan Ika teruja.”Yelah,apa yang dia cakap pada kau?”tanya Joe pula.”Emmm…takde papelah,aku nak pegi study,bye!”ujar Balqis sambil berlalu tergesa-gesa.
***************
Malam itu…
“Sedap betul la masakan Miza ni Shim..walaupun aku ni chef tapi aku rasa dengan kemahiran dia,aku pun kena banyak belajar dari dia ni.”puji Pakcik Bakri apabila mencuba menu yang dimasak oleh Puan Amiza.Pelbagai hidangan tersedia di atas meja makan, ada ikan siakap masak masam manis, ikan terubuk bakar,tomyam campur, ayam goreng berempah, sup sayur, daging masak kicap dan sayur campur serta pelbagai dessert.”Kau jangan puji-puji Miza ni sangat.kembang dah dia ni.”jeling Encik Hashim pada Puan Amiza.”Ha…Balqis,malam ni nak study lagi kan,nak makan apa untuk supper?Auntie nak sediakan.”tanya Puan Amiza mesra.”Apa-apa pun boleh auntie,terima kasih auntie.”ujar Balqis tersentuh dengan layanan Puan Amiza.

“Emm.. abang pun nak jugak,abang akan study dengan Balqis malam ni.”kata Haiqal yang bersuara tiba-tiba.”Apa abang?Abang pun nak study gak?First time mama dengar abang nak study.Ini mesti sebab Balqis yang mempengaruhi abang kan?Hebat betul Balqis!”puji Puan Amiza berturut-turut.”Abang dah kenyang,Balqis jom study sekarang.”ajak Haiqal.Balqis yang sedang menikmati hidangan terbantut seleranya.’Saje je dengki tak bagi aku melantak ni.’detus hati Balqis.Dia segera mencuci tangannya sebelum berlari ke biliknya untuk bersiap sedia.”Good luck Balqis!”sokong Puan Amiza.
*************
Di ruang tamu rumah itu…
“So kita nak mulakan dengan subjek mana ni?”tanya Haiqal.”Kalau math dulu boleh?”soal Balqis pula.’Macam tak percaya je Haiqal tengah mengajar aku sekarang ni,dah lama aku impikan saat-saat macam ni-‘angan Balqis.”Apa skopnya?”soal Haiqal melenyapkan angan-angannya.”Skop??oh skop…”jawap Balqis kelam kabut sambil menyelak-nyelak helaian buku matematiknya.”Dahlah, aku rasa kau pun tak tahu kat mane yang kau tak tahu kan?”perli Haiqal.”Huiyoooo,ko memang hebat la Haiqal,patut la kau genius dengan IQ 200!”puji Balqis yang agak lurus juga itu.”Untuk cari sudut segitiga ni, kau kena guna formula yang ni..”terang Haiqal sambil tangannya ligat menulis dan melukis sesuatu.

“Ok, kau tengok dulu contoh-contoh yang aku dah highlight kan ni, kejap lagi aku bagi latihan untuk kau buat.”ujar Haiqal sambil memberi buku itu kembali kepada Balqis.”Dalam otak kau la kan, apa la agaknya yang ada kan.”luah Balqis kagum.”Semestinya yang takde dalam otak kau la.”balas Haiqal tersenyum.Senyuman yang kali pertama tiada tanda-tanda perli atau sinis tetapi tidak disedari oleh Balqis.”Betul cakap kau.Nanti kau bolehlah jadi cikgu kan?Lepas tu kan anak murid kau dapat Nobel Prize.”angan Balqis dan kemudian menyambung.”Dan bila dia naik ke atas pentas untuk amik award tu, dia akan cakap ‘berdirinya saya di sini adalah jasa Cikgu Haiqal Ariff kepada saya!Tanpa dia tak mungkin hadiah ini menjadi milik saya,terima kasih semua..terima kasih’!”kata Balqis yang memang kuat berangan itu.

Tanpa disedarinya dia sudah pun berdiri di atas sofa di ruang tamu itu sambil memegang sebuah pasu bunga kecil sebagai ‘award’nya.”Boleh aku tanya sikit tak?Ada sape-sape pernah bagitau kau yang kau ni tak betul?”tanya Haiqal tersengih sedikit.”Orang selalu cakap aku ni bodoh dan selalu buat perkara tanpa berfikir dulu tapi bagi aku kalau kita tak cuba mana kita nak tau hasilnya betul tak?Contohnya semua orang tak percaya yang aku boleh masuk senarai TOP100 tapi mungkin aku akan berjaya kan?”ulas Balqis panjang lebar.

“Lagipun mengikut horoskop dalam majalah Remaja yang aku pinjam kat Zati tadi, orang yang berbintang Libra akan terjumpa seseorang yang membantu dia mencapai impian dan cita-cita dia.”kata Balqis lagi.”Pastu ada tak dalam majalah tu cakap yang orang berbintang Scorpio akan terjumpa dengan seseorang yang tak habis-habis menyusahkan hidup dia?”tanya Haiqal memerli.Balqis hanya mencebikkan bibir mendengar kata-kata Haiqal.”Ni,kalau kau buat semua latihan yang aku bagi ni,confirm kau boleh dapat 80 ke atas.”kata Haiqal sambil mengunjukkan buku latihan kepada Balqis.

Setelah beberapa minit kemudian…
“Dah siap belum?dah siap belum?”tanya Haiqal berulang kali menjenguk ke buku latihan Balqis.”Kalau dah buat separuh pun takpe…”kata Haiqal tetapi alangkah terkejutnya dia apabila melihat Balqis yang tidak menulis apa-apa pun lagi di ruangan jawapan.Segera dia merampas buku itu.”Mana formula,formula??”tanya Haiqal yang sudah mula ingin mengamuk.”Apa yang kau buat ni?Kau dalam kelas kau buat apa,apa dalam otak kau ni ha?”tengking Haiqal.”Jelas sekali bukan apa yang ada dalam otak kau la.”ujar Balqis memulangkan paku buah keras.

“Ok..ok,kita start dari paling basic skali.”ujar Haiqal geram.”Dengar betul-betul kalau tak jangan harap dapat tidur malam ni.”katanya lagi.Sedang tekun Haiqal mengajar dan sedang khusyuk Balqis mendengar tiba-tiba Balqis dan Haiqal terasa seperti ada cahaya terbias di muka mereka serentak dengan itu “Klik!” mereka segera memandang kearah datangnya bunyi itu.

5 komen anda:

Anonymous said...

bestsssshye nak lagiiii!!!!\
lwak giler slalula merajinkan diri antar n3 bru ye

PutriSalju said...

thanx...putri akan cuba update n3 baru setiap hari..terus menyokong k~

Anonymous said...

sbijik cam kartun jepun..
dah xda idea laen ka
cuba la kreatif sket!!!!

PutriSalju said...

saya rasa ni cik anonymous yang sama comment dekat ceritera cinta episode 14 kan..sy dah jawap dekat sana..=)maaf kalo awk xsuke cite sy ni,yg penting saya suke citer ni dan sy tahu ada pembaca setia yg slalu menyokong saya..thanx guys,u know who u r..=)

PutriSalju said...

*episode 4..=)
maaf kalau sy terkasar bahasa..saya syg semua org,xnak musuh2..=)hope awk dapat sokong ye~





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.