Pembaca Setia!

NOTA DARI PUTRISALJU

Putri nak minta pada pembaca setia e-novel Ceritera Cinta Kita a.k.a CCK komen untuk setiap entri baru supaya Putri dapat memperbaiki gaya penulisan dan penceritaan Putri.Kerjasama dari para pembaca setia semua amatlah Putri hargai.Terima kasih!

Thursday, June 4, 2009

Ceritera Cinta Kita 1
















Di suatu pagi yang hening di depan pintu masuk Sekolah Seri Angsana…

“Dah lama aku menanti-nantikan kehadiran hari ni..dan aku dah bayangkan pun berbagai jawapan yang bakal aku terima.”Debaran di hati Balqis Sofea memuncak. Sambil menggenggam erat surat cintanya di tengah-tengah pintu pagar utama Sekolah Seri Angsana, dia menunggu kedatangan si jejaka paling popular, Haiqal Ariff yang kelihatan sedang menuju kearahnya. Balqis sudah bersedia walaupun dia tahu banyak mata yang memandangnya saat itu..

Dengan sepantas kilat, Haiqal melepasinya dan langsung tidak mengendahkan Balqis yang sudah terang-terangan menunggunya dengan sekeping surat cinta. Balqis yang terlampau terkejut kerana tidak dihiraukan langsung telah terBARING di tengah-tengah orang ramai tetapi tangannya masih lagi menggenggam erat surat cintanya.

Tiba-tiba Haiqal yang sudah jauh ke depan berpusing dan menuju ke arahnya…

“Dah takde benda lain ke yang lagi penting dalam hidup kau selain dari buat benda tak berfaedah ni?”sinis suara Haiqal berbisik di telinganya sebelum berlalu meninggalkannya keseorangan di tengah-tengah orang ramai. Kata-kata Haiqal menusuk tepat ke dalam hati Balqis.Geram.Marah.Malu.Kecewa.Semua rasa yang tak best tu ada la pendek kata.Para pelajar lain mula menghampirinya dan mengerumuninya apabila melihatkan Balqis yang terbaring di tengah-tengah laluan orang ramai itu.Cepat-cepat dia bangun.MALU!
*********

Balqis yang terlalu kecewa membatukan diri di tepi kelas dan masih lagi menggenggam kemas surat cintanya. Beberapa suara sumbang mula kedengaran dari para pelajar Sekolah Seri Angsana yang kebetulan ternampak aksi-aksi yang tak berapa seronok di antaranya dan Haiqal tadi memerli-merli tindakannya kerana teramat berani menyerahkan surat cintanya pada Haiqal, si genius sekolah. “Berani betul kau bagi surat cinta kat Haiqal, budak kelas A tuh”kata seorang pelajar. Ada juga yang menyakitkan hatinya “Ala biarlah dia, dia kan budak kelas F jadi tak hairanlah kalau otak dia tak berapa nak berfungsi sangat time die bagi surat tu tadi” berdekah-dekah ketawa mereka di tambah dengan riuh rendah mengejeknya menyakitkan lagi hatinya. Balqis berlari sekuat hatinya menjauhi manusia-manusia yang galak mengejeknya itu.

Tetapi sejauh mana dia berlari dia tetap berada di dalam kawasan sekolahnya. Dimana- mana saja die pergi dia pasti akan ternampak notice board yang terpampang pencapaian Haiqal Ariff dalam pelbagai bidang, kalau dia lari ke bahagian padang sekolah pula, ternampak kain rentang yang tertulis “ Go Haiqal Go! Untuk pertandingan tenis kebangsaan yang akan dimasukinya bulan hadapan. Pendek kata tiada tempat dalam sekolahnya yang tiada pasal si Haiqal tu. Mau jadi gila Balqis!Akhirnya Balqis memilih untuk menyendiri dalam dewan sekolahnya.

“BALQIS!BALQIS!kau kat mane???ade kat dalam ni ke?”jeritan suara dari Ika dan Zati, dua orang kawan baiknya mematikan lamunannya. Balqis bertindak pantas ingin melarikan diri tetapi kawan-kawannya terlebih dahulu ternampak kelibat tubuhnya.”Kau jangan nak nyorok la Qis,kitorang dah nampak kau”kata Zati.”Aku tak sangka pulak kau betul-betul pergi confess perasaan kau kat Haiqal”keluh Zati.”Dan bila difikirkan kau luahkan waktu semua orang tengah kelam kabut masuk kat pintu pagar sekolah tu..haih”sambut Ika pula.”Aku pun tak tau macam mana aku boleh berani sangat pegi bagi surat cinta tu kat tengah-tengah orang,bila aku nampak dia lalu depan mata aku pagi tadi,tanpa aku sedar tangan aku keluarkan surat tu dari beg”kata Balqis yang sudah mula teresak-esak menghamburkan air matanya.

“Aku tak sangka keadaan akan jadi macam ni..aku nampak dia berjalan menghala ke arah aku, jadi aku pun..””jadi bahan ketawa seluruh sekolah?”sampuk Zati.”Kesian betul aku tengok kau ni Qis”sambung Ika pula.Semalam hanya untuk tulis surat cinta ni, aku terpaksa bukak kamus banyak kali tau,last2 dia langsung tak pandang pun surat aku ni,geram betul!detus hati Balqis.Secara tiba-tiba rakan sekelasnya,Joe dan dua lagi pengikut setianya,Ahmad dan Rizal menghampiri mereka bertiga,Joe yang memang diketahui sejak dari dulu lagi sukakan Balqis mula berteriak “Qis, aku dengar kau bagi surat cinta kat si Haiqal budak kelas A tu,betul ke?Tapi cinta kau ditolak!””Kenapa Qis?KENAPA?macam mana kau boleh suka budak skema tuh?TIDAKKK”tanya Joe tanpa henti.Walaupun Joe bersikap begitu tetapi dia memang seorang kawan yang kelakar dan menceriakan hari-hari Qis dan rakan sekelasnya.

Balqis yang malas melayan pertanyaan Joe hanya mendiamkan diri dan tidak bertindak balas langsung.”Jom kite gi belasah si budak skema tuh, berani dia tolak cinta Qis!”ajak Joe pada pengikut setianya.Balqis tersenyum sendiri mendengar kata-kata Joe.Patutnya dia gembiralah Haiqal tolak cinta aku..haih macam-macam la si Joe nih.
*******************

Keadaan di kelas A amat sunyi.Kelihatan para pelajar sedang tekun mendengar penerangan dari guru kelas mereka yang mengajar subjek Kimia. Tiba-tiba pelajar yang duduk paling hujung sekali di tepi tingkap, Haiqal mengangkat tangan “Cikgu, saya rasa ade kesalahan pada formula kimia yang cikgu bagi tu”terang Haiqal.”Ohhhh, maaf kelas saya tak perasan.Terima kasih Haiqal”ucap Cikgu Elina.Haiqal hanya menggangguk sahaja.Perangainya memang terkenal dengan pendiam dan sedikit sombong.Haiqal tahu tetapi dia malas mahu ambil pusing.Biarlah apa sahaja yang mereka mahu katakan, dia tidak kisah.

Berlainan pula suasana di dalam kelas F, ketika semua pelajar membuat hal masing-masing seperti melukis, main bola kat belakang kelas, pukul memukul dan macam-macam lagi, Balqis memilih untuk termenung mengenang kembali saat kali pertama dia terlihat Haiqal Ariff iaitu sewaktu hari pertama pendaftaran pelajar baru Tingkatan 4 di sekolahnya ini. Haiqal Ariff,ya nama itu telah di beri penghormatan untuk berucap mewakili semua pelajar baru iaitu kami semua pada hari itu.”Dengar kata IQ Haiqal ni 200!”kata Zati.Huish biar betul, gila pandai la kalau macam tu mamat ni.Sejak aku mendengarnya berucap itulah, hati aku ni tanpa disedari telah jatuh cinta pada dia.Dan sejak itu jugalah aku sentiasa menanam cita-cita untuk sekelas dengan dia tapi setelah hampir 2 tahun di sekolah ini, aku masih lagi di kelas F dan dia juga masih di kelas A.”Cita-cita aku lagi tak realistik dari mimpi.”desis hatinya.
********************

KRINGGGGGGGGGGG!bunyi loceng menandakan tamatnya waktu persekolahan.Balqis,Zati,Ika,Joe,Ahmad dan Rizal berjalan beriringan bersama-sama keluar dari kelas F dan mula merangka rancangan mereka “Qis, kau dah siap kemas rumah baru kau ke?”tanya Ika.”Nanti bila-bila free bole la kitorang datang melawat rumah baru kau”.”Ala,tak payah datang la, rumah aku buruk je.Ayah aku yang buat rumah tu sendiri,aku tengok macam tak berape nak kukuh je.Semua perabot dalam rumah tu ayah aku yang buat sendiri, sampaikan kerusi pun dia buat dari kayu yang dia kutip kat tepi sungai”kata Qis pula.”Kau jangan cakap camtu Qis, ayah kau nak buat semua dengan hasil usaha dia sendiri”tambah Joe pula.”Tapi aku teringin gak la nak dok kat umah yang European Style gitu,ade white lace langsir…”kata Qis.”Takpe Qis,kau jangan risau,kau hanya perlu kahwin ngan aku je, then aku akan sediakan semua yang kau mahu!”kata Joe.Nak tergelak Balqis mendengar cadangan Joe.Kau ni kan Joe memang benda pelik-pelik je kau pikir ye.

Tiba-tiba…HAIQAL!Balqis terpandang Haiqal yangkebetulan sedang berjalan menuju ke pintu pagar keluar sekolah, serta-merta Balqis yang masih lagi tidak dapat melupakan kejadian pagi tadi bertindak menyorok di belakang Zati dan Ika apabila matanya bertentang dengan jejaka itu.Joe yang ternampak keadaan itu terus melulu kearah Haiqal..

“WOI HAIQAL!!Berhenti!”jerit Joe.

1 komen anda:

~Siti Fatimah~ said...

askum.. hye Putri Salju..mgg nak bg kOmen sikit ni hehe..ceh2..mcm juri My starz LG plak he2..em..actually..jalan cerita yg mantap cuma mgg x dpt nak beza kan sape yg berbual..maksud mgg time kwn2 Balqis tu berbual..mgg rase adalah lebih baek kalo awk jarakkan sedikit perbualan mereka agar pembaca tidak confused..So i hope u take it as a advice.. :)





HAK CIPTA TERPELIHARA @ PUTRISALJU 2009

Sebarang bentuk pengambilan isi kandungan atau cetakan di dalam blog http://novelputrisalju.blogspot.com ini haruslah dengan kebenaran penulis blog.